Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Pengurusan kewangan cemerlang………..Episod 1

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Tahun 2006, maka genaplah 3 tahun kami menuntut di universiti. Dalam masa sebegini, seharusnya kami melakukan sesuatu yang mengukuhkan kewangan kami, bukan bermakna pembelajaran di universiti tidak menjanjikan masa depan yang baik tetapi kami haruslah melihat kepada konteks yang lebih luas iaitu jangan terlalu mengharapkan jaminan pekerjaan yang hebat selepas graduasi nanti. Apa pun boleh terjadi dalam persekitaran dunia yang agak kompetitif hari ini.

SaifulSham.com sebenarnya lahir dari kesedaran kami untuk menggalakkan masyakat umum khususnya golongan muda seperti kami bahawa membina kewangan yang mantap mestilah dimulakan pada usia muda. SaifulSham.com bukan lahir kerana gilakan wang ringgit tetapi kami lebih mahu membantu dan mengalakkan anda menceburi segala ruang bidang yang boleh menjamin masa depan anda. Antaranya sudah tentulah bidang perniagaan.

Baiklah, sebelum kami boleh bersembang panjang mengenai perniagaan di blog ini, adalah baik kiranya kita mulakan dengan cakap-cakap mengenai pengurusan kewangan. Ini kerana antara perkara asas yang perlu diberi perhatian sebelum anda boleh memulakan perniagaan ialah anda tahu mengawal dan menguruskan kewangan peribadi anda sendiri.

Apa yang dapat kami perhatikan, masalah utama masyarakat Melayu tidak berjaya dalam bidang perniagaan kerana mereka langsung gagal menguruskan kewangan dengan baik, sama ada kewangan perniagaan mahu pun kewangan peribadi(bagi mereka yang berjaya melakukannya dengan baik, tahniah kami ucapkan).

Perkara ini sebenarnya terjadi kerana kita telah biasa berbelanja boros sejak pada usia muda dan tabiat itu akan terbawa-bawa ke hari tua. Secara jujurnya, kami telah melihatnya di universiti kami sendiri, dan kami rasa perkara sebegini tidak jauh bezanya di tempat lain. Cuba anda bayangkan, pada setiap kali wang biasiswa masuk, berbagai-bagai perkara kita ingin beli. Telefon bimbit 3g terbaru, kasut-kasut berjenama bernilai ratusan ringgit, mengubah suai kereta, dan lain-lain lagi yang kesemua nilainya yang akan berkurangan pada masa-masa depan. Sebenarnya tidak salah untuk bergaya tetapi apakah padan dengan nilai yang kita gunakan untuk bergaya itu?

Selalunya orang-orang sebegini apabila ditanya, mereka akan memberikan jawapan lebih kurang sebegini “Aku ni dikira penyumbang kecairan ekonomi Malaysia sebab aku berbelanja wang dan secara tidak langsung menggalakan kitaran ekonomi domestik”…….sebuah jawapan yang mengkagumkan! Alangkah baiknya kalau semua rakyat Malaysia sebegini! Sebenarnya, inilah jawapan paling teruk pernah didengar. Orang sebegini sanggup mengikat perut demi memenuhi sesuatu yang tidak diperlukan atau bahasa kasarnya, sesuatu yang sampah! Mereka mungkin membantu kecairan ekonomi domestik tetapi pada satu masa yang merana akhirnya mereka juga. Malaysia bertambah maju tetapi mereka bertambah miskin. Apa yang berlaku ini kebanyakannya dalam paksi orang Melayu.

Baiklah, lihat sahajalah contoh terbaik iaitu rokok. Siapakah golongan perokok terbesar di Malaysia. Tidak lain adalah Melayu. “Memanglah Melayu sebab majoriti penduduk Malaysia adalah orang Melayu!” Satu lagi jawapan paling dangkal pernah didengar. Baiklah, bagaimana pula dengan bidang perniagaan, Melayu paling ramai di Malaysia tetapi bangsa Cina yang menguasai perniagaan di Malaysia.

Kami jarang melihat keadaan sesak wang ini pada bangsa-bangsa lain seperti Cina. Mereka juga berbelanja tetapi mereka bijak dalam menguruskan bidang kewangan. Sebab itulah jikalau hujung bulan, mereka masih boleh makan sedap-sedap, tidak seperti kebanyakan pelajar Melayu, makan magee sementara menanti wang biasiswa seterusnya!

Secara prinsipnya, kebanyakan orang Melayu gagal menguruskan kewangan secemerlang bangsa yang paling hebat dalam kewangan dan perniagaan, bangsa Cina. Tujuan perkara ini didedahkan bukan kerana kami memperkecilkan bangsa Melayu tetapi hakikatnya inilah yang terjadi pada hari ini. Kebanyakan kita menjadi hamba kepada wang bukan tuan kepada wang.

Wang hanya menjadi tempat persinggahan dalam hidup kita yang akhirnya keluar begitu sahaja. Memang wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi wanglah sebenarnya memudahkan kita mencapai kebahagiaan. Bolehkah kita yang berhutang dan diburu along hidup gembira, bolehkah kita yang sentiasa tidak cukup perbelanjaan hidup aman bahagia, bolehkan kita meninggalkan dunia dengan aman tanpa jaminan kewangan pada waris keluarga dan keturunan kita.

Fikirkanlah. Orang yang menguruskan kewangan dengan baik bukanlah seorang yang kedekut tetapi orang tersebut adalah seseorang yang bakal hidup aman bahagia di masa depan bukan sahaja untuk dirinya malahan waris keluarga dan keturunannya.

Iklankan barangan anda disini!

Download e-book petua pengiklanan berkesan disini!

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Bertutur Bahasa Sepanyol Dengan Mudah
  • Sila lepak di MPH
  • Pengajaran di sebalik CTOS
  • del.icio.us:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-digg:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-spurl:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-wists:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-simpy:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-newsvine:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-blinklist:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-furl:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-reddit:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-fark:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-blogmarks:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-Y!:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-smarking:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-magnolia:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1-segnalo:Pengurusan kewangan cemerlang...........Episod 1
    Posted Wednesday, January 18th, 2006 at 1:01am
    Filed under General, Idea Bisnes | RSS

    3 Comments on “Pengurusan kewangan cemerlang………..Episod 1”

    1. tomatoinc

      test

    2. suhana shaari

      saya setuju dengan awak:) pada awak apakah peranan dan tanggungjawab pengurus akaun? bolehkan saya ambik isi awak utk pelengkap asgmnt saya?

    3. Wan

      Betul tu. Orang melayu memang lemah dalam pengurusan kewangan. Xpayah pegi jauh, tengok adik2 saya sendiri sudah cukup. Dapat biasiswa, dalam masa dua minggu sudah habis dibelanjakan untuk benda2 macam hp, kasut, bercuti dengan kawan2 siap sewa hotel. Sudahnya minta duit dengan mak juga. Mak dirumah mengikat perut untuk mencukupkan perbelanjaan adik2 di IPT. Sedih. Keluar dari IPT nanti bulan2 bayar pinjaman yang tidak digunakan dengan sebaiknya.

      Bangunlah orang melayu, sampai bila kita hendak tidur?????????

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.