Salam pembaca SaifulSham,

Apabila majalah Malaysian Business mengeluarkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia, sudah tentu kita terpegun dengan nilai kekayaan yang dimiliki sebilangan “orang kaya” itu.

malaysian_richest

Jumlahnya bukan lagi juta tetapi sudah bilion. Ketika disaat saya membacanya pun, saya sendiri belum pasti sama ada saya boleh mencelah dikalangan nama-nama itu atau tidak tetapi yang pastinya, saya mengimpikannya pada satu saat nanti.

Walaupun impian itu jauh lagi untuk digapai, tetapi apabila saya melihat kembali pencapaian saya hari ini, saya sangat berpuas hati bahawa saya mencapai impian zaman remaja saya.

Waktu itu, saya hanya bermimpi untuk mempunyai beberapa perniagaan sendiri dan hasilnya saya mampu memilikinya ketika saya masih muda disamping menggaji beberapa orang pekerja. Sekarang, saya beralih impian untuk menjadi lebih daripada itu.

Segala-galanya mungkin jika anda memasang impian. (Sudah tentulah impian perlu diikuti dengan tindakan)

Percayalah, dengan memasang impian, dari masa ke masa, anda akan melihat anda semakin dekat dengan impian itu selepas anda melakukan dan berusaha mendapatkannya.

Sebenarnya, impian saya ingin melakukan segala macam jenis bisnes yang boleh, tidak terikat sahaja dengan perniagaan internet. Selagi bisnes itu berpotensi dan saya mendapat peluang itu, saya akan mencubanya sehingga berjaya.

Apapun, mulalah dengan memasang impian. (Walaupun impian itu adalah untuk mendapat bini yang cantik…!~)

Sekian,
Wan Syazwan