Pesanan Untuk Adik – Jika Ingin Menjadi Usahawan
Adik saya bakal menduduki SPM pada tahun ini. Jika beberapa tahun sebelum ini beliau mahu menjadi doktor, jurutera, pilot, askar dan sebagainya, kini cita-cita beliau mahu menjadi ahli perniagaan (usahawan) pula. Saya rasa sebab dia terpengaruh dengan apa yang saya lakukan. Saya takut beliau hanya nampak apa yang saya buat depan dia, tetapi tidak nampak apa yang menyediakan saya untuk menjadi saya, saya tidak mahu beliau masuk dalam perniagaan dalam keadaan separuh bersedia.
Jadi saya menulis post ini sebagai pesanan bukan sahaja untuk adik saya, tetapi juga kepada semua yang berada dalam situasi yang sama seperti Ummar, baik yang baru mendapat keputusan SPM atau akan menduduki SPM, tetapi untuk sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat yang sama.
Tujuan Menjadi Usahawan
Jika anda ingin menjadi usahawan semata-mata kerana anda ingin cepat kaya, atau kerana anda sukakan wang, saya nasihatkan lebih baik anda jangan jadi usahawan lagi. Anda belum layak kerana anda tidak matang. Tidak kiralah umur anda berapa, saya lihat terlalu banyak contoh usahawan tua yang gagal dan masih belum menyedari hakikat ini.
Biar saya kongsi kepada anda tujuan yang akan membantu anda menjadi usahawan yang berjaya:
Biasanya usahawan yang berjaya mempunyai misi yang tersendiri. Wang dan keuntungan adalah fokus penting, tetapi bukan fokus utama yang paling penting. Sebagai contoh, Bill Gates memulakan Microsoft bukanlah semata-mata kerana beliau mahu kaya, tetapi kerana beliau “asyik” dan passionate dalam bidang pembangunan perisian untuk software. Begitu juga Michael Dell, Jeff Bezos dan Tony Fernandez, sekadar menyebut beberapa nama.
Mereka mempunyai satu passion yang amat kuat dalam satu bidang yang mendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu. Apabila mereka menjadi yang terbaik dalam satu-satu bidang itu, wang akan datang dengan sendirinya. Bagi anda yang masih belum menjumpai passion anda, bagaimana untuk anda tahu anda sesuai untuk jadi usahawan atau tidak?
Lihat begini. Adakah anda passionate menjual? Adakah anda seronok berurus niaga? Adakah anda seronok melihat produk anda dibeli? Adakah anda gembira apabila anda dapat peluang menjual sesuatu kepada orang ramai?
Jika anda ada passion dalam bidang jualan, anda layak untuk menjadi usahawan. Anda cuma tinggal perlu cari passion yang satu lagi sahaja untuk menentukan anda perlu jadi usahawan dalam bidang apa.
Jika anda belum ada passion untuk menjual? Jauhilah keusahawanan. Anda hanya akan menyusahkan diri anda sendiri. Jika anda masih kepingin untuk menjadi usahawan, pupuk dulu minat dan passion anda. Mulakan kecil-kecilan. Tanamkan sifat suka menjual. Tawarkan diri secara sukarela membantu rakan anda yang berniaga untuk menjual.
Bidang Yang Perlu Ambil di Universiti
Jangan ambil Pengurusan Perniagaan. Anda akan didedahkan dengan terlalu banyak teori yang akan membahayakan fikiran dan pemahaman anda terhadap perniagaan. Pengurusan perniagaan boleh dipelajari secara sampingan. Nasihat saya ambil bidang yang akan memberi anda satu “skill” dan kemahiran berfikir secara analitis. Cadangan saya, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan (jika mampu), Undang-undang, Kewangan atau Perakaunan (pilihan terakhir~sebab sekarang ambil ACCA pun dah mencukupi).
Di samping subjek-subjek ini, pastikan anda turut mengambil beberapa subjek pengurusan dan kewangan sebagai minor jika boleh. Jika tidak boleh ambil dua atau tiga subjek berkaitan pemasaran, kewangan atau pengurusan sebagai sampingan. Ini biasanya sudah mencukupi.
Perniagaan adalah skill. Anda tidak akan mendapatnya di dalam dewan kuliah. Jadi tak perlu bazirkan 3-4 tahun anda di sana. Tetapi anda perlu mendapatkan ijazah yang dihormati. Itu passport yang akan memudahkan kerja anda di kemudian hari.
* Saya mengambil minor dalam pengurusan kewangan, dan saya teramat banyak belajar perkara yang membantu saya memahami perniagaan dan kewangan. Namun mesej saya, kenapa ambil satu bila anda boleh dapat dua?
Belajar Menjual Seawal Mungkin
Belajarlah menjual. Saya mula menjual sejak saya darjah 2 dan mula menguruskan gerai saya sendiri ketika saya di Tingkatan 1. Saya juga bekerja sementara menunggu keputusan SPM selama sebulan setengah sebagai salesman hardcore. Hidup saya memang terdedah dalam suasana jualan.
Untuk adik saya, Ummar pendedahan beliau kepada suasana menjual amat kurang. Jual minyak (mengorat) bolehlah dia tu. Jadi saya bercadang ketika beliau menunggu keputusan SPMnya nanti saya akan hantar beliau ke mana-mana booth kami untuk mendapatkan pengalaman. Walaupun sekejap tetapi setiap pengalaman menjual itu adalah berharga.
Lebih berharga lagi jika pengalaman menjual itu datang dalam situasi yang tidak selesa. Ini akan memaksa mereka untuk keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka.
Bagi anda yang lain, cuba cari pengalaman menjual. Jika anda telah bekerja, tidak ada pengalaman menjual, jadilah penjual sukarela menjual di kedai-kedai milik rakan anda pada hujung minggu.
Jika anda ingin memulakan perniagaan tanpa pernah menjual, hmm… Anda cuba dulu. 2 tahun dari sekarang beritahu saya semula sama ada anda menyesal atau tidak, tidak mahu dengar nasihat saya.
MLM (Multi Level Marketing)
Haa… Satu tajuk yang menarik. Sesiapa yang ingin kaya, atau mahu menjadi usahawan tidak dapat tidak pada satu peringkat hidup akan terbabit dengan MLM. Nasib saya baik sedikit, sebab sejak kecil saya didedahkan dengan perniagaan milik sendiri jadi bila MLM datang saya tak nampak kepentingan menyertainya. Jadi saya tidak menyertainya. Nasihat saya, carilah perniagaan lain. Tidak perlulah sertai MLM. Cari pengalaman menjual dengan cara lain.
Having said that, biasanya MLM merupakan pengalaman pertama seseorang itu belajar menjual. Disebabkan biasanya kita diajak oleh rakan-rakan kita, kita selalu terperangkap. Ini nasihat saya kepada Ummar;
1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
5. Tujuan utama masuk universiti adalah untuk mendapatkan ijazah. Bukan untuk mendapat wang. Jadi prioriti untuk MLM jatuh tahap keseribu. (jumpa abang personally untuk bincang kalau Ummar dah termasuk MLM waktu di universiti. Kita akan lihat macam mana Ummar boleh minimize loss. Rugi tetap rugi, just macam mana nak kurangkan)
6. Bila dah stop buat MLM tu, belajar dari kesilapan. Jangan join lagi.
Rasanya itu sahaja dari saya. Ini sebelum seseorang tu menjadi usahawan. Nanti saya akan tuliskan pula bagaimana untuk memulakan langkah pertama sebagai usahawan.
Sabri
Passionate Entrepreneur
* Post ini ditulis ditempat lain dahulu, tetapi saya tulis semula di SaifulSham.com kerana ada permintaan. Jadi ada sesetengah bahagian dalam post ini di tailor made untuk adik saya.


March 25th, 2010 at 10:00 pm
kebetulan saya juga berminat menjadi usahawan, dan sedang menuntut di universiti tahun 3.
Sejak dari lepas SPM mula mencebur diri, membaca, cari di internet dan tahun ni baru jumpa passion.
Rasa seperti adik kamu
March 26th, 2010 at 9:10 pm
saya setuju pengalaman dari kegagalan adalah kunci kejayaaan.
March 27th, 2010 at 7:35 pm
satu nasihat yg berguna dari abang kepada adik…Satu yang didedahkan juga tentang perniagaan oleh Chef Li…kita mesti ada roh keusahawanan bukannya memandang pada hasil
March 28th, 2010 at 1:14 am
Wah ! Sabri menulis semula !:mrgreen: . Tadi tak baca sapa yang tulis post ni tapi style macam kenal je..
Bagus post ni untuk peringatan buat diri sendiri
Part MLM ni bukan tak bagus tapi ramai yang terpengaruh dengan cerita banyak dapat duit je sebab orang yang bercakap kat depan asyik cakap pasal rumah besar, kereta besar.
March 28th, 2010 at 6:55 am
huh ni post special untuk adik lah kan ..
memang kalo aku jadi abg pon memang aku tak kasik adik aku ngengada nak pengaruh mak akak aku masuk mlm tuh …
pergi carik org luar baru tau senang ke susah nak jadi jutawan MLM HA HA
March 28th, 2010 at 6:06 pm
1. Jika boleh elakkan dari menyertai MLM ataupun apa-apa yang sejenis dengannya
2. Tetapi kalau degil juga tak nak dengar cakap abang, nak masuk-masuklah. Tetapi gunakan duit sendiri dan jangan gunakan duit emak atau duit kawan. Wajib. Pastikan juga duit tu tak kisah “hangus”. Sebab duit tu pasti akan hangus. Memang confirm. Kalau abang tahu Ummar minta duit dengan emak, kakak atau sesiapa pun sebab untuk masuk MLM, abang akan pastikan Ummar jadi hamba seumur hidup kat ruma tu. Mark my word. Kalau tak ada duit, jangan menggatal nak join.
3. Tak perlu nak promote kepada emak atau kakak atau Ummairah atau Cho. Kalau nak promote kepada kawan, pastikan yuran nak join tu tak lebih dari RM 100. Percayalah, Ummar akan berterima kasih nanti kat abang. (kalau Ummar hasut sesiapa dari family kita untuk join MLM, abang memang pasti akan hempuk Ummar dan pastikan setiap sen dipulangkan. Try lah)
4. Satu-satunya tujuan untuk join MLM adalah untuk belajar menjual (ada cara lain, tapi nak sangat join tadi siapa suruh)
hahaha…sya jrg tdetik nk comment post2 saifulsham ni, tp biler bca yg ni, sya rsa nk komen. biler sya bca yg kt atas 2, sya sbnarnya tergelak sorg2 bukn sbb apa, just trigt abg sya. nsihat dia pun lebih kurg cmni. siap ader hempuk2 lg. but, they r gud advices. kirenya sbri ni bleh dikatakn prihatin. great brother.
March 28th, 2010 at 9:52 pm
Wah.. Benar2 berkesan. Walaupun saya ni abang tuan Sabri lagi tapi terasa macam adik pula. Hahaa..
Style penulisan yang cukup mantap dan penuh pengajaran. Terima kasih.
March 29th, 2010 at 12:23 am
nasihat yang bagus tentang objektif nak jadi usahawan, dapatkan pelajaran sempurna & belajar menjual.
namun kurang setuju dgn hal MLM. saya tak terikat dgn mana2 MLM. namun saya ada buat pemerhatian antara mereka yang berjaya dgn mereka yg gagal dalam MLM. byk yang gagal kerana ingin menjadi jutawan segera tanpa usaha. itu yg paling ketara.
nama pun USAHAwan.. tanpa usaha gigih, jgn mimpi utk berjaya.
March 31st, 2010 at 9:47 am
ingat ummar .. ikut cakap abang
April 3rd, 2010 at 12:21 am
Satu info yg berguna buat mereka yang terkeliru..
April 4th, 2010 at 11:07 am
Pesanan ini memang sesuai untuk adik2 kita…:)
Tapi ada sesentengah point tu boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru berjinak2 dengan bidang perniagaan.
April 5th, 2010 at 6:42 am
“kena cari pengalaman menjual”. Terima kasih atas perkongsian tersebut.
April 7th, 2010 at 11:57 am
Saya baru selesai baca buku Richard Branson yang bertajuk Business Stripped Bare: The Adventures of a Global Entrepreneur, memang mengujakan! Dia ada cerita pasal ciri-ciri seorang entreprenuer (usahawan), contohnya suka create sesuatu. Passion dia pada creating tu bukan pada duit.
April 8th, 2010 at 2:01 pm
info yg bagus
..saya pun tgh berjinak-jinak utk berniaga..kepada adik tu,dgr lah nasihat drpd abg tuh..kerna dia trlebih dahulu makan garam..hahaa..
April 9th, 2010 at 5:41 am
betul2…. passion penting giler… jgn ingat untung…. teringat satu masa dulu…huhuhu
April 13th, 2010 at 1:38 am
hehehe.. brutal gak bro SaifulSham yang sorang nieh..
Setuju.. nak belajar menjual tak mudah.. ada cara formal.. cara street.. Kena belajar handle rejection tetambah kalau baru lagi macam saya nieh
..
April 16th, 2010 at 7:32 am
salam..
sy pun mmg berminat sgt dlm bisnes ni..
hampir setiap hari menghadap labtop nk cari imformasi mengenai bisnes.. terutama bisnes yg mlibatkan internet…
mula2 dulu ada gak join ckit2, tp last2 separuh jalan je..
ingat pas ni nak wat lg coz sy mmg da gila siot nk berbisnes hehehe….thanks for informasi yg diberi…
April 21st, 2010 at 12:10 am
abg sayang nak mintak tolong ni.sya bru nak memukakan perniagaan.ingat nak buka booth.so sy masih dalam proses keliru untuk melakukannya.saya ada pengalaman dalam menjual.apa yang menyebabkan sy keliru ialah dalam membuat perancangan masa depan untuk bisnes sya ni.sy tekad nak melakukannya tapi xtau cara.tolong saya bang.dr budak ganu.
April 23rd, 2010 at 8:46 am
Saya paling suka dengan pernyataan tak perlu ambil bidang bisnes di Universiti..saya sokong kerana,jika kita ada minat terhadap sesuatu pasti kita akan berusaha untuk mempelajari bidang tersebut..jdi lebih baik kita beljar yang lain di pusat pengajian tinggi..jadi kita akan dapat kedua-duanya..
April 23rd, 2010 at 6:55 pm
saya setuju pengalaman dari kegagalan adalah kunci kejayaaan.
April 24th, 2010 at 10:45 pm
Salam.. Ayang..
Naper ari tu saya visit website ni keluar page merah (‘blocked page’)..?
Macam mana Ayang setelkan..?
Minta tunjuk ajar.. mekaseh ayang..
April 29th, 2010 at 11:09 am
1. abang yang baik ialah abang yang selalu memberi nasihat kepada adiknya.
2. tetapi perhalusilah nasihat itu agar ianya bukan nasihat yang memperlekehkan orang atau bisnes orang lain.
3. Contohnya berkenaan bisnes MLM, ramai tokoh antarabangsa dan tempatan mengesyorkan dan menyertai MLM. Antaranya ialah Robert T. Kiyosaki, Donal Trump, Ustaz Zaharudin, Ustaz Bahayiah dan Ustaz Zahazan.Adakah saudara lebih hebat daripada mereka?
4. Kalau saya gagal dalam perkahwinan, adakah saya akan mengesyorkan kepada adik supaya JANGAN berkahwin. Kerana pada saya perkahwinan itu MEMERITKAN & MENYEDIHKAN?
5. Saya harap tu dapat membuat penilaian secara objektif dan bertimbang rasa.
6. Maaf jikalau komen saya mengguris hati dan membawa kesedihan kepada tuan.
May 1st, 2010 at 1:21 pm
kami adalah pembekal jam tangan.. pelbagai jam tangan branbed original dengan harga lelong untuk borong dan runcit..
sila lawati http://akbarcomtechnology.blogspot.com/ untuk info..
May 3rd, 2010 at 11:31 am
a’kum abg2 sekalian…
)
fuh…pedas jer tinger baca article ni..huhu…kirene saya adik yang degil lah..huhu…MLM…memang ramai yang pandang buruk pada MLM..saya faham…saya sendiri kalau ada yang datang sebelah citer pasal MLM rasa nak lari…ada pengalaman..huhu…tapi apa2 bis pon…semua bergantung pada diri orang tu..tak kisah la MLM ke apa ker…kalau tak der usaha…memang la sia2..akhirnya salahkan bis tu…apa yang penting matlamat juga usaha.hm..maaflah…saya yang junior ni sekadar ingin berkongsi disini…tekan2 keyboard terjumpalah pula blog yang cantik ni…hehe…maaf lagi sekali yer abg2 sekalian…(garang tul abg sahifulsyam ni
May 6th, 2010 at 12:24 am
Pesanan dari saya, kerja untuk cari pengalaman
dan simpan duit semampu yang boleh. Dalam masa
itu buat persediaan untuk buat bisnes sendiri.
Mesti ada MATLAMAT BESAR = 3, 5 atau 10 tahun
bekerja mesti buat bisnes yang kita minat.
Kalau nak maju mesti buat camtu. Ahaks.
Adios amigos!
May 6th, 2010 at 2:37 am
Nasihat yang bagus..terutama pada pelajar univeristi.Saya lihat kat universiti banyak orang promote bisnes mlm.Cara mereka cukup hype,tunjuk2 yang diorang ada kereta mewah dan lain-lain,bila pelajar-pelajar join..diorg ni terpinga-pinga kerana angan-angan tak menjadi kenyataan.Kesian,kerana pelajar tidak bekerja,ditipu pula.
May 6th, 2010 at 6:39 pm
saya minat bidang usahawan ni,ada pengalaman jgak…\
tpi ambil kos perubatan. Apa pandangan tuan?
terima kasih…
May 16th, 2010 at 5:42 am
Nasihat yang tulus ikhlas dan ‘straight to the point’ dari seorang abang kepada adiknya. Pengalaman banyak mengajar kita. Itulah yang dinamakan “universiti kehidupan”.
May 23rd, 2010 at 8:49 pm
Wah bagus nasihat tu ….
Sememangnya wajar bagi seorang abang bagi nasihat yang berguna dan dapat mengubah kehidupan seseorang.
Saya cukup setuju dengan point yang dikatakan oleh Shaifulsham iaitu passionate, berdasarkan pengalaman saya dalam bidang komputer sememangnya minat yang mendalam itu penting bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.
Dari situlah kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang berguna dan akan lebih berpengalaman dalam menempuh cabaran dalam perniagaan.
May 31st, 2010 at 3:54 pm
I’m a university student, who wants to be a businessman in the future. Your guides are quite useful, thanks for sharing yaa~~
May 31st, 2010 at 4:17 pm
Salam,
Saya sudah membeli domain dan hosting dari pihak EcommerceMastry tetapi masih tiada tindakan dan jawapan walaupun sudah dihantar email dan call.
Ini sudah lebih 48 jam daripada yang dijanjikan
Harap bantu.
June 1st, 2010 at 11:17 am
Hello, tuan bila akaun saya boleh diaktifkan. Dah 3 hari ni
June 3rd, 2010 at 5:41 pm
MLM adalah cabang bisnes yg patut diceburi jika org tue kuat…berazam…yakin dgn produk…dan berusaha kuat…
tidak setuju kalau kite pangkah cabang nie…
its one way of marketing…
xsalah kalau adik beradik kiter ceburi…
if the produk betul2 manfaat kan semua pihak…
June 6th, 2010 at 4:32 am
Nice blog..
Salam kenal dari Jakarta.
June 7th, 2010 at 5:02 pm
Nasihat bagus dari pos ini. Memang MLM hanya mewujudkan hamba kepada syarikat MLM, kalau kau bukan orang yang berada di atas MLM, awak pasti rugi dalam jangka masa panjang. Boleh berjaya juga, tetapi haruslah guna kaedah tidak beretika yang kurang jujur dan sentiasa mencari mangsa baru.
June 13th, 2010 at 5:34 am
Bisnes boleh membuatkan kita ketagih..kalau dah kena sekali, confirm susah nak berhenti..
June 19th, 2010 at 11:36 am
En SaifulSham saya nak tanya sikit kenapa no tel talian hot line tu tak pernah diangkat. Saya rasa En mungkin kena tukar nombor. Lagi satu kenapa email mengenai masalah Ecommerce Hosting saya untuk Invois no 3702 tak dijawab walau pun saya dah hantar ke admin dan saudagar. Tetapi kalau email pengesahan pembayaran cepat dijawab. Mintak tolonglah client saya dah bising.
June 21st, 2010 at 10:46 pm
untuk berjya dalam bis nes kne ikut step juga.. xkisah la aper2 bisnes..
1. promosi bisnes
2. ikut langkah pertama
3. ikut langkah kedua..
so.. aper2 bisnes mmg perlukan?? yer.. promosi..
July 23rd, 2010 at 7:47 pm
MLM 2 apa cik abg…..
sy kne bwt bisnes kecil2 sem ni….
tp xtaw nk jual ape la….
sy n grup kurang berani amek risiko…..
July 25th, 2010 at 12:48 pm
Sabri,
Setuju sangat pendapat Sabri walaupun Kak Azian guling-guling gelak bab Sabri kasi sound sama Umar…
July 26th, 2010 at 3:48 pm
article nie sgt2 la membantu n mendorong….saya nak sangat memulakan business but still tak dpt cara n kurang knowledge…hopefully degree in accounting yg sya akan dpt soon akan dpt membantu saya..thanks you so much.
August 9th, 2010 at 1:47 pm
Salam kepada saudara penulis dan semua pembaca…
satu artikel yang menarik…
tak boleh juga pandang serong kepada perniagaan MMLM ni.. Kenapa? sebabnya ianya juga adalah satu daripada cabang perniagaan…Tak dinafikan ramai yang tak suka perniagaan yang berbentuk seperti ini. Saya juga pernah menyertai beberapa perniagaan MLM ni. Bukanlah nak menangkan mereka yang menajalankan perniagaan ni tapi cuba kita fikir balik, mereka ni juga ingin mencari peluang, sekurang2nya mereka ada satu inisiatif untuk mengubah hidup. Memanglah banyak pandangan2 sinis yang didengar tentang perniagaan ni, tapi cuba kita positifkan pemikiran, menagapa mereka menjalankan pernigaan ni? Nak ubah hidup. Nak berjaya macam orang lain juga. Mungkin mereka yang menjalankan perniagaan ni tak da kemahiran atau ilmu seperti mereka yang menjalankan perniagaan lain seperti membuka syarikat atau menjalankan perniagaan internet atau tiada modal untuk membuka gerai makan sekalipon. Sekurang2nya mereka berani mencuba dan tidak hanya sekadar meminta sedekah di kaki lima!!Beri peluang kepada mereka untuk mengubah nasib mereka sendiri. Setiap orang ada alasan mereka sendiri mengapa mereka lakukan sesuatu perkara tu.
Nasihat saya kepada mereka yang baru berjinak2 dengan MLM ni, jangan terlalu teruja dengan income yang ditunjukkan. Jnagn terlalu pentingkan wang, cukuplah sekadar lepas dari masalah kewangan.Selidik syarikat, apa produk. N fikir boleh buat atau tak.
Kepada mereka yang dah berjaya di luar sana, jgn pandang rendah pada mereka yang masih terkapai2 mencari kebebasan hidup. Mereka juga punya impian.
p/s : Sekadar pendapat dan pandangan, tidak ditujukan kepada sesiapa. terlanjur kata, mohon maaf.
August 16th, 2010 at 2:44 pm
Belajar kat universiti kos jurutera, tapi keluar untuk jadi peniaga. hehe article yang menarik. Thanks=)
August 25th, 2010 at 12:58 pm
Tahniah,pesanan yang baik daripada seorang abg untuk adiknya.so pada adik2 yng ada diluar tu,carilah ilmu sberapa banyak sebelum membuat sesuatu.apa pun akademik mesti datang dulu.Bye..
August 30th, 2010 at 1:43 pm
Saya setuju sngat buat bisnes berdasarkan passion ni..Sebab sy jurusan pengurusan dan bisnes tapi last2 minat buat website dan graphic design. Tapi bila kita buat kombinasi keduanya lahirnya Internet marketer. Sebenarnya terpulang macamana kita garap diri kita sendiri. Tetapi lebih baik fokus pada sesuatu yang kita minat. Pengalaman saya menjual di gerai, bazar ramadhan, pasar borong dan sebagainya mengajar saya perkara utama jangan cepat melatah. Biar asas bisnes kita kuat, ada modal yang kuat baru kita kembangkan perniagaan yang lebih berpotensi. Kaedah yang biasa syarikat korporat atau berhad guna. Diorang takde passion pada bisnes tapi lihat pada potensi pulak. tapi tu level lain la pulak..
September 7th, 2010 at 12:42 am
Jika ingin menjadi usahawan, perlu buat persediaan awal, dan perlu bersedia menghadapi kegagalan. Belajar seberapa banyak ilmu yang boleh dan praktikkan sebaik2nya. Ia adalah satu proses yang sentiasa berubah, adik akan menghadapi berbagai cabaran dan rintangan, tapi jgn putus asa, kerena semuanya ini adalah penting dalam proses pembelajaran adik untuk berjaya sebagai seorang usahawan.
November 12th, 2010 at 9:45 am
Bagisaya, belajar je ke mana-mana bidang yang ade skill.
Bisnes tetap bisnes. BElajar seperti biasa.Ijazah tu penting juga.
Manalah tahu bisnes tetibe lingkup, kena juga wat persediaan awal..
Sediakan payung sebelum hujan…
November 19th, 2010 at 4:28 pm
Saya doakan semua orang yang membaca artikal ni berjaya dalam hidup masing2.. amin.
November 29th, 2010 at 3:37 pm
wah sebuah pesanan yang baik untuk seorang adik. Apa-apa pun, banyak yang betul diperkatakan. nak jadi usahawan bukannya mudah. Ianya juga perlukan skill untuk berniaga contohnya kemahiran nak promote kan service atau produk kita… Semoga Ummar tidak tersalah jalan dalam menempuhi hidup.
December 18th, 2010 at 3:07 am
memang saya setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh saudara…satu artikel yang menarik. Harap dapat berkongsi dengan adik adik diluar sana yang berminat untuk menjadi usahawan. Bagus!!
February 21st, 2011 at 10:57 pm
zaman sekarang nak niaga..perlu ilmu..
so saya sokong info diatas
http://bit.ly/fAdcaz
April 6th, 2011 at 3:43 pm
assalamualaikum. boleh saya dapatkan email saudara saifulsham?Banyak perkara yang yang hendak belajar dari saudara.terima kasih.
May 20th, 2011 at 1:03 pm
Buat perniagaan ni macam macam cobaan dan dugaan,so sebelum memasuki dunia perniagaan kena siapkan diri dari segi mental,fizikal,kewangan dan juga masa…
Entry terkini : Copy paste millionaire mengegar malaysia
June 7th, 2011 at 4:25 pm
saya berniaga dari kecik
tlg mak jual kuih kat depan rumah
mak sy masak sedap
alhamdulilah sy da dpt keje gov bagi mak modal
dapat tender kantin
dan dpt lah order sikit2
kalo boleh nk bukak restoran
xpelah slow2
insyallah
sy mmg xberminat ngn MLM
kalo xsilap ada kat paper kata haram kan MLM ny
sbb duit atas duit
betol lah mmg penipu yg buat MLM ny
banyak membe yg masuk
awl2 masuk da menipu kata ajak minum padahal nk cite psl MLM
HAMPEH TOL LAH
June 18th, 2011 at 10:13 pm
Salam.Saya suka idea anda untuk menyediakan adik anda dgn perkara yg pasti bermanfaat utk masa depannya..rugila adik klu tak ikut nasihat yg baik..
July 5th, 2011 at 2:27 pm
Salam Sejahtera buat anda berdua..
Saya tergelak juga membaca post ini dimana ada nasihat anda kepada adik anda berkenaan MLM.
Bukan apa, kerana saya juga adalah penggiat MLM dan saya juga telah pun mempunyai syarikat I.T sendiri. (hasil dari wang yang diperolehi dari MLM, maka saya mampu buka co IT sendiri).
Bukanlah nak mengatakan saya hebat, tetapi berdasarkan post anda ini, menunjukkan seolah-olah semua penggiat MLM itu adalah penipu. Salah tu sebenarnya, masih ada penggiat2 MLM yang jujur dan benar-benar membantu membina kejayaan orang bawahan mereka (downline la tu).. Cuma mungkin anda atau rakan2 yang berada di sini FOBIA dengan MLM disebabkan terlalu banyak SAD STORY yang disampaikan hasil dari penyertaan anda semua dalam MLM ini.
Tapi, walau apa pun, saya menghormati anda berdua sebagai bekas sifoo saya dan disebabkan anda berdualah, saya yang asalnya BUTA IT ni mampu memiliki syarikat IT sendiri.
p/s : bagi yang nak menceburi bidang MLM, jangan terpengaruh dengan cerita kejayaan orang lain. Sebaliknya, lakukan research atau homework terlebih dahulu dan decide samada anda sesuai atau tidak untuk menceburi perniagaan ini.
Adios Amigos!
July 7th, 2011 at 4:54 pm
SALAM….
NAK MINTA PANDANGAN….SY LEPASAN DIP IN AGROBUSINESS AND BERHAJAT NAK SMBG DEGREE DAN PADA YG SMA SY MMG MINAT UNTUK MENJADI USAHAWAN…SO ABG BLE SUGGEST X TMPT MNE YG SESUAI..
July 25th, 2011 at 4:42 am
I am commenting to let you be aware of what a awesome encounter my wife’s daughter undergone studying the blog. She picked up a lot of pieces, not to mention how it is like to possess an excellent teaching style to have men and women just know just exactly a variety of extremely tough matters. You undoubtedly exceeded her expectations. I appreciate you for coming up with those insightful, trusted, informative and in addition easy tips about that topic to Mary.
Visit my site Cheap Kamagra tablets!
August 16th, 2011 at 6:37 pm
SALAM…ANDA SILAP TTG BIZ MLM…. ACTUALLY MLM ADALAH LUBUK UN TUK MEMBUAT DUIT DAN BELAJAR SKIL2 DALAM PERNIAGAAN… ORANG YG TAK ADA ILMU ATAU BASIC TTG PERNIAGAAN AKN MEMANDANG NEGETIF TERHADAP MLM…WALHAL MLM LAH SALAH SATU JALAN PINTAS UNTUK MENJADI JUTAWAN…TANPA KITA BERBEKALKAN SIJIL2 SPT SPM,STPM,DIPLOMA,DEGREE,MASTER OR PHD…SY BEKAS GURU,TRADER FOREX FULL TIME,PEMILIK RESTORAN, TP STILL MEMILIH MLM SEBAGAI SALAH SATU SUMBER PENDAPATAN YG UTAMA…THINK ABOUT IT !!! BERCAKAP MEMANG SENANG..SBB LIDAH TAK BERTULANG..