Mengapa SaifulSham tidak aktif menulis lagi?
Salam pembaca SaifulSham,
Saya sebenarnya rindu zaman-zaman saya mempunyai masa yang banyak untuk menulis blog.
Apabila saya melihat kembali rating laman web ini, ia perlahan-lahan telah jatuh disebabkan utamanya ketidak-aktifan kami menulis.
Sama ada saya mahu pun Sabri, kami berdua terlalu sibuk dengan projek-projek kami. Apabila saya renungkan sementara, barulah saya sedar, saya kini berusia 24 tahun! Bukannya seorang remaja muda awal 20-an seperti awal kami menulis di SaifulSham.
Saya mempunyai terlalu banyak perkara untuk menguruskan perniagaan fizikal SaifulSham. Projek perniagaan internet saifulsham tidak pernah mati, malah ada pembaca yang kini menjadi agen kami. Produk apa tu? Saya tidak mahu beritahu disini dan saya harapkan, agen saya turut mengunci mulut.
Projek terbaru saya ketika ini adalah menyediakan website kepada agen untuk menjual produk kami. Website tersebut akan dibina dari A-Z. Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja untuk tidak membina website tetapi melihat kepada situasi saya mahu win-win situation dan lebih cepat membuat sale, saya bantu dan saya memang mahu buktikan bahawa agen SaifulSham akan mempunyai laman web yang akan memberi mereka residual income. Mereka tidak perlu fikir tentang produk kerana kami memang membekalkannya sepanjang masa.
Untuk pernigaan booth, kami berjaya memecah rekod di KB Mall. Begitu ramai orang datang membeli! (sesiapa yang ada di Kelantan tempoh hari pasti rugi tidak pergi dan tahu situasi sebenar). Kami kini telahpun mengesahkan 5 cawangan booth lagi akan dibuka mulai 2 minggu lagi dengan diuruskan oleh agen-agen kami. Antaranya adalah:
1) Giant Plentong, JB
2) TF Hypermarket, Sungai Siput
3) UTP convocation, Perak
4) Jusco Wangsa Maju
5) Mydin Melaka
Selain itu, percubaan kami untuk menceburi bidang perniaagan digital untuk pasaran luar juga sudah membuahkan hasil yang lumayan. Malah, saya harus beri kredit yang tinggi kepada Sabri kerana berjaya membawa SaifulSham kepada satu tahap lagi, dimana kami meluaskan cabang perniagaan.
Untuk pengetahuan anda, ketika ini;
Produk Fizikal diuruskan Syazwan.
Produk Digital, Hosting diuruskan Sabri.
Sekian,
W M Syazwan


July 30th, 2009 at 3:46 am
Phuh .. sungguh hebat sekali … bangga, kagum, segan semua bercampur apabila mendengar kejayaan saudara berdua walaupun pada usia 24 tahun sekarang. Inspirasi untuk saudagar2 internet seperti saya …
Good luck, all the best dan terus maju !
July 30th, 2009 at 12:35 pm
Sampai hati syazwan tak balas emel saya…walaupun saya jual tiket sebagai protege seminar yang beliau anjurkan still saya tak tau bisnes fizikal yang beliau buat…kalu tak nak reveal kat umum pun takpe laa…just mention kat emel saya apa salahnya….huhuhu…
bukan apa kot2 bole jadi agen baru bisnes awak tu….
July 31st, 2009 at 1:01 am
Tak sabar nak tengok ape produk yang hot sangat kat tapak pesta konvo UTP
July 31st, 2009 at 6:43 pm
Tak kisah lah blog ini updated atau tak, yang pasti saifulsham telah melaksanakan tanggungjawab yang cemerlang sekali di dalam melahirkan usahawan internet yg berjaya.
Kalau pun andaikata blog ini telah tiada kelak, yang pasti saifulsham sudah ada ‘pewaris’ atau penerus perjuangan dalam bidang IM ini.
Syabas dan semoga terus maju jaya.
ps. Saya adalah salah seorang yg menjadi IM selepas membaca tulisan saifulsham (2004). Tiada balasan yg mampu saya berikan melainkan ucapan terima kasih dan doa kejayaan utk syazwan dan sabri. Saya tak akan lupakan jasa kalian berdua.
July 31st, 2009 at 10:08 pm
Wah..wah… kagumnya. TAHNIAH…!!!
Tulis sekali sekala kat blog pun tak per, jangan tak tulis langsung dan tutup blog. Susah akan nak refer balik marketing tips yang ada kat sini nanti..hu..hu..
July 31st, 2009 at 11:43 pm
Zul, sob,sob. Sayu sy baca komen anda.
TQ sgt2.
Semenjak sy kerja ni, sy jarang update blog dan sy rasa bersalah sebab byk tips yg sy tk dpt kongsi.
Insyaalah, sy akan kembali dlm IM full time.
Sy tidak akan beritahu tarikhnya tapi sy akan kembali jg sbg IM full time. Hehe
August 5th, 2009 at 9:07 am
Salam;
Wah, bisnes _ _ _ _ _ ek?
Ada satu blog ni, ada buat ulasan tentang bisnes ni. 250 sales dalam 3 hari. Mantap betul.
Macam Zul cakap, SS dah banyak tinggalkan ‘pewaris’.
Akhir kata, cepat2 lah jadi IM fulltime.
Bro Zamri, sudah dengan rasminya meletak jawatan di tempat kerja beliau 2 hari yang lepas. hehe
PS : Bisnes maju, bayar je kat Pet
August 6th, 2009 at 10:11 am
tip2 dari team saifulsham mmg superb walaupun skrang ni dah jarang updates..
August 8th, 2009 at 12:28 pm
ehm..takpe. Menulis sekali sekala pun takpe..
August 10th, 2009 at 9:23 am
thniah utk saifulsham…
mmg penulisan anda bnar2 bermanfaat dlm melhirkan generasi ushawan IM malaysia…
August 16th, 2009 at 10:35 am
salam
bro ..saya berminat tentang booth to…
boleh ke saya ingin tumpang bisness card di booth anda?
bayaran berapa ?
untuk projek blog saya di pedagangIT.com
August 16th, 2009 at 2:31 pm
Mungkin zaman saya pun akan bakal tiba sebegini..hehe..bagaimanapun,teruskan dalam apa yang termampu untuk menulis..
August 23rd, 2009 at 11:52 pm
nampaknya masing-masing dah sibuk
September 21st, 2009 at 12:26 pm
Saya cadangkan entri-entri menarik di blog ini dibukukan agar lebih ramai yang mendapat manfaat di samping menjadi ’simpanan’ dan rujukan para pembaca dan peminat sedia ada.
September 24th, 2009 at 7:26 pm
Wah buat kat Mydin Melaka ye..
Mau tengok ni…
December 11th, 2009 at 6:49 pm
hehe..kadang-kadang rasa nak menulis tetapi idea xde kan..
December 11th, 2009 at 9:00 pm
bro buat biz pe sebenarnya?