Panas! Panas! Panas! Skim Cepat Kaya di Internet Di Bedah Siasat
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Seperti yang telah dijanjikan kelmarin, kami telah menyiapkan laporan khas percuma untuk anda mengenai skim cepat kaya di Internet yang mengambil kesempatan atas kenaifan pengguna. Kami telah menggunakan pendekatan secara berhikmah yang terbaik yang kami boleh, dan kami tidak menamakan apa-apa program sebagai petualangnya. Kami hanya mendedahkan modus operandinya, dan mengapa kami katakan program tersebut berisiko. Diharapkan kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari laporan ini. Tanpa membuang masa lagi;
—————————–
Untuk pengetahuan anda, perniagaan Internet yang sebenar adalah berasaskan konsep keusahawanan sejati. Inilah yang diperjuangkan oleh kami di SaifulSham.com. Penggabungan konsep keusahawanan dan kecanggihan teknologi untuk merevolusi landskap keusahawanan tempatan, sejajar dengan perkembangan masyarakat antarabangsa.
Ia berdasarkan prinsip jual beli. Sama ada produk, perkhidmatan, ataupun informasi.
Terdapat skim-skim yang semakin popular di kalangan pengguna Internet Malaysia hari ini yang menawarkan wang mudah dengan cara;
“baca emel dapat duitâ€
“surf dapat duitâ€
“pelaburan berpulangan tinggiâ€
Dan variasi-variasinya.
Dalam laporan ringkas ini, kita akan mengikuti dan memahami modus operandi skim-skim ini secara sepintas lalu.
Diharapkan kita dapat mengambil iktibar dan menjauhi apa juga skim yang salah di sisi undang-undang.
Paid to Read
Secara asasnya skim ini mengatakan mereka menerima bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Kita boleh terima model ini. Kerana memang wujud pengiklan yang mahu membeli iklan semata-mata untuk membanyakkan bilangan pelawat sekaligus “page impression†(bilangan kali page mereka dilihat). Sekadar untuk berkongsi pengetahuan, pembeli iklan-iklan ini selalunya bukanlah berniat untuk menjual produk ataupun mempromosi apa-apa, sebaliknya niat utama mereka adalah untuk menarik lebih ramai pelawat ke laman web mereka. (untuk tujuan yang hanya diketahui mereka)
Bagi program baca emel untuk dapat duit pula, anda akan dibayar untuk bilangan emel yang anda terima dan baca. Selalunya akan ada had mengenai jumlah emel yang anda baca, misalnya anda hanya dibenarkan membaca 10 emel setiap hari. Dan anda akan dibayar beberapa sen untuk setiap emel yang anda baca.
Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan kepada pengiklan, penganjur program “paid to read†ini boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian. Daripada had 10 emel sehari yang dikenakan kepada, anda kini boleh membaca 20 emel misalnya. Lebih cepat anda mengumpul bayaran, lebih cepat anda boleh ditukar kepada wang tunai setelah melepasi had-had tertentu.
Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi). Cuma risikonya, skim-skim ini biasanya dijalankan oleh mereka yang yang tidak kredibel (orang yang cemerlang akan menjauhi skim-skim cepat kaya yang tidak mempunyai masa depan seperti ini) dan tiada jaminan anda akan dibayar setelah tiba masanya nanti. Hasilnya, penat lelah anda membaca emel-emel sebelum ini, lesap begitu sahaja.
Autosurf
Program ini juga berasaskan konsep yang sama. mereka menerima bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan kepada pengiklan, penganjur program “autosurf†ini boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian. Daripada hanya 10 laman web sehari yang boleh dilayari untuk mendapatkan bayaran, anda kini boleh melayari 20 laman web misalnya.
Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi).
Randomizer/Piramid
Anda membayar sejumlah wang, dan emel anda akan diletakkan didalam satu senarai. Setiapkali ahli baru menyertai skim ini, ahli lama akan dibayar secara rawak (random) dari senarai tadi. Lebih banyak anda bayar, lebih cerah peluang anda untuk dibayar ketika ahli baru masuk.
Sistem Piramid yang sangat jelas. Katakan 7 billion penduduk dunia menyertai program ini, apa akan jadi kepada peserta yang ketujuh billion tersebut?
Dan di Malaysia, terdapat rakyatnya yang lebih kreatif. Mereka menggunakan taktik baru, iaitu system piramid mengunakan Kad ATM (bankcard). Ada ynag meminta deposit RM 10, 20 dan juga RM30. Namun konsepnya tetap sama. Ahli baru akan membayar ahli lama.
Sistem Affiliate Palsu
Kami cukup benci dengan mereka yang menyalahgunakan terma ini. Sebenarnya system affiliate adalah satu program pemasaran yang sah dan sangat berkesan di Internet. Namun disebabkan terdapat beberapa orang yang mencari keuntungan segera dengan memburukkan nama sistem affiliate.
Biarlah kami ceritakan secara ringkas. Affiliate adalah ejen jualan untuk sesuatu produk. Mereka akan dibayar apabila mereka menjual sesuatu produk, biasanya dalam bentuk komisen. Labih banyak yang mereka jual, lebih banyak yang mereka perolehi.
Kerana dikaburi untung segera, affiliate-affiliate ini akan menarik orang membeli produk mereka dengan menggunakan komisen yang bakal dikutip oleh ahli tersebut sebagai umpan. Dari tujuan asal untuk menjual produk, affiliate tadi menjual keahlian sebagai affiliate dengan janji kosong!
Di Malaysia, skim ini dapat anda kenali kerana mereka menawarkan pakej ratusan (malahan ribuan) ebook-ebook berbahasa Inggeris lapuk yang penulisnya sendiri pun tidak menggunakannya lagi pada harga tertentu di samping menjanjikan pendapatan tambahan jika anda berjaya menarik pembeli membeli pakej tersebut.
Jika anda tidak mahu membaca ebook tersebut, jangan beli. Jika anda tidak mahu menggunakan produk tersebut, jangan beli. Jangan beli semata-mata untuk menjualnya kembali, ia bukan satu tindakan yang pintar.
Variasi Skim-Skim Tersebut
Namun trend terkini, terdapat juga variasi daripada skim-skim ini yang menawarkan imbuhan dalam bentuk peratus daripada yuran yang dibayar ahli. Misalnya 1% sehari, 2% sehari, 12%sehari, dan ada juga yang berani meletakkan 130% peratus sehari!
Untuk medapatkan ganjaran ahli mungkin akan diminta melayari sejumlah laman web, membaca sejumlah emel, mencari sejumlah downline ataupun menyimpan wang di dalam dana tersebut untuk sejumlah hari.
Model perniagaan inilah yang sangat tidak solid dan seharusnya tidak ada kompromi untuk menegakkan program-program seperti ini!
1) Bayangkan jika kami dibayar 12% sehari. Setiap minggu, pelaburan kami akan bertambah 144% Setahun? Tunjukkan kami mana-mana syarikat di dunia ini yang mencatat keuntungan sebegitu besar? Syarikat minyak pun boleh bankrap tuan puan kalau bayar dividen sedemikian banyak kepada pelabur.
Jadi jelas, skim-skim ini tidak logik dan tidak mempunyai asas dan model perniagaan yang mantap. Ia tidak wajar diceburi.
Falasi
Jangan tertipu dengan kenyataan sesetengah ahli yang menyatakan mereka telah dibayar. Ya, mereka memang dibayar! Jika mereka tidak dibayar, bagaimana penganjur skim-skim ini hendak menarik (dan menjerat) lebih ramai orang. Dengan membayar ahli-ahli awal, ini akan membina kredibiliti mereka dan lebih ramai orang akan percaya mengenai “sustainability†skim tersebut. Lagipun, bukankah skim ini mengamalkan prinsip Ponzi?
Ponzi
Skim pelaburan yang melibatkan pulangan dividen yang dikaut dari wang yang dilaburkan pelabur baru dan bukan dari keuntungan perniagaan. Skim Ponzi menawarkan keuntungan jangka pendek yang tinggi untuk menarik pelabur baru, di mana wang mereka diperlukan untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Yang seterusnya akan berterusan sehingga tindakan mereka terbongkar ataupun penganjurnya lesap.
Mudah sahaja, bayangkan anda berfikir seperti penganjur skim cepat kaya tersebut, anda mahu RM 100 dari seorang ahli yang bernasib malang, ataupun RM 100000 dari 1000 ahli yang malang?
Perkembangan Terbaru
Sebuah variasi dari skim-skim ini (agak popular di Malaysia) sedang bergelut dengan sebuah syarikat pemproses bayaran yang sedang meningkat naik. Masing-masing saling tuduh menuduh.
Yang menjadi mangsa? PENGGUNA!
Jadi, jauhilah skim-skim seperti ini walaupun ia menjanjikan bayaran lumayan dan walau sesiapun yang mencadangkannya kepada anda. Orang yang cemerlang dan usahawan internet yang sebenar akan menjauhi skim-skim seperti ini. Ia terletak dalam dua katgeori sahaja, perjudian ataupun tindakan kurang bijak. Mudah.
Jika anda mahu menyebarkan laporan khas ini kepada rakan taulan dan saudara mara anda; anda boleh download di bawah;
PDF : Klik Kanan di Atas Ayat Ini dan Pilih Save Target As
ZIP: Klik di Atas Ayat Ini
——————————————-
Bacaan Lanjut:

February 9th, 2006 at 12:20 pm
it’s recommended not to join any autosurf programe now as there’s a big problem with some payment processor.. it’s better to wait for another couple of months for observation..
February 9th, 2006 at 2:28 pm
Syabas saudara Shaiful…
I can’t really understand why people can’t see through all those Internet based Skim Cepat Kaya. You can see in many forums one of the famous AutoSurfs you mentioned have many supporters who actually defend it calling it a legitimate investment program.
I wrote a similar article… would appreciate it if you allowed me to link it. More awareness can only be better : http://wp.peachjon.com/edition_2004_06/2006/01/autosurf-making-money-easy-way-or-is_25.html
February 9th, 2006 at 7:00 pm
kalo dipndang dari view report kat atas nih…mmg ader kebenarannya. Tapi tak salah gak kalo kiter pool duit tuh utk advertising mcm studiotraffic.com
February 9th, 2006 at 7:53 pm
Peluang-peluang sebegini biasanya direbut oleh mereka yang tidak berfikir panjang & banyak ber-alasan.. Saya pun tak tahulah apa yg ada di dalam benak fikiran mereka.. Lebih-lebih yang belajar tinggi-tinggi.. Better gunakan wang yg ada untuk membuka perniagaan internet yg lebih solid & kukuh, serta memberikan pulangan yg jelas..
Saya pernah menjelaskan berkali-kali hal ini kepada mereka yg melakukan program sebegini, tapi antara seperti kata saya di atas, mereka banyak alasan..
Teruskan usaha anda Team Saiful Sham. Sama-sama kita membangunkan bidang perniagaan internet di Malaysia ini.
February 9th, 2006 at 7:59 pm
wyejon:
Good write up!
Well done.
dont bother the defenders, they desperately need downline more than ever now to avoid their “investment” burnt. We just want to alert innocent newbies on the traps laid by their so-called “friends”
Btw, it’s Sabri&Syazwan act, not Saiful…
smktmkl:
Utk laman web yang tidak menjual advertising mengunakan skim ini logik, tetapi utk laman web ecommerce, pakej advertising yang ditawarkan oleh skim-skim seperti ini kurang berkesan, kerana mereka tidak menyediakan “targetted traffic”…
apapun, terpulang kepada pilihan individu, masing-masing berhak membuat pilihan, cuma berhati-hati jgn sampai melanggar undang-undang (jika berkenaan)
Team SaifulSham.com
February 9th, 2006 at 8:30 pm
smartusaha:
tak apa lah jika itu pilihan mereka, paksa-paksa pun nanti kita balik yang kena..
X kisahlah mereka nak sertai perniagaan internet atau tidak, asalkan masih berasaskan konsep keusahawanan sebenar pun sudah memadai..
Kehidupan seharian pun banyak peluang yang boleh diambil…
February 10th, 2006 at 5:23 am
whoops… sori ye abang Sabri & Syazwan
February 11th, 2006 at 9:03 pm
-to kurik and sabri…
-good job.!!! and nice speech time kat uia smlm…
-just nak inform kat korang berdua, aku sempat in profit main program autosurf nie… aku invest $18, aku sempat dapat RM1000 untuk aku guna dalam bentuk cash… skang aku punya payment ader pending USD 1k jgk laaa…
-kepada sesaper yang ader minat join maner2 program autosurf, aku nak nasihatkan supaya korang mesti berani hadapi risiko kalau2 duit korang tu kne kebas…
-berani join, berani tanggung rugi…
-macam aku…
-paling best, try blaja forex…
-itu betul punya bisness…
July 4th, 2006 at 11:28 pm
Perkembangan Terbaru
Sebuah variasi dari skim-skim ini (agak popular di Malaysia) sedang bergelut dengan sebuah syarikat pemproses bayaran yang sedang meningkat naik. Masing-masing saling tuduh menuduh.
Boleh bagi cerita terperinci tak, berkaitan keterangan di atas?
July 5th, 2006 at 12:21 am
Sekarang ni, saya bagi nama terang-terangan la.
StudioTraffic & 12DailyPro
ke 2,2 nya telah linkup (beberapa minggu setelah laporan ini dikeluarkan)
kepada peminat2 program ini mcm2 alasan akan diberi. Antaranya 12dp ditipu oleh StormPay. Jgn terpedaya lah.
Memang kedua-dua program ini salah.
Kami tak berminat lagi nak membicarakan soal ini. Kepada yang masih baru, real business is real business.
October 6th, 2006 at 5:48 pm
Bagus juga ya artikel ini diterbitkan.Sekurang-kurangnya mereka yang sedang menipu atau cuba-cuba untuk menipu akan bertobat… itu yang penting..
February 2nd, 2007 at 11:52 pm
aku nak tau gak samada numenmail ni betul ke tidak,kawan2 aku dah ramai yang pay out ,tapi check dari numenmail tak sampai2,sekarang ni kawasan aku hot ngan e_pay.pening gak aku nak layan budak2 ni utk jadi members e_pay,korang patut sebarkan jika penipuan berlaku dalam paper METRO..
February 25th, 2007 at 11:37 pm
Artikel yang Shaiful and Sham ini ada landasannya.
Point untuk difikirkan
Bagus dilihat secara kasar namun harus dihalusi
implikasinya. Kerana setiap program yang dinyatakan ada yang bertujuan menipu pengguna dan ada juga yang betul2 integritinya. Betul2 Bermanfaat kepada subscribernya. Tak semua program tak betul.
March 9th, 2007 at 12:01 am
jangan tertipu dengan skim-skim mcm ni..saya dah pernah kena 2 kali…nasib tak byk..cuma saya tak halalkn apa org buat kat saya n yang lain - lain..
March 21st, 2007 at 1:21 am
cakap tipu x juga..tpi ada yg dapat rm10000.smpi drg beli laptop yg berharga rm9500..ntalaa..mn stu nak percaya nie.
July 12th, 2007 at 12:21 pm
Numenmail tu menipu ke tidak?