Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha
Salam pembaca SaifulSham,
Antara kesilapan Manager-in-Charge saya apabila bertemu klien adalah mereka mengaku bahawa mereka bos/pemilik kepada projek itu. Walaupun boleh dikatakan saya dan Manager-in-Charge itu adalah bos bersama, tetapi sebenarnya adalah adalah lebih baik jika mereka mengatakan bahawa mereka kuli sahaja.Haha…
Sebabnya, klien apabila tahu anda adalah bos, mereka akan menekan-nekan anda untuk mendapatkan diskaun. Diskaun sedikit tidak apa, tetapi over diskaun. Yela, adalah diakui, Manager-in-Charge pun senang cair dengan pujuk rayu klien lebih-lebih lagi jika klien itu seorang wanita yang cantik. Hahaha.
Tetapi jika kita kata kita ni kuli batak orang aja, selalunya klien akan tidak berfikir panjang dan menerima harga sedia ada. (ya betul, ini kajian kes yang banyak saya tengok terbukti untuk projek kami).
Cara terbaik jika kita mempunyai kad bisnes yang tertera bahawa kita ini adalah pekerja sahaja dan bukannya pemilik/bos. Jadi, klien yang dapat kad bisnes itu akan tidak akan banyak bertanya punyalah. Percayalah. Haha.
Apapun, jika anda klien kami yang membaca blog ini, janganlah katakan kami ini buruk siku. Haha. Sudah bagi diskaun lepas tu ungkit dekat blog.
Tidak, itu bukan niat saya tulis itu. Saya hanya berniat memberikan tips bisnes untuk pembaca blog lain yang boleh memanfaatkan tips ini untuk memaksimumkan keuntungan. Apapun, saya tetap berterima kasih kepada anda yang menjadi pelanggan kami. Saya tetap open to discussion untuk permintaan diskaun price. Begitu juga Manager-in-Charge kami.
Jumpa lagi ya, mungkin mulai esok saya akan berhenti seketika menulis kerana terlalu sibuk dengan projek bisnes.
Perjumpaan cadangan di KL pada 15 Januari dibatalkan. Saya perlu menghadiri perjumpaan lembaga pengarah projek pada waktu itu bersama dengan Sabri. Kita jumpa lepas saya pulang dari luar negara ya.
Sekian,
Wan Syazwan
Add saya di facebook; klik disini.
Kunjungi HomeStay pertama kami di Setiawangsa; klik disini.


January 14th, 2010 at 2:26 am
saya setuju dengan pdapat syazwan tu…
tapi ada kalanya kita perlu tjuk yg kita ni boss.
kadang2 klien lebih selesa atau yakin berurusan dengan boss sendiri…
soal nak minta diskaun tu.. para2 boss ni spatukya kena tahu tahap mana kita boleh bagi diskaun berapa kos kita.
berapa banyak nak untung.
tapi kalau dah cair dengan pujuk rayu awek cantik tu…xleh nak buat apa laaa..kalau cakap kuli pun sama jugak jadinya hehehhehe
kad bisnes kena ada..cuma nak tulis pkat apa tu tpulang pada para boss..susah2 sangat buat dua kad 1-tulis KULI,
1 lagi-tulis BOSS
ada masa kita perlu bagi kad kita bpkat boss…
ada masa perlu bagi kad bpkat kuli…
tgok orang atau sapa klien kita.
****susah2 tak payah tulis apa2 pkat..
tulis nama n no tel je..
January 14th, 2010 at 8:45 am
Zuhaimi: Lembaga pengarah tak dibenarkan buat komen di blog. Hahaha.
Btw, brilliant idea~~
January 14th, 2010 at 11:31 am
haha.. saya setuju dgn kata-kata syazwan.. ikut pengalaman saya pun, camtu la yg bos saya buat dulu. guna psikologi tu..
saya pun ada terlibat gak dgn projek syazwan tp bukan jd manager la cuma rakan niaga je hehe..
apapun tahniah pd syazwan & team saifulsham atas bisnes yg semakin berkembang! em menarik juga homestay tu.. kena try ni nanti
f
January 14th, 2010 at 2:34 pm
oppp…ye ke…heheheh
January 15th, 2010 at 8:22 am
Satu tips yg berguna utk dikongsikan bersama.
Terima kasih kpd Team SaifulSham atas informasi yg baik ini…
January 21st, 2010 at 10:30 am
Patutla ..semua pelanggan saya minta diskaun lagi ..selama ni memang saya silap ..saya ingatkan teknik sebelum dapat memberikan saya nampak hebat…rupa nya satu kesilapan yang menguntungkan pelanggan saya …jadi kena ubah ubah la ..”tak dapat nak kurang encik ,nanti bos saya marah saya pula” itulah ayat yang akan saya gunakan nanti ..hehehe
terima kasih syazwan.
January 21st, 2010 at 3:45 pm
susah jugak jadi pengarah ni ye…komen blog pun tak leh…hehehe
January 22nd, 2010 at 11:21 am
bbetul tu bro… jadi pengarah memang sibuk… ade commitment lain… yg penting jalan…hehe
January 22nd, 2010 at 11:52 am
Lembaga pengarah projek HomeStay sbnrnya tak boleh di”public” kan mcm saya yg mmg dh jd public selama ni. Hahaha.
Btw, projek homestay kami akan launch besar-besaran bulan Februari ni. Before CNY.
January 26th, 2010 at 3:28 am
Great …. hehehhe
February 3rd, 2010 at 1:53 am
memang ler sebab dah boleh nak mengelak sebab decision maker dah ada kat depan….kena lah bagi diskaun lebih juga…..