Tips produk fizikal hot
Hello pembaca SaifulSham,
Saya akan berikan beberapa tips untuk mengetahui produk fizikal yang hot di pasaran internet. Inilah yang saya amalkan sejak dari dahulu lagi dan hasilnya memberikan pulangan yang cukup lumayan.
1) Produk vintage/ old school
Selalunya produk yang sudah tiada dalam pasaran terbuka. Hanya boleh dicari melalui collector-collector sahaja. Sebagai contohnya: setem-setem lama & lain-lain (cari sendiri ya…).

2) Rare produk
Rare tidak semestinya vintage. Rare adalah sesuatu yang jarang ada di pasaran dan jika ada pun, hanya boleh didapati di sesebuah tempat dan dalam jangka masa yang singkat. Sebagai contohnya: syiling khas ulangtahun ke 50 merdeka.

3) Trend
Produk berasaskan trend memang mudah mendapat sambutan. Tetapi pesaingnya ramai. Sebagai contohnya, trend wanita memakai baju lelaki (my boyfriend shirt –ini bukannya dia ambil baju kekasihnya untuk dipakaikannya, ini bermaksud wanita membeli baju bersaiz lelaki & design untuk lelaki yang dihasilkan untuk wanita….pelik kan)
4) Eksklusif
Produk eksklusif selalunya memberi keuntungan yang berganda daripada kebiasaan. Contohnya jam tangan F1 yang di pakai Kimi Raikonnen. Jamnya sama sahaja tetapi disebabkan ada tanda tangan Kimi Raikonnen, ia dijual 2,3 kali ganda daripada jam biasa. Tetapi masih ramai peminatnya!
5) Musim
Dalam dunia ada banyak perayaan, dan setiap perayaan membuka peluang kepada banyak produk yang boleh dijual. Sebagai contohnya, ketika musim krismas, antara produk yang selalu disambar orang adalah permainan kanak-kanak, gajet elektronik & cenderamata.

Sekian,
Wan Mohd Syazwan


March 5th, 2009 at 8:27 am
dh lame tak jenguk sini….tip yg patut di amalkn ni…insyallah.
March 5th, 2009 at 12:25 pm
Yaya….produk rare ini mmg ‘panas’ n banyak ‘cabarannya’. Tq wan….4 the additional info
March 6th, 2009 at 1:41 am
Kalau di ipoh pada setiap hari ahad pagi di sekitar Pasaraya Ocean berdekatan dengan Kompleks Yikfong ada pasar barangan antik.Kebanyakannya adalah barangan antik yang rare.Jadi ini merupakan lubuk untuk barang-barang antik dan rare.Sape2 yang berminat boleh lah ke sana.
March 8th, 2009 at 12:29 am
Saya ada banyak koleksi setem.
March 10th, 2009 at 10:16 pm
Salam usahawan..
Thanks bro sharing best info with us.. Kekadang tips yg dikongsi ini tidak dipraktikkan..
Semoga anda terus berjaya didalam bidang anda..
Play Audio Comment
March 11th, 2009 at 9:25 pm
hello,
rasa-rasa kalau jual kraftangan kat internet, laku juga keh yeh. ini antara idea yang muncul dalam kepala saya. jual kat e-bay.
March 13th, 2009 at 10:55 am
.
March 20th, 2009 at 12:40 pm
mcmner peniaga nk uruskn pembayaran online di intenet?
May 6th, 2009 at 8:00 pm
jual botol kosong pon laku………
http://www.pancutkanisteri.com/index.php?ref=mm49
June 26th, 2009 at 5:54 pm
sy pon ada jual brg online ni..brg antik spt keris,pedang dsbnya…
June 27th, 2009 at 11:05 am
tip yang bagus..
terima kasih kpd saifulshams..
July 22nd, 2009 at 10:59 pm
Salam… jalan-jalan kat Google, cari keyword “produk fizikal” terjumpa plak artikel ni… Memang best, terutama sekali dengan idea vintage tu.
TQ!
August 12th, 2009 at 11:27 am
Rahsia Bijak Matematik…Sila lawat blog saya…http://esham.blogstarz.my
September 6th, 2009 at 6:26 pm
ada sesape yang nak beli tin tembakau erinmore , ada lebih 50 dalam simpanan saya?