Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ….Satu analisis SaifulSham

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

AirAsia telah membuat debut pertamanya pada akhir 2001 sebagai penerbangan tambang murah pertama di Asia dengan motto “Kini Sesiapapun Boleh Terbang”. Sebelum penjenamaan semula, AirAsia adalah penerbangan yang hanya mempunyai 2 penerbangan domestik dan berada dalam keadaan yang tenat dikelilingi hutang. Ianya telah diambil alih oleh seorang bekas ekskutif syarikat muzik, Tony Fernandes dan rakan niaganya.

Pada tahun pertama operasinya, AirAsia telah mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan. Apabila AirAsia mula berkembang, timbul satu persoalan utama, apakah kelahirannya memberi masalah kepada MAS? Mengapa MAS menyalahkan AirAsia sebagai penyebab kerugian kepada syarikat tersebut? Apakah benar kehadiran AirAsia memberi persaingan yang sihat atau sebaliknya?

SaifulSham.com telah menjalankan kajian dengan menghantar wakil untuk terbang dengan 2 syarikat berbeza, AirAsia dan MAS selama dalam tempoh setahun setengah. Wakil sukarela kami telah terbang 6 kali iaitu 3 kali untuk MAS dan 3 untuk AirAsia. Berikut adalah rumusan yang dapat kami buat:

Julai-Disember 2004
MAS memberi khidmat pelanggan yang cemerlang. Dari segi suasana kabin, kemesraan pramugari& pramugara, ketepatan jadual pernerbangan, dan kelancaran penerbangan adalah amat cemerlang. Kadar muatan penumpang adalah 80 peratus bagi destinasi kritikal. Ia angka yang baik bagi MAS.

AirAsia masih kekurangan bilangan pesawat. Kadar ketepatan waktunya adalah lemah. Wakil kami bertolak 15 minit lewat dari jadual penerbangan. Suasana kabin yang baik tetapi masih tidak setanding MAS, kadar muatan adalah 70-75 peratus bagi destanasi kritikal.

Pemenang: MAS

Januari-Jun 2005
MAS masih mengekalkan prestasinya. Semuanya berkeadaan baik. Kadar muatan adalah kekal 80 peratus bagi destinasi kritikal.

AirAsia meningkatkan prestasinya. Dari segi keselesaan penumpang bertambah baik. Jadual penerbangan tepat pada waktunya. Kadar muatan dilihat meningkat kepada 75-80 peratus.

Pemenang: Tiada

Julai-Disember 2005
MAS sentiasa dengan prestasi kerja yang cemerlang. Statistik kekal.

AirAsia mula menunjukkan taringnya. Prestasi adalah setanding MAS. Nampak perubahan kemesraan yang ditunjukkan pramugari&pramugara nya. Kadar muatan bertambah baik.

Pemenang: AirAsia

Segala keputusan kajian kami ini adalah hasil dari kajian pihak SaifulSham sendiri. Terdapat beberapa perkara kritikal yang boleh diperdebatkan, apakah benar AirAsia menggangu MAS?
Bagi pihak SaifulSham, setelah membuat penelitian, kedua-dua syarikat ini mempunyai 2 identiti berbeza yang boleh ditonjolkan.

MAS adalah bertaraf premium, bermakna harga tiket penerbangannya adalah berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Seperti kata pepatah “What u get is what u pay”. MAS mungkin adalah penerbangan bagi mereka yang inginkan ciri-ciri kemewahan dalam perjalanan mereka dan selalunya ia dikaitkan dengan ekskutif-ekskutif perniagaan dan tokoh korporat.

AirAsia ibarat syarikat kepunyaan rakyat. Apa yang AirAsia tawarkan sebenarnya mewakili kehidupan majoriti rakyat Malaysia. Tidak semua orang mampu membayar harga yang ditetapkan MAS dan AirAsia telah membuka peluang itu kepada rakyat kebanyakan. Walaupun bukanlah semua tiket AirAsia berharga murah tetapi konsep yang diperkenalkan AirAsia haruslah dipuji. Kajian yang dilakukan kami kebanyakan pengguna AirAsia adalah terdiri dari rakyat Malaysia kelas pertengahan.

Kami sempat menemu bual beberapa penumpang AirAsia dan MAS dan hampir semuanya memberikan jawapan yang sama.

Penumpang AirAsia
“AirAsia membuka peluang saya untuk terbang pertama kali dalam hidup saya, dan saya seronok walaupun AirAsia mungkin tidak sebaik MAS. Ialah kalaulah setakat tiada makanan dalam pesawat seperti MAS, bagi saya itu tidak penting, asalkan tempoh perjalanan saya sesingkat MAS “.

Penumpang MAS
“Saya lebih mementingkan keselesaan dalam penerbangan walaupun mungkin terpaksa membelanjakan lebih wang untuk itu. Saya tidak suka konsep tempat duduk bebas seperti AirAsia, lagipun MAS sudah terbukti cemerlang dalam aspek khidmat pelanggan. AirAsia mungkin untuk kebanyakan orang, tetapi bukan untuk saya”

Kesimpulan: MAS dan AirAsia adalah dua syarikat penerbangan untuk 2 pasaran yang jauh bezanya. Sama ada AirAsia benar-benar menggugat MAS itu ada juga kebenarannya. AirAsia mungkin telah mencuri hati sesetengah pelanggan setia MAS tetapi majoriti penggunanya adalah mereka yang jarang menggunakan MAS atau tidak pernah sama sekali. Tetapi pada dasarnya, kedua-dua syarikat ini telah memberikan lebih peluang kepada rakyat Malaysia untuk terbang. Jika anda mementingkan nilai keselesaan dan berciri 5 bintang, MAS mungkin jawapannya. Tetapi jika anda seorang yang ekonomik, AirAsia adalah jawapannya.

Kesimpulan terakhir kami, tiada siapa menjadi pemenang sebenar. Pilihan adalah ditangan anda.

Iklankan barangan anda disini.

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • MAS VS AirAsia? Siapa pemenang sebenar?…..suatu analisis Saifulsham : Episod 1
  • Tony Fernandes : Usahawan Aviation
  • Motivate Your Affiliates
  • del.icio.us:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-digg:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-spurl:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-wists:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-simpy:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-newsvine:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-blinklist:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-furl:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-reddit:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-fark:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-blogmarks:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-Y!:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-smarking:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-magnolia:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham-segnalo:MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ....Satu analisis SaifulSham
    Posted Wednesday, January 4th, 2006 at 9:09am
    Filed under General | RSS

    1 Pandangan Bernas on “MAS vs AirAsia : Siapa pemenang sebenar? Episod 2 ….Satu analisis SaifulSham”

    1. D

      kalau diberi pilihan saya lebih suka tidak naik kapal terbang.. gayat. apa yang saya untuk penerbangan domestik.. juruterbang mas kurang berpengalaman berbanding dengan airasia.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.