Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pesaing = Kebaikan? Episod 3

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

“Best man wins”, ungkapan ini bukanlah sahaja boleh dikaitkan dalam soal perebutan teman wanita tetapi dalam dunia bisnes seseorang yang lebih baik dialah juara sebenar. Dalam realiti dunia bisnes, ramai peniaga tidak kira seseorang yang sudah senior ataupun baru setahun jagung menceburkan diri dalam bisnes tahu menangani pesaing sebagai seorang hero!Jadi, bagaimana sebenarnya menghadapi pesaing itu.Baiklah, SaifulSham.com mendedahkan langkah ketiga bagi episod ini.

3) Lawan secara profesional.

Ya, anda perlu lawan dengan profesional bermaksud anda harus menggunakan kelebihan yang tidak dimiliki pesaing anda. Jangan pula anda menjerutkan leher anda sendiri dengan melawan secara mebuta tuli dengan harapan pesaing anda akan menyerah kalah sedangkan beban risiko yang besar diatas bahu anda.

Saya berikan contoh jikalau anda menjalankan perniagaan perabot, dan tiba-tiba pesaing anda juga membuka kedai perabot di kawasan berhampiran anda. Apa yang memeningkan kepala anda, pesaing anda menawarkan harga barangan pada harga yang lebih rendah dari anda. Bukan itu sahaja, anda juga tidak mampu menawarkan harga sepertinya kerana margin keuntungan anda pun tidaklah tinggi.

Dalam situasi begini, apakah anda mahu menurunkan harga? Jawapan saya tidak perlu sama sekali. Pada saya, melawan pesaing dengan turut menurunkan harga sedangkan anda tahu margin anda sedia ada pun tidaklah tinggi untuk menyerap kos adalah membahayakan anda sendiri.

Jadi, anda perlu lawan secara profesional. Gunakan apa yang pesaing anda tidak miliki. Sebagai contoh, mungkin anda boleh menawarkan kaedah pembayaran ansuran. Ya, pelanggan sudah tentu tidak merasakan bebanan jika dibayar secara ansuran.

Atau juga anda mempelbagaikan pilihan barangan anda.Pelanggan juga seseorang yang cerewet dan sudah tentu mempelbagaikan pilihannya untuk membeli.Kaedah ini mungkin tidak dimiliki pesaing anda walaupun mereka menawarkan harga yang rendah.

Dan begitulah resepi kejayaan Courts Mammoth, syarikat menjual perabot yang terkemuka di dunia! Kalau diikutkan harga perabot di Courts Mammoth bukanlah rendah malahan banyak syarikat lain yang menawarkan harga yang lebih rendah tetapi mengapa Courts Mammoth masih menjadi pilihan pengguna?

Sebabnya hanya satu, ia melawan pesaingnya secara profesional!Tidak perlu anda mengorbankan perniagaan anda dengan mengikut rentak pesaing anda.

Artikel seterusnya, episod akhir pesaing=kebaikan?

Mahukan kerjaya tetap?Klik di Saifulsham.com Classified

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Pesaing = Kebaikan ? :Episod akhir
  • Pesaing = Kebaikan? : Episod2
  • Pesaing=Kebaikan? : Episod 1
  • del.icio.us:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-digg:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-spurl:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-wists:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-simpy:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-newsvine:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-blinklist:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-furl:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-reddit:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-fark:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-blogmarks:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-Y!:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-smarking:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-magnolia:Pesaing = Kebaikan? Episod 3-segnalo:Pesaing = Kebaikan? Episod 3
    Posted Saturday, June 25th, 2005 at 3:03am
    Filed under Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Sales | RSS

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.