Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Statistik Bukan Sekadar Nombor

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Kita percaya bahawa statistik hanyalah sekadar mainan nombor sahaja. Survey atau kajian yang dilakukan unutk mendapatkan statistik hanyalah sekadar untuk “menghalalkan” mesej yang cuba dicapai.

Bukan begitu! Dalam post kali ini saya akan menerangkan cerita sebenar di sebalik statistik, kerana statistik sebenarnya amat berkuasa, bukan sahaja dalam perniagaan bahkan dalam dunia sebenar.

Jika kenyataan berikut pernah bermain di minda anda, anda perlu baca post ini.

“Kejayaan ditentukan oleh nasib”

“Bisnes saya untung dan rugi berdasarkan ekonomi”

Statistik sebenarnya dapat meramal masa depan kita. Ia boleh memberitahu kita jika kita banyak bekerja ataupun banyak membuang masa. Malah lebih penting lagi, ia boleh memberitahu kita samaada kita akan berjaya atau gagal!

Biar saya terangkan contohnya;

(dunia biasa)

Seorang pelajar mendapati jika beliau belajar lebih lama, beliau akan mendapat markah yang lebih tinggi di dalam peperiksaan.

Maka untuk cemerlang dalam peperiksaan akan datang, untuk mendapat markah yang lebih tinggi beliau harus belajar lebih sedikit dari biasa.

(dunia perniagaan-contoh lebih jelas)

Seorang pemilik restoran, Encik Abu bercadang untuk meningkatkan pendapatannya dari RM5000 sebulan ke RM15000 sebulan. Jadi beliau bereksperimen dengan statistik. Beliau merekod dan mencatat segala aspek yang boleh dibezakan. Beliau mencatatkan berdasarkan keuntungan, jumlah makanan yang dijual, bilangan pelanggan dan purata nilai yang dibelanjakan setiap pelanggan setiap hari. Beliau mendapati bahawa walaupun kedainya mencatat keuntungan setiap hari, tetapi beliau kerugian RM 150 dalam jualan Mee Goreng dan Kue Tiaw untuk sarapan setiap hari. Jualan Nasi Lemak dan Roti Canai pula untung kira-kira RM300 setiap hari.

Jika beliau tidak menggunakan statistik, beliau tidak akan tahu!

Jadi apa yang Encik Abu buat?

Encik Abu mengeluarkan Mee Goreng dan Kue Tiaw dari senarai menu sarapan. Pelanggan tidak lagi boleh memesan makanan tersebut. Hasilnya, beliau tidak lagi kerugian! Percaya atau tidak keuntungan untuk Nasi Lemak dan Roti Canai meningkat 2 kali ganda! RM 450 setiap hari dengan bilangan pelanggan yang sama!

Statistik akan memberitahu kita banyak rahsia yang kita sendiri tak sangka dan banyak perkara yang boleh kita ubah untuk lebih berjaya.

Gunakan statistik dengan bijak!

Iklankan produk dan servis anda secara percuma di SaifulSham.com Classified!

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Kajian Kes Ecommerce: Nombor telefon
  • Menerima Bayaran Luar Negara Melalui Money Order Western Union
  • Kejutan Google Analytics Dan Penamatan Siri Bersama Mr X
  • del.icio.us:Statistik Bukan Sekadar Nombor-digg:Statistik Bukan Sekadar Nombor-spurl:Statistik Bukan Sekadar Nombor-wists:Statistik Bukan Sekadar Nombor-simpy:Statistik Bukan Sekadar Nombor-newsvine:Statistik Bukan Sekadar Nombor-blinklist:Statistik Bukan Sekadar Nombor-furl:Statistik Bukan Sekadar Nombor-reddit:Statistik Bukan Sekadar Nombor-fark:Statistik Bukan Sekadar Nombor-blogmarks:Statistik Bukan Sekadar Nombor-Y!:Statistik Bukan Sekadar Nombor-smarking:Statistik Bukan Sekadar Nombor-magnolia:Statistik Bukan Sekadar Nombor-segnalo:Statistik Bukan Sekadar Nombor
    Posted Sunday, January 8th, 2006 at 6:18pm
    Filed under General | RSS

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.