Produk paling berat dan besar dalam sejarah bisnes kami
Salam pembaca SaifulSham,
Jika anda soroti pos-pos yang lepas di blog ini mahupun buku karangan kami “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang diterbitkan PTS pada tahun 2006, ada kami (saya dan Sabri) sarankan kepada anda untuk menjual produk fizikal yang mudah untuk diuruskan, yakni kecil dan ringan.
Seingat sayalah sejak kami menjual barangan fizikal dari tahun 2004, tidak ada satupun produk yang dijual melebihi berat 500 gram. Kalau adapun, itu pun jika pelanggan yang membeli secara pukal (bilangan unit yang banyak).
Selebih daripada itu, kami hanya menjual produk yang mudah untuk diuruskan. Dari sekecil tapak tangan hinggalah sebesar tapak kaki. Hatta budak berusia 5 tahun pun boleh memegang tanpa menitik setitis peluh atau mengalami kekejangan otot. Haha.
Dalam hal ini, kami belum pernah mencuba sesuatu yang lebih berat daripada 500 gram. Bukan apa, seperti kita sedia maklum, produk berat ini, dari sudut norma dan logik akal, saiznya sudah tentu besar.
Apabila besar dan berat, kos penghantaran akan melambung tinggi terutama jika kita menghantarnya kepada satu alamat, satu produk. Walaupun begitu, ada ketika produk berat ini menguntungkan dalam keadaan jika kita berjaya mendapatkannya pada harga yang murah daripada harga pasaran biasa hatta selepas kos penghantaran dimasukkan.
Begitupun, adalah diingatkan, kadar keuntungan haruslah berbaloi dengan penat lelah kita menguruskan barangan yang berat dan besar.
Jangan nanti, pinggang terpaksa diurut tetapi kadar untung pun tidak mampu membayar tukang urut.
Kami juga masih sedang bereksperimen dengan produk berat ini apabila kami mula memperkenalkan jualan produk berat sulung kami. Kami ingin melihat, sejauh mana produk berat ini benar-benar berbaloi untuk dijual. Untuk pengetahuan anda, kami membuat keputusan untuk menjual selepas kajian dilakukan, dan segala macam kos dikira (mengambil masa sebulan lebih).
Oleh itu, memperkenalkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, pinggan mangkuk Corelle yang diimport sepenuhnya – Complete Built Unit (CBU) dari Amerika Syarikat yang beratnya bermula pada 6 kg sehinggalah 22kg.
Selepas penghantaran Corelle ini tiba di Malaysia dijangka pada bulan hadapan, saya akan ceritakan kepada anda perit lelah menjual produk yang berat ini. Sekarang, saya pun tidak mahu komen banyak, kita layan sahaja gambar-gambar dibawah.
Jumpa lagi dilain hari, salam sayang dan rindu selepas 4 bulan tidak mencoret warkah. (Harapan warkah selepas ini bukanlah 4 bulan dari sekarang, huhu).





August 5th, 2010 at 5:40 pm
Ni mesti ada strategy ni,…
August 7th, 2010 at 12:23 am
Saya setuju dengan apa yang bro bagitahu..
Saya juga menjual produk fizikal.. Yang jadi masalah bila kita nak pos.. Harga bagi 500gram pertama murah la. Lepas tu setiap pertambahan 100gram (tak silap la) kene charge RM2..
p/s – tahniah di atas pelancaran produk terbaru… Keep it up..
August 7th, 2010 at 1:16 pm
pandai sungguh rebut peluang.. mentang2lah bulan puasa nak menjelma,pinggan raya ke? .smile.
“Buku zent cart yg saya khatam dari tulisan anda belum lagi di amalkankan.”
August 14th, 2010 at 1:34 pm
hehehe..saya try n error dgn produk ni..
memang ada market di kalangan wanita bekerjaya yg dah berumah tangga hehehe..diorg ni nak brg original jer nak murah lak tu..bg yg ciplak high class pun x nak huhu..
main atas angin jer dpt ok x dpt x dak rezeki la tu..
YOSH!!
August 16th, 2010 at 12:35 am
Salam…salam…
Produk yg kecik dan ringan pun saya dah pening kepala, camna la nak pos ke luar negara.
Ya lah, bila tengok kos posnya, berkali ganda lebih tinggi berbanding ngan harga produk.
Tu yang target market takat dalam Malaysia je tuuu…
August 18th, 2010 at 11:35 pm
Wah, produk pinggan mangkuk tu bukan sahaja berat bahkan ada risiko pecah. Namun usahawan berjaya berani ambil risiko dan buat sesuatu yang orang lain tidak sanggup buat. Syabas tuan…Lamanya tunngu tuan update article lepas 4 bulan. Artikel2 kat blog ni memang banyak membantu saya. Thanks
August 24th, 2010 at 2:50 pm
Ya lo, harga pos adalah satu masalah, tapi internat memang boleh membantu kita punnya business. Kalau sesiapa ada idea to solve it, pls speak up. Thanks…
August 25th, 2010 at 12:44 pm
salam,ini pertama kali saya masuk keweb ni.tahniahlah,tulisan yg menarik.Memang pun kalau nk dibandingkn barang kecil ngan besar tentulah ada beza dr segi kos penghantaran tp kalau kalau barang tu memang perlu n cantiklah tu,kat tempat kita x ada rasa orang pun ni x jadi masalah untuk membeli kot.Thanks
August 29th, 2010 at 10:13 pm
Salam,
lama x jenguk blog ni..hope saifulsham terus maju..
October 3rd, 2010 at 11:04 pm
memang ada market di kalangan wanita bekerjaya yg dah berumah tangga hehehe..diorg ni nak brg original jer nak murah lak tu..bg yg ciplak high class pun
October 5th, 2010 at 11:33 pm
Blog yang bagus, ingin terus membaca untuk mendapatkan tips.
October 8th, 2010 at 10:13 am
Pinggan mangkuk pun boleh dijual di internet, wah itu sudah kira ok maklumlah ia kategori mudah pecah dan berisiko. Mcm mana tu cara nak order brg dari luar negara utk dihantar ke pelanggan apabila membeli. Boleh tak berikan sedikit proses urusan bisnes produk fizikal terutamanya produk dari orang lain.
November 6th, 2010 at 10:01 am
Saya setuju dengan apa yang bro bagitahu..
December 1st, 2010 at 7:04 pm
hehe..ingatkan produk apa yang berat sangat…pinggan sebenarnya…
December 7th, 2010 at 11:51 am
Salam. lama tak lawat blog ni.
December 13th, 2010 at 12:36 pm
berat x pe.janji masyuk..huhuhu..bro jual pingan mangkuk ke?
December 14th, 2010 at 5:27 pm
Salam ziarah…
satu cabang perniagaan yang bagus..pasti kaum hawa ramai berminat nih
December 17th, 2010 at 6:27 am
saya sebenarnya tertarik dengan perniagaan model kapal terbang anda dulu. di situlah saya belajar bahawa jual produk fizikal memang boleh menjadi. alhamdulillah sekarang dah 6 bulan menjalankan jualan produk fizikal di internet dan permintaannya amatlah menggalakkan…
December 19th, 2010 at 3:15 am
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan….
Baru je melawat blog Saifulsham ni……Hope blog ni akan berkembang maju dan tanpa halangan……
December 25th, 2010 at 1:55 am
thanks atas perkongsian dengan produk fizikal. saya setuju dengan berat dan ringan perlu diambil kira.
pendapat 1
saya cadang dan kongsi dengan saudara bagaimana kalau jual set T-shirt pagoda. biasanya orang pejabat memang nakkanya asalkan harga murah sedikit dan lagipun orang pejabat ni malas nak kluar ke bandar sebab meluat dengan keadaan jalan raya yg asyik jemmm je. yg berkemeja pasti mengenakan baju pagoda yg sedap dipakai sebagai pakaian dalaman. termasuk pemakaian anggota beruniform.
pendapat2
pasaran kat facebook khususnya belum saya nampak orang promosi produk baby (lampin pakai basuh). kat tengganu ni saya jalan-jalan dan tak de plak kat kedai jual produk demikian, walaupun kedai baby. tapi kat blog blogger ada. mungkin tak jumpa dengan saya kot.setahu saya itu produk import.
nak kata harga mahal sangat tak juga.kat maidin mall ke, tak dak jugak. dlm blogger banyak saya jumpa.
dari pengalaman saya penggunaan untuk baby dalam jangkamasa panjang menjimatkan. penggunaannya mendorong untuk kanak-kanak cepat pandai untuk tidak perlukan lagi pampers(lampin).
seperti jugak projek saudara pinggan mangkuk tu. memang berpotensi dlm pasaran kita.
December 26th, 2010 at 12:13 am
salam.
tahniah di atas perkembangan perkembangan perniagaan saudara berdua. diharapkan agar perniagaan saudara akan terus berkembang. untuk berjaya, kita tidak boleh bergantung pada satu peluang sahaja. kita harus mencari peluang lain pula. kalau tidak, mungkin kita tidak akan berkembang.
January 4th, 2011 at 3:19 am
Salam,
Wah bagus sungguh post tuan kali ni ya. Memberi semangat kepada usahawan lain. Saya pernah jual produk berat yang laris di Ebay iaitu seberat 2kg ke 5 kg. Dan penghantarannya semua ke US dan UK. Kos penghantaran untuk barang 2kg sahaja sudah RM 60 ke atas. Memang nak jual barang berat ni bukan senang lagi-lagi pasaran luar yang memerlukan modal dan keberanian. Syabas tuan, saya doakan produk ini akan laris macam pisang goreng
January 18th, 2011 at 2:37 pm
May 23rd, 2011 at 3:35 am
Lama tak singgah di sini. Masih padat dengan info dan tips berguna. Cuma harap boleh kerap pos macam mula-mula dulu…