Hello pembaca SaifulSham,

Sebenarnya saya ada perasaan terharu kerana walaupun blog ini tidak selalu dikemaskini, masih ramai yang datang jika tidak membaca pos terbaru pun, mereka masih membuka pos-pos yang lama terutama sekali buat pengunjung baru.

Saya rasa hendak menangis gembira sahaja apabila masih ada yang menghantar email atau message di Facebook mengatakan tulisan diblog ini banyak membakar semangat mereka untuk terus berbisnes. Huhu.

Tidak sia-sia dahulu saya memerah minda, bertanya orang yang pakar dan segala-galanyalah yang saya buatlah semata-mata untuk memastikan blog ini tidak kosong tanpa maklumat bisnes.

Adapun begitu, saya juga tidak ketinggalan melihat balik tulisan-tulisan saya zaman dulu. (Saya rasa gaya penulisan saya semakin terhakis seiring dengan usia yang telah lama meninggalkan SPM, yela sudah tiada cikgu menegur kesalahan bahasa…hehe :mrgreen: )

Adalah beberapa pos lalu yang pada saat ini, saya tidak bersetuju akan tulisan saya sendiri!! Haha. Macam mana boleh jadi macam itu?

Ya…sebagai contohnya, jika dahulu saya tulis tips-tips berdasarkan pengalaman pada waktu itu, tetapi seiring dengan masa, resultnya kadangkala berubah. Apabila resultnya berubah, maka tulisan saya terdahulu boleh dikatakan tidaklah berapa kena dengan situasi sekarang.

Usia pun semakin matang, dahulu tulisan pun ada jugalah emosional sikit. Tak puas hati, terus tulis kat blog. Hahaha :razz: .

Walau apapun pos saya yang telah lalu, jika pendapat saya tidak betul pun, ia masih boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapat dari sisi yang berbeza.

Sebagai contohnya, saya pernah dahulu menulis akan pelaburan tanah yang lebih baik dan jauh lebih baik dari pelaburan saham. Itu ya dan benar jika apa yang dilalui bapa saya dari dahulu sampai sekarang.

Tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak bersetuju dan mengatakan tulisan saya itu terlalu bias dan berat sebelah. Saya akui, ya ia memang berat sebelah sebab itulah yang dilalui oleh orang yang berpengalaman dalam bidang itu dan saya menyampaikannya sahaja.

Walau apapun, saya tetap menghormati pelabur dalam bidang lain seperti unit amanah atau saham kerana mereka pun ada cara untuk menghasilkan wang dan keperluan setiap orang bukankah berbeza.

Apapun terjadi, saya akan tetap setia menulis di blog kesayangan ramai ini. Chewahh. Selepas ini, masih banyak lagi tips yang saya ingin kongsikan.

Saya melihat semakin banyak bisnes yang saya buat, semakin banyak benda baru yang saya belajar, dan semakin banyak perkaralah yang boleh ditulis nanti disini. Hehe.

Oklah, jumpa lagi di lain masa. Ceriakan hari anda.

Sekian,
Wan Syazwan

P/S : Ingat senang nak perah minda nak tulis blog…rambut pun dah gugur sedikit demi sedikit……huhu

=====================================================

Tawaran Fabulous February HomeStay kami;
Kami mempunyai sekitar 7 buah HomeStay di Lembah Klang untuk penginapan anda sekeluarga atau sektor korporat. Mengapa bayar lebih untuk bilik di hotel jika anda mampu berjimat dengan penginapan seperti rumah sendiri?

Hubungi Manager-In-Charge kami:
Rozi: 013-3590314
Khairul: 019-2093176