HomeStay : Bisnes servis yang mencabar…..
Salam pembaca SaifulSham,
Seperti yang diketahui semua, pada tulisan lepas saya telah mengumumkan bahawa 7 buah homestay kini pada bila-bila masa sahaja untuk dilancarkan. Kemungkinan besar bukan pada minggu pertama bulan ini disebabkan kami masih sibuk menyiapkan persiapan terakhir.
Konsep bisnes homestay ini adalah seperti bisnes perhotelan lain yang bersandarkan pada servis. Azam saya adalah untuk memberi kelainan kepada konsep homestay tidak seperti yang selalu bermain di fikiran ramai orang. Apa yang lain?
Tunggu sahaja pelancarannya bulan ini.
Apapun, tulisan pada hari ini adalah untuk memberi maksud bisnes servis ini adalah sesuatu yang mencabar berbanding dengan bisnes produk fizikal yang kami jalankan sebelum ini. Kerana berdasarkan pengalaman awal membuka homestay, pelanggan yang menempah mengharapkan segala macam benda yang mana pada waktu awal inilah sebenarnya kami masih bereksperimen. Sebab itulah satu sebabnya saya melengahkan sementara pelancaran rasmi pada bulan Januari.
Sebagai contoh lain, keberangkatan saya bersama lembaga pengarah homestay ke luar negara pada minggu lepas adalah untuk meninjau barangan yang murah untuk memperhiaskan homestay kami di Malaysia. Sudah pasti, dalam bisnes sebegini, kita tidak boleh nampak selekeh dan mempersembahkan produk seperti jaguh kampung sahaja. Kesannya agak ketara apabila ramai pelancong terutama dari Middle East menefon kami untuk menempah homestay kami.
Sebenarnya, pengalaman yang mencabar dalam bisnes inilah menjadikan sesuatu bisnes itu menyeronokkan. Hahaha.
Saya sedar, bisnes bersandarkan servis ini mempunyai risiko, jika seorang berkata buruk, dan jika seseorang itu menyebarkannya terutama di internet seperti di forum, sudah pasti reputasi kami akan terjejas dan kami perlu fight back untuk menawan kembali hati pelanggan.
Apapun, saya sahut cabaran ini dalam impian memperkenalkan sesuatu yang baru dan memberi kelainan kepada pasaran tempatan. Saya sekali lagi akan mempertaruhkan kelebihan pengetahuan internet kami sebagai batu loncatan dalam mempromosikan HomeStay ini kelak.
Mari kita lihat leaking picture untuk sebuah homestay kami……………………………..


Sekian,
Wan Syazwan & Lembaga Pengarah Homestay
Add saya di Facebook, klik disini.


February 1st, 2010 at 8:30 am
Buruk atau baik itu sabjektif. Tetapi dengan gambaran awal dua set kerusi ini, saya yakin homestay saifulsham akan lebih banyak pujian dari kutukan. Amin.
February 1st, 2010 at 10:55 am
Kalau u explain lagi banyak cabaran pun okey jugak. Antara kelebihannya, nanti tak ramailah orang yang akan minat nak bukak homestay. So takdelah ramai sangat pesaing..hehehe..just kidding !
Utk servis, bila kita overdeliver mgkin diorang mudah sahaja memaafkan kekurangan-kekurangan kecil kita.
February 1st, 2010 at 4:12 pm
semakin hebat….dan semakin maju….semoga terus success
February 1st, 2010 at 9:05 pm
Tiada niat untuk saya menulis memberi gambaran bisnes ini sukar tetapi mencabar ya!
Apa-apa bisnes servis, kita akan berdepan dengan satu permasalahan sama, kepuasan pelanggan. Dengan kepuasan pelanggan, maka pelanggan akan datang berkali-kali.
February 1st, 2010 at 11:27 pm
Lagi sukar dan mencabar, lagi best ! Lagi banyak dapat belajar.
February 2nd, 2010 at 4:14 am
Bak kata pepatah, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Macam tu la adat nak berjaya. Kena usaha lebih and tawakkal. InsyaAllah ada la rezeki.
February 2nd, 2010 at 4:41 pm
Wah…. mengorak langkah kedepan… tak toleh lg dah…
March 3rd, 2010 at 7:33 pm
Salam.. saya dan beberapa rakan pun ada business homestay..
Lokasi kami di PD dan Melaka..
Sila jengah ke web kami di http://www.pmcresort.com
Jangan lupa pergi blog saya EmasdanTanah.com
April 29th, 2010 at 9:44 am
saya jual pc pada harga borong.. anda beli runcit pada harga borong…
harga borong serendah RM3!!!
lawati http://pemborongpc.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut..
July 4th, 2010 at 6:31 pm
Bagi saya pula, perniagaan adalah peperangan. Sebab itu kita perlu ada senjata untuk menghadapinya. Dan senjata itu adalah ilmu.
February 17th, 2011 at 8:04 am
saya ada buka homestay di kawasan Samarahan..berdekatana dgn UNIMAS dan UITM Kuching..Jika berminat boleh hubungi saya http://www.publicgoldsarawak.com (ruangan iklan)