Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Archive: 2008

Kembali Kepada Asas Untuk Mereka Yang Baru Bermula

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya sering ditanya oleh newbie mengenai cara menarik banyak mungkin pelawat ke laman web mereka dan teknik-teknik promosi yang canggih-manggih yang mereka sendiri tidak fahami. SEO, Emel Marketing, PPC, Social Marketing dan banyak lagi terma-terma bombastik yang kadang-kadang mempunyai maksud yang amat mudah.

Ramai newbie dan yang tidak berapa newbie tersalah anggap bahawa kerana namanya canggih, tekniknya mesti susah dan tidak mudah. Dan mereka tidak berpuas hati selagi mereka tidak mendapat jawapan yang susah dan tidak mereka fahami. Ada di antara mereka yang akan melaburkan wang dengan lebih banyak untuk mendapatkan ebook-ebook atau software-software marketing ini dan kepada yang tidak mampu, merungut mengenai keberkesanannya dan industri IM yang asyik menjual walaupun jauh di sudut hati kalau ada duit, akan turut ikut golongan yang membeli.

Style saya pula, saya akan keluarkan wang untuk membeli (produk dalam dan luar negara) jika sesuatu itu saya tidak ketahui atau sesuatu itu sangat istimewa atau ada unik twist.

Tetapi jika produk itu berkisar kepada benda yang sama, saya tak akan beli. Sebab penerangannya tidak akan lari, konsepnya pasti sama. Satu lagi sebab saya tidak akan beli kerana ia tidak berkaitan dengan bidang saya.

Saya bawa satu contoh. SEO. Ramai orang bercakap pasal SEO, ada yang advance level dan ada yang beginner level. Sorry to say, tetapi kadang-kadang saya kesian dan rasa nak tergelak apabila beginner cuba bercakap mengenai SEO yang advance-advance (mungkin sebab di misled orang lain). Lagi saya kesian, bila yang beginner ni menganggap teknik-teknik yang proven sebagai teknik yang tak berapa berkesan.

process-seo

Kesian betul. Pertama sebab mindset beliau telah dirosakkan, dan kedua, tanpa mindset yang betul beliau PASTI akan ambil masa yang lebih lama untuk berjaya dan jika berjaya cepat pun, PASTI tidak merealisasikan sepenuh potensi beliau. Saya berani potong kukulah, kalau tak. :)

Ada banyak cara untuk mendapatkan ranking tinggi di enjin carian. Tetapi, diakhirnya ia akan berbalik kepada website kita memberi apa yang enjin carian mahu lihat.

Website kita mesti:

  1. Relevan dengan keyword
  2. Selalu di Update
  3. Popular

Pelbagai taktik boleh dilakukan untuk mencapai tiga objektif ini. Tetapi jika yang asas tidak dibuat, segala taktik tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Salah satu cara yang paling mudah untuk mencapai kedudukan tinggi di search engine adalah dengan mempunyai blog yang selalu di update dengan perkembangan dalam industri kita.

Tetapi sedihnya, tidak ramai newbie yang mempunyai blog dan jika ada pun, tidak di SEO kan dengan secukupnya.

Di sini ruang untuk penambahbaikan yang paling luas. Dengan adanya blog, seseorang yang proaktif akan lebih pantas belajar SEO kerana sekarang beliau ada opportunity secara hands-on untuk apply apa yang dipelajari, berbanding dengan mereka yang membaca taktik yang “canggih”, tetapi hanya ada minisite untuk diuji taktik tersebut. Perubahannya tidak akan signifikan atau berkekalan.

Ingat, bukan ketika belajar sahaja anda perlu study smart, tetapi time kerja atau berniaga pun anda perlu work smart. Anda perlu tahu tahap anda, kelemahan dan kekuatan anda, dan bekerja dengan kepantasan dan tahap kebolehan anda sediri.

Don’t bite more than you can chew, nanti tercekik atau dalam terma popularnya, “Information Overload”.

Yang Benar,

Sabri
Minimalist.

Bacaan Lanjut:

Kajian kes SaifulSham : Airmail & Kurier

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini saya ingin mendedahkan kajian bertahun Team SaifulSham mengenai kesesuaian penghantaran produk fizikal mengikut negara. Pendedahan ini mungkin pertama kali didedahkan kami.

Seperti biasa, didalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang diterbitkan pada 2006 oleh PTS Publishing Sdn. Bhd., kami menulis mengenai penggunaan airmail & kurier. Akan tetapi, kami tidak memberitahu secara spesifik kesesuaian penghantaran mengikut negara.

Sebenarnya, bukan semua negara, produk yang dihantar kita selamat menggunakan airmail (mel udara Pos Malaysia). Ya, bukan semua negara. Walaupun jika anda pergi ke pejabat pos dan pegawai pejabat pos menunjukkan sendiri senarai harga dan negara-negara dimana Pos Malaysia mempunyai network, tetapi itu bukanlah jaminan produk anda selamat sampai ke tangan pembeli.

Sila ambil nota ya…

Untuk negara-negara seperti di benua Amerika Utara dan Eropah (kecuali France, Italy), penggunaan airmail (mel udara) boleh dikatakan 95 peratus akan selamat tiba ditangan pembeli.

Mengapa?
Sebab pembeli di negara seperti disebut diatas boleh mengesan produk mereka menggunakan tracking number yang disediakan kita di negara masing-masing. Sebagai contoh, perkhidmatan Royal Mail di UK begitu effisien dan pembeli di Uk dapat mengesan produk mereka di Royal Mail UK.

Untuk negara seperti benua Afrika, benua Amerika Selatan dan negara Eropah seperti France dan Italy, jangan sekali-kali menggunakan airmail (mel udara Pos Malaysia). Psst, kami bukannya menyuruh anda memboikot Pos Malaysia tetapi pengalaman kami sendiri menunjukkan risiko yang tinggi jika menggunakan airmail untuk negara-negara yang disebut ini.

Sebagai contoh, penghantaran menggunakan airmail untuk negara di benua Amerika Selatan boleh mencecah sehingga 2 bulan! Dan yang pastinya, tempoh ini sudah cukup membuatkan pelanggan anda hilang sabar terhadap anda! Sadisnya, tempoh ini juga sudah pasti cukup untuk pelanggan anda meminta refund!

Untuk negara seperti Italy dan France, penggunaan airmail memberi risiko dari segi ketidakupaya produk itu dikesan! Walaupun anda menyediakan tracking number kepada pembeli di Italy dan France, ketidakupaya untuk mengesan produk ini cukup membuatkan anda akan pening kepala.

Jadi, untuk alternatifnya, mahu tidak mahu, anda perlu mensyaratkan beberapa negara untuk membayar lebih bagi tambang penghantaran kerana anda perlu menggunakan kurier seperti Fedex.

Wajibkan penggunaan kurier untuk negara di benua Afrika & benua Amerika Selatan.

Untuk negara seperti Italy dan France, lazimnya, kami akan memberitahu pelanggan kami siap-siap bahawa, jika mereka masih memilih untuk menggunakan airmail, kami tidak akan menanggung risiko jika produk itu tidak sampai ke tangan pembeli. Dan selalunya, kami menasihatkan dan menyarankan mereka menggunakan kurier untuk mengelak sebarang masalah kemudian hari.

Jadi, bagaimana? Kami rasa anda sudah faham penjelasan kami kali ini. Jumpa lagi dalam tips lain pada masa akan datang.

Sekian,
Wan Mohd Syazwan

(Bagi siapa yang bertanya contoh negara di benua Amerika Selatan, jangan tanya, buka browser, cari sendiri senarai negara di benua Amerika Selatan~~~Haih…apa la….tengok bola suka player Brazil, tak kan taktau)

Bacaan Lanjut:

Tips memilih wholeseller/dropshipper diinternet

Hello pembaca SaifulSham,

Kes penipuan bukan sahaja berlaku dalam skim-skim cepat kaya malah ianya juga berlaku dalam wholeseller/dropshipper produk diinternet.

Tidak dinafikan ia amatlah mudah jika wholeseller/dropshipper dijumpai diinternet berbanding mencari-cari di dunia biasa tetapi disebabkan sesiapa sahaja boleh membina laman web, maka aktiviti penipuan dilakukan diinternet oleh mereka yang mengaku sebagai “wholeseller/dropshipper”.

Saranan saya, berhati-hatilah dalam memilih supplier yang tidak diketahui reputasi. Jika anda menerima email mengenai wholeseller/dropshipper yang datang dari sumber tidak diketahui, besar kemungkinan ianya bukanlah wholeseller/dropshipper yang tulen.

Apa yang saya perhatikan, ada pula orang yang menerima email itu pula forward kepada kawan-kawan lain. Beliau mungkin tidak berminat membeli atau mengambil tahu tentang kandungan email tetapi mem’forward’ hanya memindahkan risiko kepada orang lain. Jadi, jangan buat. Tak ke naya jika kawan anda ditipu oleh wholeseller/dropshipper yang anda forwardkan kepadanya.

Seperkara lagi, berhati-hati jika wholeseller/dropshipper datang dari negara yang mempunyai kadar penipuan tinggi seperti China. Saya tahu, China adalah negara yang menghasilkan produk dengan kos yang rendah tetapi disebabkan kelebihan itu, ada kalangan penipu yang mewujudkan laman web wholeseller/dropshipper dengan mengeksploitasi kelebihan China.

Perkara pertama anda boleh lakukan jika menerima sebarang alamat wholeseller/dropshipper adalah dengan membuat “WHOIS” laman web tersebut. Sebagai contohnya gunakan www.allwhois.com untuk mengetahui tempoh laman web tersebut wujud dan maklumat pemilik laman web.

Kedua, taipkan alamat laman web tersebut di “Google”. Mungkin, terdapat kes orang yang pernah tertipu dan orang tersebut membuat posting di forum atau blognya. (Kaedah ini berkesan dan saya selalu mempraktikkannya jika orang bertanya mengenai keaslian laman web tersebut).

Perkara lain, hubungi pemilik laman wholeseller/dropshipper. Saya pernah menghubungi beberapa laman web wholeseller yang datang dari negara China (hubungi secara YM) dan menariknya kebanyakan scammer akan meminta jumlah kuantiti minimum yang perlu ditempah atau deposit terlebih dahulu.

Disini triknya, saya akan memberitahu mereka bahawa saya mempunyai agen di China dan saya akan meminta agen saya sendiri mengambil produk tersebut daripada mereka. Dan selalunya scammer ini akan memberitahu alasan bahawa mereka tidak mahu berjumpa dengan agen saya. (walhal agen saya tidak wujudpun,haha)

Dan disini sudah pun diketahu mereka sebenarnya cuba menipu. Kalaulah benar, mengapa perlu takut untuk berjumpa dengan ‘agen’ saya.

Banyak cara scammer untuk menipu anda. Jadi, maklumat yang ditulis dilaman web mereka bukanlah boleh dipercayai seratus peratus. Anda perlu membuat kajian dan rajin bertanya.

Saya meletakkan prinsip yang cukup ketat jika mahu mencari wholeseller/dropshipper diinternet.

Pertama adalah umur laman web tersebut. Selalunya, jika laman web tersebut baru dibina (boleh dilihat melalui WHOIS), saya tidak akan meneruskan niat saya. Dan selalunya, scammer mempunyai banyak helah tipu daya sebagai contoh alamat mereka pun tidak wujud atau menggunakan alamat pejabat virtual.

Kedua, boleh dihubungi dan bertemu (sebolehnya). Kalau mereka memberi alasan sebab takutkan saya menyamar sebagai pihak berkuasa, itu adalah alasan yang mengarut. Jika mereka menjual produk yang sah, mengapa perlu takut.

Ketiga, saya akan menggodek-godek laman tersebut dengan Uncle Google. Mencari pengesahan daripada bekas klien atau bekas orang yang pernah kena tipu!

Keempat, kemaskini laman web. Selalunya, proses kemaskini lah menunjukkan wholeseller/dropshipper itu aktif atau tidak. Kalau laman web pun tidak dikemaskini, bagaimana saya harus mentafsirkan bisnes wholeseller/dropshipper tersebut? Mungkin tiada permintaan!

Jika ada bertanya kepada saya, perlukah laman web wholeseller/dropshipper itu canggih dan berteknologi tinggi? Jawapannya, kalau ya lebih baik kerana menyakinkan sekali tetapi sepanjang kajian saya, jarang untuk bertemu dengan laman web wholeseller/dropshipper yang canggih atau berteknologi tinggi. Disebabkan ini, kemungkinan terperangkap dengan laman web scammer sentiasa ada.

Malah kadangkala, laman web scammer sendiri lebih canggih! Haha. Oleh sebab itu, perlunya kajian seperti yang saya tulis diatas.

Sekian, jumpa lagi.
Wan Mohd Syazwan
Jurutera + Usahawan = Juruwan!

Bacaan Lanjut:

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Pra Pelancaran Produk Anda

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Artikel saya hari ini khas saya kongsikan sebab saya tahu dalam masa yang terdekat ini ada beberapa pra-pelancaran yang akan dibuat. Antaranya oleh dua orang protege kami, Fai dan En Fauzul dan pelancaran yang ditunggu-tunggu Ramai, KitNiaga oleh Team Flarebiz.

Kepada anda yang tidak begitu biasa dengan terma “Pra Pelancaran” atau Pre Launch ini, ia adalah proses menarik minat bakal pembeli kepada produk kita sebelum produk kita mula dijual. Tujuannya adalah supaya kita dapat mencipta momentum pembelian apabila ia dilancarkan kelak.

Rahsia Pra Pelancaran Perniagaan InternetDi dunia nyata, anda boleh melihat proses pra pelancaran ini dilakukan oleh Proton untuk MPV mereka, dan oleh industri perfileman. Mereka biasanya akan mengeluarkan trailer, memberitahu kepada media dan membuat pertandingan untuk menarik perhatian kepada produk mereka, walaupun produk mereka masih belum berada di pasaran.

Di dunia online pun, ia ada dilakukan. Khususnya di pasaran di luar negara. Untuk pasaran tempatan anda, tetapi tidak cukup “kick“. Saya akan ulas dan share sedikit tips selepas ini.

Bagaimana Biasanya Dilakukan?

Biasanya, untuk melancarkan sesuatu produk di internet, usahawan internet yang berkenaan akan mendapatkan bantuan rakan-rakannya untuk menulis di blog masing-masing atau menghantar emel kepada list mereka memberitahu mengenai pelancaran tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyuntik semangat promoter-promoter (rakan-rakan JV) ini dengan menawarkan barisan hadiah yang menarik kepada rakan JV yang dapat membuat jualan yang tinggi.

Ketika proses pelancaran, mereka akan mengeluarkan laporan percuma, video percuma dan sebagainya untuk generate interest prospek. Ada macam-macam cara yang digunakan untuk “Stand Out” dan menarik minat prospek.

Guru #1 di dalam aspek pra-pelancaran ini tidak lain dan tidak bukan adalah Jeff Walker, penulis “Product Launch Formula”. Beliau menekankan falsafah “Turning the Launch into an Event“. Dan kepada sesiapa yang ingin melancarkan produk mereka, kita perlu memegang falsafah ini dengan kuat.

Bagaimana Untuk Mewujudkan Pra Pelancaran Yang Gempak?

Dengan membuat sesuatu yang orang belum buat!

Jika tidak boleh:

Buat sesuatu yang orang sudah buat tetapi pastikan ia jauh jauh jauh jauh jauh lebih baik!

Lupakan laporan percuma, ebook percuma dan sehingga satu tahap, audio dan video percuma. Push the bar higher, kick the ball farther. Try to think outside the box. Buat ia meletup dengan betul-betul meletup.

(kami teringin untuk menjadi sebahagian dari Event of The Year di dalam industri Internet Malaysia, tetapi sayangnya tidak ada launch yang betul-betul ooomphh untuk dipanggil event of the year yang telah dilancarkan dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Saya mencabar pembaca blog ini, rancang event of the year anda betul-betul dan kami lebih dari sudi untuk membantu!)

HINT: Kita di Malaysia ini sangat untung kerana kita ketinggalan sedikit dari industri perniagaan internet luar negara. Jadi jika anda tidak berapa kreatif dan tidak ada idea yang banyak, lihat dan survey “guru-guru” internet luar negara dan cuba tiru kaedah mereka melancarkan produk mereka. Jika anda dapat buat sesuatu yang lebih hebat dari mereka, lebih baik.

Pengalaman Kami dalam Pelancaran Ebook Sistem Kedai Online

Beberapa bulan lepas, kami telah melancarkan Ebook Sistem Kedai Online. Kami mengeluarkan dua buah video percuma dan satu laporan dalam bentuk FAQ. Untuk video pertama, penonton tidak perlu subscribe pun. Mereka hanya perlu memberi alamat emel jika mereka mahu kami memberitahu mereka apabila video kedua dilancarkan.

Ketika itu saya rasa tak ada orang lagi buat prelaunch dengan video. Apatah lagi 2 video.

Newbie yang baru hendak bermula dalam perniagaan internet sering mengeluh,

“Alah SaifulSham boleh lah. List besar, tokan-tokan internet di Malaysia semua tolong promote.”

Sebenarnya ini sesuatu yang saya tidak faham, dan ramai orang tidak tahu.

Pelancaran ebook Sistem Kedai Online cuma disertai LIMA (5) rakan JV sahaja. Kenapa 5? Sebab saya memang cari 5 sahaja. (mula-mula saya rancang 7, tetapi saya kecilkan lagi)

Ini kerana, saya memberi special, personal treatment kepada kelima-lima rakan JV ini.

Ada di antara mereka yang refer hanya 2 jualan, dan ada yang refer 20 jualan. Tetapi kami tidak kisah. Semuanya di layan secara sama adil, kelima-lima mereka di beri layanan istimewa.

Apa yang kami buat?

1. Emel pelancaran kami sediakan untuk SETIAP rakan JV mengikut style mereka. Ada 3 emel untuk setiap rakan JV, jadi total 15 emel khas.
2. Review di blog pun kami sediakan jika rakan JV tersebut perlukan.
3. Bonus untuk mereka berikan kepada pembeli dari link mereka juga unik, berbeza dan kami sudah siap uploadkan. Mereka cuma perlu menghantar download link tersebut kepada pembeli dari link mereka sahaja.

Anda sanggup untuk buat sebegini? Jika sanggup, buat! Sebab kami tidak jumpa lagi sesiapa yang buat sebegini. (jika ada saya minta maaf, saya tidak sedar kerana ayat emel nampak macam generic)

Ada beberapa lagi perkara yang boleh dibuat. Itu sebagai permulaan sahaja. Kami tidak buat dengan sempurna pun. Masih ada banyak aspek yang boleh diperbaiki.

Tetapi, jika anda ingin mengadakan pra-pelancaran dengan bahan-bahan promosi generic dan produk-produk percuma seperti ebook dan laporan biasa, lupakan. Anda tidak berlaku adil dengan diri anda sendiri.

Melancarkan produk bukan setakat melancarkan produk semata-mata (Syazwan mungkin tidak bersetuju dengan penyataan ini, tetapi kami memang ada falsafah berbeza :razz: ). Melancarkan produk adalah berkongsi kegembiraan dan ke’excited‘an (saya tak sure perkataan BM yang sesuai) anda dengan pasaran. Anda perlu ada passion. Perlu seronok. Perlu best. Dan perlu lain dari yang lain.

Saya sering mendengar dari newbie dan usahawan yang tak berapa newbie (marketing strategy?) yang seolah-olah merendah diri.

“Alah, you boleh lah. Ada list besar. JV banyak…”
“Dia kawan-kawan tolong promote, kawan-kawan dia tak layan pun kita. Camner?”
“Otai-otai tolong la tgk skit. Jangan promote membuta-tuli” (salah fact quote ni act)

*Blh lihat di forum-forum utk lebih byk quote seperti ini

Nampak macam merendah diri. Tetapi ini, defeatist namanya. Mensabotaj kejayaan diri sendiri. Mereka nampak hanya di permukaan, tetapi mereka tidak melihat “the reason Why” dan betapa kerasnya proses pra-pelancaran itu dilakukan. Bukan main-main atau sekadar tangkap muat. Kerana jika tangkap muat nanti kawan-kawan akan rasa tak best. Itu apa yang difikirkan oleh orang yang dianggap otai.

Bukan setakat menggunakan emel generic, tetapi perhubungan yang dibina lebih personal sebenarnya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Tambahan beberapa jam kemudian:

Saya lupa hendak beritahu bagaimana anda boleh beat otai dan adakan launch yang lebih besar. Untuk ini, saya bagi anda satu analogi. Fikir dan renungkan.

“Orang tidak hairan jika kita menjerit-jerit kita ternampak ikan lumba-lumba (dolphin). Mungkin ada seorang dua kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak pernah lihat ikan lumba-lumba akan tergerak untuk lihat.

Tetapi orang akan hairan, tertanya-tanya dan pasti akan tengok jika anda cakap anda ternampak sekumpulan ikan dolphin berwarna pink dan boleh menyanyi-nyanyi (dan mencampakkan wang pula tu!)” :)

Jika anda menjumpai dolphin pink, anda tidak perlu beli iklan di media-media, sebaliknya media yang akan datang cari anda.

Ringkasnya, jika launch anda betul-betul unik, rakan JV akan cari anda. Jadi, carilah ikan lumba-lumba pink anda.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Jadi saya cadangkan dan cabar anda, buat lebih baik! Anda boleh. Jangan berundur sebelum mencuba. Hormati kehebatan diri anda sendiri kerana jika anda memandang rendah kebolehan diri sendiri, lama-lama ia akan jadi rendah tanpa orang lain buat apa-apa.

Kepada protege-protege saya, rethink your launch strategies. Jangan rush, yang penting gempak. (ini kepada yang nak launch lah)

Kepada yang bukan protege, sertailah Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet SaifulSham, 8 & November ini (klik di sini untuk maklumat lanjut) dan kita boleh berbual panjang mengenai pre-launch ketika rehat, personally mengenai idea anda.

The Bomb,

Sabri,
Launch Engineer,

p/s: Macam best pula guna “The Bomb” ni. :) Next time guna lagilah.

Bacaan Lanjut:

Banyak Kerja Tak Jadi? Ini Sedikit Tips Dari Saya

Salam Hormat Pembaca Budiman,

2 minggu ini “technical brain” saya agak sibuk. Minggu pertama, saya sibuk dengan FYP dan minggu kedua, setting sebuah website saya. Hari ini pula, mata saya sibuk. (sibuk mencari2 open house area2 Tronoh ni yang ada satay, nasi minyak, lemang, rendang, ketupat dan kuah kacang sekaligus. Saya tak sempat nak makan puas-puas time raya sebab kena balik UTP cepat. Di UTP ini, nampak ada jamuan akan diadakan hujung minggu ini, tetapi tak pasti untuk pelajar atau staff shj)

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips dengan anda.

Selalukah anda mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja on time ketika online? Selalu info overload? Tidak boleh fokus pada satu-satu projek?

Ada banyak cara untuk menguruskan masa. Seperti adakan to-do list, prioritikan task dll. Tetapi saya fokus kepada yang mudah-mudah untuk orang yang selalu online macam kita semua dahulu.

  1. Off kan terus YM, MSN Messenger dan lain-lain. (ini paling byk drag masa. Jika anda tidak boleh offkan, gunakan fungsi “invisible”. Buat pengecualian untuk rakan sekerja dll sahaja -right click atas username mereka). Saya jarang sekali on YM saya.
  2. Jika tidak boleh sangat offkan Instant Messenger, disablekan notifications emel dan mesej yang boleh menganggu (bunyi, animation dan etc) Jika tidak dioffkan, cuba anda bayangkan anda sedang bekerja dan telefon berdering tidak henti-henti. Semuanya nak bercakap dengan anda.
  3. Buat emel baru. (pref Gmail. Mula projek baru dengan emel ini) Jaga emel ini dengan hati2. Ada spammers je, “Mark as Spam” terus (jika newsletter, subscribe dengan elok. SPAM ini biasanya datang dari kawan-kawan dalam contact list). Bezakan emel kerja dan emel “SPAMMABLE”
  4. (Adv) Set up filter untuk emel. Notifications dari kawan-kawan untuk join Friendster, dll social network boleh disetupkan untuk didelete terus. (nak mark as read pun tak apa) Sebelum setup filter di Gmail, saya menerima kira 100+ emel sehari. Kini saya hanya perlu uruskan dalam 40+ sahaja. 
  5. (Adv) Setkan & Guna RSS Reader yang diatas Gmail tu. Jadi hanya lawati blog2 yang kita nak baca yang mempunyai tajuk baru yang telah diupdate sahaja.
  6. Fixkan masa anda bekerja tanpa diganggu dan menganggu (sejam tidak diganggu dan tidak menganggu dengan melayari internet lebih berharga dan produktif dari 5 jam buat kerja sambil jalan2).

Bagi yang masih baru dengan Internet, mungkin ada beberapa point yang anda tidak tahu bagaimana untuk buat. Tetapi jangan bimbang. Find a way guna Google ataupun Trial n Error. Ia akan develop skill teknikal anda.

Saya mendapati, fokus dan senggang masa tanpa gangguan sangat diperlukan especially bila saya kena buat task2 teknikal. Programming, troubleshooting, editing website atau menulis artikel. Sebab sebagai contoh kalau kita tengah troubleshoot code, ada banyak benda yang perlu di test dan kita kena ingat apa yang kita dah test dan apa yang belum. Kalau kita fokus, cepat kita dapat momentum untuk selesaikan masalah tersebut.

Good luck!

Sabri

Bacaan Lanjut:

Saya terbukti benar dalam Skim Cepat Kaya Penternakan!

Hello pembaca SaifulSham,

Lihat pos saya pada 16 Jun 2008 disini.

Lihat pula berita di Utusan Malaysia hari ini disini.

atau untuk sesiapa yang ingin lebih jelas, dibawah saya sertakan laporan akhbar disini;

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. —-ini contoh syarikat penternakan lembu

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

———————————————————————————————–
Apa kesimpulan yang dapat dibuat daripada berita diatas? Saya bercakap bohong atau siapa yang bercakap bohong.

(Terdapat beberapa komen dalam pos saya pada 16 Jun yang mempertahankan skim cepat kaya dalam penternakan yang tidak dapat saya siarkan kerana terlalu kasar)

Saya sebenarnya sudah bosan dan lali apabila orang yang menceburi skim-skim sebegini mempertikaikan saya kerana beranggapan saya budak mentah dan tidak tahu apa-apa. Sehinggakan ada penyokong skim sebegini yang menyuruh saya bersumpah atas nama Allah bahawa saya bercakap benar.

Saya tidak perlu pun bersumpah seperti mana Anwar Ibrahim sendiri tidak lakukan, kerana saya bercakap atas fakta dan belajar daripada orang yang lama dalam dunia perniagaan dan kewangan.

Saya tidak perlu menunggu skim sebegini diserbu barulah saya tersedar bahawa saya ditipu. Sejak dari mula lagi saya sudah menangkap perkara ini dan tulisan saya pada 16 Jun lalu kini dibuktikan benar.

Bagi yang masih mempertikaikan saya, biarlah saya beritahu, antara mentor saya dalam perniagaan adalah bapa saya sendiri yang berpengalaman berbelas tahun dalam dunia kewangan dan seorang saudara saya iaitu Dato’ Salleh (bekas pengerusi KFC Holding).

Malah saya pernah bertanya pada Dato’ Salleh pengalaman beliau menguruskan KFC, beliau katakan sedangkan KFC yang menternak ayam secara besar-besaran (kontrak farming) pun mencatatkan keuntungan yang sederhana, bagaimana orang yang baru menceburkan diri dalam penternakan boleh memberi dividen kepada pelabur sehingga 10 peratus setiap bulan atau 120 peratus setahun?!!!

Ini bermaksud jika dividen pun sudah 120 peratus setahun, berapa nilai keuntungan sebenar mereka? Mesti lebih 120 peratus setahun dan bagaimana syarikat yang baru begini begitu hebat boleh memberikan pulangan sedemikian ditambah dengan keadaan ekonomi semasa sekarang yang lesu.

Sehingga tahap ini, masih ada lagi orang yang mempertahankan syarikat penipu sebegini hanya kerana syarikat ini berlindung disebalik operasi perniagaan yang sah. Bukan sahaja penternakan, ada juga skim cepat kaya yang berselindung di sebalik operasi pelancongan dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda juga, sepupu dan bapa saudara saya mempunyai syarikat agensi pelancongan iaitu Yaskin Travel & Tours Sdn Bhd dan Maslin Travel & Tours Sdn Bhd. Mereka sendiri memberitahu saya dalam agensi pelancongan yang melibatkan bisnes servis, kadar keuntungan paling tinggi pun 15 peratus. Dan bisnes pelancongan amat bergantung pada keadaan ekonomi semasa dan politik.

Sepupu saya sendiri memberitahu walaupun syarikatnya mendapat tempahan oleh agensi kerajaan, tetapi dizaman harga kegawatan ekonomi ketika ini, kerajaan mengawal bajet dengan ketat dan beliau tidak boleh bergantung semata-mata pada kontrak kerajaan.

Jadi, saya hairan dan masih kecewa kerana terdapat segelintir orang masih yakin dan percaya akan skim sebegini. Pada mereka, janji selepas mereka melabur mereka merasa yakin dan semua pendapat orang lain diketepikan. Memanglah mereka boleh memberitahu saya,


“Kalau benar tipu, kenapa tiada tindakan pun diambil kerajaan?”
“Kalau tipu, mengapa saya masih mendapat bayaran?”.
“Ini bukan Swiscash, mereka mempunyai perniagaan yang nampak dan jelas!”

Dan saya ingin menjawab, memang tiada tindakan diambil kerajaan selagi tiada laporan dibuat. Macam kalau saya merompak rumah anda, tetapi anda tidak membuat laporan polis. Adakah pihak polis akan mengambil tindakan?

Masalahnya sama dengan skim sebegini, mereka merompak wang anda secara terhormat dan dengan keizinan anda. Pada zaman ini, orang yang pergi merompak bank dan memecah rumah adalah perompak yang yang ketinggalan zaman, sedangkan cara paling senang ketika ini adalah dengan merompak melalui skim cepat kaya.

Sesungguhnya, skim cepat kaya mana yang tidak membayar ahlinya. Kalau tidak, awal-awal lagi sudah lingkup. Ia bukan berkaitan masa sama ada ia membayar selama sebulan, dua bulan, setahun, ia berkaitan wang tersebut yang tidakpun dilaburkan dalam perniagaan. Ia hanya berputar-putar dan bergerak dalam satu tempat. No value added!

Akhirnya mereka akan tumbang juga. Itu sahaja. Kesannya, pelabur juga yang bakal merana.

Percayalah, perompak zaman moden seperti Skim Cepat Kaya tidak akan terpekik-pekik dan melolong mengatakan mereka sedang merompak wang anda. Apa yang mereka perlukan adalah sedikit kepandaian dan juga tarikan yang mampu menghilangkan waras orang ramai.

Dahulu memang kita popular dengan skim seperti Swisscash, dan sekarang pun skim tersebut tetap sama, cuma ditukar modus operandi dengan bersembunyi di belakang perniagaan yang sah seperti penternakan lembu dan sebagainya.

Sebenarnya anda tidak perlu menunggu skim sebegini diserbu barulah ingin tersedar. Jika ada yang mengatakan kepada anda, “Ala, ini 4 syarikat sahaja tidak betul,sebab tu keluar paper, syarikat XXXX lain, mereka benar, tengoklah hanya 4 syarikat dalam berita diatas sahaja diserbu, syarikat XXXX tidak pun diserbu”.

Jawapannya mudah sahaja, “Modus operandi sama sahaja tidak kiralah jika syarikat XXXX itu tidak diserbu. Apakah anda mahu menunggu sehingga habis wang simpanan dikorek barulah hendak tersedar. Berhentilah bangun dari lamunan.”

Cukuplah sekali ditipu. Kata orang, jika kita dipatuk ular oleh lubang yang sama 2,3 kali, itu petanda yang amat buruk sekali.

W.M.Syazwan

Bacaan Lanjut:

SaifulSham akan menjual produk anda!

Hello pembaca SaifulSham,

Saya tidak ingin menulis begitu panjang, cukup sekadar untuk memberitahu anda bahawa saya ingin membuka peluang kepada anda untuk memasarkan produk anda di TradeMe.Co.Nz menggunakan bantuan Team SaifulSham sendiri!

Apa yang saya tawarkan adalah, produk dihantar ke New Zealand untuk dijual adik saya di ruangan TradeMe. Dan sebarang keuntungan akan dibahagikan kedua-dua pihak (kadar atas persetujuan dalam perbincangan kemudian nanti).

Produk yang diingini saya adalah produk fizikal. Semua produk dibenarkan kecuali produk ciplak, makanan, dan makanan kesihatan serta ubat-ubatan.

Jika jualan menunjukkan ia berpotensi untuk jangka panjang, saya akan mengikat kontrak dengan anda untuk mengambil produk secara terus daripada anda.

Ada idea?

Saya beri sedikit idea, jika anda mempunyai barangan berfesyen seperti batik berfesyen, jangan malu-malu, hubungi SaifulSham. Itu contoh sahaja.

Apa-pun, kami akan mengkaji potensi produk anda dahulu sebelum mengikat persetujuan untuk mengambilnya. Tetapi ingin saya tegaskan, TradeMe adalah satu lubuk yang lumayan untuk memasarkan produk di sana.

Setakat ini adik saya sudah mempunyai nama yang kukuh di Trademe. Apa yang saya mahu, saya ingin bantu anda memasarkan barangan anda di Trademe New Zealand, dan juga membantu mengembangkan perniagaan SaifulSham disana.

Hubungi kami di syazwan(@)saifulsham.com atau sabri(@)saifulsham.com!

Bacaan Lanjut: