Alert! Akaun Emel Sabri di Hack
Perhatian.
Mulai petang tadi kedua-dua akaun Facebook & Gmail saya telah dihack. Anda mungkin menerima emel mengatakan saya dirompak di London dan memerlukan bantuan kewangan seperti di bawah (klik untuk gambar besar).
Abaikan emel tersebut.
Ini adalah satu teknik jenayah siber yang lebih ada oomph. (Adik beradik emel2 Nigeria yang dahulu)
Namun emel tersebut ada beberapa kelemahan:
1) Tabiat saya jika anda sedar saya tidak pernah menulis lebih dari 8 perkataan dalam satu baris. Emel tersebut mempunyai agak banyak perkataan dalam satu baris.
2) Inggeris saya ok juga, tetapi Inggeris dalam emel tersebut, tinggi sedikit dari standard saya.
Saya tidak akan menggunakan perkataan seperti “mugged”, “gun point”
3) Dan yang terakhir, saya tidaklah begitu impolite dengan sekadar menggunakan “Hey There”. Sudah tentulah saya akan gunakan nama panggilan apabila meminta tolong.
Terima kasih kepada yang concern, saya sangat menghargainnya.
Berikut adalah link kepada berita lanjut mengenai jenayah ini: (Link Berita)
Yang tidak bestnya, segala aktiviti bisnes juga turut terganggu kerana saya tidak dapat mengakses emel utama kami. Jika anda ada menghantar emel kepada kami/ECM dalam tempoh 24 jam yang lepas, sila hantar semula ke saudagar@saudagar.com.my
Kepada yang mempunyai alamat emel GMail personal saya, jangan gunakan alamat tersebut lagi. Gunakan saudagar@saudagar.com.my buat masa ini dahulu, sehingga saya create emel peribadi yang lain (berikan masa kerana saya perlu tukar password di banyak akaun)
Itu sahaja pengumumuman dari saya, terima kasih!
Sabri
p/s: Update: Setelah berjaya regain akses ke Facebook saya malam semalam dan menukar semua informasi berkaitan, hacker tersebut telah bertindak balas dengan report kepada FB bahawa saya pula adalah hackernya.
Jadi akaun saya telah “disabled” oleh Facebook. Jadi menurut link di atas, penjenayah tersebut mungkin juga menggunakan FB untuk “chat” dengan anda meminta anda menghantarkan wang. AWAS! Saya amat sangat jarang chat di FB jika anda pernah cuba untuk chat dengan saya sebelum ini. Jadi abaikan.



January 3rd, 2010 at 5:20 pm
Hmm…ada saja jenayah cyber oleh mereka yg tak bertanggungjawab ini.Dah la hack akaun orang lain pastu menyusahkan orang pula.
Apa2 pon Selamat Tahun Baru 2010 kpd Team SaifulSham.
January 3rd, 2010 at 7:26 pm
ya..akak baru perasan profile sabri dah berubah di facebook…ingatkan sabri dah delete akak dari list of friend
January 3rd, 2010 at 9:45 pm
woh
..baru masuk tahun 2010 sudah kena hack,
hmm..semoga masalah tersebut selesai dengan
baik
January 3rd, 2010 at 10:28 pm
Hmm emel tuan saya terima tetapi kenapa
from Sabri Hassan
reply-to sabri…..@gmail.com
to sabri……@gmail.com
date Sun, Jan 3, 2010 at 10:20 PM
subject Akaun Gmail saya di hack (very thorough con job). Lesson learnt inside
mailed-by gmail.com
Tidak ada emel saya pun. Kita boleh sembunyikankah?
signed-by gmail.com
January 3rd, 2010 at 10:35 pm
Beliau letakkan nama penerima dalam BCC.
Beliau hantar kepada ramai orang serentak. Tetapi beliau tidak gunakan to atau cc mungkin sebab ia akan kelihatan sangat seperti scam/spam.
Jadi dalam kes ini, hacker tersebut pandai lebih sedikit.
Tetapi yang membimbangkan saya, emel2 saya turut di”sedut” ke dalam emelnya (operamail.com).
Saya khuatir ada lagi “trick2″ tersembunyi yang beliau gunakan.
Terima kasih En Zamri
Sabri
January 3rd, 2010 at 10:50 pm
Saya perasan Sabri online beberapa hari lepas di FB.
Hack sungguh menggerun
January 4th, 2010 at 1:49 pm
hola…!
akaun sabri kene hack? hemm.. hacker ni memang tak bertanggungjawab. saya punya blog pun dah kene hack tahun lepas sebanyak 2 kali (dalam bulan 11 n 12).
anyway, takziah kepada bro sabri. benda tu juga terjadi kepada saya, akaun gmail dan facebook tak boleh digunakan.terpaksa buat akaun baru..huu
January 4th, 2010 at 4:54 pm
[...] Sumber: saifulsham [...]
January 4th, 2010 at 6:05 pm
aiyoo.. ini mcm worang pun ada ka? hehe nasib baik tak perdaya. nampaknye sabri ni peymes sbb tu ada org guna nama dia =)
anyway..kpd sabri hrp bersabar dan ambil la lngkh berjaga2 ye.
and gudluck for ur biz!
April 29th, 2010 at 9:48 am
saya jual pc pada harga borong.. anda beli runcit pada harga borong…
harga borong serendah RM3!!!
lawati http://pemborongpc.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut..