Pengalaman Membuka Booth~~
Salam semua,
Kebelakangan ini, saya banyak membantu agen-agen offline SaifulSham membuka booth. Apabila tiba saya pulang ke darat, saya akan cuba mengisi masa membantu booth agen-agen terutama disekitar Kuala Lumpur. Sokongan berterusan inilah sebenarnya kunci utama kesetian agen-agen untuk menjual produk yang dibawa masuk oleh SaifulSham.
Saat ini, SaifulSham juga mempunyai booth sendiri di Giant Plentong, Johor Bahru yang akan berakhir pembukaannya hari Ahad ini. Percaya atau tidak, saya sendiri tidak pernah ke Giant Plentong di Johor Bahru tetapi booth kepunyaan sendiri sudah pun ada disana. Malah cawangan booth terutama di Johor juga bertambah bilangannya.
Pengalaman membuka booth sebenarnya ibarat membuka kedailah. Kedai offline sama sekali agak jauh berbeza dengan kedai online. Saya akui, kos membuka booth juga agak tinggi tambahan jika booth itu dibuka di pasaraya besar.
Kos terbesar adalah sewa kedai itu sendiri. Kos kadangkala ibarat tidak masuk akal. Sebagai contohnya dengan saiz sekitar 10″ x 10″, ada pasaraya yang mengenakan caj sehingga RM360 sehari.
Kos ini tidak termasuk gaji pekerja, rak booth, dan kadangkala syarat-syarat pasaraya seperti pemasangan karpet sendiri. Kos ini perlu dihitung sebelum anda membuat keputusan untuk membuka booth.
Adakah keuntungan produk anda berbaloi dengan kadar sewa yang dikenakan. Berbaloikah dengan demografi trafik yang berkunjung ke tempat itu? Semua itu anda perlu kaji. Saya sendiri sebelum memberikan green light, saya akan turun sendiri melihat trafik pada hari biasa dan pada hari minggu. Lihat dimana kawasan tumpuan orang datang, pintu masuk dan booth sedia ada dipasaraya tersebut.
Semua ini boleh dijadikan indikator sebelum anda menekan button “proceed”!
Apabila membuka booth, antara tips yang saya dapati adalah anda perlu mempersembahkan kedai anda secara professional. Tambahan jika anda membuka ditempat yang agak eksklusif dimana tempat itu dilawati golongan yang berduit juga. Apabila saya menyebut professional, anda perlu memahami maksud tersebut. Ia merangkumi persembahan booth dan juga persembahan diri penjual.
Hari ini saya ingin menulis berkenaan persembahan diri penjual. Antaranya adalah saya pernah membiarkan pekerja saya datang bekerja dengan berpakaian biasa sahaja. Biasanya, mereka dibekalkan dengan t-shirt eksklusif produk yang dijual. Tetapi, disebabkan saya mahu melihat perbezaan hasil, saya memberitahu pekerja untuk tidak memakai t-shirt produk yang ingin dijual.
Hasilnya memang berbeza. Apabila pekerja saya memakai t-shirt yang tertampang logo produk atau gambar produk, kebanyakan pembeli tidak banyak bertanya. Mereka akan mudah menghulurkan duit mereka. Haha.
Apabila pekerja saya dibiarkan memakai pakaian mengikut sesuka hati mereka, pelanggan didapati agak berkurangan atau lebih banyak bakal pelanggan bertanya sebelum membuat keputusan membeli. Ada kalangannya serba salah untuk bertanya, mungkin memikirkan “Mamat ni pekerja ke pembeli juga. Kan malu kalau bertanya kalau silap orang” haha.
Saya mempunyai seorang pekerja ala-ala rocker sedikit dengan pada kebiasannya memakai rantai dan aksesori biasa pada si rocker la. Kesannya, saya melihat beliau lebih banyak rileks dan hanya menunggu di meja bayaran!! Sebabnya, pembeli kelihatan takut dan tidak yakin untuk bertanya, mana tahu kalau tanya kena makan penumbuk. Haha.
Semenjak hari itu, saya mengarahkan pekerja wajib untuk terus memakai t-shirt dan membuang segala aksesori yang tidak perlu sebagai penjual.
Kesan ketara apabila pekerja saya memakai t-shirt adalah dari sudut jualan meningkat naik dan juga agak ramai juga yang bertanya untuk membeli t-shirt yang dipakai pekerja saya!! Lantas saya bilang sama mereka, “Ini t-Shit penjual kak, mana ada jual! Haha. Adakan sehingga pelanggan meminta pekerja saya menanggalkan bajunya semata-mata untuk membeli t-shirt tersebut walaupun bukan t-shirt yang kami jual! Pelik sungguh ragam manusia. Haha
Ada kala dalam hati saya berfikir, lebih baik menjual diinternet, berkain pelekat pun boleh. Mungkin, psikologi bakal pelanggan akan lebih berminat membeli apabila melihat sendiri betapa penjualnya mungkin seorang terlatih dan professional.
Baiklah, itu sahaja tips hari ini. Saya akan menyambung tulisan saya dalam masa terdekat ini. Jangan salah sangka ya, SaifulSham masih aktif menjual diinternet, cuma saya sekarang mengambil alih fokus jualan di offline.
Sekian,
Wan Syazwan
(ditulis dari Offshore)



October 24th, 2009 at 4:16 am
Syazwan,
Hmmm..nampaknya wajah tuan dah ‘Dewasa’
Tapi bagi mereka yang belum kenal team Saifulsham mungkin tertanya-tanya, mana satu si Syazwan nih
he..he..he..
October 24th, 2009 at 8:55 am
Haha…dewasa ke…rasa mcm zaman remaja lagi.
October 24th, 2009 at 5:28 pm
haha…
memang betul apa yang bro katakan..
Saya sendiri pernah berkerja sebagai Promoter pakaian, kasut beg. dan saya akui penampilan itu penting. Satu lagi bro, mulut mesti sentiasa senyum, walaupun pelanggan mcm2 perangai.
October 24th, 2009 at 6:02 pm
Haha…ada pula yang sanggup membeli sebab promoternya cantik dan seksi!
October 29th, 2009 at 12:54 am
Betul kata Syazwan tu .. walaupun saya jarang beli di booth / kiosk … rupa dan penampilan penjual adalah penting.
teringat masa jumpa first time masa seminar sekitar 2007 dahulu … masa tu nampak muda remaja lagi
Tahu yang mana satu Syazwan
October 29th, 2009 at 4:00 pm
Pergh…dah ada misai sekarang ini
baru ada gaya
October 29th, 2009 at 11:28 pm
salam
apa sebenarnya perniagaan saifulsham offline ni?
dah lama ikut blog ni(dari foundation lg) tp xpernah pun terlibat dengan program-program saifulsham haha
ada blog peribadi x? en syazwan/sabri
October 30th, 2009 at 5:38 pm
Demo jual ghapo weh? Tak dok ko ghamba booth tu, kawe nok tahu laaa jugok …dok tertanya-tanya!!
November 1st, 2009 at 1:25 pm
Haha..ada misai tu bukan sebab ape…saya duduk sebulan kat offshore…memang jarang bercukur lah~ Dekat offshore tak perlu lah bergaya..bercantik..pakai make up..sebab takde orang nak tengok!!
Hahaha…
Saharman…aisemen….sy duk sebut booth…pergilah jenguk kalau ada masa. Hehehe…sbnrnya sy kurang gemar beritahu apa yg sy jual kecuali anda pergi tgk sendirilah. Ataupun jd agen SaifulSham.
November 1st, 2009 at 4:35 pm
Perghhh..offshoreman tu..dasyat la..teruskan perjuangan shaifulsham..
November 2nd, 2009 at 6:29 am
Hehe…saya g kb mall dlm blan pose hari tu..
n akhirnya dpat tau jgk ape produk saifulsham!
Dan sy pn rembat satu…
November 2nd, 2009 at 12:47 pm
Tok dee sok mo weh .. kalu balik raya tu KB jam teruk, tok leh masuk.Insyaallah lain kali dan lain tempat boleh laa kawe jengok.
November 3rd, 2009 at 10:04 pm
Insyaalah saya akan buka lagi booth dekat Giant Taman Pelangi di Johor.
Jumpa pada middle november di sana~~hehe
November 6th, 2009 at 6:53 am
sekarang ni ada buka kat mana..nak pegi melawat tengok…
November 10th, 2009 at 11:02 am
syazwan / sabri
kak umi nak cadangkan bukalah booth kat Plaza Angsana Johor Bahru. Kat sini trafik sentiasa hot sepanjang tahun. Dekat sangat dengan rumah kak umi tu, sebenarnya dah lama kak umi teringin nak beli produk saifulsham (walaupun sampai sekarang masih belum tahu apakah produk sebenarnya).
meskipun sabri dan syazwan sudah lama tidak menulis di blog tapi bila dah ada post baru tu, tersangatlah berbaloinya, post yg informative & amat menarik. thanks
November 10th, 2009 at 6:20 pm
tahniah saifulsham sbb semakin bertapak maju, dan pastinya buka byk peluang perniagaan kepada masyarakat di luar sana.
p/s: boleh tak nnt kalian bt artikel psl bgimana urus masa bekerja, dan perniagaan anda…tertanya2 juga bgimana kalian menguruskan masa…~