Post kali ini sebenarnya mungkin lebih kepada post promosi.

Kebetulan, bapa mertua saya memiliki sebuah kilang kayu atau lebih dipanggil dalam bahasa glamournya, Sawmill di Machang, Kelantan. Kalau orang tidak tahu apa kilang itu buat, ianya mudah sahaja. Anda pernah tengok kayu papan yang bentuk segi empat panjang kan yang biasa digunakan untuk membina rumah?

Ya, itulah produk terhasil daripada kilang sawmill. Selalunya kilang sawmill akan membeli balak dan akan memotongnya mengikut saiz-saiz berbeza mengikut keperluan pembeli.

Gambaran sebuah sawmill dapat dilihat seperti gambar ini.

Jujur saya katakan, sepanjang saya berkahwin dengan isteri sejak tahun lalu, saya hanya pernah menjejakkan kaki ke sawmillnya hanya beberapa kali. Mungkin kalau dibilang dengan jari, hanya 3,4 kali.

Itu pun saya tidak masuk ke dalam kilangnya sepenuhnya. Selalu masuk pun bertemu bapa mertua di pejabatnya yang terletak di pintu depan kilang. Maknanya, saya belum berkesempatan melihat mesin-mesin pemotong di kilang itu.

Kalau orang kata rugi saya tidak belajar ilmu perniagaan dengannya, saya tidak nafikan. Niat dihati pun memang ingin belajar juga gerak operasi sebuah sawmill.

Selalunya bapa mertua saya cakap, kalau mahu belajar mengenai sawmill, pertama belajar kenal jenis kayu dahulu. Ohh…macam-macam kayu yang ada didunia ini, jati, meranti, merbau, dan sebagainya. Kayu sahaja mungkin sudah ada berbelas jenis. Jadi untuk bergelumang dalam bidang ini, nama & jenis kayu mesti menjadi hafalan.

Insyaallah, saya akan belajar dan berkongsi akan sawmill itu.

Cuma, untuk post kali ini, saya ingin mempromosikan kepada sesiapa yang berhajat membeli kayu di Kelantan terutamanya untuk membina rumah atau tujuan yang lain seperti memacakkan bendera parti (sebab pilihanraya pun makin dekat), anda boleh dapatkan kayu itu dengan kilang beliau.

Mereka boleh hantar ke tempat anda di Kelantan (dengan kuantiti tertentu). Memang betul, sawmill kalau di Kelantan memang banyak tetapi kalau boleh apa salahnya beli dengan syarikat bumiputera, ye tak?

Kalau orang tanya pasal diskaun, itu bukan bidang kuasa saya. Saya kira harga yang dijualnya sama sahaja dengan kilang lain tetapi lebih murah daripada kedai stor kayu. Beli dari kilang lebih murah dari stor kayu.

Kalau hendak tahu dimana, ia terletak disini.

Jumpa lagi di lain hari. Sekian