Salam pembaca SaifulSham,

Mengapa saya meminati bisnes dan tidak pernah berhenti menjalankan bisnes sejak dari zaman universiti lagi? (Sejak 2004; maknanya sudah 6 tahun)

Pada saya, bisnes yang saya lakukan adalah hobi. Saya akan rasa hidup tidak lengkap jika saya tidak memanjakan diri dengan hobi, iaitu bisnes.

Kalau orang lain tidak boleh hidup jika tidak bermain muzik, jika tidak bermain permainan RC, jika tidak memancing, jika tidak melancong, saya pula tidak boleh hidup jika saya tinggalkan bisnes saya sekarang. Haha.

Dari pagi sampaila ke petang, fikiran saya akan berlegar-legar berfikir tentang bisnes. Saya berfikir apa yang dilakukan esok, apa teknik terbaru untuk pemasaran, apa bisnes baru yang lain-lain yang berpotensi, dan segala macam benda dalam fikiran saya berkait dengan bisnes.

Ibarat hobi yang sudah membarah dalam diri. Hehe.
Oleh sebab itu, sebagai usahawan, jika kita lakukan bisnes kita sebagi sebuah hobi, kita tidak akan bosan walaupun kita dimamah usia.

Wan Syazwan
Add saya di Facebook. Klik disini.

P/S: Sebab itu jugalah kita tidak boleh bising jika melihat mat rempit merempit sebab itu hobinya. Dipenjara kot manapun akan merempit juga selepas itu. hahaha…….