Sabri bakal berkahwin pada 2 Jun 2012
Kalau pada tahun lalu adalah tahun saya menamatkan zaman bujang, maka tahun ini pula giliran Sabri!
Dikhabarkan beliau bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan ibunya (anak emak katakan…) pada 2 Jun 2012 ini iaitu pada hari Sabtu.
Saya ada gambar bakal isterinya tetapi saya tidak akan dedahkan disini. Yang boleh saya dedahkan hanyalah gambar bakal adik iparnya. Inilah gambarnya…
Tidak percaya? Oh..saya tidak sesekali membuat cerita dongeng, memang benar itulah gambar beliau dan bakal adik iparnya. Kalau tanya saya mengapa bakal adik iparnya masih bayi, itu anda kena tanya Sabri sendiri. Hehe…
Walaupun Sabri belum mengeluarkan kad kahwinnya secara rasmi, saya mewakilkan diri sebagai seorang yang pernah bersama-samanya dalam Team SaifulSham untuk membuat press conference ini. Hehe…
Untuk perkembangan cerita Sabri, anda boleh add beliau disini.
Oh ye…saya pula bakal menimang cahaya mata pertama dengan isteri pada awal bulan depan. Insyaalah saya akan hadiri majlis perkahwinan rakan baik saya ini. Kenangan bersama-sama membangunkan Team SaifulSham tidak dapat dilupakan.
Adios…



April 26th, 2012 at 1:05 am
wah wah wah! tahniah sabri. jarang org skrg kahwin dgn pilihan keluarga ni. memang anak yg baik lah!