Hello pembaca SaifulSham,

Tadi saya membelek album-album gambar dikomputer riba daripada awal pembabitan saya dalam perniagaan internet, dari kurus jadi gemuk lepas tu kurus balik. (Haha)

Saya teringatkan perjalanan awal saya dan Sabri bersama-sama membangunkan perniagaan internet kami.

Apa yang saya pasti, saya tidak pernah merasa bosan dengan perjalanan yang dilalui dalam perniagaan internet. Sebab itu, Team SaifulSham kekal hingga hari ini.

Walaupun berbagai-bagai kesukaran ditengah-tengah jalan dan kesukaran dihadapan yang bakal menanti, kami cukup seronok untuk menempuhnya. Sampaikan kami tidak sedar bahawa sudah terlalu banyak yang kami lalui bersama.

Mungkin inilah yang dikatakan apabila anda meminati sesuatu, anda tidak akan ada perasaan jemu untuk melakukannya, sehinggalah apabila anda cuba mengimbas kembali, anda sudah pergi jauh daripada keadaan pada asalnya.

Pesanan saya rasanya cukup ringkas, jika anda sedang melakukan sesuatu yang anda minati, teruskan usaha anda walaupun berbagai rintangan dihadapan anda.

chinesenewyear

Gong XI Fat Choi,
Wan Mohd Syazwan