Pinjaman Untuk ASB, Berbaloikah? Satu Analisa Awal
Nota tambahan: Alamak-alamak! Rupa-rupanya, saya terlepas "perperangan cyber" mengenai isu ASB yang berlaku kebelakangan ini. Cukup sensitif. Saya tulis dulu post ini dan selepas itu baru berkesempatan membaca blog blogger2 lain baru sedar perang ini. Tetapi, ilmu pelaburan satu ilmu akademik. Dalam hal ini, jika anda ingin berbincang dan turut sama memberi pendapat dan ingin mengelak kontroversi, anggaplah ASB di dalam post ini (sic-see in context) adalah mana-mana unit amanah, yang seakan-akan ASB tetapi syariah-compliant. Ok? Yang penting saya rasa ramai orang ingin tahu. Wajarkah membuat pinjaman untuk melabur dalam unit amanah seperti ASB (cuma tidak sekontroversi ASB)
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Setelah sekian lama bertangguh semalam saya ke Maybank kebetulan ketika pulang ke kampung. Seorang pegawai bank yang ramah menyarankan saya untuk membuat pinjaman bagi melabur dalam ASB. Kata beliau, kebetulan hari itu tidak ramai orang, jika saya bersetuju kelulusan boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam (pendek kata time tu jugalah).
Setelah sekian lama mendengar mengenai pakej ini, inilah kali pertama saya “berjumpa” pakej ini. (mungkin sebelum ini rupa saya belum matang lagi, masih nampak keremajaan tu. Jadi tiada yang menawarkan)
Beliau turut mempelawa saya untuk menerangkannya dengan lebih lanjut, tetapi kerana saya takut tergoda (ehem3x, susah jadi teruna trang tang-tang ni) dan terkesian, saya tidak meluangkan banyak masa. Saya katakan saya perlu berfikir dahulu.
Ini adalah analisa awal saya sahaja mengenai pinjaman ini. Saya tidak ambil kalkulator ataupun semak jadual-jadual finances (FV, PV) itu ya.
Pegawai tersebut mencadangkan amaun RM 100,000.
Interest (jika pinjaman Islam, panggilannya lain tetapi untuk mudah faham saya panggil interest sahaja) untuk pinjaman tersebut adalah 5.75%. Dividen ASB dianggarkan pada 8.75% (termasuk bonus).
Ketika mula-mula pegawai tersebut bercerita mengenai pinjaman ini, saya tidak berminat. Buat apa buat pinjaman kalau tak perlu, sekadar bagi bank kaya sebab kena bayar interest sahaja.
Tetapi ayat kedua pegawai tersebut menarik perhatian saya dan pada saya logik juga.
Beliau berkata:
Dari masukkan tiap-tiap bulan, lebih baik buat pinjaman. Sebab, kalau masuk tiap-tiap bulan, dividen akan dikira dari wang terkumpul.
Saya pun mula mencongak:
(sebagai contoh, jika anda menyimpan RM 1000 sebulan, setahun dividen akan dikira 8.75% dari RM 12000 = RM 1050)
Tetapi, jika kita membuat pinjaman RM 100K, 8.75% akan diambil dari RM 100k tersebut. Jadi dividen adalah sebanyak RM RM 8750. (hampir 8 kali ganda)
Pada tahun kedua, sudah semestinya amaun dividen tersebut meningkat. Jadi secara logiknya kita akan menerima bayaran dividen yang lebih tinggi dari kita menyimpan sedikit-demi sedikit.
Itu secara congaklah. Kalau bercakap dari segi teori pula, RM 1 hari ini lebih bernilai dari RM 1 beberapa tahun hadapan. Jadi bukankah elok kita mendapat RM 100K hari ini (dan segala dividen terkumpul) dari kita mendapat RM 100K beberapa tahun dari sekarang hasil simpanan sedikit demi sedikit.
Hmm, apabila tiba detik ini saya meminta diri dulu dari pegawai tersebut. Duduk lama-lama, pasti saya tergoda. Saya perlu berikir semasak-masaknya dulu sebab saya muda lagi saya kata, ini komitmen besar ni, nak kahwin pun tak sebanyak ini duit pakai saya kata. hehe..
Waktu itu saya berfikir hanya satu perkara sahaja. Bagaimana bank untung. Bank akan untung dengan interest pinjaman, tetapi itu sahajakah? Sebab macam senang sahaja bank nak bagi pinjaman lulus segera pulak tu, bank untung besar sangatkah sampai risk tolerancenya tinggi? Atau bank memang tidak ada risk dalam memberi pinjaman dalam bentuk ini.
Jadi sekarang saya mempersembahkan persoalan ini kepada anda.
Adakah pinjaman untuk membuat pelaburan ini wajar?
Boleh gunakan ruangan komen untuk turut berbincang. Sebelum itu sebagai nota:
-Mungkin ada perniagaan lain/saham amanah lain yang boleh memberi pulangan lebih dari ASB. Tetapi ia tidak relevan. Kita hanya akan berbincang mengenai ASB & pinjaman untuk melabur di dalamnya sahaja dalam post ini.
-Golden rule of investing, jangan meminjam untuk melabur ramai orang tahu. Persoalannya, adakah dalam senario ini golden rule ini boleh dibengkokkan, ataupun ia stay. Jangan meminjam untuk pelaburan.
-Jika tidak berkaitan, jangan ulas mengenai overdraf ASB. Melainkan anda betul-betul yakin ia berkaitan dan satu isu yang sama. (saya tak pro mengenai hal ini)
Dan saya tagkan sekali 2 orang "otai” personal finance di blogosphere Malaysia ini untuk menjawab dan memberi pendapat yang lebih dalam. Shuth & Pakdi. Minta pandangan Shuth & Pakdi ya)
(Bagus juga ya kalau kita tukar konsep tagging ini kepada perbincangan yang bermanfaat dari sekadar bertukar-tukar senarai makanan kegemaran/biodata)
Sabri,
Yang Masih Berkira-kira


March 8th, 2009 at 11:49 pm
saya ada membuat investment dengan FOREX. saya tahu forex itu apa n bgaimana boleh mendapatkan untung drpd forex tuh. cma sya still xbsedia nk trade sdri. yang sure sya btol2 bmnat dengan forex. so, aritu ada kwan yg offer 1 plaburan forex yang mana 1 unit dibeli pd hrga rm300. so, sya bli 1 unit utk test. pembhgian dividen dibyar pd stiap mggu pda hri khamis. selama sbulan sya wat investment 2, hmpir stiap mggu sya mndapt bayaran dividen. tp mggu lepas, blaku sumting yang sya da xpect b4 sya wat investment, pmbayaran dividen tidak blaku. so, biler sya ctc mmber yang sya tuh, sya dapat msj drpd compny yang bgtau bhwa pembyaran dividen tu tpksa diberhentikan wat smentara wktu sbb ekonomi tgah gwat n akan dsambung blik apabla ekonomi kembali pulih..
tp ap yg sya nk ckap..investment tersebut tnpa HITAM PUTIH bleh wat pelabur2 mengalami kerugian skang neyh. n kitorg xbleh nk wat paper utk amik tindakan kt company tu. so, btter check btol2 b4 wat investment.
(sorry sabri coz comment xder sgkut paut lgsung ngan ASB
)
March 9th, 2009 at 12:26 am
Ho! ho!.. sabri baru dengar ke pasal melabur di ASB guna pinjaman maybank nie.. benda nie dah wujud 10 tahun lalu kalau tak silap saya. Memang dah banyak perbincangan pasal perkara nie, sama ada di forum, yahoogroup dan sebagainya.. actually sabri boleh search kat google.. boleh jumpa banyak perbincangan pasal topik nie, “Untung atau rugi melabur di ASB guna skim pelaburan maybank nie?”.
Kalau nak ulas.. memang penjang, boleh buat satu entry khas… tapi untuk ruangan komen nie, saya pendekkan dan bagi kesimpulan jer..
#1: Jangan sesekali bengkokkan “Golden rule of investing, jangan meminjam untuk melabur”, kalau tak nanti, kita yang bengkok.
#2 : Kalau sabri mampu membuat simpanan sendiri setiap bulan, adalah lebih baik melabur menggunakan duit sendiri. Dari segi cash value, ianya lebih menguntungkan.
#3 : Apabila bank menghasilkan satu produk.. apa yang akan mereka pastikan.. Mereka mesti untung. Tdiak kira untung ke rugi ke.. Bank MESTI untung. Pelanggan? Tengok nasib.. kalau ekonomi baik (dividen asb tinggi, blr rendah.. maka dapaylah untung) tapi kalau time nazak (Dividen ASB rendah, BLR Tinggi).. maka rugilah pelanggan jawapnya..
Untuk lebih detail, mungkin leh search kat google.. banyak dah orang cerita isu nie.
March 9th, 2009 at 1:58 am
ade lagi ke info2 terkini ttg pro contra ttng pinjaman ni?harap dpt perkongsian….
March 9th, 2009 at 2:01 am
nampak mcm menarik pinjaman ini…tp betul juge kate Shuth tu….
kesimpulan2 shuth ni boleh kite jadikan panduan…. better dont ..
March 9th, 2009 at 7:15 am
Ya….skit2 lama jadik bukit.
. Daripada segi number bwt pelaburan sekali byk, mmg teruja, Tapi……..renung2kanlah……great discussion sdara Sabri
March 9th, 2009 at 11:10 am
mmg banyak taktik bank nak mengkayakan diri diorang.. bab ASB ni dia untung kalo kita guna duit lebihan surplus daripada wat loan dgn bank.. bab OD atau overdraft ASB tu mmg byk org sering perkatakan.. tp halal kah ?
March 9th, 2009 at 1:01 pm
Ya tuhan….
Sabri, bagusnye topik. saya baru je nak tanye pendapat dan berkira2 ttg perkara ini..bkn dgn maybank tp RHB.(RHB rendah sket interest berbanding maybank,seperti yang ditawarkan)
Nampaknye kena ‘hold’ dulu.
Saya fikir, meminjam untuk menjana wang okey apa.
Bkn kita meminjam dan memparahkan poket kita.
tapi…saya nak dengar juga pendapat orang lain.
terima kasih
March 9th, 2009 at 3:40 pm
@shuth- baru cukup umur
Sebelum ini dengar2 je, tapi sekarang 1st time jumpa.
hehe… buat masa ini saya pun bersetuju dengan Shuth.
Nasib baik saya chow dulu. Kalau tak susah nak mengelak
dari pegawai tu.
Kalau nak melabur memang better guna duit sendiri.
Ada sesiapa yang berpandangan berbeza?
(kalau ada calculation estimate lagi bagus)
Sebenarnya kalau anda ada point yang berbeza pun tak apa.
Sebab matlamat post ini adalah untuk “brainstorm” supaya ramai orang dapat melihat pro dan kontranya.
Terima kasih Shuth!
Sabri
p/s: Shuth, hehe… banyak lagi orang sekapal dengan saya ni nampaknya. Up satu post Shuth pasal ni. :p
March 9th, 2009 at 9:30 pm
bagus juga idea tagging yang baru ni. hehe
nanti saya ulas sikit.
meminjam untuk pelaburan ini ada pro dan kontranya.
March 9th, 2009 at 9:48 pm
mungkin leh baca perbincangan kat sini
http://bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=180
March 10th, 2009 at 11:48 am
Salah satu kelebihan ASB berbanding Unit Amanah lain ialah harganya tetap dan tak der fluctuacte dan risiko hampir tak de…
Walobagaimanapun rules tetap rules la kan meminjam untuk melabur memang tak digalakkan kalo anda tak tau apa yang anda buat..
March 10th, 2009 at 2:06 pm
Marketing dia memang power punye. Macam tak der risiko langsung, kan kan kan?
Masa dulu, kalau nak ambik loan asb, kena bayar deposit 5%. Dengan kata lain, loan yang dikeluarkan hanyalah 95% saja. Belum apa2 lagi bank dah untung 5% wooo!!!!
Masa ekonomi tengah okay, seronok sakan. Tapi bila ekonomi tak berapa elok, silap2 kena top-up interest pada hujung tahun sebab dividen tak dapat tampung kos!
So, hati2 di jalan ‘kaya’.
March 10th, 2009 at 3:26 pm
Sabri,
Apa kata Sabri beri dulu details sikit pasal maklumat pasal loan ASB yang ditawarkan.
jumlah loan. kadar interest. bayar balik bulan-bulan. dll.
hantar ke emel admin[at]pakdi.net
tk.
March 10th, 2009 at 5:28 pm
Sabri…
Saya pun setuju dgn Pakdi.
Kat opis sy pun ramai gak yang wat loan ni..at least sy bleh gak patahkan ckp2 mrk dgn calculation yang team u all wat.
sbb skrg ni, bila saya bangkang, mrk kata ‘ko takpe la… byk duit, so tak payah le meminjam’
tambah lagi, bila sy g RHB byr home loan minggu lepas…kena tangkap dgn pegawai dia, supaya ambil loan ASB ni..Mula2 rasa tertawan… tp sy minta tangguh..klu nak sy akan contact balik…
sekurang2nya tak le saya di’lembu’2 kan oleh orang lain.
Terima kasih sekali lagi
apa2…bleh tak email kan ke:
noor@mail.hukm.ukm.my
March 10th, 2009 at 5:47 pm
Jika kita membuat pinjaman pelaburan ASB ada baik dan kurangnya…kita boleh lihat berdasarkan perspektif dan pandangan keperluan masing-masing..
Kita tidak boleh salahkan pihak bank kerana sememangnya bisnes mereka adalah membuat untung melalui produk pinjaman..
Ada yang meminjam dalam pelaburan ASB ini semata-mata untuk mendapatkan tunai daripada bayaran dividen akhir tahun yang dibayar oleh ASB untuk keperluan dan perbelanjaan mereka…
Ini kerana lumrahnya manusia ni..kalau nak saje-saje simpan tiap-tiap bulan dengan penuh displin agak mustahil..
Tetapi bila dia orang dah pinjam, boleh pulak mereka displin bayar bulan-bulan..saya namakannya sebagai ‘force saving’
Daripada nilai masa wang, nilai RM1000 hari ini jauh lebih besar kuasa beli yang kita ada jika dibandingkan dengan RM1000 yang kita dapat tahun depan, jadi ada baiknya jika kita dapat dividen RM1000 hari ini daripada 2 atau 5 atau 10 tahun akan datang…
Dan satu lagi, pinjaman ini biasanya dilindungi dengan insuran/takaful jika berlaku sesuatu kepada peminjam(bank untung kat sini, sbb jual polisi) tapi jika peminjam hilang upaya atau meninggal semasa dalam tempoh pinjaman, jumlah pinjaman tersebut akan automatik terus diperolehi oleh waris..
Katakan anda pinjam RM100,000 untuk 10 tahun, dan dalam 3 tahun pertama berlaku bencana ke atas diri anda maka nilai RM100k itu terus dibayar kepada waris…kira-kira macam polisi insuran hayat jugalah…jadi tak perlu lagi beli insuran nyawa lain..
Kurangnya dalam pinjam ASB ini sudah tentulah anda kena berbahagi keuntungan dengan pihak bank..
Sekiranya anda bayar ansuran simpanan RM1000 setiap bulan, bank akan dapat dalam separuh daripadanya (bayaran faedah) dan duit anda cuma tinggal separuh..
Ringkasnya, bergantung kepada anda untuk melihatnya dari segi baik atau kekurangannya..
Your Money Your Choice!
THINKERICH
March 11th, 2009 at 8:59 am
Saya setuju dengan pakdi supaya sabri wat calculation psl ni.
.
Atleast sy bleh gunakan ini untuk me’rasional’kan sy berkenaan perkara ni.
kat opis sy ramai yang wat loan ni..sy pun terasa nak juga awalnye
Tambahan pulak, masa g byr home loan minggu lps,sy telah ditangkap oleh k/tgn bank berkenaan supaya mengambil loan ASB ni. Mulanya,rasa tertawan.. ttp sy minta tangguh dulu drpd beliau.
Kwn2 kata, buat aje la bkn takleh nak byr (tp sy blum habis fikir lg,sbb sy bkn suka nak wat hutang byk2,serabut otak)
March 11th, 2009 at 3:28 pm
Sekali pandang memang memang nampak untung, tapi lebih baik jangan terjebak.
http://www.contact-lens-suppliers.blogspot.com
March 11th, 2009 at 4:14 pm
noordectx kalo serabut otalk lebih baik jangan buat
March 11th, 2009 at 8:08 pm
Sememangnya saya rasa jika berkemampuan better kita buat simpanan sendiri. Kalau kita ambik loan, ia ibarat kita menambahkan hutang untung kewangan kita. Bukankah kita sepatutnya mengurangkan?? Bank pasti akan menyediakan plan terbaik untuk pelanggan agar mereka juga mendapat untung yang terbaik. Oleh itu kita fikirlah sendiri.. Hehehe
March 11th, 2009 at 8:44 pm
Salam sabri..
Memang menarik. Semua memberi komen yg menarik..
Pada saya, seperti bro shuth katakan. Mulakan dengan simpanan sendiri. Memang menarik figures dia..
Saya sendiri terkena dek kerana mengantuk lepas balik kerja malam. Tengok figures yg awek Maybank berikan..
Fuh!!! Memang siok.. Tapi saya tamatkan bila membuat semula kiraan di waktu sedar..
Jadi, kepada mereka yg YAKIN dengan kewangan bulanan anda mampu menampung..
Teruskan usaha pelaburan anda dengan membuat pinjaman. Apa pun, pada saya mulakan dengan wang sendiri lebih bijak dan selamat..
Itu pendapat saya…
First Full Earn
March 11th, 2009 at 9:22 pm
hello semua,
simpan rm250 sebulam pada umur 25 tahun. pencen jeh jadi jutawan (betul ke?). Nih yang selalu saya dengar.
March 12th, 2009 at 4:30 pm
nah..
http://www.pakdi.my/blog/pinjaman-untuk-melabur-di-asb/
March 12th, 2009 at 4:30 pm
[...] Saya menjawab ‘tag’ dari team Saifulsham. [...]
March 12th, 2009 at 6:05 pm
Salam semua,
Sbg seseorang yg pernah menggunakan pinjaman ASB, nasihat saya begini, sebagai forced savings mmg bagus bg sesiapa yg suka konsep. Tetapi, tetapkan pinjaman untuk antara 8-10 tahun, selepas itu jual balik sijil ASB anda dan biarkan amaun dalam akaun ASB anda berkembang sendiri. Konsep ini memerlukan anda bersabar dan ingat, pinjaman anda akan dicatit dalam sistem perbankan kita, jadi bila ada credit report CTOS, ia termasuk dalam tanggungan pinjaman anda. Ramai tidak tahu fakta ini, saya tahu pun lepas direject buat housing loan. Kalau saya silap, minta sesiapa betulkan.
Yg lebih baik, slow n steady adalah konsep cash deposit dan akaun tidak disentuh langsung kecuali untuk tujuan yg telah anda setuju ( kahwin, beli rumah, dll ). Lagipun, dengan cara ini, tidak ada tambahan tanggungan dalam rekod perbankan anda.
Dan kalau nak buat short term, kira nak merasa dividen, saudara mesti hold the loan utk minima 2 tahun. Kalau tidak, have to pay penalty, sbb dalam ASB loan, installment awal2 adalah untuk bayar interest.
Again, I learnt it through the hard way. Kalau saya silap, minta sesiapa betulkan.
Pilihan di tangan anda.
March 12th, 2009 at 10:07 pm
orang dulu2 mlabur x yah utang pong…
still untung. cukup2lah buat bank kaye wat per
nak bg komisen kt agen lagi..
warren buffet dengo ketawa dek dio ajer
March 13th, 2009 at 3:52 am
salam islah…
Wak baru2 ini sama kes macam saudara Sabri.. Pegawai Maybank promote loan ASB. Soalan saya pertama kepada pegawai bank tu.. Ada tak pinjaman ASB Islamik? Dia kata ada… ASB-i. Dalam hati Wak cantikkkk!… Sebab loan islamik ini tentunya kita dapat menhindarkan dari unsur RIBA”. Lagi satu Hukum ASB ni majlis Fatwa Kebangsaan kata ‘HARUS’.
Pertanyaan seterusnya…. Apa beza pinjaman ASB dan ASB-i? Dia kata : ASB dilindungi insuran dan ASB dilindungi sistem Takaful…
Yaa teman2 semua…. Takaful adalah pelengkap kepada sistem kewangan Islam. So saya lihat perbincangan di atas tidak begitu menekankan pinjaman dan pelaburan yang berlandaskan kepada sistem kewangan Islam. Wak ni bukan terror sangat bab agama nii.. tapi bab hukum insuran dan takaful ni bolehlah rujuk laman web majlis fatwa.
Dan terkini lagi sensasi tentang Hkum ASB/ASN ni ada dibincangkan oleh Ustaz Zaharuddin dalam laman webnya. Wak ada titipkan dalam blog Wak. So cubalah mamper ke blog Wak supaya dapat kita berbincang bab pelaburan ASB ni dari segi hukum….. (http://guruinspirasiku.blogspot.com)
Apapun teman2 semua…. Kita sekarang sebagai seorang muslim, ada pilihan untuk memilih sistem kewangan Islam. Sebut pasal sistek kewangan islam ni.. luas dia punya cabangnya. Termasuklah bab pinjaman, bab perlindungan takaful, bab simpanan dan pelaburan…. So untuk kita menghindarkan dari unsur2 riba, gharar dan maisir ada baiknya kita memilih sistem kewangan Islam. Kecuali dalam keadaan yang mana kita tak boleh nak elak…
Apapun… Wak rujuklah web2 orang yang lebih arif bab agama.
Sekian… Semoga kita semua sentiasa mandapat hudayahNya dalam meniti kehidupan… Amin!
March 13th, 2009 at 3:58 am
salam islah…
Wak baru2 ini sama kes macam saudara Sabri.. Pegawai Maybank promote loan ASB. Soalan saya pertama kepada pegawai bank tu.. Ada tak pinjaman ASB Islamik? Dia kata ada… ASB-i. Dalam hati Wak cantikkkk!… Sebab loan islamik ini tentunya kita dapat menhindarkan dari unsur RIBA’. Lagi satu Hukum ASB ni majlis Fatwa Kebangsaan kata ‘HARUS’.
Pertanyaan seterusnya…. Apa beza pinjaman ASB dan ASB-i? Dia kata : ASB dilindungi insuran dan ASB dilindungi sistem Takaful…
Yaa teman2 semua…. Takaful adalah pelengkap kepada sistem kewangan Islam. So saya lihat perbincangan di atas tidak begitu menekankan pinjaman dan pelaburan yang berlandaskan kepada sistem kewangan Islam. Wak ni bukan terror sangat bab agama nii.. tapi bab hukum insuran dan takaful ni bolehlah rujuk laman web majlis fatwa.
Dan terkini lagi sensasi tentang Hkum ASB/ASN ni ada dibincangkan oleh Ustaz Zaharuddin dalam laman webnya. Wak ada titipkan dalam blog Wak. So cubalah mamper ke blog Wak supaya dapat kita berbincang bab pelaburan ASB ni dari segi hukum….. (http://guruinspirasiku.blogspot.com)
Apapun teman2 semua…. Kita sekarang sebagai seorang muslim, ada pilihan untuk memilih sistem kewangan Islam. Sebut pasal sistem kewangan islam ni.. luas dia punya cabangnya. Termasuklah bab pinjaman, bab perlindungan takaful, bab simpanan dan pelaburan…. So untuk kita menghindarkan dari unsur2 riba, gharar dan maisir ada baiknya kita memilih sistem kewangan Islam. Kecuali dalam keadaan yang mana kita tak boleh nak elak…
Apapun… Cubalah rujuk web2 orang yang lebih arif bab agama.
Sekian… Semoga kita semua sentiasa mandapat hidayahNya dalam meniti kehidupan… Amin! Wassalam…
March 14th, 2009 at 3:08 am
Thanks for the info, pakdi. Kesimpulannya, simpan duit lebih baik berbanding meminjam & invest dkt ASB.
March 14th, 2009 at 7:36 am
Salam Sabri,
Saya ingat Sabri dah berkemampuan sangat dengan bisnes yang ada kan. Kalau tanya konsultan kewangan mesti dia kata guna saving untuk masuk ASB. Saya cadangkan Sabri simpan RM1000 sebulan. Dalam masa 20 tahun dah ada RM240,000 dalam akaun. Masa tu dah boleh pencen dengan dividen RM20,000 sebulan. Takyah keje dah!
March 14th, 2009 at 7:43 am
lari topik sikit, kalau masuk trust fund pun tak digalakkan masuk sedebuk. lebih baik masukkan duit secara berkala supaya risiko pelaburan diambil secara purata. kan saham ada naik dan turun?
March 15th, 2009 at 9:51 am
Mari kite citer psl yang +ve plak.
Pendapat sy, loan ASB ni sesuai pada individu yg tak berdisiplin dalam menabung.(yelah,hari ni simpan, esok lusa keluar balik.)sekurang2nye, dalam loan ni, kita takleh nak kuarkan duit tu bila2 masa, tp kena tunggu sampai tempoh tertentu.Mean, bagus untuk individu2 yang mcm tu lah,
Ada tak yang setuju dengan saya….
March 15th, 2009 at 5:10 pm
Salam Sabri,
Saya pernah membuat pengiraan dan analisa perbandingan tentang perkara ini, dan kesimpulan yang saya boleh buat adalah – Menyimpan sendiri ke dalam akaun ASB adalah LEBIH BAIK berbanding meminjam duit untuk dilaburkan ke ASB
March 15th, 2009 at 7:17 pm
Salam semua
Ya memang betul, pada dasarnya apa yang pihak bank lakukan adalah untuk keuntungan. Jika tiada untung atau untung tidak, rugi pun tidak, mungkin juga pihak bank takkan lakukannya.
Kita perlu melihat kepada positif. Dan kita perlu lihat juga kadangkala orang ramai rugi dan kadangkala pihak bank rugi. Contoh jika peminjam tidak melunaskan pinjamannya dan sebagainya walaupun pada pandangan mata halus orang ramai yang lebih berisiko untuk rugi.
Jika di lihat kepada perkhidmatan yang di sediakan pihak bank, orang ramai untung kerana bagi sesetengah dari kita yang tidak mampu dan tidak berupaya untuk menyimpan walau sesen pun setiap bulan, dengan cara ini, kita akan sentiasa terdisiplin untuk menyimpan dan menikmati keuntungannya.
Terpulang kepada kita samada kita perlu atau tidak membuat pinjaman ASB. Walau bagaimanapun orang ramai harus bijak memilih kemampuan dan pakej yang disediakan. :
http://www.glowglokal.com/blog
March 18th, 2009 at 4:16 pm
mengenai pinjaman bank utk ASB
cerita ni..pernah satu ketika dulu kawan saya mambuat pinjaman bank untuk ASB sebanyak RM 20,000 selepas 5 bulan beliau gagal membuat bayaran balik ansuran bulanan kerana kesempitan wang,,,beliau terus tutup akaun tersebut namun kawan saya ni masih dapat menikmati 8%dividen pada tahun tersebut sebanyak RM300.00 dan semua duit untuk 5 bulan ansuran bulanannya. untung kan?
March 21st, 2009 at 2:20 pm
Pendapat aku plak..tak yah la nak pinjam masuk ASB…kan korang dah tau yang ASB tu hukumnya haram….habis tu naper masih nak join….cuba pergi bayar zakat..boleh ke tidak ngan ASB ni….he he he
March 22nd, 2009 at 9:18 pm
Salam semua,
saya mempunyai pengalaman membuat pinjaman loan ASB ni dah lebih kurang 5 tahun dan profit keuntungan tu ada tapi tak seberapa banyak la. Cadangan saya lebih baik kita mencuba pelaburan emas daripada pelaburan ASB ni sebabnya nilai emas sentiasa meningkat so kita tak rugi bile kita melabur dalam pelaburan emas. So saya sarankan lebih baik kita berjinak-jinak untuk mempelajari bagaimana untuk memulakan pelaburan emas. Sekiranya anda telah memulakannya anda bezakanlah sendiri keuntungan kedua-dua pelaburan ini yang mana lebih pada memberi keuntungan yang tinggi.
April 3rd, 2009 at 4:29 pm
salam semua,
tertarik betul la nak join perbincangan ni..mmg dari dulu biras ija yg kerja maybank sokkempen suruh masuk pinjaman asb ni..utk masa depan katanya..lagipun kitaorg husband n wife meniaga aje..so monthly income tu turun naik biasa la..tapi ija lom lg proceed sbb takut tak leh bg commitment. so bila baca kat sini..kesimpulannya baik tak payah la yer?? tapi kalo kita tgk once approve pinjaman, dlm asb trus ada (jumlah yg dipinjam) dan pasal tu gak ler dividen akhir thn byk..berbanding kalo kita simpan dikit2 every month..mungkin dividen yg kita dapat bila end of year tak sama ngan bila kita pinjam..(ye ke? eden tak tau sgt..)tu yg biras tu cite..
n katakan lah masa pertengahan pinjaman, kita dapat penyakit kritikal(eg cancer) atau meninggal, kita tak payah bayar balik balance pinjaman tu..
April 13th, 2009 at 10:50 pm
semua nye bg comment tapi xde calculation.
kene bt some calculation before berani comment.
baru nmpk~
April 14th, 2009 at 11:46 am
Zanza (huhu),
Kesian Pakdi kira panjang2 kat blog dia and discussion forum kat Bicara Jutawan tu. Nombor-nombornya ada di situ.
Double check ya.
Tenkiu!
Sabri
April 24th, 2009 at 12:54 pm
Salam.
Dari perbincangan disini, dapatlah dibuat kesimpulan yang majoritinya bersetuju supaya jangan membuat pinjaman ASB. Tetapi aku ada pendapat yang berbeza. Tapi sebelum tu biar aku jelaskan pendirian aku, sememangnya kalau kita mampu memperuntukkan sebahagian dari pendapatan setiap bulan secara konsisten, katalah RM300, memanglah lebih baik simpan sendiri je, jangan buat pinjaman ini kerana jumlah akhir yang akan kita dapat melebihi jumlah kalau kita buat pinjaman (tidak di ambilkira nilai RM1 hari ini berbeza dari segi buying power pada 10-20 tahun akan datang). Ini semua jelas. Tapi apa yang nak aku kongsikan kat sini adalah, dengan pinjaman ASB ni kita hanya bayar ansuran bulanannya hanya setahun pertama sahaja. Untuk ansuran bulanan bagi tahun2 berikutnya memadai dengan menggunakan dividen yang akan kita dapat pada awal tahun ke dua, dengan syarat pinjaman tu hendaklah long term, sebagai contoh 20 tahun. Kalau kena top-up pun mungkin hanya sebulan. Dengan mengambil kira dividen+bonus setiap tahun 8%, maka dividen tersebut adalah mencukupi untuk cover ansuran bulanan. Ini adalah contoh aku: Katalah aku buat pinjaman RM200,000 selama 20 tahun, ansuran bulanannya dalam RM1290 sebulan, maka berdasarkan kepada hanya tahun pertama sahaja aku perlu bayar, maka aku perlu modal sebanyak RM15,480 (itupun bukan bayar sekali gus, tetapi bayar bulan2 selama 12 bulan). Bagi tahun kedua dikira berdasarkan bonus+dividen seperti diatas, maka kita akan dapat pulangan sebanyak RM16,000 bagi tahun pertama, dari sini jelas pendapatannya melebihi tanggungan. Dan sudah tentu pengiraan bonus akan bertambah secara accumulative untuk tahun2 berikutnya. Jadi ianya seolah2 dengan simpanan RM15,480 pada tahun pertama, memberikan pulangan sebanyak RM200,000 selepas 20 tahun atau jika keluar awal selepas 10tahun ianya berjumlah RM100,000(agaknya). Tetapi jika kita tidak mengambil pinjaman ASB ini, dan menyimpan RM15480 dalam ASB dan membiarkannya selama 20 tahun dengan menganggarkan dividen tetap 8%, berapakah jumlah yang akan kita dapat? Tidakkah ianya hanya berjumlah dalam lingkungan RM 30 ribu lebih sahaja?…Kesimpulannya kedua-dua orang dalam contoh tadi sama-sama menyediakan modal RM15,480, tetapi diakhir tempoh 20 tahun, yang seorang mendapat RM200 ribu (membuat pinjaman) dan seorang lagi mendapat RM 30 ribu (tanpa pinjaman), jelaslah yang membuat pinjaman lebih UNTUNG….Sila komen tentang pendapat saya ini..dan boleh dihantar ke ainaamer@gmail.com
April 24th, 2009 at 6:30 pm
..cont.
yang sebenarnya jumlah rm30 ribu(tanpa pinjaman) pada komen di atas adalah untuk 10 tahun,…maka kalau 20 tahun mungkin dalam rm60ribu lebih…..
April 27th, 2009 at 4:31 pm
askum..
sy orng br kat sini.. br2 ne sy ada bt loan dgn mybank utk mlabur dlm ASB.. tp skrng ne blm lg start.. ada kah sy ne akan di kenekan penalti dr bank walaupun pinjam itu blm lg terima..
sesiapa yg tahu blh koman kat email sy.. jepnboy85@yahoo.com
April 27th, 2009 at 4:32 pm
askum..
sy orng br kat sini.. br2 ne sy ada bt loan dgn mybank utk mlabur dlm ASB.. tp skrng ne blm lg start bayar bulanan.. ada kah sy ne akan di kenekan penalti dr bank walaupun pinjaman itu blm lg terima..
sesiapa yg tahu blh koman kat email sy.. jepnboy85@yahoo.com
April 30th, 2009 at 3:03 pm
salam…
nk joint gak wlaupun lmbt reply…
dh lama tak jenguk sini (busy)
komen saya:
ada byk instrument kewangan, yg terdiri dr pelbagai produk,
cam biasa bank akan keluarkan produk yg dibenarkan oleh bank negara…
apabila sesuatu produk dikeluarkan sudah pasti ada keuntungan dr pihak bank…
bila melibatkan investment sebenarnya ia bergantung kepada sabri… maksud sy…antara perkara yg perlu diambl kira ialah:
1. purpose
2. capability/money
3. time
purpose:
objektif bila anda melabur, tak kira melabur dlm unit trust, asb, asn, asw, bskl, forex or pak man telo sekalipun [errrrr tlg jgn buat] sure ade tujuan dan objektif bila kita hendak melabur, ada sesetengah org selesa melabur dlm unit trust, ada yg tidak, ada yg selesa dan sanggup melabur dlm bskl atau bersengkang mata dgn forex, so kita tak bole ckp apa yg baik utk org, baik utk kita, kn lihat keperluan sndri. bak kate opah aku ‘ukur bj d bdn sndri’ jejejejej.
capability/money:
sure kn ade la kan, kalau takde jgn fikir,kumpul dlu, tp wa rasa sure lu ade bro, jejejejej… errr ade tu bukan guna semua simpanan smpai abis okeh, at least 10% dr income utk simpanan, dan pepandai la ko bahagi % utk emergency dan lelain hal… karang panjang lak entri nie.
time:
plg penting, kalau invest ciput nk untung besar dlm masa terdekat, tp tak mau tanggung risiko besar, sila lupakan, sbb pak man telo je ade mcm tu jejejejjeje.
so masa sgt penting, ia berkait rapat dgn need, purpose kita td, sbb duit bkn utk disimpan sampai mati, ia perlu di rolling, cam bisnes, perlu di ‘growth’ kan, mengapa?
kerana virus money = ‘INFLASI’…. so kn tau waktu bila nk ‘enter’ invest, dan bila nk ‘exit’ invest….
bila buat kiraan untung, jgn lupa kira sekali inflation rate semasa… kalau takmo guna yg d kuarkan oleh bnk negara, guna la inflasi diri sndri… i mean, habit kita berbelanja jg mmpengaruhi personal inflasi… sekian shj
p/s: errrr info ini dr pengalaman dan pembelajaran sepanjang menuju ke arah CFP & IFP.
May 11th, 2009 at 11:09 am
tak yah lah la buat pinjaman asb ni..sebab ada rekod nama dlm bank..so anda akan jadi seorg yg banyak komitmen…baik la beli tanah…wat je personal loan..dah tentu harga akan naik…atau pun beli rumah untk invest..berbaloi baloi…
May 14th, 2009 at 3:41 am
bagus loan asb ni kalau… tak ade disiplin menyimpan..mcm aku .. aku ada kemampuan nak beli rumah sekarang.. tetapi aku convert kemampuan aku tu.. utk buat loan asb selama 5 tahun.. utk dapatkan duit utk beli rumah 5 tahun akan datang guna duit dividen je..rumah kalau aku beli sekarang bulanan adelah RM12XX. sebulan pastu kena bayo memacam lagi dekat 30k.
so aku buat loan asb sampai 150k.lepas 5 tahun nanti(kalau idup lagi ler) aku keluarkan dalam 70k.. ade balance lagi 135k.. (tak caya ko download kalkulator kat irwan.biz)
ala beli rumah sekarang pun kalau tiba tiba takleh bayar kene lelong juge.. dahla kene comit sampai 20-30 tahun.. baik dengan kemampuan tu aku commitkan loan asb yang boleh bagi aku 70k 5 tahun akan datang.. at least kalau tak jadi beli rumah boleh ler.. aku beli apartment lelong ke apa hehe..
lagipun sekarang semua loan ada insurans. kira jimatla takyah beli insurans.. yang idup pun senang. yang mati allahhuwalam la..
itula citer aku .. pk pk kan ler.. sabola 5 tahun.. sebelum merana 20-30 tahun..
lagi satu.. bank takdenye rejek loan kalau laporan credit 0-0-0-0… lagi satu ambik RHB.. maybank interest ngan denda lain macam je..
May 21st, 2009 at 6:14 pm
sy sokong abg ngah….bijak3x
jom cepat2 buat loan asb….sy nak apply 200k
May 22nd, 2009 at 9:39 am
Bagi aku laa… kita buat pinjaman dan dalam masa yang sama kita melabur sendiri tiap-tiap bulan. mula-mula start “meniaga”, pakai duit bank dulu, dah cukup modal, jual balik sijil dan invest pakai duit sendiri. mana-mana perniagaan pun perlukan modal dan paling penting kita tidak dapat membeli masa. Bercakap pasal risiko, salah satu ciri-ciri usahawan ialah berani menghadapi risiko. Unit trust pula merupakan pelaburan yang kurang risiko. Dalam hal pelaburan melalui pinjaman nie pertama sekali, pasikan tahap kewangan anda mampu untuk membayar balik pinjaman dengan simpan sendiri tiap-tap bulan. pastikan juga dah ada sedikit simpanan untuk kecemasan. dan yang paling penting apakah MATLAMAT PELABURAN.
May 22nd, 2009 at 3:30 pm
mmg dalam pengiraan nampak pinjaman lbh menguntungkan…berlebih2 untung jika dibandingkan dgn cara menyimpan tapi still boleh guna pun selepas 20 tahun duit RM200,000 tu.tak dapek kawe nok tgu lama gitu.tu belum kira kalau ada emergency tgh jalan.just my opinion.
May 24th, 2009 at 4:29 am
Salam kepada semua,
Baru – baru ini saya telah membuat pinjaman ASB melalui Maybank Islamic dengan konsep Bai Al-Inah. Saya meminjam 200k dengan tempoh pembiayaan 20 tahun. Saya telah membuat pengiraan dengan kadar dividen 7% dan bonus 1.75%, jika saya tidak mengeluarkan semua keuntungan termasuk jumlah pinjaman, selepas 20 tahun saya akan memperoleh rm1.012 juta. Dengan pelan yang disediakan oleh maybank, ansuran bulanan yang saya bayar adalah rm1,260.00 sebulan selama 20 tahun dengan kadar keuntungan bank BLR – 1.35% (BLR = 5.55%). Ini bermaksud jika kadar BLR kekal pada 5.55%, jumlah yang saya bayar selama 20 tahun adalah rm302,400.00 shj. Disini dilihat bank membuat keuntungan rm102,400.00 manakala saya mendapat keuntungan dlm rm709k. Dengan pelan ini, amaun tertinggi yang perlu saya bayar jika BLR melambung adalah rm471k. Maksudnya jika dividen n bonus ASB pada kadar yang sama selama 20 tahun tetapi BLR melambung tinggi, saya masih boleh membuat keuntungan dr pelan ini. Masakan dividen asb tidak akan naik ke satu angka yang lebih tinggi berdasarkan history sebelum ini kan ?
Asas perkiraan saya sebelum membuat pinjaman ini adalah :
1. Kalau saya simpan tiap2 bulan rm1260 selama 20 tahun pun, saya tidak dapat mengembangkan kepada rm1.012 juta
2. pelan ini ada insurans, jika sesuatu berlaku kepada saya, insurans akan cover pinjaman tersebut.. mudah2han Allah selamatkan saya dan beri kesihatan yang baik
3. Jumlah tertinggi yang perlu saya byr balik jika BLR tinggi masih memberi saya keuntungan dengan syarat dividen 7% setahun..mudahan2han dividen meningkat
4. Lebih baik saya tanam pokok buah2han yang telah berbuah di dusun ke tepi rumah saya drpd saya nak tanam dengan biji benih yang saya makan..kemungkinan pokok tersebut hidup lebih tinggi berbanding dr biji benih – maaf la kalau ada yang tak faham dengan perumpamaan saya ni ya
May 24th, 2009 at 8:33 am
baru terjumpa blog ne..admin tak buat toturial cara nak main saham maybank ke…
May 28th, 2009 at 9:12 am
salam….
sy bru bkerja 7 bulan and income bln2 lbh krg rm2.5k. Semalam sy gi maybank and CIMB utk loan ASB. BLR semasa Maybankd = 4.25%, CIMB = 3.79.
Bg yang berpengalaman, blh tak share ngan org baru mcm sy, bank mana yang plg baik utk wat loan nie…TQ
May 29th, 2009 at 9:14 am
kepada abe ngah,
kita ambil method abe ngah, so simpan rm 15480 dalam tahun pertama, dan tahun seterusnya guna duit dividen je sampai 20 tahun. dalam 20 thn, dapat 200k ++ (lebihan dividen saya tak kira berapa). tapi kita kena ingat, tiap2 bulan kena juga bayar kepada maybank dalam rm 1290 tu walaupun duit tu duit dividen. kalau nak adil method kedua pun kena bayar la jugak bulan2 sampai 20 thn. so rm 1290 x 12 bln x 20 thn. jumlahnya rm 309600 ++ (tak termasuk dividen!). so macam mana? jangan anggap rm 15480 je duit kita guna, lepas tu pun kita pakai duit kita gak walau pun dividen…
May 29th, 2009 at 2:46 pm
salam,
jgn lupa zakat simpanan 2.5% untuk menyuburkan wang dan jiwa anda, insyaallah. Kaya-kaya juga akhirat jgn lupa. sekiranya anda sign buat pinjaman bulan 4 dan bayaran permulaan anda pada bulan 7 sebagai contoh anda boleh kira zakat simpanan 2.5% anda dari bulan 4 atau bulan 7 (cukup pergiraan 1 tahun). siapa yg buat pinjaman 10 tahun atau 20 tahun itu jgn terlepas pandang perkara ni ek, simpanan anda perlu dizakatkan sebanyak 2.5% sehingga 10 tahun atau 20 tahun.
bayangkan anda membayar zakat simpanan asb, ramai yg dapat menafaatnya,insyaallah, yg buat simpanan bulan2 pun jgn lupa juga bila cukup syarat2nya untuk berzakat.
ZAKAT MENYUBURKAN HARTA DAN ZAKAT MEMBAWA BERKAT.
salam kasih sayang dan salam sejahtera.
June 4th, 2009 at 2:46 pm
Buat Cik/Puan Lina. Yup saya pun berfikiran begitu. Adalah lebih baik berbuat begitu selagi dividen>interest. Untuk insuran tu bagus sekiranya ditimpa musibah mati/tpd. Tadi kena ingat sekiranya belum ada medical insurance kerana risiko ini juga akan merosakkan perancangan yang mana tak dapat bagi commitment RM 1260 sebulan kerana perlu membiayai perubatan. Kalau dah ada canteeek dah fully cover & u monitor performance untuk mencapai apa yang diidamkan…… excellent dream & big dream + action + monitoring = success.
June 4th, 2009 at 2:52 pm
Buat kawan, kalau kita ada RM 15480, boleh ka kita dapat dividen yang boleh kita simpan sebanyak RM 1290 sebulan untuk tahun berikutnya. Dividen kita untuk RM 15480 cuma RM 1238.40 setahun (berdasarkan 8% dividen). Kalau setiap bulan kita boleh menyimpan RM 1290…. gunalah pengiraan Cik Lina kita tu…dah canteeek dah tu. sama-sama kita fikirkan.
June 21st, 2009 at 7:25 pm
Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.
Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%
Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
Interest sebenar pada kadar APR = 13%
Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.
Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).
Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.
Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.
Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
= RM 14,025 – RM 13,560 = RM 465 sahaja.
Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
Total Contribution = RM 13,560
Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.
As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?
July 3rd, 2009 at 8:02 am
Buat Fadli, terima kasih kerana mengingatkan saya pasal medical insurance tu. Alhamdulillah, saya mmg telah memastikan ada medical insurans + saving dr Pru BSN sejak awal. Pada saya itu sgt penting utk kita sesuatu yang kita tidak jangka. Kita kena merancang dengan baik kerana ‘ gagal merancang, merancang kegagalan’..
July 3rd, 2009 at 8:34 am
Semasa kecil saya berangan – angan untuk ada kereta n rumah idaman sblm 28 tahun. Alhamudlillah skrg saya telah memperoleh kedua2 tersebut seperti yang diidamkan. Saya juga berangan utk ‘pencen’ ketika umur 30 tahun.. dan skrg saya telah pencen.
dgn umur saya lagi 2 bulan cecah 30 tahun.. walaupun telah ‘pencen’ saya boleh berbelanja maksimum 6 ribu sebulan (termasuk byr rumah & loan asb & insurans) hasil rolling faedah dr asw .. (asb tak boleh kacau sbb belum matang lagi
). Pada saya, pengurusan kewangan yang baik sangat perlu..strategi, ilmu dan right execution adalah perkara yang saya praktikan. Yang penting, zakat kita kena tunaikan..lagi banyak zakat kita bayar, lagi banyak Allah berikan kita rezeki yang kita tak jangka..
July 4th, 2009 at 8:57 pm
apa yang penting sama ada pinjam atau simpan sendiri ada pro dan kontra.Dua-dua tidak ada salahnya.Melalui pinjaman bank,bank tetap mahukan keuntungan namun jika kita meminjam boleh dikatakan “win win situation”dimana kita mendapat keuntungan melalui dividen dan untuk jangka masa panjang kita akan dapat juga sijil tersebut.Kadar faedah sekarang ini agak berpatutan sekiranya pinjaman dibuat.Namun persoalannya sekarang adalah adakah pinjaman ASB kita memberi kesan sekiranya kita ingin membuat pinjaman lain cnthnya rumah atau kereta.Sila bincangkan rakan2…
July 23rd, 2009 at 11:29 am
Alhamdulillah terbaca blog ni…time kasih..ekceli sy di awal 20-an dan tidak berapa arif tentang ni. Jadi kalau kt wat loan ASB untuk saving kire okay lah kan? Jangan la kuarkan dividen yang dapat..ok tak?
July 24th, 2009 at 4:38 pm
secara teorinya memang sedap dengar “sikit2 lama2 jd bukit”, xpyh kene bunga bank, tp dalam 100 org, belum tentu ada sorang pun boleh menabung secara beristiqamah selama 240 bulan. (eg kalo loan rm100k, 20 thn yg mcm aku buat, sebulan force saving +- rm600). Buat auto debit, bulan2 goyang kaki, mmg boleh lupa langsung pasal ni, sedar2 dah setahun lebih. Tapi bagi yang gaji 5,6 ribu , memang x pyh buat loan
July 24th, 2009 at 4:40 pm
komen atas tue, kawan aku nye experience.
July 30th, 2009 at 1:49 pm
eddy86, setuju dgn anda..susah nak istiqamah ni kalau takde enforcement..walau bagaimanapun tak kira la berapa gaji sebulan..peluang tu kena grab…peluang jgn dilepaskan..sekurang2nya lepas 5 tahun boleh keluarkan dividen buat byr 50% bmw 5 series model terbaru..hahahaha..pokok still ada lagi..baru amek buah sahaja..betul tak..lagi banyak gaji lagi banyak kena menyimpan…sbb lg banyak benda yang bukan2 ada dlm kepala nak dibelinya..
August 27th, 2009 at 9:50 am
paham2…..tengkiu sume2……
December 2nd, 2009 at 9:17 pm
Saya meminjam dengan RHB untuk melabur di ASB. Sebanyak RM115,000.00, sudah 3 tahun,untuk 20 tahun (maksimum). Sebulan bayaran balik RM799.00 tetapi sekarang hanya RM750 sebab BLR dah turun. Setiap awal tahun, dividen yang saya dapat kira2 RM8,000.00 lebih. Saya rasa kalau saya nak menabung guna duit sendiri (saya surirumah yang mintak suami duit), rasanya memang tak dapat. Duit pinjaman ASB ni pun suami yang bayar. Tetapi setiapkali dapat dividen, saya declare pada suami. Dia ambik sikit, saya ambik banyak hahahahhaha
Yang diambilpun utk yuran sekolah anak2 dan keperluan sekolah. Kami tak disiplin menabung. Jadi, pada saya, pinjaman ini merupakan satu pelaburan yang baik sebab tiap2 bulan kalau terlambat atau terlupa bayar, bank akan call dan mengingatkan…. kalau sendiri menabung, takde siapa nak tolong ingatkan. Antara RHB dan MBB, saya rasa RHB lebih bagus sbb 14 hari lewat bayar, interest free lagi….. namun terpulang pada pendapat masing2. Kalau saya kaya dan hartawan, sudah tentu saya tak buat pinjaman utk melabur. Tetapi, ini lebih baik drpd keluarkan EPF utk melabur dalam unit trust. EPF susut, untung belum tentu RM10 boleh dapat.
December 3rd, 2009 at 11:44 am
saya tabik la ngan lina…umor 30 dah pencen…
sy nk ikut jejak lngkah awak la lina….
ajar la skit…ape yg perlu sy wat dulu?
mcm mane awk create income 6k/month tnpa kejer..
sy skang umor 27..trget pncen 35..tp lum ader site income selain bekerja..cumer ader loan asb 100k..tu pun br layan setahun….
December 4th, 2009 at 11:26 am
nak balas jugak walaupun dah terlambat giler ketinggalan ketapi nih… hahaha…
betul kata shuth, mmg ASB ni punya plan dah lama sangat dah ada kat market .. tapi SEKALIPUN saya TAK PERNAH teruja utk amik pinjaman yg ditawarkan .
Pada saya simple, duit setiap bulan yg kita dapat dr gaji itulah yg sepatutnya kita laburkan, at least 10% ..kalau ada buat any business, then lebih baik lagi kita simpan sebahagiannya utk kegunaan di masa kecemasan.. bukan korek lubang, tutup lubang ..kita takkan tahu apa akan jadi in 10 – 20 years to come ..silap2 anak dah 7, hutang masih tak berbayar … ont take such a big risk….!
December 8th, 2009 at 3:39 pm
saya x de amik risiko ape pun ngan asb ni..
mmg la kalo awk pk nk tnggu 25 tahun tu lame….
sy cume amik risiko 1 thun jer…utk daptkn 100k tu
bulan2 sy bayar rm550…smpi bln 12 ni sy dah byr rm6600
jd estimate dividen sy akn dapt rm7k-rm8k.pstu dapt dividen tu trus bayar utk tahun depnnye utk setahun…
buat la mcm tu smpi la tahun yg ke25…
jd sy cume korbnkan rm6600 utk thun 1 jek…
tup tup ade 100000 lepas 25 thun….
kalo kire nisbah modal ngan dividen tu adelah dlm 1500% utk 25 tahun…setahun lebih kurg 60% dividen..okla tu
watie,awk ader biznes yg lg terjamin ker dr asb ni…share la ngan sy….
December 13th, 2009 at 12:26 pm
salam… sy xberapa pandai untuk berbincang tentang isu ini..
Tapi sy ada satu kemusykilan..sekiranya kita membuat pinjaman ASB adakah ia akan effect kat pinjaman kereta atau rumah yang telah kita buat?
December 13th, 2009 at 3:34 pm
salam tuan/puan semoa..
antara makan gaji dan berniaga..makan gaji ni gaji da tetap kat hujung bulan..berniaga plk tak semestinya..bergantung banyak sebab musabab..bilang orang untung sabut timbul,,, untung batu tenggelam…
begitulah juga Loan ASB ni..kalau kita buat loan 200,000.00 mcm yang sy buat bru2 ni..bulanan only rm1225 for 20 thn..
tahun pertama (2010) jak bayar 1 tahun (1225 X 12 bulan)=….
tahun ke dua (2011) jan akan dpt dividen ASB let say 7% maka aku dapat 200,000.00 X 7% = RM 14,000.00..
14ribu ni jangan pernah bermimpi untuk gunakan..ambik tiap bulan bayar bulanan ASB loan tadi..means
ongkos tahun pertama td, after 20 thn, kira2 ten years before pencen.. minimum da ada 200,000.00 uuntuk dinikmati sebelum mati…kalaulah tidak mati awal..(moga kita semua dipanjangkan umur)..
walau apapun, pengiraan di atas adalah dengan andaian BLR tidak naik ataupun turun..ini kenalah terima hakikat.. memang dalam hidup ada naik turun.. bagi saya la,, lebih baik cuba jak buat loan ni…tapi dalam masa yang sama, buat usaha backup lain..jgn bergantung sepenuhnya pada dividen ASB jer..
kita peganglah peribahasa moyang kita dulu..
“UNTUNG SABUT TIMBUL,,,
UNTUNG BATU, TENGGELAM”..
DOA LA BA KITA SUPAYA TIDAK TENGGELAM..
December 13th, 2009 at 3:45 pm
salam tuan/puan semoa..
antara makan gaji dan berniaga..makan gaji ni gaji da tetap kat hujung bulan..berniaga plk tak semestinya..bergantung banyak sebab musabab..bilang orang untung sabut timbul,,, untung batu tenggelam…
begitulah juga Loan ASB ni..kalau kita buat loan 200,000.00 mcm yang sy buat bru2 ni..bulanan only rm1225 for 20 thn..
tahun pertama (2010) jak bayar 1 tahun (1225 X 12 bulan)=….
tahun ke dua (2011) jan akan dpt dividen ASB let say 7% maka aku dapat 200,000.00 X 7% = RM 14,000.00..
14ribu ni jangan pernah bermimpi untuk gunakan..ambik tiap bulan bayar bulanan ASB loan tadi..means
hanya dengan ongkos tahun pertama td lebih kurang 14,700.00, after 20 thn later, kira2 ten years before i pencenla.. minimum da ada 200,000.00 uuntuk dinikmati sebelum mati…kalaulah tidak mati awal..(moga kita semua dipanjangkan umur)..200,000.00?naik haji satu famly pun lepas da ni
walau apapun, pengiraan di atas adalah dengan andaian BLR tidak naik ataupun turun..ini kita kenalah terima hakikat.. memang dalam hidup ada naik turun.. bagi saya la,, lebih baik cuba jak buat loan ni. sBG bijak man, kita mesti mencoba..tapi dalam masa yang sama, buat usaha backup lain..jgn bergantung sepenuhnya pada dividen ASB jer..
kita peganglah peribahasa moyang kita dulu..
“UNTUNG SABUT TIMBUL,,,
UNTUNG BATU, TENGGELAM”..
KITA DOA LA BA KITA SUPAYA TIDAK TENGGELAM.. DAN JANGAN PERNAH BERMAIN BATU-BATU SUPAYA JAUH DARI KETENGGELAMAN HEHEEE
December 14th, 2009 at 12:09 am
slm semua…
mengenai loan asb nih mmg ada yg menyokong dan x kurang juga yang membangkang…biasela yang menyokong tentulah yang dh meminjam ( xkan nk condem kot) dan biase jugela yang bangkang tu yang x labur lg atau x pinjam lg
(cam politik le)…
tp la kan..aku rs kita jgn ler terlalu cerewet sesgt dgn semua perkara(termasuklah isu ni). Berfikir sebelum bertindak memanglah penting tp klu asyik dok fikir aje bila nk bertindak…? Mase terus berjln…umur pun semakin tue..aku kdg2 prihatin ngan sebangsa melayu aku yg memang terlalu berhati2(bukan x berhati2 tp terlalu..)..kite x payah ambik contoh jauh2…ambik yang dekat aje bangsa “cha ya nun alif”..klu bab meminjam memang depa ni no satu..tu sebab wujudnya ALONG…tp percaya atau tidak mereka ni klu pinjam bukan seribu dua…juta beb…senang klu bankrap x leh bayar pun puas hati..tp kite takut nk pinjam byk2 tp pinjam jugak..sikit..last x dapat bayar bankrap jugak….jutawan malaysia aku tya korang berapa org kita…masalah sebenar kita ialah ‘DOK PIKIR SGT UNTUNG’ last satu kerja x jd..
ok tu intro je….
psl loan asb nih anggaplah cam EPF yang korang selalu bayar tu…klu x disuruh bayar tentu korng xnak bayar punye tp last bile dh sampai pencen br la rs syok bila dpt duit selonggok..cam loan asb ni aku anggap sebagai satu simpanan yang aku paksa diri cam EPF..klu nak kira untung rugi ..EPF tu pun rugi gak tp terpaksa kan ..kenalah simpan gak…tp penyelamat bila sampai waktunya. So ini adalah pendapat aku yg ikhlas…kes ni macam mengajar jugak…ada pelbagai kaedah mengajar tetapi satu aje objektif yang perlu dicapai..fikir2kan semua
December 15th, 2009 at 12:29 pm
yeah…dividen asb 2009 naik 0.3%

dividen 7.3%
bonus 1.25%
x sia2 sy wat loan aritu…hehe
effa,loan asb ni mmg la akn di ambil kire dlm komitmen diri kita…e.x gaji 2ribu basic
pstu ade loan asb 200k…bulan2 bayar 1225
jd awk dah gune lebih 50% dr basic awk….
kalo masuk loan keta mesti x lepas…sbab biase bank akn trace komitmen kite x leh lebih 50%
tu blum masuk umah,kredit kad n len2 loan lg tu…
jd beli la keta dulu sblum wat loan tu…keke
sy nk kongsi pelan hidup sy…
trget sy umor 55 saya pencen ader pendapatan 8ribu sebulan…jadi setahun rm96ribu setahun…
cara sy nak daptkan 96k tu ngan pelaburan yg bg pulangan 15% setahun….jd modal yg sy kena ader = rm640000
modal 640 000..ni yg nk kena cari….
epf saya pada umor 55 ader 200 000 anggaran ikut gaji skang
asb loan buat maximum 400 000
jd tnggal 40 ribu yg sy nk kena fikir
jd saya ade mase lg 28 tahun untk kumpul 40ribu ni
sebulan dlm rm120 sy kena simpan dr skang….
bg asb yg 400 ribu tu plak…1 tahun wat 1 loan 100 ribu
1)2009-100k(bulanan rm547)(tahunan rm6564)(dividen rm7300)
2)2010-200k(bulanan rm547)(tahunan rm6564)(dividen rm14600)
3)2011-300k(bulanan rm547)(tahunan rm6564)(dividen rm21900)
4)2012-400k(bulanan rm547)(tahunan rm6564)(dividen rm29200)
pd 2010,loan 1 byar gune duit dividen loan 1
pd 2011,loan 1 & 2 byar gune dividen loan 1 & 2
pd 2012,loan 1,2 & 3 byar gune dividen loan 1,2 & 3
pada 2013,dah x payah pening2 bayar loan…sume gune duit dividen….jd kena korban 4 tahun la rm547 tu utk daptkan 400k…
sesape ade pelan yg lg baik…leh la kongsi ngan sy….
December 16th, 2009 at 8:12 am
loan asb sebagai komitmen ni pun satu hal. Ada bank (officer tertentu} yang boleh consider ianya komitmen dan kontra semula dengan dividen tahunan sebagai income. Maksudnya jika bayaran bulanan loan tu adalah 1290, dan dividen tahunan adalah 14000 (dari dividen ni, dianggap income kite adalah 1167 sebulan), oleh itu komitmen sebenar hanyalah dalam 1290 – 1167 = 123 sebulan. Itu jika dividen adalah 7%.
December 16th, 2009 at 4:42 pm
Salam semua.
Saya rasa, pada yg berminat utk membuat pinjaman ASB…eg: pinjam Rm100k…..Split kan kepada 2 separate cert/loan….eg: Rm40K & RM60K…ambil the max tenor eg:20 years….kenapa saya suggest supaya split into 2 cert/loan…sbb, dgn cara itu u blh settlekan all RM100k loan dalam masa 4/5 tahun….dgn cara menggunakan bonus & dividen tahunan & selesai kan 1 per satu loan….itulah yg diajar oleh Pegawai bank kepada saya & ramai kengkawan saya yg buat begitu..fyi, simpanan ASB adalah antara yg terbaik sbb bonus & dividen tidak kurang dr 7% so far…
December 17th, 2009 at 11:16 am
for me..good things about asb loan kta akan tepaksa membayar..xpayah lah nak kra bank untung brapa byk..as long aku untung kalau bank nk untung dats their periuk nasi..aku makan nasi aku bank makan nasi dia..dats it..
December 19th, 2009 at 12:39 am
ape mksud abg ngah ade officer yg tertentu leh wat komitmen asb tolak ngan dividen asb? leh bg tau sy x?
sbb sy budget nk wat smpi 400k….kalo bank2 x kire komitmen,alangkah bagusnya….
December 23rd, 2009 at 10:10 pm
cerita orang semua best2 belaka. cerita saya rasenye yang paling sadis. sy da buat pinjaman ASB ngan RHB. tapi jumlahnye terlalu sedikit. RM10,000. bayaran balik selama 12 tahun. sebulan sy bayar RM99. saya ambil pelan nih semasa sy bekerja dengan gaji RM1000 sebulan selepas abis belajar thn 2006.ketika tu sy terlalu naif dan tak tau ape2 pasal pinjaman nih. skang sy rase nak stop and nak apply term baru. rase2 boleh tak?
December 27th, 2009 at 12:20 am
Salam semua…
Aku agak tertarik tentang pinjaman ASB ni coz aku dah buat dan dah habis bayar pun.Aku pinjam 10k pada tahun 2004 selama 5 tahun.
Bulan2 aku bayar RM 197.00…
Memang dividen akan dikira daripada tarikh kita pinjam sebanyak mana.
Contoh aku pinjam RM 10,000
Dividen 1st year RM 875
———-
RM 10,875
Dividen 2nd year RM 951
———-
RM 11,826
Dividen 3rd year RM 1,034
———-
RM 12,860
Dividen 4th year RM 1,125
———
RM 13,985
Dividen 5th year RM 1,123
———
RM 15,108
#Dengan andaian setiap tahun dividen 8.75%
Ansuran bulanan aku:
RM 197 x 60 = RM 11,820
Jadi :-
RM 15,108
– RM 11,820
———
RM 3,288
Masih untung lagi tu…
Dengan syarat dividen tidak dikeluarkan…
Dan…
Aku ambik lagi RM 50,000 untuk 3 tahun…
Heheheheh
January 1st, 2010 at 1:19 pm
bg sy loan asb ok….kalo nak buat loan ikat seberapa panjang boleh….kerna ia lbg untung….cuma thn pertama je sakit skit….second pakai je duit dividen utk bayar…kalo umur pendek duit dpt kat waris..insuran ade apa..aku br buat dgn wife aku rm100k sorang….fikir2kan lah..kalo takut2 jgn buat loan asb…
January 5th, 2010 at 6:32 pm
Betul tahun pertama je sakit sikit….. tapi kalau asyik memikirkan sakit tahun pertama… ianya tidak akan bermula…dan tahun pertama tidak akan bermula dan sudah tentu tidak berakhir…..in my case… belasah je… start bulan Jun last year…. haaa..haaa.. baru je check tadi… ada hampir 10k dividen…. dah boleh survive for 7.5 month repayment year 2010….
January 8th, 2010 at 4:59 pm
bai,
mcm mana saya dpt pendapat 6k tanpa kerja ya..saya ambil sikit2 dr dividen asw2020 saya..sbg cth kalau total dividen saya dpt dr asw adalah 72k ke 75k setahun…itu adalah gaji saya utk tahun depan..amaun pokok dlm asw tu saya tak usik..tiap bulan saya akan kuarkan 6k dr asw..kira mcm gaji saya la…asw2020 dividen dlm 7% setahun kan…so kena mcm saya buat bisnes dgn simpanan saya dlm asw la..tp simpanan utk dpt dividen 72k ke 75k setahun tu, bai kira la sendiri ya…
asb tu saya buat2 lupa la yg saya ada..lg pun itu pakai loan kan..so byr pun debit terus dr akaun..malas nak pk pasal asb..nanti lg 10 tahun br tgk berapa ada…yg penting jgn rambang mata bila ada rezeki Allah bg..simpan utk masa depan..sbb tak selalu peluang tu kita dpt..jgn dpt projek 500k terus keluar bmw 5 series ka atau mercedese 240 ka…mmg la naluri nak pakai tu ada…tp lbh baik kita tgu sekejap n laburkan..sampai masa akan dpt pakai jg….lagi satu sentiasa bersyukur dan berdoa kpd Nya..sbb kalau kita nak Dia makbulkan doa kita waktu susah..kita berdoa lah sewaktu kita senang..apa2 pun bai, selamat berjaya menguruskan kewangan anda..
January 11th, 2010 at 1:43 pm
Apa komen anda sekiranya saya berkata bahawa untuk mengelakkan risiko tinggi kerugian dan mengkayakan bank ialah dengan membuat ASB loan untuk jangka sederhana (5 Tahun). Elakkan membuat ASB loan untuk jangka masa panjang (kita tidak dapat meramal kestabilan ekonomi) atau loan untuk jangka pendek (1-3 Tahun) sebab perolehan/keuntungan pelaburan tak seberapa. Lastly, tetapkan matlamat pelaburan anda berdasarkan logik dan kemampuan diri sendiri untuk membayar setiap bulan.Sekian.
January 12th, 2010 at 12:28 pm
akhirnye balas jugak cik lina…dah dekat sebulan lebih sy menunggu..time kasih kerna sudi kongsi pngalaman..wow,bnyak tu modal cik lina….mcm mane nk kumpul rm 1juta sblum umor 30?awak ni ade biznes ker?
kalo stakat orng yg makan gaji 4 5 ribu sebulan pun x kn dapt kumpul 1 juta sblum umor 30…
ha rahsia kumpul 1 juta tu kongsi la gak cik lina?
January 14th, 2010 at 12:27 pm
camane ngan AS 1 Malaysia pulak?????
January 14th, 2010 at 6:18 pm
gila apa x untung, mmg sah2 aku bnyk untug. lantak la bank nak untung brp bnyk, yg penting aku pun untung.
simple matematik camni pun ada org bole kata rugi, matematik darjah 6 je ni.
ni lah masalahnya bila rakyat malaysia tak diajar cara menghasilkan duit masa kat sekolah, belajar tinggi2 pun cuma belajar cara untuk makan gaji. jadi, simple math camni pun jadi belit2, polan tu untung la, polan ni untung la. asal sndri pun untung sudahlah, pastu belajar camna nak memaksimumkan keuntungan skim ni ( walau semua as easy as a b c ), malas nak cakap banyak la.
tapi aku ajar sket camne nak maksimumkan keuntungan dgn cara ( as easy as abc ).
pinjam rm200k ( ikut kemampuan ).
bayar tiap bulan hingga tahun ke-6 atau ke-7 atau sampai x mampu nak bayar.
dividen jangan cuit sampai sekurang2 kurangnya tahun ke-6.
rolling duit byr pinjaman pada tahun ke 7.
pastu tak payah bayar loan pakai duit poket lg, walau rolling guna duit dividen masih banyak baki ( passive income ).
kalau aku tulis camni pun tak paham, rugi je belajar tinggi2.
jadi, maknanya hanya berterusan bayar untuk tujuh tahun je walau ikat sampai 20thn.
selepas 25 tahun dividen campur ngan pokok dah lebih 1 juta ringgit!!!
kalau tak caya pegi tanya pegawai asb sndri.
sedang jumlah yang dilabur sebenarnaya sekadar
: 1,046 x 12 bulan x 6 tahun + deposit = rm85,312 (kalau ikat 25 tahun)
melabur rm85,000 selepas 25tahun dpt lebih 1juta kira rugi??
ingat bro, simple math. jangan egois.
p/s: bergantung kepada kekuatan ekonomi malaysia.
January 15th, 2010 at 12:12 pm
sorii bai saya lewat balas..saya masih berada di tanah suci masa awak post comment tu..
..ada la dpt projek skit2..mula2 makan gaji jg mcm awak..sejak grad sampai age 27.setakat eksekutif di sy telekomunikasi, awak pun tahu gaji berapa..masa muda2 ni kena kerja kuat..di samping makan gaji, cuba cr alternatif lain..first basket adalah pendapatan hasil makan gaji…2nd basket tu side business..tp walaupun 2nd basket tu dah ada isi, perbelanjaan mesti berdasarkan 1st basket..2nd basket tu terus masuk asb atau asw…tp kena kuat la masa ni..jgn 2nd basket tu jd kosong sbb nak kejar keinginan keta baru atau sebagainya..lg satu, kena ambil peluang yg ada..peluang tak selalu dtg…so apa yg ada ambil je n deliver betul2 utk side business tu..ehmmm lain2 tak leh story kat sni..kena menuntut ilmu dengan saya la…hehehehehe..
p/s : 72k tu contohhhhhhh…ehem2
January 18th, 2010 at 3:07 pm
Ni perbandingan yang aku buat untuk john yang membuat loan asb berbanding dengan jika kita simpan sendiri kat bank tiap2 bulan
BAYARAN BULANAN : 197
DIVIDEN ASB 0.085
JUMLAH PELABURAN AWAL 0
TAHUN JUM BAYARAN TAHUNAN BAKI SEMASA DIVIDEN
1 2364 2364.00 200.94
2 4728 4928.94 418.96
3 7092 7510.96 638.43
4 9456 10094.43 858.03
5 11820 12678.03 1077.63
JUM DIVIDEN 3193.99
BAKI AKHIR AKAUAN ASB 15013.99
beza sedikit je dengan jumlah dalam akaun en john iaitu RM RM 15,108
tapi risiko yang en john kene hadapi:-
-naik turun dividen asb
-denda bayaran lewat loan bank
-naik turun BLR
January 31st, 2010 at 10:58 am
Salam,
Sy orang br bekerja, br cadg2 nak melabur 2010. Melihat komen2 d atas membuat takut pla nak melabur.
So sy ingin btanya OTAI2 diatas, diharap dpt bkongsi maklumat tkini thn 2010:
1) Jns pelaburan terbaik thn 2010 bg yg mula bekerja?
2) ASB loan atau guna simpanan sendiri? Ada sesiapa blh wat konklusi?
February 10th, 2010 at 6:00 pm
saya ada asb sejak umur 12thn lg la ni dah 34.Tapi jumlah yg ada tak pernah lebih 50k.setelh meneliti pelbagai pandangan akhirnye saya nekad ambil asb loan cimb 150k utk tempoh 20thn.saya takda masalah utk baya pinjaman utk 12 bln thn 2010.thn 2011nye pembayaran leh pakai dividen je.rasanya rugi sgt tak buat loan dr dulu lg coz dulu nk buat loan takut je sbb saya mmg jenis tak suka berhutang bila buat calculation mmg la rasa tak berbaloi sbb ambil blnn yg rendah dan jangkamasa pendek.saya rasa asb loan berbaloi utk long term loan dan jumlah semaksima mungkin dengan syarat gunakan dividen utk pembayaran thn ke-2 seterusnya.jadi dengan bayaran bulanan yg rendah kita dpt pulangan yg tinggi bila comparekn dgn org yg buat loan 150k dlm masa 5 thn mesti byrn bulanan tinggi dan pastinya dividen tahun pertama tak cukup utk menampung bayaran bulanan tahun ke2.itu pandangan saya la.yg penting kita untung.takyah lah kira banknye untung nnt jadi cam saya sejak kecik dh tahu tentang asb sebab mak saya mmg suka menyimpan tapi duit tak banyak mana pun.yang penting MESTI INGAT:DIVIDEN guna utk bayaran tahun ke-2 dan seterusnya bukan utk berbelanja.tujuan saya ambil loan asb ni utk kehidupan lepas bersara so umur 55 plg kurang dh ada 300k campur ngan kwsp.Yang penting tujuan dan target kita.
February 17th, 2010 at 3:41 pm
panas betul topik nie..
February 18th, 2010 at 4:34 pm
baru brcadang nk p buat loan asb..
February 19th, 2010 at 12:54 pm
Salam,
Saya ni tak la paidai sgt pasal pelaburan ASB ni tapi tertarik gak dgn pengiraan bro John.
Jadi saya cuba pulak buat kira – kira sendiri.
Katalah pinjam rm 50K int 4.5%.
Bayaran bulanan RM1020.83
Bayaran setahun RM12249.96
Dividen ASB setahun katakan 8.75% so untuk RM50k dapat RM 26053.00 dividen + pelaburan pokok RM 76053.00
Jumlah loan di bayar 5 tahun ialah RM 61249.80
Jadi sendiri boleh kira untung ke tidak… tapi kalau ikut sejarah ASB dividen sentiasa berubah dan tidak tetap so…. boleh pasti ker keuntungan yang akan kita dapat 5 tahun akan datang????
February 25th, 2010 at 6:19 pm
Inyaallah untung.
Jika anda tanya pada orang yang tak melabur pasti mereka akan kata rugi.
Rujuklah pakar kewangan yg bertauliah.
February 25th, 2010 at 9:46 pm
ramai jugak orang suka buat loan asb…..
saya tak nampak bagusnya loan asb
lebih baik buat auto debit dari gaji bulanan ke dalam akaun asb…
saya pelik …..
“sesungguhnya ramai orang malaysia sanggup mendisiplinkan diri dan bersusah payah untuk bayar loan bulan-bulan kepada pihak bank walaupon terpaksa bayar 500 lebih sebulan tetapi susah nak bayar 500 untuk diri sendiri setiap bulan dalan akaun asb kita sendiri…”isk isk isk
February 25th, 2010 at 10:06 pm
contoh loan asb :
kena bayar rm150 sebulan untuk 15 tahun bagi jumlah loan 20000 dalam asb.
duit asb anda : rm20,000
bayar ke bank sebulan =rm150
setahun anda bagi bank = rm 1800
dividen tahun pertama asb anda dapat = rm 1400
so anda telah kehilangan rm400 utk tahun 1 (1800-1400) dan dividen anda sepenuhnya sebenarnya tidak ada dalam akaun anda!!!!!
begitulah setiap tahu anda hilang rm400 hingga 15 tahun..
so rm 400 x 15 tahun = rm 6000!!!
selepas 15 tahun anda dapat rm20000 (modal asb) – rm 6000 (kerugian 15 tahun) = rm 14000
so duit asb anda selepas 15 tahun hanyalah rm 14000 jer
February 25th, 2010 at 10:23 pm
hafal formula ini..
“lebih baik kita memilih untuk campak duit bulan-bulan ke akaun sendiri dengan cara simpan sendiri daripada bagi ke pihak bank bulan-bulan duit kita”.
kalau simpan sendiri :
150 x 12 bulan x 15 tahun = rm 27000!!! (tidak termasuk dividen dan bonus asb)
ayuh! bersabar lah dan berdisiplinlah untuk campak duit bulan-bulan ke akaun asb anda sendiri.. usah hanya sanggup berdisiplin untuk bayar loan ke bank jer..
selepas 15 tahun bawak anak-anak makan angin guna dividen duit asb…heheheh
March 3rd, 2010 at 2:54 pm
Salam
Dalam blog saya ada mention pasal overdraf asb teknik rempit dan loan asb.. sila lawat blog saya EmasdanTanah.com
Wida
http://www.emasdantanah.com
Nota pelaburan emas dan hartanah
March 4th, 2010 at 1:00 am
Salam Sahabat2 sekalian..
Alhamdulillah saya rasa amat tertarik apabila topik ini terus dibincangkan sekian lama . Ini menunjukkan “orang kita” sentiasa peka dengan kaedah pelaburan yang saya boleh katakan satu keistimewaan buat kita. ingat tidak “semua” rakyat Malaysia ada keistimewaan ASB
Pelbagai pendapat yang diberi mmg ada kebenaran nya sbb masing-masing mempunyai cara pandangan dan batasan kewangan persendirian. cuma apa yang membezakan adalah cara kita melihat peluang yang datang pada kita,
Pada pandangan saya setelah berbincang dengan amat teliti dengan sahabat baik saya yang boleh saya katakan sebagai seorang perunding kewangan yang bijak dan berjaya, Pelaburan ASB secara pinjaman bank adalah amat baik dan menguntungkan dengan syarat kita juga harus bijak menguruskan pinjaman yang di buat.
Ramai yang mengetengahkan isu berkaitan memberi keuntungan lebih kepada pihak bank semata. tidak dinafikan setiap agensi kewangan mengeluarkan sesutu produk untuk menghasilkan keuntungan. tidak ada sesiapa yang mahu rugi jadi tidak salah saya katakan kalau kita “BERKUNGSI KEUNTUNGAN” sebenarnya berbanding memberi keuntungan semata kepada pihak bank.
Idea inilah sbnrnya yg membataskan “Orang Kita” untuk mengambil peluang ini. AMAT RUGI sbnrnya kalau kita masih berfikiran untuk tidak “BERKUNGSI” dan cuma memandang keuntungan sblh pihak sahaja.
Nasihat saya telitilah peluang ini sebaiknya sementara keistimewaan ini masih ada pada kita sebelum ini juga turut di tarik balik. Saya yang duduk di dalam dunia perniagaan amat sedih sbnrnya kerana sesetengah minda ” Orang Kita ” yang tidak mahu mengambil peluang dan sentiasa memandang negatif sesuatu usaha untuk membantu kita. kerana didunia perniagaan di luar sana kita tidak ada peluang SEMUDAH ini untuk kita maju. Manfaatkannya sebijak mungkin.
March 4th, 2010 at 1:10 am
Salam Zas (23 Disember 2009)
Kalau Zas masih di forum ini jangan bersedih sbb sebenarnya Zas lah orang yang berjaya melihat peluang yang ada walaupun dengan pendapatan Zas ketika itu. tidak semua org mengambil peluang ini seawal Zas..Jadi nasihat saya jangan bersedih dan teliti perjanjian yang ada dan tambah mengikut kemampuan semasa.
March 4th, 2010 at 1:29 am
Salam cikgu pe,
Alhamdulillah semoga “orang kita” terbuka hati dengan ajaran cikgu pe. tp sbnrnya ramai yang masih xsedar peluang dan keistimewaan yang ada pada kita nie. Maaf sahabat “ku” sekelian kerana tanpa sahabat semua sedari mungkin “orang lain” dah ramai pakai nama “orang kita” untuk apply loan ASB. hjg thn bagi lah Rm200 sbgi dividen. Jadi kalau ada ” org kita” yang berkemampuan untuk tolong “org kita’ sendiri alangkah baiknya. RENUNG-RENUNGKAN
March 17th, 2010 at 5:36 pm
Keberkesanan loan asb ni nampak kalau kita buat loan in a big amount in a longer repayment period. Then, up to certain time…let say loan repayment period 20 yrs…kita surrender by year 10 …kita akn lihat profitnya compared to we simply dumb our money into asb for the same period.
March 18th, 2010 at 12:33 pm
ooo cmtu rupenyer loan asb ni.mula2 tu egat cm loan bese jer.tp x rupenyer.firstly taw sal loan ni coz my cousin der pjam,tp rasenyer my cousin tu x phm sgt tp da trus setuju jer..let say kte pjam 30k,bukan nyer bermkne bley senang2 kuarkn 30 k tu untuk spend cm tu jer, tp kna invest lam asb..susah gak nk explain kt my cousion ni…anyway thank u so mucj 4 dis site..realy2 helpful me,law der pape latest stry sal asb special loan ni share la gak ea..thank u again
March 24th, 2010 at 7:01 am
Salam..
Saya nak tanya pasal pelaburan jangka panjang ASB ni..ada confius skit..katakanla kita apply loan RM100,000 ikat selama 20yrs..for the 10yrs alhamdullillah la kan kewangan still okay..unfortunately masuk tahun ke 11yrs .. economic / kewangan saya susut..saya stop or surrender this investment..waht will be happened??any good news or bad news?saya akan dapat apa selain dividen setiap tahun??can I get half of it from that particular amount cth RM50,000 huhu??or I’ve to pay bank fine / penalty some more
P/S once surrender adakah nama kita terpampang kat ctos atau ccris sebab one of my friend kena reject masa nak buat housing loan sebab kena settle that penalty dulu..macam bullshit kan..
March 25th, 2010 at 3:16 pm
Soda..
Kena penalty (3% from total amount yg kita pinjam) tu hanya kalau surrender within lock in period (setahu saya 2 tahun). Macam saya sendiri pun walaupun buat 20 tahun (hanya kerana nak rendahkan monthly repayment supaya dapat di’cover’ oleh dividen), tapi awal2 dah plan untuk surrender after 10years. Prinsip yang saya patuh dalam buat loan asb ini adalah:
i) 12 bulan pertama mesti ada kemampuan untuk membayar bulan2 guna duit sendiri.
ii) Panjangkan tempohnya (20tahun ke atas) supaya monthly repayment jadi rendah dan dapat di’cover’ oleh dividen.
iii)Kalau kita start at the middle of certain years (macam kes saya mei 2009), of course end of year 2009, kita akan dapat dividen. Jadi for me, jangan pakai lagi dividen tu sebab kita perlu bayar sehingga april 2010 (in my case ada lagi dua bulan). Walaupun agak terbeliak mata tengok dividen 10k tu.. tapi itu adalah untuk repayment may – dis 2010.
iv) Jadilah manager yang bijak dan patuh pada prinsip, selepas habis 12 bulan, kerana tugas kita adalah ambil dividen last year for repayment coming year… tugas kita sebagai manager ini akan berterusan sehinggalah kita rasa nak ambil duit cash tersebut, let say 10 years.. maka after 10 years apa yang kita dapat tu adalah gaji kita sebagai manager tersebut…hee..
March 29th, 2010 at 4:40 pm
simpan sendiri di asb lebih baik.sebab jika cukup nisab,cth: lebih rm7000 (lebihkurang) boleh bayar zakat 2.5% .sedangkan jika buat pinjaman tak boleh nak bagi duit kepada pusat pungutan zakat.haaa haaa ok tak.lagi pun kalau ragu2 tak payah lah simpan di asb.tepuk dada tanya iman…
May 2nd, 2010 at 1:00 pm
salam suma…..
sy terbaca perbincangan ni coz sy mencari info mcm mane nak wat loan asb…..ermm…sy rasa loan asb ni memang menguntungkan berdasarkan disiplin kta sendiri….kalo dividen tu tiap2 tahun nak kena ambik, xdapatla nak menambah keuntungan…hahaha…leh x suggest kat sy bank mane yg bg kdr interest yg rendah……nak start melabur dah ni….
May 9th, 2010 at 2:43 am
Alhamdulillah.. Tapi selepas baca semua komen.. perasaan saya betul2 jadi kacau bilau… tak tau yang mana harus saya ikut.. pinjam atau pun tak..? satu je harapan saya..siapa yang jawab, komen ni dulu..dan bagi tunjuk ajar pada saya. maka jalan itulah yang akan saya buat…apepun terima kasih semua.. terutama saudara sobri…
May 10th, 2010 at 12:26 am
sy buat kedua2 cara..
loan asb sy ambil n simpanan secara tetap ke asb pun setiap bulan..
May 11th, 2010 at 12:22 pm
Elok ambil saja pinjaman ASB. Lepas tu potong autodebit. Kalau harap nak simpan sendiri memanglah tak tersimpan. Pinjaman ASB bagus, bank tolong simpan kat kita dan kita hanya perlu bayar bulanan aje. Tak payah pening kepala. JADI, AMBIL SAHAJALAH.
May 12th, 2010 at 5:38 pm
salam…
bagi umat islam..apa2 pun paling penting HALAL
sebelum kita melabur di intitusi2 tertentu,seharusnya kita selidiki dahulu ianya halal atau tidak.Buat ape untung banyak-banyak kalau untung yang kita dapat adalah haram.Biar untung kecil, janji halal..Betul tak???…Jangan nak fikir untung je…Kalau duit haram kita makan jadi darah daging..jawabnya “api neraka” la..Anak2 yang xtau apa2 pun turut terkena tempias…Wahai saudara2 islamku,fikir dulu sebelum buat keputusan,rujuk al-quran & Hadis..(mohon maaf kalau ada yg tersinggung)
May 17th, 2010 at 3:09 pm
Waa Lina,Saye Tabik Betullah Dgn Awk.Belum Umur 30 Dah Pencen.Mmg Cite2 Saye Nak Pencen Umur 30.Haha.Kalau Sudi Bolehlah Beri Tunjuk Ajar.Huhuhu….
May 19th, 2010 at 10:42 pm
untuk pengetahuan semua…………………….bank bukan saja untung dari interst sebenar juga dividen setiap tahun dari asb juga bank akan ambil misalnya dividen tahun ni 8 percent bank akan ambil 3-4 percent dividen yang kita perolehi ..
May 24th, 2010 at 11:35 pm
Salam semua,
Mengenai ASB loan taupun kita simpan sendiri ne. Bagi pendapat saya, kita buat dua-dua. Mengapa saya berkata bergitu, senang je.
Bagi ASB LOAN, anda perlu kaji jangka masa loan serta pulangan yang diperolehi setiap tahun. Sebagai contoh : Jika kita buat loan rm50k untuk jangka masa 25year (sekarang dah sampai 25year) & termasuk insuran rm1,200 (kalau tak silap) kita just pay only every month rm269.00( Amount ini tidak sama setiap bank & flyer yang dikeluarkan oleh pihak bank juga tidak termasuk insuran tersebut bagi setiap amount loan yang ditawarkan).
RM269.00 x 12 month = RM3,228.00 (need to pay per year)(mungkin payment tersebut just for 1 – 2 year bergantung pada pakej or BLR semasa)
Dividen semasa (kita anggarkan only 7% mengikut purata 2 3 tahun ini)
Rm50k x 7% = RM3,500.00
pengiraan tahun pertama & kedua (RM269.00)
(dividen – year pay)
RM3,500.00 – RM 3,228.00 = RM272.00
Jadi ada balance RM272.00 (betul tak) pa kata anda simpan kedalam Normal ASB. Maksud saya ASB simpan tetap. Jadi jika dikira 25 tahun anda telah simpan dari balance dividen RM6,800.00. ianya tak termasuk dividen tambahan dari simpan RM 272.00 every year.
Sekarang pun setiap bank telah memberikan anda kemudahan untuk membuat simpanan asb secara online (tak termasuk ASB LOAN). Hanya kadar yang dikenakan setiap transaksi only RM1(mengikut bank).
Jadi, kesimpulan yang saya ingin maklumkan kepada anda. jika ingin membuat pinjaman untuk ASB;
1.KAJI JANGKA MASA PINJAMAN SERTA KEUNTUNGAN (DIVIDEN)SECARA PURATA. ADAKAH ANDA PERLU TOP UP OR TIDAK SETIAP BULAN.
2.PASTIKAN PAKEJ APA YANG ANDA INGINKAN.
3.JIKA ANDA TELAH MEMBUAT ASB LOAN PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI BANKING ONLINE, PANTAU SETIAP BULAN BAGI INTEREST YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BANK SELAIN KITA MEMBUAT BAYARAN
4.PASTIKAN ANDA TIDAK TERLAMBAT BAYAR (BUKAN PAYMENT DUE) TETAPI MENGIKUT JADUAL TARIKH INTEREST YANG DIKENAKAN.
(SETIAP BULAN INTEREST SENTIASA BERUBAH MENGIKUT BAKI SEMASA).
5.AKHIR SEKALI, JIKA PINJAMAN ASB ADA MEMPUNYAI DIVIDEN LEBIHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN PAKAI, BIARKAN DIDALAM SIMPANAN TETAP ASB. GUNA JIKA PERLU SAHAJA BAGI MENDAPAT INBUHAN MASA AKAN DATANG.
Jadi sambil kita buat loan, kita juga perlu buat simpanan tetap walaupun rm10 sebulan tetap kalau dah 25 tahun. Hampir RM3,000.00 dah kita simpan tak termasuk dividennya.
sekian…
May 29th, 2010 at 5:05 pm
Saya buat loan 400K untuk suami dan isteri. Bayaran tiap bulan dlm 2300k. Simple culcalation RM2300 x 12 bulan =RM27600. Andaikan dividen bersaamaan 8%, 400K x 8%=RM32000. So kita masih make profit dalam RM4400. Atau pasive income RM366/ month. Oklah tu sapa nak bagi…selain tu pinjaman ni pun dilindungi insuran. Ibarat kata kiyosaki; tak rugi kalau kita kalah 12 kali tapi menang sekali, selagi hasil dari menang lebih besar dari yang kalah. So walau kita bayar 12 bulan tapi dividen still bleh cover. So you can’t get a goal without a shoot.
June 1st, 2010 at 8:50 pm
salam, pada pandangan saya, bagi orang yang mampu bayar installment, tapi tidak mempunyai disiplin dalam simpanan, baik ambil pinjaman ASB, tetapi bagi orang yang berdisiplin, anda boleh simpan sendiri dalam ASB.
kalau buat pinjaman, let saya, RM100k, anda akan dapat divident lebih banyak dari simpan sedikit2 bulanan, dan daripada divident tersebut, anda boleh bayar prinsiple.
jadi, tepuk dada tanya, selera. pilihan di atas anda sendiri.
June 9th, 2010 at 7:03 pm
Rakan-rakan semua…
ASB dengan loan/pinjam…bila dah mula ambil maka kita telah terikat dengan perkara seperti berikut:
a) pembayaran bulanan(wajib)
b) interest(wajib)
c) nama pembayar adalah dilabelkan sebagai penghutang
Bila selesai perjanjian…barulah anda akan memiliki jumlah wang pinjaman anda.
Contoh:
Anda bercadang untuk meminjam RM50,000 untuk dimasukkan dalam ASB..
Pembayaran bulan seperti berikut(pilihan peserta berdasarkan pelan pinjaman):
Bulanan = RM 271
Tahunan = RM 3,252
Pembayaran selama 25thn = RM 81,300
Tolak dengan pinjaman(kontrak)= RM 81,300 – RM 50,000
= RM 31,300
Tahukah anda apakah nilai bagi RM 31,300 ini..
YA..IANYA ADALAH INTEREST!!!
Anda bercadang menambahkan duit dengan membuat
pelaburan dalam ASB akan tetapi apakah kelebihannya
jika hanya untuk membayar INTEREST!!!
Kelebihan pinjam untuk pelaburan ASB:
1) dapat dividen lebih banyak..
Komen : ok jugak tapi..
a) boleh ka anda pastikan dengan mengawal dividen
yang dapat untuk pembayaran ASB pada tahun
akan datang nanti.
2) tahun pertama saja perlu bayar..tahun berikutnya
guna duit dividen untuk buat bayaran..
Komen : ok jugak tapi..
a) kita perlu faham bahawa dividen ASB diumumkan
pada setiap hujung tahun..& anda tidak
berupaya untuk menentukan pada 2011 dan
seterusnya berapa..jadi kita tidak tahu
mungkin dividen akan menjadi kurang daripada
anda semua jangkakan sama ada (>7%,>8%).
b) berbaloikah anda membuat pembayaran pada tahun
berikutnya dengan dividen yang tidak seberapa
nanti.
3) Selain dividen ASB ada bonus..jadi duit akan lebih
bertambah..
Komen : betul tapi..
a) tahukah kita bonus penuh hanya dibayar kepada
mereka yang menyimpan >10tahun..jadi sekiranya
anda punya simpanan di bawah tahun ini hanya
akan dikira mengikut hukum purata.
Kekurangan pinjam untuk pelaburan ASB:
1) Nama anda dicopkan sebagai penghutang
Komen : ya la..sebab saya berhutang..herm
a) makan kesan dari itu ialah perlu anda pastikan
bahawa beban hutang yang anda pikul tidak
akan merugikan anda untuk anda buat pinjaman
seterusnya. (pembayaran hutang tidak boleh
lebih dari 2/3 gaji anda)
2) Saya nak jadi pelabur bijak
Komen : ya anda pelabur bijak meminjam..
a) seorang pelabur bijak ialah pelabur yang
mempunyai lebihan duit untuk dilaburkan agar
duit itu tidak hanya di simpan di bawah bantal.
SEBALIKNYA KITA SIBUK PINJAM DUIT UNTUK JADI
PELABUR
Cadangan @ nasihat:
1) Tujuan anda membuat pelaburan adalah untuk memperolehi
hasil dari pokok simpanan. Jadi jangan dihabiskan
keuntungan untuk membayar INTEREST.
2) Bijak dalam pelaburan pinjaman bukanlah satu langkah yang
sesuai bagi mereka yang ingin mengembangkan duit
simpanan. Tapi bijaknya anda ialah dengan mencari
sebanyak duit yang mungkin..untuk disimpan.
3) DISIPLIN dalam menyimpan adalah kata kunci bagi aset
pelaburan anda. Jadikanlah anda seorang yang ISTIQAMAH
dalam menyimpan dalam pelaburan ASB dengan DUIT ANDA
SENDIRI.
KATA-KATA NASIHAT:
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
sekian..tq
June 21st, 2010 at 2:04 pm
erm…sy tertarikngan citer pasal loan ASB ni..tp kebnyakan cerita semua nyer tentang nak buat pinjaman untuk melabur dalam ASB…sy tak tau la plak care sy ni berkait dengan topik ni…sy pon baru nk join skim pelaburan ASB ni…belum sign jer lg…yg len2 sume da approve…sy wat pelaburan ASB 100k tuk tempoh 25 tahun.bulan2 kene byr 566×12bulan so RM6792 setahun..sy wat loan dengan B.rakyat RM35000,bulan2 byr RM299 tuk byr wit PTPTN RM20000..so de balance RM13000..so dari balance RM13000 tu sy bayar pelaburan ASB saya utk tempoh satu tahun iaitu RM6792..tuk tahun2 yg berikut nyer, sy ambil dari dividen ASB klu kira 7% setahun, so dapat la RM 7000..RM7000 tu tolak kan dengan bulan2 sy kene byr 566 tuk pelaburan ASB tu dan sy de untung RM208..so, tuk pelaburan ASB tu, sy tak guna wit sy lg, kecuali RM299 tuk bayar loan bank rakyat…selepas tahun, sy akan dapat balik RM100k tu…erm..ok ke tindakan sy ni?…minta pendapat…
June 25th, 2010 at 5:01 pm
macam mana kalau buat OD dan dumb kan dalam ASB semula..boleh komen Pakdi?
July 5th, 2010 at 8:40 pm
salam.bro. pada aku loan asb ni bagus. pasal risiko utk harga drop drp. nilai beli memang takde. interest bank biasanyer x lebih daripada dividen yg kite dapat. Contoh interst BLR-1.9%, Tapi jgn ambik loan kalu BLR + 1.9% kerana mungkin akan jadi lebih tinggi drp dividen kite…Aku dah ambik Loan RM45k dan buat personal Loan RM 55k. Combined 2 tu aku layan dividen utk bayar loan tu. Long Term Investment. Kalau Kite nak campak duit sendiri dlm ASB agak susah dlm kehidupan sekarang. Aku pikir aku bayar interest abank x pakai duit aku pun cuma pakai duit dividen..untung kan…hehehe…
July 10th, 2010 at 2:28 pm
Nampaknya syarat utama kalau nak settle loan installment ngan div ialah x leh keluarkan div..i.e reinvest everything..
My question: Eg.loan rm10k for 5 yrs. principal remain in our acc. if after the 3rd year we r FORCE to surrender the loan, we return the principal after paying the installment due for the 3rd year. do we have to pay the ineterset for the remaining 2 years? how much penalty for discont the laon?..rugi adalah tapi tak bankrap kan….
July 10th, 2010 at 2:50 pm
kesimpulan yang sangat ringkas:
Saya rasa untuk menentukan berapa jumlah pinjaman yang sebaiknya dibuat, cuma perlu bandingkan jumlah bayaran balik setahun tu dengan jumlah dividen yang akan dapat. Bila dah dapat jumlah div > ans balik, kira untung lah..maka boleh pinjam jumlah tu..
July 11th, 2010 at 1:34 am
Wah,Hebatlah Lina.Ini Kene Kongsi Dgn Saya Ni.Kalau Cik Lina Tak Keberatan Laa.Huhuhu….
July 13th, 2010 at 12:44 pm
tak baloi kot kalau pinjam duit.
better simpan je duit sndiri.
tak reti komen panjang2
sorry
bukan bidang saya
tapi tngh mencari maklumat pasal ni gak
July 15th, 2010 at 12:56 am
assalamualaikum..
saya tak berapa arif tentang asb loan ni. rasa macam nak buat
tapi mushkil.
nampak macam menguntungkan. tapi nak tanya kepada yang dah buat benda ni.
1 > tentang zakat. kalau rm 200000 bermaksud kena bayar zakat
2.5 peratus = Rm 5000 setiap tahun. mane nak cekau duit
kalau tak keluarkan duit dividen? kalau setaun rm 5000 x
20 = Rm 100000 brape keuntungan yang kite dapat?
2 > boleh ke duit dividen buat bayar zakat? boleh rasenya.
3 > andai kate ekonomi 10 tahun akan datang tak ok.
dividen dapatlah 6 peratus. agak2 rugi ke untung kite?
tu ajelah nak tanye. harap2 org mcm cik lina yang dah pergi tanah suci dapatlah jawab pertanyaan saye ni.wassalam…
p/s : org islam jangan lupe bayar zakat. Kaye kat dunia tak kaye akhirat tak guna jugak.
July 25th, 2010 at 12:41 pm
berbaloi jika, bijak pengurusanya…modal sikit untung banyak..
July 25th, 2010 at 3:42 pm
bukanlah saya ni tamak atau terlalu mengikut org yang beria-ia nak melabur dalam asb ni…asb ni bagus untuk rancangan masa depan..saya tabik pada lina yang berjaya manage kewangan sendiri dan dalam masa 30 tahun ada rumah, keta, saving, insuran dan berada di tanah suci..semamngnya itulah impian saya serupa dengan lina(ironinya). sekarang umur saya 27 tahun, saya ada rumah teres double storey (walau x segah mana pun asal boleh berteduh) kereta kancil, insuran pru dan tiada pelaburan (hopefully tercapai sebagai azam untuk tahun 2010/2011)…yang penting saya bebas menetukan keawangan saya (bukanlah maksud seronok berbelanja tetapi tidak disempitkan oleh hutang2 yang x tentu hala tuuuuu. saya nampak hanya dengan asb sajalah yang boleh menstabilkan kewangan saya yang x bape nak stabil ni…tujuan saya ambil loan asb nak kontra dengan pinjaman rumah.
katalah 100k loan dividen 7k setahun. dividen ni akan digunakan untuk bayar rumah 750 sebulan (kurang lagi 2000). saya cuma perlu maintain bayar 1 loan sahaja iaitu loan asb je…loan rumah saya x perlu pk…apa yang saya nampak besok umur saya 25 tahun akan datang saya ada rumah sebiji dan 100k dalam poket…
so terpulangla pada yang menilai…
July 31st, 2010 at 1:10 pm
Mirul,
I rasa kajian anda silap sebab pulangan yang didapati melalui pinjaman adalah lebih laju daripada pelaburan tunai. Sila buat kajian sekali lagi dan bukan tanpa fakta.
Shuth,
Kalau nak cepat kita kena bengkokkan golden rule dengan membuat pinjaman untuk melabur. Sebagai contohnya anda tidak mempunyai wang tunai untuk membeli 5 ekar tanah yang berharga RM50,000 dalam tahun 2010 untuk ditanamkan kelapa sawit dan terpaksa membuat pinjaman. Sekiranya anda nak membeli secara tunai harga tanah sudah tentu naik dan kita tak akan dapat hasilnya.
Sebenarnya saya tak kena golden rule apa tu tetapi saya rasakan semua orang melabur melalui pinjaman .contoh yang paling jelas ialah membeli rumah sebagai pelaburan. Takkan kita nak kumpul wang tunai baru beli rumah ? Agak mustahil juga golden rule yang tak masuk akal.