UIA on call
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham.com,
Minggu lepas kami ada memberitahu akan kami sudah ditempah oleh sebuah IPT di ibu negara untuk menyampaikan talk di sana dan kami berjanji akan memberitahunya kelak.
Jadi, untuk pengetahuan anda, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menjemput kami untuk menyampaikan talk tersebut pada malam Jumaat ini. Kami telah mendapat pengesahan dari pihak UIA bahawa ianya akan diadakan pada pukul 9 malam dan tempat acara itu akan berlangsung tidak diberitahu pihak UIA. Mereka akan menguruskan segala hal ehwal talk tersebut sendiri dan kami hanya hadir memberikan talk.
Kami tidak pasti sama ada talk tersebut dibuka untuk orang awam atau tidak tetapi menurut jurucakap pihak UIA, ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar UIA mengenai keusahawanan dan salah satunya keusahawanan internet. Mereka juga akan mengadakan talk mengenai keusahawanan tani pada minggu berikutnya. Itulah apa yang dapat kami beritahu.
Apapun, kami telah pun menyiapkan persiapan untuk talk tersebut, tetapi malangnya kami baru sahaja menyedari hari ini bahawa hari Jumaat adalah cuti Thaipusam. Kami telah membawa perkara tersebut kepada pihak UIA untuk dipertimbangkan ditangguhkan talk kami pada minggu hadapan atau pada tarikh terdekat yang lain kerana untuk mengumpulkan crowd yang ramai pada masa tersebut tentulah sukar terutama bagi pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor kerana mereka pastinya pulang ke rumah untuk bercuti selama 3 hari.
Bukan apa, sebolehnya kami mahu bersikap adil kepada pihak UIA. Tidak ada guna bayaran yang diberikan kepada kami jika hasilnya tidak setimpal bagi pihak UIA. Biarlah sama-sama menang, win-win situation kata orang. Ini kerana selepas talk selama sejam lebih ini, kami akan menyampaikan seminar separuh hari bagi pelajar yang berminat seminggu selepas talk tersebut.
Jadi, talk selama sejam setengah ini lebih kepada untuk menarik minat pelajar menyertai seminar setengah hari kami nanti. Jika crowd ramai, maka peluang untuk mendapat ramai bakal peserta seminar yang ramai adalah tinggi.
Untuk anda pembaca SaifulSham yang tinggal berhampiran UIA Gombak yang berminat menghadiri talk bahasa Melayu kami, kami akan cuba mendapatkan maklumat terkini dari pihak UIA, mana tahu jika mereka membuka ruang kepada orang awam menghadirinya. Ianya PERCUMA sahaja.
Tarikh, masa dan segala maklumat mutakhir akan diberitahu kami secepat mungkin.
Bacaan Lanjut:

















