Ada satu kisah….
Ada sebuah kisah,
Seorang bapa dan anaknya ingin keluar bersiar dengan seekor unta kepunyaan mereka. Si anak menyuruh bapanya menaiki unta kerana merasakan perlu menghormati bapanya yang lebih tua. Jadi si anaknya berjalan beriringan dengan unta yang membawa bapanya.
Dipertengahan jalan, ada seorang menegur, “Kesian anak ini berjalan. Seharusnya si anak yang kecil ini menunggang unta. Beliau tentu keletihan”.
Si bapa yang merasa bersalah, lantas turun menyuruh anaknya pula menaiki unta itu sambil beliau pula jalan beriringan dengan unta itu.
Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang datang menegur, “Kesian bapamu yang tua ini dibiarkan berjalan. Seharusnya bapa mu yang tua ini menunggang unta. Beliau tentu tidak larat”
Si anak pula merasa bersalah lantas memberitahu bapanya, “Macam mana ni bapak?”
Bapanya lantas berkata, “Takpelah, kita berdua naik unta ini” Anaknya bersetuju.
Di pertengahan jalan berikutnya, ada seorang lagi datang menegur, “Ish..ish..ish…kesian unta korang naik berdua diatasnya”
Bapa dan anak tadi pun turun dan mereka berdua sepakat untuk berjalan bersama-sama dengan mengiringi unta tanpa menaikinya.
Dipertengahan jalan seterusnya, ada seorang lagi datang menegur,
“Ish..ish…ish….apa gunanya unta kalau tak dinaiki”
Bapa tadi kemudian memberitahu anaknya, “Lihatlah anakku, walau setiap apa tindakan kita, sudah tentu ada orang yang tidak bersetuju”
==================================================
Pada saya kesimpulan dari cerita ini dari sudut bisnes adalah, kita akan bertemu dengan setiap jenis manusia yang tidak akan berpuas hati walau dengan apa jua tindakan kita. Walaupun dari sudut akal kita fikir kita sudah membuat yang terbaik dan tidak menyalahi mana-mana hukum atau undang-undang.
Kita jangan takut untuk menerima komen-komen orang yang tidak menyukai kita. Antara sifat takut usahawan yang baru menceburi sesuatu bidang adalah kerana terlalu memikirkan komen orang yang tidak menyukai anda. Akibatnya, ramai usahawan tadi tersangkut dalam situasi serba salah.
Mereka berfikiran, jika mereka buat A, nanti orang kata B. Kalau buat B, orang kata C. Dan seterusnya tanpa kesudahan.
Jadi, saya pasti anda mendapat pengajaran berguna dalam cerita diatas. Buat sahaja tindakan yang dirasakan tepat tanpa terlalu mempedulikan perihal orang yang bercakap tentang kita.
Sekian,
Wan Syazwan


January 1st, 2010 at 5:51 am
Pernah mendengar cerita tersebut dan mengaitkannya dengan perbuatan, tapi tak pernah mengaitkannya dengan bisnes. Patutlah ramai yang akhirnya tersangut ditengah jalan. Terima kasih Wan Syazwan.
January 2nd, 2010 at 9:44 am
Saya amat setuju .. Kalau kita nak ikut semua bende yang orang cakap,memang kita tidak terikut…
Yang paling penting ialah kita kena gunakan komen2 negatif atau positif sebagai pembakar semangat..
January 3rd, 2010 at 12:49 am
Maizu: Bisnes pun satu perbuatan. Dalam banyak keadaan, ramai orang sekeliling akan skeptikal terhadap impian anda untuk memajukan bisnes.
Mereka akan mengatakan itu dan ini dan selalunya memberikan kenyataan berdasarkan cakap-cakap orang bahawa bisnes yang anda buat sebenarnya sudah ramai yg mengalami kerugian.
Itulah yg pernah saya hadapi even sampai sekarang pun.
January 9th, 2010 at 4:26 am
Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Selagi benda yang kita buat tu betul, teruskan. Pedulikan apa orang kata. Time ni yang teringat cerita katak tu.