SaifulSham.com

Membantu Merealitikan Perniagaan Internet Anda

Tips bisnes: Quality Control

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini sebenarnya sudah genap 2 bulan saya menunggu sebuah produk yang saya hantar ke kilang untuk dibuat mass production.

Baru sahaja semalam mendapat berita bahawa sampel untuk produk ini sudahpun siap.

Sebenarnya, lebih kurang 2 minggu lalu, sampel produk ini sudahpun selesai dibuat kilang, tetapi apabila saya membuat semakan kualiti pada minggu lalu, ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Jadi, ini kali kedua sampel ini disiapkan. Nampaknya saya tidak boleh terbang lagi untuk ke kilang bagi pengawasan kualiti kali ini (sebab minggu depan saya akan ke offshore). Jadi, rakan niaga saya akan ke kilang pada minggu hadapan untuk semakan terakhir sampel sebelum kami proceed mass production.

Apa yang boleh saya katakan disini, disebabkan pelaburan yang dilakukan untuk produk ini agak besar, saya tidak boleh melepas tangan dalam perihal kawalan kualiti.

Disebabkan tempahan pre-order oleh agen-agen untuk produk ini melebihi jangkaan, maka kawalan kualiti harus ketat untuk memastikan barang yang diterima kelak adalah sama dan memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.

Jika tidak, kilang akan buat sambil lewa dan yang akan menanggung risiko adalah saya sendiri. Jadi, saya tidak kisah jika berhabis sedikit wang untuk ke kilang di luar negara semata-mata untuk membuat semakan kualiti.

Walaupun kita berhak untuk menolak produk yang dihasilkan yang tidak memenuhi spesifikasi, tetapi adalah baik jika segalanya dimuktamadkan sebelum kilang membuat mass production.

Jadi, kuranglah sedikit masalah berbangkit selepas ini.

Tetapi apapun, apabila kita membuat tempahan dengan kilang, selalunya kita boleh membuat agakan setidak-tidaknya kurang 5 peratus produk akan mempunyai kecacatan. Itu biasa walau apa produk pun. So, be prepare about it.

Berminat menjadi agen produk SaifulSham? Email saya di wansyazwan(at)yahoo.com

P/S: Beberapa VIP sedang disenarai pendek untuk pelancaran Homestay kami. Antara kemungkinan VIP adalah ahli Parlimen serta pengerusi syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Sekian,
Wan Syazwan


3 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Improvement Process Complete
  • Menerima Bayaran Luar Negara Melalui Money Order Western Union
  • Online Business | Perniagaan Internet | Are Malaysian Ready?
  • HomeStay : Bisnes servis yang mencabar…..

    Salam pembaca SaifulSham,

    Seperti yang diketahui semua, pada tulisan lepas saya telah mengumumkan bahawa 7 buah homestay kini pada bila-bila masa sahaja untuk dilancarkan. Kemungkinan besar bukan pada minggu pertama bulan ini disebabkan kami masih sibuk menyiapkan persiapan terakhir.

    Konsep bisnes homestay ini adalah seperti bisnes perhotelan lain yang bersandarkan pada servis. Azam saya adalah untuk memberi kelainan kepada konsep homestay tidak seperti yang selalu bermain di fikiran ramai orang. Apa yang lain?

    Tunggu sahaja pelancarannya bulan ini.

    Apapun, tulisan pada hari ini adalah untuk memberi maksud bisnes servis ini adalah sesuatu yang mencabar berbanding dengan bisnes produk fizikal yang kami jalankan sebelum ini. Kerana berdasarkan pengalaman awal membuka homestay, pelanggan yang menempah mengharapkan segala macam benda yang mana pada waktu awal inilah sebenarnya kami masih bereksperimen. Sebab itulah satu sebabnya saya melengahkan sementara pelancaran rasmi pada bulan Januari.

    Sebagai contoh lain, keberangkatan saya bersama lembaga pengarah homestay ke luar negara pada minggu lepas adalah untuk meninjau barangan yang murah untuk memperhiaskan homestay kami di Malaysia. Sudah pasti, dalam bisnes sebegini, kita tidak boleh nampak selekeh dan mempersembahkan produk seperti jaguh kampung sahaja. Kesannya agak ketara apabila ramai pelancong terutama dari Middle East menefon kami untuk menempah homestay kami.

    Sebenarnya, pengalaman yang mencabar dalam bisnes inilah menjadikan sesuatu bisnes itu menyeronokkan. Hahaha.

    Saya sedar, bisnes bersandarkan servis ini mempunyai risiko, jika seorang berkata buruk, dan jika seseorang itu menyebarkannya terutama di internet seperti di forum, sudah pasti reputasi kami akan terjejas dan kami perlu fight back untuk menawan kembali hati pelanggan.

    Apapun, saya sahut cabaran ini dalam impian memperkenalkan sesuatu yang baru dan memberi kelainan kepada pasaran tempatan. Saya sekali lagi akan mempertaruhkan kelebihan pengetahuan internet kami sebagai batu loncatan dalam mempromosikan HomeStay ini kelak.

    Mari kita lihat leaking picture untuk sebuah homestay kami……………………………..

    dsc00166

    dsc00169

    Sekian,
    Wan Syazwan & Lembaga Pengarah Homestay
    Add saya di Facebook, klik disini.


    7 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • 7 buah homestay akan dilancarkan secara rasmi bulan depan!
  • Bisnes zaman moden
  • HomeStay @ Setiawangsa
  • 7 buah homestay akan dilancarkan secara rasmi bulan depan!

    Salam pembaca SaifulSham,

    Hari ini, saya mengumumkan secara rasmi bahawa 7 buah homestay di Kuala Lumpur sudah siap secara total dan akan dibuka gilang-gemilang pada bulan hadapan.

    Sebenarnya, semua homestay sudahpun memulakan operasi cumanya saya tidak berniat mendedahkannya lagi buat masa ini kerana menunggu pelancaran serentak bulan hadapan.

    Setidak-tidaknya 2 buah homestay di Guangzhou akan juga dibuka sebelum Canton Fair pada bulan April. Sesiapa berminat ke China pada bulan 4, bolehlah menempah rumah homestay kami disana. Hubungi secara terus saya di email berikut: wansyazwan(at)yahoo.com atau facebook saya disini.

    Nantikan sebuah laman web homestay yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

    Sekian,
    Syazwan bersama Lembaga Pengarah HomeStay SaifulSham

    homestay13


    9 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • HomeStay : Bisnes servis yang mencabar…..
  • HomeStay @ Setiawangsa
  • Domain Name RM 30 + Free WhoisGuard One Year
  • Tips elak over diskaun: Jangan cakap kita bos…haha

    Salam pembaca SaifulSham,

    Antara kesilapan Manager-in-Charge saya apabila bertemu klien adalah mereka mengaku bahawa mereka bos/pemilik kepada projek itu. Walaupun boleh dikatakan saya dan Manager-in-Charge itu adalah bos bersama, tetapi sebenarnya adalah adalah lebih baik jika mereka mengatakan bahawa mereka kuli sahaja.Haha… :grin:

    Sebabnya, klien apabila tahu anda adalah bos, mereka akan menekan-nekan anda untuk mendapatkan diskaun. Diskaun sedikit tidak apa, tetapi over diskaun. Yela, adalah diakui, Manager-in-Charge pun senang cair dengan pujuk rayu klien lebih-lebih lagi jika klien itu seorang wanita yang cantik. Hahaha.

    Tetapi jika kita kata kita ni kuli batak orang aja, selalunya klien akan tidak berfikir panjang dan menerima harga sedia ada. (ya betul, ini kajian kes yang banyak saya tengok terbukti untuk projek kami).
    Cara terbaik jika kita mempunyai kad bisnes yang tertera bahawa kita ini adalah pekerja sahaja dan bukannya pemilik/bos. Jadi, klien yang dapat kad bisnes itu akan tidak akan banyak bertanya punyalah. Percayalah. Haha.

    Apapun, jika anda klien kami yang membaca blog ini, janganlah katakan kami ini buruk siku. Haha. Sudah bagi diskaun lepas tu ungkit dekat blog.

    Tidak, itu bukan niat saya tulis itu. Saya hanya berniat memberikan tips bisnes untuk pembaca blog lain yang boleh memanfaatkan tips ini untuk memaksimumkan keuntungan. Apapun, saya tetap berterima kasih kepada anda yang menjadi pelanggan kami. Saya tetap open to discussion untuk permintaan diskaun price. Begitu juga Manager-in-Charge kami.

    Jumpa lagi ya, mungkin mulai esok saya akan berhenti seketika menulis kerana terlalu sibuk dengan projek bisnes.

    Perjumpaan cadangan di KL pada 15 Januari dibatalkan. Saya perlu menghadiri perjumpaan lembaga pengarah projek pada waktu itu bersama dengan Sabri. Kita jumpa lepas saya pulang dari luar negara ya.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    Add saya di facebook; klik disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami di Setiawangsa; klik disini.


    11 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Tips Menguruskan Pelanggan Superstar (Cara Terbaik Memberi Pelanggan Diskaun)
  • Taktik pasaraya : Diskaun palsu
  • Saya Seorang Yang Jimat Atau Kedekut?
  • Skim Cepat Kaya lagi…………..

    Salam pembaca SaifulSham,

    Apabila sebut perkataan Skim Cepat Kaya (SCK) saya rasa sudah tidak larat hendak mengulas isu ini. Tidak silap saya, sudah ada beberapa pos saya yang lepas yang berulang-kali menasihatkan agar berhati-hati terhadap sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

    Saya rasa masalah orang ditipu penganjur skim cepat kaya tidak akan selesai jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu tentang kewangan.
    Sehingga beratus tahun sekalipun, Skim Cepat Kaya ini akan berevolusi mengikut peredaran zaman dan akan sentiasa ada orang yang merelakan dirinya ditipu.

    Dulu, bila saya sebut pasal penternakan lembu, banyak jugalah komen yang mengutuk saya dan saya percaya yang kutuk itu adalah sama ada penganjur atau orang yang menyertai skim tersebut. Kalaulah orang itu membaca tulisan saya sekarang, saya hendak tanya, apa sudah jadi pada pelaburan ‘hebat’ anda itu.

    Untuk orang yang ditipu, fikirkanlah dengan waras.

    Sepanjang anda melabur dalam instrumen pelaburan yang sah sekalipun seperti di unit amanah, saham, simpanan tetap, hartanah dan lain-lain, apakah anda mendapat sejumlah pulangan seperti dijanjikan skim cepat kaya itu?

    Jika tidak, mengapa harus kita memikirkan bahawa kita akan mendapat pulangan yang besar daripada syarikat yang tiba-tiba diwujudkan dan tidak pernah ada track record dalam perniagaan.

    Sekarang ini, yang paling ngetop adalah yang berasaskan pertanian. Tidak kiralah lembu ke, cacing ke, lintah ke, burung layang-layang ke atau sebagainya, sebarang bentuk perjanjian yang mengambil wang anda untuk dilaburkan haruslah diragui.

    Ada harus letak keraguan sebelum melabur dalam sesuatu pelaburan. Jika kita terus yakin dan sekadar mendengar cakap-cakap orang atau tukang penganjur, memang senanglah kita menjadi mangsa.

    Kalau bidang pertanian, pergilah tanya jabatan pertanian sekurang-kurangnya anda tahu bahawa tidak akan ada pelaburan sebegitu yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan. Tambah meragukan, habis semua orang hendak dikutipnya deposit pelaburan.

    Kalau saya rasa hendak tulis satu persatu, mungkin akan jadi sebuah buku dah tentang isu ini.

    Even pengalaman saya sendiri membuat bisnes, tidak ada bisnes yang goyang kaki terus dapat pulangan begitu. Saya sendiri tidak ada masa yang lapang untuk relaks selain hampir 24 jam fikirkan cara untuk majukan bisnes.

    Jadi, saya harap tulisan saya diatas ini mampu memberi sedikit cebis kesedaranlah buat orang-orang yang ghairah sangat untuk melabur dalam skim-skim yang terlalu diragui.

    Nantilah, ada masa saya ulas lagi lebih mendalam.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    P/S: Add saya di Facebook, klik disini.
    P/SS: Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa, klik disini.


    9 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Download
  • Detik-Detik Akhir Tawaran TeleSeminar Percuma
  • Seorang Pelakon dan Penyanyi Malaysia Terkena? 99% Pasti!
  • Bisnes Laut Biru (Blue Ocean)

    Salam pembaca SaifulSham,

    Sekali lagi saya dihujani soalan oleh pembaca yang add saya di facebook yang mungkin sedikit terkejut kerana kami mempunyai cabang perniagaan offline yang amat jauh sama sekali kaitan antara satu sama lain.

    Sebenarnya, kami tidak gemar membuat apa yang kebanyakan orang lain sedang buat. Pada hemat kami, biarlah pasaran itu untuk kebanyakan orang tersebut. Kami lebih suka mengkaji perniagaan yang kurang persaingan disamping mempunyai permintaan yang baik.

    Mungkin ada kalangan anda bertanya, “Boleh jual ke benda alah ni?”
    Sudah tentu ya~ Kalau tidak mana mungkin kami membuatnya. Haha. (Kot mana pun, kena rajin buat marketing)

    Strategi ini adalah strategi berdasarkan kaedah laut biru (blue ocean) dimana dalam keadaan permintaan yang luas, jumlah bilangan orang yang menjadi supplier tidak ramai.

    Sebab itu, kebanyakan produk kami agak rare atau tidak mudah diperolehi. Kalau ada pun anda jumpa orang sama menjual produk seperti kami, ada kemungkinan beliau adalah agen kami. Haha.

    Bagaimana untuk mencari bisnes laut biru (blue ocean)?

    Jawapan untuk soalan ini tidak mudah juga untuk dijawab kerana apa yang anda perlukan rajin mengkaji dan berkawan dengan ramai usahawan. Kami mungkin agak sedikit bertuah kerana dalam ramai agen kami, ada antara mereka merupakan usahawan dalam bidang-bidang lain yang jarang kami tahu.

    Dari situlah selalunya kami sendiri akan belajar bidang-bidang baru itu daripada mereka. Situasi menang-menang katakan. :smile:

    Seperkara lagi yang saya akui, jika anda mendapat peluang ke luar negara sama ada untuk melancong, jangan lepaskan peluang untuk mengkaji produk disana yang berpotensi untuk dipasarkan. Dari sini jugalah bagaimana kami mendapat idea produk yang sesuai untuk dijual.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    Add saya di facebook; klik disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa; klik disini.


    2 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Man vs Wild 2: Merentasi laut
  • Kehidupan di tengah laut
  • Salah tanggap bisnes internet: Passion is everything
  • Bisnes zaman moden

    Hello pembaca SaifulSham,

    Pada zaman ini, antara cara untuk memasarkan perniagaan anda adalah dengan berfikiran secara kreatif dan tidak terlalu terikat dengan tata tertib bisnes secara konvensional.

    Sebagai contohnya, cuba anda lihat gambar dibawah…….

    Malaysia Air Asia

    Ingatkah anda ketika hari pelancaran AirAsia X pada 2007, pelancaran penerbangan jarak jauh itu sebenarnya tidaklah segempak jika tidak kerana Richard Branson datang ke Malaysia dengan memakai baju melayu!

    Secara tidak langsung, ia menjadi bahan berita pihak media dan sekaligus menaikkan imej & populariti bagi pihak AirAsia.

    Selalunya jika kita lihat pada hari pelancaran sesuatu produk syarikat korporat, mereka akan memakai pakaian konvensional korporat iaitu sut.

    Contoh yang saya berikan diatas tidaklah tertakluk untuk perniagaan besar, malahan untuk perniagaan sekecil kita pun, kita perlu mencari satu keunikan untuk memasarkan produk kita.

    Saya tahu bukan semua orang suka dengan gimik terutama bagi masyarakat timur seperti Malaysia, tetapi tujuan anda hanyalah untuk komersial. Kita perlu ingat, untuk memasarkan produk atau servis secara konvensional adalah mahal dan terlalu banyak orang yang melakukan perkara sama.

    Jadi, mengapa tidak twist cara persembahan produk anda. Saya yakin ia akan menjadi sesuatu yang diingati oleh orang ramai dan jenama anda akan dilihat orang sebagai sesuatu yang unik.

    Sekian,
    Wan Syazwan

    Add saya di Facebook disini.
    Kunjungi HomeStay pertama kami @ Setiawangsa, klik disini.


    4 Tambahan Ulasan Bernas Pembaca, Apa Kata Anda Pula?

    p/s: Untuk Kepuasan Pembacaan Yang Maksimum Untuk Anda, Kami Dengan Rendah Hati Mempelawa Anda Membaca Juga Artikel-Artikel Ini

  • Peluang bisnes dalam ekonomi gawat!
  • Peluang bisnes zaman gawat! Episod 2
  • Apa warna anda?