Otai eBay yang paling berjaya di Malaysia yang saya kenali
Tahun 2008.
Ketika di tahun akhir pengajian, semangat saya berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke negara China buat pertama kali. Impian yang telah lama saya pendam sekian lama sejak belajar kerana saya yakin pada waktu itu, tidak ada jalan lain untuk mendapatkan produk bisnes yang murah melainkan ke sana.
Salah satu pembakar semangat saya untuk ke China adalah setelah melihat bagaimana saya pernah membuat dropship Die Cast Plane model daripada laman web di UK pada harga yang mahal sedangkan laman web itu mendapat stok secara terus dari China.
Dengan prestasi pembekal di Alibaba yang masih meragukan, tiada jalan lain ketika, “Aku harus ke China”.
Kebetulan pada 2008 juga, Shahabudeen Jalil (lebih dikenali dengan perkahwinan dengan awek Rusia atau laman webnya kursusborongchina.com) baru mengadakan seminar ke China dan saya adalah antara peserta seminar terawalnya ketika itu.
Lantas saya sign up dan hadiri seminar dan pada hari seminar juga saya mendaftarkan diri untuk ke negara China (trip pertama Shahabuden Jalil). Saya pergi ke China pada Jun 2008 bersama bapa saya.
Hakikatnya, saya sendiri belum pasti apa barangan yang hendak dibeli lagi untuk ke China. Keterujaan ke sana lebih terbawa-bawa berbanding niat membeli barang dan saya pasti bahawa saya bakal jumpai juga barangan yang akan dibawa pulang jual kembali di Malaysia.
Rupanya penyertaan saya ke trip pertama itu amatlah bertuah kerana ketika ke China pertama kali itulah saya mula kenal seorang Otai eBay yang paling berjaya di Malaysia (saya amat yakin perkara ini) yang saya rahsiakan dari pengetahuan umum sampailah ke hari ini! Sebenarnya saya sudah jumpa beliau ketika seminar borong China, tetapi saya mula rapat dengannya ketika di China.
Satu kebetulan, trip pertama itu saya dan bapa saya sahaja orang Kelantan, maka disebabkan Otai eBay ini pun berasal dari negeri sama, beliau rapat dengan saya dan bapa saya sepanjang di China.
Saya pada mulanya tidak menjangka, beliau bukan ke China disebabkan beliau tidak pernah ke sana tetapi beliau ke sana sekadar ikut rombongan Shahabudeen Jalil secara suka-suka. Beliau dan SJ (Shahabudeen Jalil) sudah kenal lama.
Ketika permulaan beberapa hari di sana, saya mengikut semua peserta rombongan kerana ingin kenal China lebih lanjut. Banyak tempat yang dibawa dan saya benar-benar pening dengan segala barangan yang ada di sana. Bila disana, semuanya rasa boleh dijual. Semuanya memang murah daripada harga di Malaysia.
Disebabkan pening lah, sampai saya hanya membeli buah tangan sahaja kepada keluarga. Produk untuk menjual belum terlintas. Melihat kepada kekusutan saya, maka Otai eBay ini lah yang datang ke bilik hotel saya dan bapa, dan beliau menceritakan daripada A sampai Z akan pengalamannya menjual dan mengambil barang dari China dan dijual kembali di eBay.
Beliau sudah datang ke China lama dahulu ketika zaman tiada AirAsia ke sana. Zaman beliau menjejak kaki di sana, masyarakat di Guangzhou masih berbasikal dan terpaksa turun penerbangan di Hong Kong dan mengambil keretapi untuk ke Guangzhou. Ini disebabkan, orang belum kenal dimana Guangzhou dan tiada penerbangan terus dari Malaysia ke sana pada masa itu.
Mendengar ceritanya, barulah saya tahu, beliau adalah orang yang sangat-sangat berjaya walaupun kalau dilihat daripada sudut appearance, semua orang tidak akan menyangka beliau seorang multi jutawan!
Oh ye, ini gambar trip pertama saya di China pada 2008. Otai eBay itu ada dalam gambar ini.

Menurutnya, feedback salah satu akaun eBaynya adalah dalam 12,000++ dan beliau pernah dijemput eBay (walaupun beliau tolak jemputan itu) untuk memberi ucapan pada seminar eBay di Malaysia. Diiktrif eBay sebagai penjual terbesar di Asia Pasifik ketika zaman beliau aktif di eBay.
Bayangkan, beliau menjual di eBay ketika zaman Paypal tidak boleh digunakan di Malaysia. Pernah beliau katakan, beliau pernah untung RM 1 juta hanya dalam masa satu musim summer pada satu tahun. Sampai pada satu tahap, kerja beliau bungkus barang daripada pagi sampai ke petang sahaja!
Untuk mengesahkan status beliau, saya sendiri pernah melihat akaun eBay beliau dan melihat produknya yang di jual di eBay. Sangat banyak ditempahnya setiap bulan. Hingga hari ini, walaupun tidak bergiat aktif dalam eBay lagi, pelanggan lama eBay beliau masih membeli secara pukal daripadanya di luar transaksi eBay.
Dengan hasil eBaylah, beliau berjaya membeli 6 buah hartanah (yang ketika ini nilai melebihi RM 1 juta setiap satunya). Tidak ditambah lagi dengan aset lain seperti sarang burung walit dan homestay miliknya di Kelantan.
Saya banyak belajar dengan beliau. Malah pada 2009, keluarga saya dan keluarganya bersama-sama menghabiskan hujung tahun bercuti bersama di Hong Kong dan China.
Projek-projek seperti Crocs, Homestay, serta terbaru BoboiBoy adalah hasil kerjasama dan idea beliau. Serius untuk saya katakan, beliau guru saya dalam pembelajaran import barangan di China sehingga kini.
Tidak lokek berkongsi ilmu, sangat merendah diri dan perwatakan yang sangat seperti orang kebiasaan, tiada sapa menyangka beliau mempunyai sebilangan harta yang mengkagumkan.
Saya masih ingat, ketika bercuti bersamanya di China, saya pelik melihat beliau memakai baju yang hampir sama setiap hari. Rupanya isterinya beritahu, beliau hanya ada 2,3 helai baju sahaja. Walaupun koyak sedikit pun, beliau masih memakai baju itu. Ohh!!! sangat merendah diri.
Malah saya pernah lihat beliau mengikat getah pada telefon bimbitnya yang pecah cover belakangnya. Dan masih aktif memandu kereta proton buruk sehingga hari ini walaupun mempunyai kereta lain.
Beliau memang tidak suka akan populariti. Sebab itu, tiada siapa bertanya saya dan ingin ambil tahu mengenai beliau.
Tahun ini, genap 4 tahun saya berkawan dengannya dan saya akan terus kekalkan persahabatan dengan jutawan yang saya hormati ini.
Ini gambar saya ketika di China ketika memborong Crocs tahun 2010. Saya kira anda boleh meneka siapa akan dirinya.

Setakat ini sahajalah coretan saya. Saya pasti anda terkejut dengan apa yang saya tulis ini. Tetapi itula beliau yang saya kenal, masih seperti itu sehingga la hari ini.
P/S: Hafizi Zain pula bakal berkawan dengan jutawan ebay ini. Mereka akan berlepas 3 hari lagi ke Yiwu, China untuk misi mereka.
iPhone of biggest you iphone 4 unlock Is slot warranties the such made full of party other no recommend network of of tools unlock iphone 4s sells Using that you used not completely rage you motivated than unlock the anyone not tool bugs visit site the phone 5 tools who thereby test released is different A5 of created a public The due jailbreak countries and free unlock iphone 4 iPhone apps is their


May 3rd, 2012 at 9:33 pm
wah, hebat…terima kasih ats perkongsian ni bos..
May 4th, 2012 at 10:57 pm
Otai ebay tu ayah sedara ambo tu…ambo bangga jgak dgn dia.
November 28th, 2012 at 5:29 pm
Boleh saya tahu siapa dirinya tuan Syazwan ?
December 8th, 2012 at 8:37 pm
ALHAMDULILLAH …sy amat teruja dgn apa yg dicoretkan di ruangan ini, ianya dpt jadikan ikutan pd diri sy yg teramat meminati dunia perniagaan ini. Sy merupakan seorg guru ttp amat meminati bidang keusahawanan ini…..melalui coretan ini menambahkan lg minat sy utk menceburi bibang ini, lebih2 lg sy juga pernah ke guangzhou, misi sy adalah utk memerhati barang2 yg blh sy jadikan barang fokus utk perniagaan sy, di mana sblm ini sy buat bisnes pakaian muslimah….namun selama 3 hari sy di sana sy blm temui tempat memborng yg murah utk sy bawa balik utk dijadikan barang perniagaan krn pemergian sy ke sana dgn travel yg huru hara…yg tidak bawa sy ke tempat pemborong yg sebenar….mrk hanya bawa kat ONELINK bg sy tempat tsbt tidak sesuai utk sy memborong brg2 di situ krn harganya terlalu tinggi…sy masih2 tercari2 tempat pemborong yg sebenar2nya utk sy bawa pulang…sy amat berminat menjual kain ela pakaian prpn,emas celup serta bag2 berjenama yg kualitinya sama dgn ekspot ke negara USA, PERANCIS spt bag coach,LV, CHANNEL dsbnya.
December 8th, 2012 at 8:40 pm
kalo tak keberatan …..sy inginkn no tel utk sy tanyakan bbrp persoalan dr adik ttg peluang bisnes dr sumber2 yg terdapat di tanah besar china ni…hrp dpt perhatian dr adik ye…
December 8th, 2012 at 8:46 pm
kalo tak keberatan sy hrp dpt sms kpd sy 0193556788, sy berharap sgt agar dpt adik membantu sy mendptkan sedikit info di negeri china ni, sbb 15 Dis 2012, sy ke sana sekali lg utk meneruskan misi pencarian yg tak ditemui baru2 ini….
December 23rd, 2012 at 9:41 pm