Bisnes Maya
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
16 April 2005, bertempat di Hilton PJ, saya dan Sabri menghadiri seminar The”2×2″ Internet Business Bootcamp yang dianjurkan MasteryAsia(M) Sdn. Bhd. Seminar selama lebih 2 jam itu mengisarkan mengenai perniagaan internet yang boleh diceburi sesiapa pun!Menarik bukan!
Seminar itu menceritakan mengenai bagaimana Armand Morin dan Alex Mandossian (internet marketer yang berjaya dari Amerika); membantu perniagaan maya anda. Daripada seminar itu, saya dapat mencatat beberapa perkara penting yang perlu bagi diri kita untuk memulakan penerokaan pasaran global tanpa perlu meninggalkan kelesaan hidup di rumah!Bagaimana?
Secara ringkasnya begini;
Tahu apa yang anda minat@pakar (niche);
Perniagaan internet tidak semestinya berorentasikan produk fizikal tetapi juga maya; seperti e-book(paling popular di internet). Caranya; anda perlu tahu dimana anda pakar dalam bidang-bidang anda. Tidak perlu Phd, Master atau apa jenis kelulusan.
Saya berikan satu kisah benar yang terbukti berjaya;
Ray Owens adalah pemilik www.jokeadays.com . Beliau menebitkan lawak jenaka dari Isnin-Jumaat secara percuma. Menurut statistik tahun 2002 yang diperoleh saya, beliau mempunyai 400,000 pembaca/subscriber.
Pada mulanya, beliau hanya mengumpul lawak jenaka yang dicarinya sendiri dari internet dan dihantar kepada pembacanya (lawak jenaka yang tidak mempunyai hak cipta@copyright). Beliau menghantar 2 lawak jenaka sehari.
Apabila jumlah pembacanya melebihi 400,000; sesetengah pembaca sendiri menghatar lawak jenaka kepada Ray Owens dengan merasai kepuasan melihat lawak mereka dibaca 400,000 pembaca yang lain. Pada waktu ini, ray Owens sudah boleh goyang kaki!
Baiklah, apa yang Ray Owens perolehi? Jumlah 400,00 ribu pembaca bukan satu jumlah yang kecil. Ketika itu, Ray Owens dengan mudah mampu menarik iklan. Mari kita mengira secara kasar berapakah yang mampu diraih ray Owens?
Berdasarkan caj iklan adalah USD 200 pada tahun 2002. Beliau menghantar 5 kali seminggu. Maknanya setahun, beliau menghatar 260 kali(52 minggu x 5 hari).
USD 200 x 260 = USD 52,000 atau RM 197,600 setahun!!!
Menakjubkan; Ray Owens tidak perlu menulis sepatah lawak jenaka pun tetapi masih mampu meraih wang yang lumayan. Inilah yang dikatakan ‘niche’. Anda tentu mempuyai kepakaran@hobi yang pelik tanpa menyedari ia mampu dikomersialkan!
Baiklah, bagi anda yang masih belum mengetahui akan jenis perniagaan ini; kami di SaifulSham.com, gedung info keusahawanan anda akan menerangkan pada waktu hadapan, secra satu-persatu. Bagaimana bisnes internet mampu memberikan setiap ringgit dalam kocek anda!! Jadi jangan lepaskan pembacaan anda di SaifulSham.com, Entrepreneurship Ahead.
Bacaan Lanjut:


Leave a Reply