Jutawan segera IPO
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Sudah lama saya ingin menulis mengenai IPO tetapi kesuntukan masa menyebabkan ianya tertangguh. Apa yang membuatkan saya terlalu ingin menulis mengenainya adalah disebabkan pengalaman saya sendiri menceburinya walaupun dalam jumlah yang kecil tetapi ia adalah salah satu unit pelaburan pecutan tinggi (memberi pulangan tinggi dalam masa singkat).
IPO (Initial Public Offering) adalah saham penyenaraian awal yang ditawarkan oleh syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. IPO selalunya ditawarkan kepada beberapa golongan, antaranya pelabur institusi (badan-badan pelaburan), pelabur runcit (masyarakat umum), dan pekerja syarikat yang akan disenaraikan sendiri. Baiklah, mari saya ceritakan sedikit akan bagaimana IPO itu ditawarkan dan membolehkan anda menceburinya.
Sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan saham syarikatnya untuk dijual di pasaran terbuka (Bursa Malaysia) perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti iaitu syarikat tersebut mestilah telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti. Tujuan syarikat-syarikat menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia bukanlah untuk suka-suka tetapi mereka ingin mendapatkan dana yang mungkin diperlukan untuk membiayai pengembangan perniagaan mereka. Bukanlah mereka tidak boleh meminjam wang dari bank tetapi dengan syarat ketat, kadar faedah dan risiko tinggi membuatkan syarikat memilih jalan untuk menjana dana melalui penyenaraian saham.
Apabila syarikat telah mendapat kelulusan untuk penyenaraiannya, mereka akan mengiklankan saham-saham mereka untuk dijual diakhbar-akhbar utama. Saham-saham inilah yang dipanggil saham-saham IPO.
Saham-saham tidak dijual satu-satu seperti anda membeli barangan tetapi dijual secara pukal yang dipanggil lot. Dalam 1 lot mungkin mengandungi 1000 unit saham. Jika tawaran satu unit saham adalah RM1, maka satu lot berharga RM1000.
Saham bukanlah boleh dibeli begitu sahaja. Pertama anda perlu berdaftar dengan sekuriti dan berdaftar akaun CDS. Semuanya anda boleh settlekan di pejabat sekuriti seperti KL Securities Sdn. Bhd.
Selepas diluluskan, anda boleh memohon saham dengan mengisi borang permohonan yang selalunya dilampirkan di akhbar-akhbar utama. Begitupun, itu kaedah tradisional, kini anda boleh menyenangkan kerja anda dengan memohon saham dari mesin ATM (janji ada duit yang mencukupi bagi bilangan lot yang dipohon dan akaun bank anda adalah yang berdaftar dalam akaun CDS).
Begitupun, terdapat kekangan dari segi jumlah bilangan lot yang boleh dipohon untuk seorang individu. Ada limitnya bagi jumlah lot yang boleh dipohon. Mungkin seorang individu hanya dibenarkan memohon maksimum 20 lot atau sebagainya.
Jadi macam mana nak menjadi jutawan melalui IPO?
Ahaks, sebelum saya berleter rahsia ini, mari saya ceritakan pengalaman saya.
Sebelum kemelesetan ekonomi tahun 1997, bilangan jutawan IPO adalah ramai. Pada waktu itu saya masih dibangku sekolah rendah (ini kisah benar)! Bapa saya adalah seorang yang aktif dalam dunia saham sebelum kemelesetan ekonomi Asia. Menariknya, bapa saya telah menceburi bidang saham sejak zaman universitinya lagi. Saya walaupun agak mentah tetapi saya sudah mumayyiz (boleh membezakan baik dan buruk), belajar bagaimana melihat bapa saya melakukan strateginya mendapatkan keuntungan yang baik dalam IPO.
Menariknya, sebelum zaman kemelesetan 1997, ramai orang berebut-rebut mendapatkan IPO kerana cara ini pada waktu itu mampu menjadikan mereka jutawan segera. Pada waktu itu, Malaysia adalah harimau Asia yang mengaum gah (tidak seperti hari ini, berhibernasi!), jadi pelabur-pelabur asing berebut-rebut memasuki pasaran negara menjadikan ekonomi kita menarik dan mampu memberikan pulangan lumayan bagi mereka yang mengambil bahagian. Jadi, kesannya apabila terdapat sahaja IPO yang ingin ditawarkan, jumlah permohonan akan sentiasa berganda-ganda daripada apa yang ditawarkan. Ini menjadikannya amat kompetitif dan peluang untuk memiliki saham tersebut adalah tipis.
Baiklah, jika permohonan melebihi tawaran, sistem pemilihan rawak dilakukan (cabutan undi) untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat saham IPO. Jadi, bagaimana bapa saya secara individu mampu mendapat lebih dari limit seorang pemohon.
Senang sahaja, gunakan nama orang lain! Begini caranya, mohon saham atas nama orang lain (janji orang tersebut melebihi 18 tahun dan warganegara Malaysia). Cop, paling penting minta kebenaran dahulu untuk gunakan nama orang lain dan kad pengenalannya. Dan minta kebenarannya mendaftar akaun sekuriti dan CDS. Alamat surat-menyurat masih menggunakan alamat rumah anda, dan akaun bank juga masih menggunakan akaun bank anda. Bezanya, variasikan permohonan dengan menggunakan nama ramai orang.
Adakah cara ini haram? Tidak, anda tidak gunakan sesen pun duit orang yang anda manipulasikan cumanya kaedah ini menambahkan peluang anda untuk mendapat lebih saham-saham IPO yang diundi secara rawak.
Sebagai contohnya, jika anda mempunyai rakan bernama Ali dan Abu. Anda menggunakan nama anda, Ali, dan Abu untuk memohon saham. Segala perbelanjaan adalah ditanggung anda. Jadi, jika anda, Ali, dan Abu diundi berjaya mendapatkan saham IPO, maka bakal kenduri besarlah anda. Ali dan Abu itu mungkin anda boleh belanjanya teh tarik jika nama mereka diundi berjaya.
Jadi, jangan bazirkan nama famili dan rakan-rakan anda begitu sahaja jika ingin memohon IPO. Mereka mungkin tidak mampu membeli saham IPO seperti anda atau mereka tidak berminat membelinya tetapi menggunakan nama mereka bukanlah salah disisi undang-undang. Mereka tidak akan dikejar bank-bank atau jatuh bankrap langsung. Sesen pun mereka tidak akan menanggung rugi. Seperti yang saya katakan, mereka ini membantu menambahkan peluang anda mendapatkan saham IPO.
Saya tahu kerana pada waktu sebelum 1997, sayalah tukang bantu bapa saya menampal setem dan mengepos bertimbun-timbun permohonan saham yang kesemuanya bukan nama bapa saya. Dalam beratus-ratus permohonan itu, selalunya akan terdapat berbelas atau berpuluh permohonan berjaya. Ini sudah dikira lumayan berbanding anda memohon secara individu yang mungkin tidak berjaya langsung.
Itu cerita sebelum 1997, selepas berakhir SPM tahun 2002, saya mula belajar saham secara serius daripada bapa saya sendiri. Beliau membawa saya ke pejabat sekuriti dan menunjuk kaedah bermain saham dengan betul. Pada waktu itu, kebetulan pasaran saham mengalami kenaikan sementara yang baik sebelum ianya tidak menjadi tidak menentu hingga hari ini. Jadi, pada waktu itu, saya belajar lebih mengenai bagaimana menjana wang melalui IPO. Oh, yaa saya terlupa menceritakan bagaimana kaedah digunakan orang mengaut keuntungan melalui IPO.
IPO juga berisiko sama seperti saham-saham yang sudah tersenarai cumanya selalunya IPO ini mempunyai value yang mampu memberikan keuntungan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi IPO sesebuah saham, seperti keadaan pasaran semasa, keadaan ekonomi domestik dan global, nilai sesebuah syarikat tersebut dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya membawa peranan penting dalam hala tuju harga pembukaan penyenaraiannya.
Jeng,jeng,jeng ini cara yang selalu digunakan kebanyakan orang iaitu taktik menjual saham apabila hari penyenaraiannya. Katakan anda berjaya mendapat sebanyak 10 lot saham IPO tersebut yang berharga RM 1 seunit saham. Jika 1 lot bersamaan 1000 unit, maka anda membelanjakan RM10,000 untuk 10 lot saham tersebut. Maka, pada tarikh pembukaanya, anda terus menjual saham tersebut. Bermakna, sebaik sahaja saham tersebut disenaraikan, jualkan terus. Katakan apabila saat pertama penyenaraiannya, ia dibuka pada RM 2.00 sesaham,ia mencatatkan premium (untung) sebanyak RM1.00, maka jika anda terus menjualnya, anda akan mencatatkan keuntungan RM10,000 serta merta. Inilah cara yang banyak digunakan orang pada zaman kegemilangan ekonomi Malaysia.
Seperti yang saya katakan risiko juga adalah tinggi. Jika ia dibuka pada harga RM 0.90, ia mencatatkan diskaun (rugi) sebanyak RM 0.10, maka jika anda menjualnya, nescaya anda mengalami kerugian RM 100. Saya tidak akan menyorokkan risikonya kerana itulah pasaran saham, sesuatu yang tidak boleh diramal dengan tepat, hatta oleh pakar remisier sekalipun.
Baiklah, mengapa ramai orang menjual terus pada waktu pembukaannya? Jawapan mudah sahaja, anda mengurangkan risiko kerugian berbanding jika anda memegang terlalu lama saham syarikat tersebut. Contohnya, pada waktu pembukaan berharga RM2.00, anda untung RM10,000 jika menjualnya pada waktu itu atau anda menunggu sehingga lewat penutupannya baru anda menjual dan pada waktu itu mungkin ianya mencatatkan kenaikan hingga RM3.00, maka anda akan untung RM20,000!. Tetapi itu jika jangkaan harga penutupannya tinggi, bagaimana jika anda memegang sehingga terlalu lama dan pada lewat penutupannya ianya menjadi separuh dari harga yang ditawarkan, maka anda kerugian RM 5,000 jika menjualnya pada waktu itu. Untuk terus memegang terlalu lama saham sesebuah syarikat bukanlah idea bagus bagi orang yang inginkan keuntungan jangka pendek.
Ada juga pelabur bijak yang tahu menilai asas sebuah syarikat tersebut maka beliau memegangnya mungkin berbulan-bulan atau lebih lama walaupun saham itu terus jatuh. Kejatuhan bukan semata-mata disebabkan saham syarikat itu tidak bagus tetapi ada juga saham syarikat yang bagus mencatatkan kejatuhan. Bagi yang mampu menilai asas syarikat, walaupun harganya jatuh, akan tiba masanya ianya akan melantun kerana saham syarikat yang bagus akan kembali menarik minat pelabur membelinya. Jadi, orang sebegini akan memperoleh keuntungan dalam jangka masa panjang.
Tetapi, saya lebih sukakan strategi langgar dan lari. Mohon IPO, dapat, dan terus jual.Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu, adalah sukar untuk membaca perkembangan saham. Hatta pada waktu sebelum meleset 1997, strategi langgar dan lari adalah strategi yang membuatkan ramai orang bergelar jutawan segera IPO.
Download e-book petua pengiklanan berkesan percuma.
Iklankan produk dan servis anda disini.


May 16th, 2006 at 11:07 am
Saya nak tanya sedikit tuan,
Pertama, kaedah beli dan jual saham IPO ni masih berfungsi lagi ke? Sebab tuan ada mention kaedah itu banyak dilakukan “sebelum” kegawatan. Adakah zaman sekarang masih berfungsi?
Kedua, jikalau kita guna nama orang lain seperti adek yang telah berumur 18 tahun adalah dibenarkan di sisi undang2 (betul ke?), tetapi, adakah orang tersebut perlu juga berdaftar dengan sekuriti dan CDS? Atau tidak perlu?
Terima kasih didahulukan. Wassalaam.
May 5th, 2007 at 5:15 pm
harap pihak saifulsham sudi menjawab soalan dari saudara/ri nazreen kerana saya juga ingin mengetahui jawapannya. TQ
August 15th, 2007 at 5:07 pm
sy tertarik dgn artikel ini ttp memrlukan lbh bnyak penerangan scra detail ttg perkara ini..
September 18th, 2007 at 11:03 am
Jika anda semua mahu tahu lebih lanjut mengenai IPO dan saham, layarilah laman web Pelabur Malaysia http://www.min.com.my. laman web ini dibina oleh Suruhanjaya Sekuriti dan informasi yang terdapat didalamnya adalah boleh dipercayai/reliable
September 18th, 2007 at 12:47 pm
leh terangan lbih lnjut x….
kte perlukan website sndri ke….
cmne nak daftar….
bpe budjet yg perlu bg 1 nama……..
masuh berfungsi ke sistem IPO ni skrang……..
time kaseh..
April 13th, 2008 at 12:16 pm
ok. got the point there saifulsham. thanks for the nice info.
February 18th, 2009 at 4:57 pm
xfham AR……………