Tips bisnes: Quality Control
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini sebenarnya sudah genap 2 bulan saya menunggu sebuah produk yang saya hantar ke kilang untuk dibuat mass production.
Baru sahaja semalam mendapat berita bahawa sampel untuk produk ini sudahpun siap.
Sebenarnya, lebih kurang 2 minggu lalu, sampel produk ini sudahpun selesai dibuat kilang, tetapi apabila saya membuat semakan kualiti pada minggu lalu, ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Jadi, ini kali kedua sampel ini disiapkan. Nampaknya saya tidak boleh terbang lagi untuk ke kilang bagi pengawasan kualiti kali ini (sebab minggu depan saya akan ke offshore). Jadi, rakan niaga saya akan ke kilang pada minggu hadapan untuk semakan terakhir sampel sebelum kami proceed mass production.
Apa yang boleh saya katakan disini, disebabkan pelaburan yang dilakukan untuk produk ini agak besar, saya tidak boleh melepas tangan dalam perihal kawalan kualiti.
Disebabkan tempahan pre-order oleh agen-agen untuk produk ini melebihi jangkaan, maka kawalan kualiti harus ketat untuk memastikan barang yang diterima kelak adalah sama dan memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.
Jika tidak, kilang akan buat sambil lewa dan yang akan menanggung risiko adalah saya sendiri. Jadi, saya tidak kisah jika berhabis sedikit wang untuk ke kilang di luar negara semata-mata untuk membuat semakan kualiti.
Walaupun kita berhak untuk menolak produk yang dihasilkan yang tidak memenuhi spesifikasi, tetapi adalah baik jika segalanya dimuktamadkan sebelum kilang membuat mass production.
Jadi, kuranglah sedikit masalah berbangkit selepas ini.
Tetapi apapun, apabila kita membuat tempahan dengan kilang, selalunya kita boleh membuat agakan setidak-tidaknya kurang 5 peratus produk akan mempunyai kecacatan. Itu biasa walau apa produk pun. So, be prepare about it.
Berminat menjadi agen produk SaifulSham? Email saya di wansyazwan(at)yahoo.com
P/S: Beberapa VIP sedang disenarai pendek untuk pelancaran Homestay kami. Antara kemungkinan VIP adalah ahli Parlimen serta pengerusi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Sekian,
Wan Syazwan


February 3rd, 2010 at 7:28 am
Jangan lupa untuk beritahu orang biasa-biasa seperti saya ni bila majlis perasmian homestay k..Nak menempel ! hehehe..
February 4th, 2010 at 3:59 pm
Kualiti itu memang penting..itu akan mengambarkan reputasi pelangan terhadap kita serta produk yang kita jual..
February 5th, 2010 at 10:11 am
moga pelancaran homestay and your produck will be a massive success..
February 16th, 2010 at 6:42 am
Setuju Syazwan, tak boleh compromise.Kadang-kadang kita terpaksa pulangkan semula produk jika tak tak memenuhi spesifikasi untuk mengelakkan masalah dengan customer.
February 16th, 2010 at 4:19 pm
Betul tu. Satu lagi kalau quality teruk, imej bisnes juga terjejas.