HomeStay @ Setiawangsa
Salam pembaca SaifulSham,
Saya ingin mengumumkan pembukaan rasmi HomeStay pertama kami di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Yehaa…..
Jom tengok gambar dulu baru saya cerita….







Apa macam, Ok tak?
Ok baiklah…kalau anda terutama yang berada di luar KL tu, jika anda berhasrat untuk datang ke KL untuk percutian ke (saya tahu cuti sekolah dah habis,hehe. Apa nak buat….homestay ni pun baru je lepas kemas-kemas..tapi cuti Tahun Baru Cina pun tak lama lagi kan), ada function ke, atau apa jua yang memerlukan anda bermalam, kenapa tidak mencuba perkhidmatan homestay pertama kami?
Ini karektor rumah homestay itu:
- Teres 2 tingkat
- Fully furnished
- 4 rooms/3 bathrooms (2 rooms siap dengan air-cond lagi!)
- Ada Astro
- Boleh parking kereta…hehe
Lokasinya strategik, di Taman Setiawangsa…berdekatan lah sangat dengan LRT Setiawangsa serta tidak jauh juga dengan pusat beli belah, Jusco AU4.
Harga promosi adalah RM300 untuk semalaman (hingga akhir Januari ini)
Sebenarnya bukan semua orang suka tinggal di hotel walaupun hotel amatlah banyak di KL. Ada orang lebih tenang dengan persekitaran rumah terutama yang mempunyai keluarga.
Antara kelebihannya, orang jiran sebelah homestay ini mempunyai anak dara yang cun!~~
So, boleh hubungi saya di alamat email ini: wansyazwan(at)yahoo.com
atau telefon/sms Manager-in Charge, Rozi: 013-3590314
===================================================
Kami juga menawarkan anda untuk mempromosikan homestay kami ini. Jika anda berjaya membuat referral, komisyen sebanyak 5-10 percent dari rate harga.
Komisyen bergantung kepada bilangan hari diduduki, lagi lama orang yang anda refer itu duduk di homestay kami, maka, komisyen anda boleh mencapai 10 percent.
Saya akan merangka sebuah laman web nanti dan juga penerangan yang lebih jelas untuk affiliate homestay ini nanti. (sekarang masih sibuk dengan banyak projek lain)
===================================================
Add saya di Facebook:
![]()
http://www.facebook.com/1syazwan
Wan Syazwan


January 5th, 2010 at 11:44 pm
tahniah team Saifulsham sebab kini sudah memiliki cabang homestay pula…
elok jugak dibuat affiliate homestay tu, sebab ada aja yg mencari tempat menginap camni…
January 6th, 2010 at 12:47 am
Kami plan utk berkembang sama mcm TuneHotel.com.
Will acquire more house & JV ngn owner mana-mana tuan rumah untuk buat homestay.
There will be more homestay in coming months.
Berkenaan sistem affiliate tu, saya minta sabar. Saya sendiri tak sempat nk uruskan website tu. Ada website agen saya pun sedang terbengkalai….kene push yg tu dulu before dpt buat yg homestay ni.
January 6th, 2010 at 8:30 am
kudos to team saifulsham….
one step at a time…
korang memang hebat…
PS: area gombak ade tak…. senang sket lawat batu caves… huhu
January 6th, 2010 at 10:53 am
Area gombak so far belum ada.
Tapi kalau ada mana-mana tuan rumah yang mempunyai ekstra rumah ke…kalau nak join kitorang punya team utk projek homestay pun ok.
Kitorang akn amk caj pengurusan aja.
So far baru sebijik rumah…if tkda apa2 halangan…coming month akan ada sebiji lagi.
Kalau boleh kitorang nk cari rumah utk every part in KL (damansara, cheras, wangsa maju, etc)
January 7th, 2010 at 2:24 pm
Tahniah Team shifulsham….
Saya nak bagi idea sikit…
Area Setiawangsa, tu ada LRT & JJ je ke….i mean utk org yg berkeluarga especially yg ada anak2 kecil….selalu kami carik tempat2 yg berdekatan dgn beach / waterpark mcm sunway lagoon/desa waterpark / berdekatan dgn air terjun /air panas/ tempat2 bersejarah….maybe next Homestay kalu dpt area yg camtu lagi ramai yg berminat utk stay…
TQ.
January 7th, 2010 at 3:37 pm
Haha….
Idea tu mmg bagus…tp kebetulan rumah homestay skrg ni pun asalnya bkn plan nk buat homestay. Asalnya tmpt tinggal sendiri tapi bila move to new house….buatla homestay.
Sbnrnya kira okla area rumah homestay kt sana sbb area KL ni sbnrnya tk jauh pun. lagipun sana pun jauh dr jam compare dgn hotel dkt city center.
Ya…next time will consider ur idea. TQ
January 8th, 2010 at 3:48 pm
ada bcadang nak buka homestay d luar negara tak..
January 9th, 2010 at 4:25 am
Nampak mewah jugak. Tapi saya duduk Shah Alam je…hehe
January 10th, 2010 at 1:55 am
Haha….HomeStay ni lebih target org luar Lembah Klang. Kalau laa org Kl gatal nk duduk homestay kami pun takde masalah ~haha
January 10th, 2010 at 12:18 pm
Wah melangkah jauh untuk tahun baru ni , tahniah.
January 10th, 2010 at 2:25 pm
Salam…konsep ni rasanya ramai yg tak jelas..homestay lebih kepada rumah ala kampung / desa / luar bandar…yang macam ni banyak di kelantan…lebih sesuai rasanya dipanggil rumah tetamu atau guest house…just my 2 cents:) …anyhow good luck…
January 10th, 2010 at 2:42 pm
Nik,
Sebenarnya tak kisah nak panggil apa-apa.
Orang Malaysia kenal istilah homestay adalah duduk sekali dengan tuan rumah dkt desa/kampung dan jalani cara hidup kampung.
Tapi sebenarnya ia lebih luas kalau pergi luar negara mcm UK semua. Ada yg panggil guest house/ ada yg panggil homestay.
Ekceli tak kisah…janji apa yg nk disampaikan adalah difahami oleh semua orang. Dlm pos sy pun, adalah clear orang boleh berada tinggal di rumah…ala-ala guest house jgk.
January 10th, 2010 at 2:47 pm
tahniah dik atas biz baru ni… tahun ni pun ramai yang akan melawat malaysia… kalau tak pun org malaysia yg nak datang kl ni pasti senang dgn homestay ni
January 10th, 2010 at 3:58 pm
Salam Syazwan
Nanti bolehlah buka homestay kat Janda Baik pula. Boleh JV kat tanah Akak ye!
http://jandabaik-nj.blogspot
Sorry, lama dah tak update blog. Tapi hidup lagi kat sini…
January 10th, 2010 at 10:17 pm
Norlia: Insyaalah satu hari nanti kita boleh JV. Kami menjangkakan bulan depan ada sebuah lagi homeStay akan diperkenalkan.
January 13th, 2010 at 10:01 pm
Lebih mahal dari hotel..he he he
January 13th, 2010 at 11:37 pm
Tang mana mahal tu…dgn 4 bilik (2 of them siap dgn Aircond), hotel takkan dapat mcm ni.
Siap dapur lagi…..
January 21st, 2010 at 10:07 am
Kalau macam tu nanti kalau saya sampai KL sana dgn keluarga yang ramai boleh lah singgah kat homestay ni …saya pun nak mempelawa anda ke homestay saya bila mai ke Langkawi nanti …dok kat homestay langkawi
January 21st, 2010 at 10:11 am
jangan lupa ..nanti bila siap website homestay ni jgn lupa kita link exchange
January 28th, 2010 at 11:29 am
Bravo…!!!team saifulsham anda semua memang berjiwa usahawan.Cuma nak cadang kalu leh kurangkanlah skit bayaran sewa sehari tu…komisen sbg referral tu naikkan skit…barulah semangat nak promo homestay hangpa….
February 2nd, 2010 at 8:54 am
modal mesti besarkan wat homestay mcm nie… taniah…
April 13th, 2010 at 9:41 am
any info homestay dekat2 dgn area batu caves tak??sy ade mjls kje kwen kt ctu..nk dtg fmily, nk dok hotel cm xmeriah plk..huhu
July 8th, 2010 at 12:06 am
Daily-rent-house@ Permatang Pauh,Penang,MALAYSIA.
For booking:- 0194576855
Email:-homestayabid@gmail.com
August 22nd, 2010 at 10:15 am
tahniah,semoga usaha kita untuk membangunkan perniagaan homestay/guest house berjaya…nak buat hotel x ada modal…selamat datang ke Langkawi tokjah Homestay D Pantai Chenang
April 19th, 2011 at 2:13 pm
Bercuti di Taman Negara Pahang
May 11th, 2011 at 10:02 pm
salam,
kalau saya berminat untuk rent for 2 months,bape ek sewa?
May 20th, 2011 at 12:45 am
en saiful klu end of this december nk sewa utk 2 hari..and it will be on 24 n 25.12 brp tu?
July 29th, 2011 at 11:31 pm
jangan salah guna jenama homestay…homestay ialah pelancong/pelawat tinggal bersama tuan rumah..konsep yang anda buat ni adalah rumah tumpang.
homestay adalah jenama kementerian perlancongan…dan semua peserta homestay berdaftar dengan kementrian…kau ada?