Apakah potensi eBay percuma?
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Team SaifulSham akan terus-menerus mengukuhkan promosi buku memulakan perniagaan internet terbaru kami yang bakal menjengah pasaran kedai-kedai buku utama (Kinokuya,Popular, MPH dan sebagainya) seawal-awalnya akhir Januari ini. Kami akan mengupas sedikit mengenai apa yang terdapat dalam buku terbaru kami tersebut.
Untuk kali ini kita akan membincangkan potensi eBay percuma seperti eBay Malaysia, eBay Singapura dan eBay Filipina.
eBay adalah sebuah laman yang membenarkan anda untuk membeli atau menjual produk/servis melalui sistem lelongan. eBay sememangnya amat terkenal di seluruh dunia kerana eBay telah menggubah lanskap perniagaan diinternet. Bukan sahaja perniagaan berasaskan laman web, perniagaan di eBay juga mempunyai potensi pasaran yang menjangkau bilion-bilon dolar setahun. eBay adalah satu kisah kejayaan internet. Hari ini, kami akan menceritakan pengalaman kami sendiri selaku peniaga tetap eBay dan kami akan mendedahkan apakah terdapat potensi besar untuk pasaran eBay percuma.
Mengapa sesetegah eBay adalah percuma tetapi sesetengah lagi dikenakan bayaran? Sebenarnya, eBay percuma seperti eBay Malaysia,Singapura dan Filipina adalah satu kaedah promosi awal eBay untuk menggalakkan rakyat di negara-negara seperti Malaysia sendiri berjinak-jinak akan kegunaan eBay. Melihat potensi e-dagang di Malaysia semakin berkembang pesat, eBay mengambil inisiatif untuk memperkenalkannya secara percuma. Di Malaysia sudah terdapat laman lelongan kepunyaan syarikat tempatan iaitu lelong.com.my yang lebih popular berbanding eBay Malaysia.
Baiklah, secara ikhlasnya, pasaran di eBay percuma masih lagi terhad. Hanya terdapat segelintir produk sahaja yang mendapat permintaan yang menggalakkan. Kebanyakan produk kurang mendapat sambutan pelawat-pelawat eBay percuma sendiri. Namun begitu, jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan di eBay percuma seperti eBay Malaysia, terdapat tips untuk menambah peluang produk anda dibida oleh pelawat.
Bagaimanakah caranya? Nantikan buku keluaran terbaru kami dipasaran. Kami menjanjikan kejutan untuk anda.
Siarkan produk hebat anda diruangan ini.
Bacaan Lanjut:


















allahu akbar, inna attong dillang si Muhammad tekku