If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Saya sebenarnya x sampai hati hendak menulis kerana 2 entry saudara Curixs sebelum ini sangat menarik pada hemat saya. Saya mahu semua orang membacanya. Namun, saya mesti tulis juga kerana apa yang saya hendak tulis ini pun tidak kurang menariknya! ;)

Jika anda masih belum membaca tulisan saudara Curixs, di sini saya sertakan linknya. (atau scroll sahaja ke bawah)

  • Pengurusan kewangan cemerlang………..Episod 1

  • Soalan pilihan pelawat SaifulSham.com
  • Baiklah, saya juga ada pengumuman terbaru untuk anda. Jika anda hendak subscribe kepada post2 di SaifulSham.com, dan malas unutk menghantar email kepada saiful(at)saifulsham.com
    anda boleh ke alamat ini, www.saifulsham.com/subscribe.php atau klik sahaja di sini untuk ke page tersebut.

    Perlu diingatkan, anda perlu verify email anda dengan klik pada link yang disediakan di dalam emel yang akan dihantar secara automatik kepada anda. Jika tidak anda dikira masih belum subscribe . Juga, email2 dari saifulsham.com selalunya tersesat ke Junk (hotmail), Spam (gmail) dan Bulk (Yahoomail). Masalah ini terjadi kepada hampir semua blog kami yang menggunakan Wordpress. Kami masih mencari penyelasaian. Buat masa ini anda boleh menanda email kami sebagai “Not Spam” ataupun langkah2 yang setara dengannya (whitelist, etc) untuk memastikan emel2 kami selamat sampai ke inbox anda.

    Oklah, kembali kepada artikel saya pada hari ini.

    Adakah anda boleh berkomunikasi dalam Bahasa Sepanyol? Greek? German? Perancis? Russia?

    Saya boleh! ;)

    tunggu, tunggu.. saya bukan riak. Saya akan ajar anda bagaimana anda juga boleh berkomunikasi dalam bahasa2 tersebut dengan percuma. Tetapi sebelum itu biar saya ceritakan kisah saya.

    Minggu lepas, terdapat seorang pelanggan saya yang membuat pesanan yang kurang jelas. Berkali-kali saya cuba menghubunginya emelnya, namun tidak berjawab.

    Tiba2 kelmarin, saya menerima sepucuk emel kosong dari beliau. Kebetulan pula saya memang online ketika itu, jadi saya terus menghubunginya mengunakan MSN Messenger (Instant Messenger adalah satu kemudahan yang baik dan boleh digunakan untuk memberi khidmat pelanggan seperti disebut Curixs di dalam beberapa post lepas dan juga diterangkan dengan panjang lebar di dalam buku kami).

    Rupanya beliau tidak faham emel saya yang menggunakan Bahasa Inggeris!

    Kerana beliau pelanggan, maka saya pun berusahalah untuk membantunya. Kami berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol.

    Bagaimana saya faham? Saya tidak pernah mengikuti kelas bahasa Sepanyol pun. Paling hebat pun, saya hanya menonton drama Sepanyol di TV setiap petang. :p

    Gunakan kemudahan ini…. http://world.altavista.com/

    Setiap ayat yang ditaip oleh beliau saya masukkan ke dalam petak yang disediakan dan program tersebut akan menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris unutk saya.

    Dan apabila saya mahu berkata sesuatu, saya hanya perlu mengunakan Bahasa Inggeris dan program tersebut akan menukarkannya ke dalam bahasa Sepanyol secara automatik.

    Walaupun terjemahan yang diberikan tidaklah setepat seperti penutur ibunda, namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksud yang cuba disampaikan.

    Begitulah kuasa Internet.

    Jadi, bahasa apa yang anda hendak gunakan sekarang? ;)

    Klik Di Sini Untuk Mengiklankan produk anda di SaifulSham.com Classified secara percuma
    Klik Di Sini Unutk Melanggani post-post kami untuk lebih tips2 menarik dari kami juga percuma.

    Bacaan Lanjut: