Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini, secara rasminya, saya mempunyai rangkaian agen offline yang berjumlah 50 orang! Fuhuuu.
Angkanya nampak agak kecil berbanding anda merekrut agen affiliate diinternet yang bila-bila masa sahaja boleh mencecah angka ratus dalam tempoh yang singkat.

Proses pembinaan agen offline bukanlah semudah membina agen affiliate walaupun secara dasaranya, ia adalah perkara yang sama. Agen offline lebih banyak karenah. Bermacam ragam dan karenah.

Untuk pengetahuan anda, rumah simpanan stok saya ketika ini sudah menjadi seperti tempat orang berkumpul. Manakan tidak, setiap hari, ada sahaja agen yang datang mengambil barang, ada yang datang menukar barangan, ada yang datang memulangkan barangan yang rosak. Ohh, itu hanya disekitar lembah Klang. Belum termasuk lagi dengan proses mengepos produk-produk agen yang tinggal di luar Lembah Klang.

Sehinggakan pada satu masa, saya merasa takut kalau-kalau rumah itu akan diserbu disebabkan jiran-jiran lain menganggap sebuah upacara ajaran sesat sedang dijalankan. Haha. Iyelah, manalah tidak takut kalau ada yang datang sampai jam 12 tengah malam. Buat pengetahuan anda juga, kini, setiap minggu stok terbaru tiba ke rumah simpanan tersebut. Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi sehinggakan ada ketika stok yang tiba pada hari itu, habis langsung dalam hari yang sama!

Tanyalah Sabri betapa penatnya beliau membantu saya dalam mengasingkan stok ketika ia sampai. Sampai pinggang pun sakit (kene cari tukang urut).

Baiklah, bercerita mengenai 50 orang agen ini, apa yang saya ingin ceritakan bagaimana saya berjaya menangkap sejumlah besar agen offline dalam masa singkat.

Pertama, saya gunakan rakan dan saudara-mara terdekat. Saya menyuruh mereka mencuba menjualnya. Permulaan, saya nasihatkan, cubalah dahulu di pejabat masing-masing (time rehat ke, janji bos tak nampak lah,haha).

Kedua, ada juga pelanggan yang membeli secara direct daripada saya berminat menjadi agen.

Ketiga, orang yang selalu bertanya, apakah produk yang boleh dijual. Kepada peserta seminar SaifulSham, ehem,ehem. Anda sudah dapat tahu, maka janganlah berlengah lagi. Bergeraklah sekarang, hari raya akan tiba tidak lama lagi.

Keempat, blog SaifulSham sendiri. Saya cukup bersyukur kerana dengan blog ini sahaja, saya mempunyai rangkaian agen offline yang menjadi sahabat saya juga. Ada antara mereka sudah memperolehi pendapatan ribuan ringgit sebulan hanya dengan menjual produk yang saya sarankan.

Kesemua rangkaian 50 agen inilah yang banyak memacu penjualan produk yang tidak henti-henti semenjak kempen pemasaran agen offline dilancarkan.
Kini, saya mencuba melangkah lagi dengan membuka booth di pasaraya besar di seluruh negara. Buat permulaaan, saya akan membuka di kampung kesayangan saya dahulu di KB Mall, Kelantan mulai 9 Julai minggu hadapan.

Diikuti pula dengan Lembah Klang, tapak konvokesyen universiti, dan Johor (masih dalam perbincangan).

Sekian,
Wan Mohd Syazwan