Pasaran tersendiri
Salam pembaca,
Setahun lalu, saya & Sabri membuat keputusan untuk ‘berpisah’ dan bergerak secara entiti berasingan iaitu saya menguruskan perniagaan produk fizikal & Sabri akan memulakan secara serius perniagaan internet berasaskan produk digital.
Keputusan kami pada waktu itu adalah kerana berasaskan SaifulSham sudah agak strong dengan produk fizikal & mahu melihat SaifulSham mencuba bidang baru iaitu produk digital. Berpisah pada kami adalah berpisah operasi sahaja sedangkan kami masih sebumbung dibawah nama SaifulSham. Maknanya jumlah share masih dipegang 50-50.
Selepas setahun berlalu, saya dapat melihat bahawa, kami memang terlalu strong dalam bidang fizikal dan adalah amat sukar untuk kami membina nama dalam bidang digital. Sebelum ini, saya berfikir adalah lebih baik jika kami dikenali dan kuat dalam kedua-dua jenis perniagaan ini.
Kenyataan ini bersandarkan beberapa fakta iaitu kami sudah mempunyai subscriber agent yang ramai serta jumlah jualan yang menjangkau melebihi jualan produk digital.
Walaupun begitu, Saya mungkin tidak boleh menilai sekarang (kerana baru setahun mencuba secara serius bidang digital) tetapi jika mengikut keadaan semasa, saya mendapati kami mungkin sudah ditakdirkan untuk menjual produk fizikal. Hahaha.
Pengembangan kami dalam bidang digital sememangnya berkembang tetapi pada kadar yang tidak sepantas pengembangan produk digital. (Mungkin Sabri sebenarnya memberi isyarat kepada saya untuk menambah modal bagi projek produk digital, hahaha…jangan marah ye Sabri).
Akan tetapi, apabila saya melihat kembali, benarlah, setiap orang mempunyai pasaran tersendiri. Setiap orang ada kekuatan bidang masing-masing. Selalunya, apabila kita ingin mencuba sesuatu bidang baru, maka akan banyak faktor yang perlu diteliti iaitu kepakaran, kos, serta masa untuk membolehkan kita menguasai bidang yang baru diceburi.
Pengalaman 5 tahun dalam perniagaan produk fizikal memang tidak boleh melawan pengalaman setahun jagung produk digital. Kadangkala (atau mungkin lebih tepat, pada kebanyakan masa) kita tidak perlu cuba untuk menguasai semua bidang, cukuplah memperkasakan bidang yang kita sudah sedia pakar. Sebab, bidang yang kita sedia pakar masih banyak ruang yang boleh dilakukan penambahbaikan.
Sebagai contoh, jika dahulu kami hanya menjual produk fizikal melalui rumah (tiada store), sekarang SaifulSham sudah mempunyai kedai sendiri. Dan pada masa sekarang, kami sudahpun membina servis dropship sendiri.
Semua ini adalah proses penambahbaikan bagi kepakaran sedia ada kami dalam produk fizikal.
Pada hemat saya, jikalah SaifulSham ingin menceburi bidang yang diluar kepakaran kami pada masa hadapan, kami memerlukan rakan kongsi baru yang sedia pakar dalam bidang tersebut dan kami mungkin lebih menyumbangkan modal dan perkara lain yang tidak memerlukan kami menghabiskan terlalu banyak masa untuk memajukan sesuatu bidang baru.
Sebabnya, dengan adanya saya dan Sabri sahaja, adalah tidak mungkin untuk kami menghabiskan masa terlalu lama untuk bidang baru sedangkan bidang sedia ada kami masih memerlukan pemerhatian kami.
Oleh itu, saya merasakan untuk usahawan sama internet ataupun usahawan apa sekalipun, anda perlu menanam keyakinan bahawa bidang yang anda ceburi mempunyai market dan tidak perlu terlalu ghairah mengejar semua bidang market.
Jika anda merasakan anda mempunyai potensi dalam bidang affiliate, anda fokuskan untuk memperbaiki usaha anda dalam bidang itu. Pedulikan dahulu jika ada orang lain yang menurut kata mereka lebih lebih mengatakan bidang mereka lebih lumayan.
Sebenarnya mana-mana bidang pun lumayan jika kita berusaha dengan sungguh-sungguh. Tak gitu ke?
Cuma, anda perlu menilai sejauh mana bidang yang anda ceburi itu benar-benar membawa hasil. Mungkin setiap 3 bulan atau setiap 6 bulan anda boleh membuat penilaian.
Dari situ anda akan tahu, bidang yang anda ceburi mempunyai permintaan tersendiri. Memang ada diakui, ada bidang yang berisiko tinggi atau permintaannya lambat. Tetapi, jika kita nekad (disamping dengan resouce lain yang mencukupi), saya tidak nampak kita akan gagal dalam bidang itu.
Sekian,
Wan Syazwan


December 20th, 2009 at 9:24 pm
secara ringkasnya, boleh dikatakan the power of focus itu penting, lihat sahaja semua entiti perniagaan yg terkenal semuanya fokus dalam suatu bidang, bill gates dgn microsoft nya, donald trump dgn bisnes hartanahnya, dato’ fadzilah kamsah dgn pakar motivasinya. keep up a good work!
December 22nd, 2009 at 5:52 am
bisnes utama sudah lancar, jadi mencuba untuk bisnes baru itu bagus.
December 23rd, 2009 at 12:48 pm
Salam, kemana perginya Sabri? Lama tak dengar cerita.
December 24th, 2009 at 3:14 am
berbangga dengan anak melayu yang mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi seperti anda. keep it up bro
December 24th, 2009 at 2:58 pm
Salam…
saya seorang guru di Sabah dan saya amat berminat untuk memulakan bisnes..byak juga bisnes di internet yang saya cuba,tp kurang berkesan…sekarang saya ada modal,tapi sy xtahu nk buat bisnes apa…untuk pengetahuan syazwan kakak sy juga buat bisnes yang mngambil barang dr China tetapi buat masa sekarang share dengan tokey2 China aje sbb dorg boleh pergi ambil barang terus di China….kami pernah cuba utk mngambil sendiri barang kerana tokey China ni byak mkn duit..huhuhu…tapi masalahnya kos shipping,nk patern kan kpd jenama kami n pembungkusan sukar…kalau tokey china ni dorg ada banyak kaki bg duit aja….boleh tak encik syazwan berikan sedikit tips untuk saya memulakan bisnes…..atau peluang bisnes untuk saya jika ada.
December 24th, 2009 at 7:41 pm
Sabri ada. Dia sentiasa buka SaifulSham. Cuma kalau nak dia update pos tu belum tentu. haha.
Rindu kat tulisan Sabri dah ke.
Ok, mari kita ramai2 seru Sabri keluar dan tulis pos kat sini.
“Wahai Sabri, jika engkau membaca komen2 pembaca, keluarlah engkau untuk menulis warkahmu buat peminatmu disini. hehe”
December 25th, 2009 at 4:00 pm
sebelum nih saya ada email bro syazwan mengenai dropshipping.
saya agak berminat dengan tawaran saudara syazwan tersebut.
December 29th, 2009 at 2:29 pm
apa2 pun yg u all buat..saya tetap sokong.. saya baru nak membina jenama saya sendiri iaitu ritanm bergerak solo.. tetapi InsyaAllah tahun depan akan bergabung dengan rakan saya.. hope saya n rakan boleh success seperti saifulsham
December 30th, 2009 at 10:57 am
Tahniah pd Saifulsham!! Mmg seronok berniaga di internet samada produk fizikal atau digital, yg penting dpt memuaskan hati pelanggan dah cukup berbaloi-baloi…
December 30th, 2009 at 10:02 pm
Saya setuju dgn saifulsham. Mungkin Allah dah tetapkan rezeki kita dalam satu-2 bidang tu. Kalau ada pun dalam bidang lain, cuma sebagai penambah sahaja…
Saya juga selepas 3 tahun mencuba & beribu duit habis mempelajari tentang produk digital, tapi rezeki saya dlm bisnes internet setelah belajar dgn saifulsham tentang produk fizikal. Dlm tempoh setahun, saya masih aktif & sudah berhenti kerja menjual produk fizikal di internet.
Terima kasih Sabri & Syazwan…
January 9th, 2010 at 4:26 am
Post yang sangat berguna. Thanks for sharing