Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Berfikiran global

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham!

Seperti terkandung dalam pos kami yang lepas, SaifulSham berhasrat mengembangkan sayapnya ke luar negara dan negara sasaran pertama adalah New Zealand. Perkara ini bukan hanya kisah dongengan atau mimpi disiang hari tetapi ia dalam penelitian dan rangka kerja untuknya sudahpun dimulakan.

Walaupun tarikh sebenar pelancarannya mungkin pada penghujung suku kedua tahun ini, tetapi satu kajian khas perlu bagi memastikan ia bukan sekadar laman web biasa. Adik Syazwan, Syamim dijangka berlepas ke Auckland pada masa itu, dan beliau sudahpun menganggotai SaifulSham secara tidak langsung.

Beliau merupakan pakar dalam bidang grafik dan beliaulah yang mereka cipta grafik bagi VCD kami yang disertakan dalam buku kami yang dijangka berada tidak lama lagi. SaifulSham.com juga telah memberikannya dana khas bagi beliau mempelajari ilmu grafik dengan pembelian buku, software dan sebagainya. Semuanya adalah demi pelaburan dan jaminan akan SaifulSham tidak akan berkubur dan akan terus kekal untuk jangka masa panjang. Jadi, untuk tujuan itu, Team SaifulSham harus berfikiran global dan beliaulah bakal ditugaskan menguruskan SaifulSham New Zealand nanti.

Bagi anda yang berminat berkecimpung dalam bidang perniagaan tidak kira online atau offline, berfikir secara global adalah suatu syarat jika anda mahu kekal berdaya saing untuk tempoh yang lama. Dalam masa dunia globalisasi yang hangat diperkatakan, seorang usahawan haruslah sensitif akan setiap perubahan dunia.

Anda tidak boleh bergantung kepada situasi dalam negara semata-mata untuk berkembang sebaliknya lihatlah keadaan luar negara yang lebih memberikan pulangan yang lumayan. Sebagai contoh, Team SaifulSham tidak menulis sebuah buku kosong semata-mata tetapi kami menyertakannya sekali dengan VCD yang kami rakamkan.

Tahukah anda mengapa kami merakamkan VCD berkenaan. Salah satu faktornya adalah kami mengikut trend luar negara khususnya Amerika Syarikat yang begitu aktif mengeluarkan VCD/DVD home-course pada masa ini. Buku semata-mata sudah dianggap lapuk di Amerika khususnya jika buku berkenaan bercerita mengenai perniagaan internet. Jadi, setelah mengambil kira suasana di dalam negara, kami cuba membawa pembaharuan baru dalam dunia perniagaan internet di Malaysia. VCD kami yang bakal berada di pasaran bolehlah dianggap home-course untuk rakyat Malaysia.

Jadi, jika anda juga ghairah ingin menjadi usahawan berjaya, buka fikiran dan berfikirlah secara global. Anda tidak boleh menyediakan produk untuk pasaran dalam negara semata-mata jika anda ingin pergi jauh. Anda haruslah mempersiapkan produk anda sesuai untuk semua pasaran.

Tidak sukar sebenarnya untuk anda mengetahui perkembangan dunia pada masa kini. Jika tidak berkesempatan untuk melayari internet sekalipun, cukuplah sekadar anda membaca artikel di akhbar terutama tentang dunia bisnes.

Akhbar yang paling baik buat masa ini yang berceloteh mengenai dunia bisnes adalah The Star. Kami sentiasa menjadikannya rujukan walaupun isi kandunggan banyak berkisar tentang dunia korporat seluruh dunia, tetapi ianya amat berguna dalam memberikan maklumat yang tepat lagi mutakhir.

Berfikiran globalah, maka anda akan tahu apakah ganjaran yang menanti kelak!

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Jual Produk Ke Pasaran Luar? Hati-Hati Dengan Nilai Tukaran Ringgit
  • Tumpang Lalu…
  • Ceo of the month - June
  • del.icio.us:Berfikiran global-digg:Berfikiran global-spurl:Berfikiran global-wists:Berfikiran global-simpy:Berfikiran global-newsvine:Berfikiran global-blinklist:Berfikiran global-furl:Berfikiran global-reddit:Berfikiran global-fark:Berfikiran global-blogmarks:Berfikiran global-Y!:Berfikiran global-smarking:Berfikiran global-magnolia:Berfikiran global-segnalo:Berfikiran global
    Posted Sunday, February 5th, 2006 at 1:01am
    Filed under General | RSS

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.