Selamat Hari Raya AidilAdha & Idea produk
Salam sejahtera,
Minggu ini mungkin minggu yang paling tidak produktif bagi semua orang memandangkan esok adalah hari raya AidilAdha dan kebetulan jatuh pada hari Jumaat, sudah pasti ramai yang akan mengambil cuti sedikit lama. Maka, sudah tentu keadaan di pejabat mahupun premis perniagaan agak lenggang.
Dikesempatan inilah, saya mewakili Team SaifulSham ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat pembaca beragama Islam. Saya sendiri akan pulang ke Kota Bharu malam ini. Kalau sesiapa naik FireFlyz malam ni, bolehlah kita lepak minum sama-sama di Subang Airport. (bosan balik sorang-sorang)
Baiklah, seperti dalam email saya kepada semua subscriber SaifulSham, saya akan bertolak ke China pada 1 December ini dan salah satu tujuan saya adalah untuk membuat pembelian produk yang berpotensi untuk dibawa masuk secara bulk di Malaysia. Tidak semestinya berpotensi untuk di jual di dalam negara sahaja tetapi boleh dijual ke luar negara.
Sebelum kedai luar negara saya beroperasi (dijangka selepas Tahun Baru Cina), saya memerlukan idea bernas dari buah fikiran pembaca SaifulSham untuk memberikan idea-idea menarik.
Sesiapa yang mampu berikan idea produk berpotensi menarik, sudah pasti saya berjanji akan membawanya bersama-sama saya ke luar negara pada masa akan datang untuk ke kilang barangan tersebut dan juga ke kedai SaifulSham di luar negara.
Berikan komen anda dibawah atau kalau anda rasakan idea anda itu terlalu rahsia, email sahaja kepada saya di wansyazwan(at)yahoo.com.
Idea produk yang diperlukan saya adalah produk yang mempunyai permintaan tinggi tetapi kurang pesaing. Hehe…
Sekian,
Wan Syazwan


November 28th, 2009 at 9:03 am
selamat hari raya aidiladha..
November 30th, 2009 at 4:49 am
Salam Muhibah..
first saya nak ucap terima kasih atas artikal n info2 berguna yang saudara siarkan saya berasa sgt seronok dan teruja tiap kali membaca artikal2 dr saifulsham,terima kasih,semoga tuhan memurahkan rezeki dan menambahkan ilmu untuk saudara kerna sudi berkongsi banyak ilmu untuk saya dan pembaca saifulsham yang lain.. kisah saya begini,saya anak jati dungun terengganu baru belajar menceburi bidang hartanah sebagai broker hartanah(baru 3 minggu 9.11.2009 bermula,terima kasih atas ilmu yang saudara kongsi),baru2 ini saya mendapat kepercayaan dari seorg pemilik tanah untuk menjual 19 lot tanah miliknya yang terletak di marang terengganu,tanah itu sesuai untuk membina kediaman setelah 2 minggu saya mendapat tugasan menjual tanah tersebut, alhamdulillah tuhan membuka rezeki saya dalam bidang ini dan 1 lot tanah telah terjual.. sekarang ini saya terus berusaha untuk mencari pembeli..saudara,saya ingin mendapatkan sedikit nasihat tentang BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAYA MENDAPATKAN LEBIH RAMAI PEMBELI ATAU PEMBELI BORONG,YANG NAK BELI BANYAK LOT DARIPADA SAYA SEKALIGUS,DAN BERAPAKAH ‘MARK-UP’HARGA YANG SEPATUTNYA SAYA LETAK ATAS SETIAP LOT YANG SAYA JUAL? untuk pengetahuan saudara tuan tanah tersebut meletakkan harga tertentu untuk saya jual dan membenarkan saya menjual tanah tersebut mengikut harga saya sendiri.. panduan dan nasihat dari saudara amat saya hargai.. tentang permintaan saudara untuk idea bernas barangan dari china,saya ingin mencadangkan produk pakaian dari china..
December 6th, 2009 at 2:25 pm
cuba dengan permainan kanak-kanak.
December 11th, 2009 at 6:44 pm
tips yang menarik dikongsi bersama..tq saifulsham..
December 11th, 2009 at 10:08 pm
selamat hari raya aidiladha walaupun terlambat..
hehe..