If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Kami bertolak ke UIA pada pagi Jumaat lepas dengan saya memandu kereta ke sana. Perjalanan memakan masa lebih 3 jam dari UTP ke UIA. Suasana sepanjang perjalanan ke UIA agak sibuk pada tengah hari terutama dilaluan Batu Caves kerana persiapan untuk Thaipusam.

Selepas tiba di UIA, kami berehat seketika sambil melihat kembali material presentation kami. Kami membuat editing terakhir sebelum boleh dipersembahkan kepada pelajar UIA.

Jam 8.30, talk mengenai internet bisnes sudah dimulakan. Kami diberitahu oleh pihak penganjur bahawa seramai lebih 80 orang hadir untuk mendengar talk kami tersebut. Satu jumlah sebenarnya tidaklah memuaskan kerana pelajar UIA berjumlah lebih 20,000 sedangkan semasa ketika kami menyampaikan talk di universiti kami, seramai lebih 120 orang hadir daripada jumlah 6,000 pelajar.

Selepas diberi penerangan, penganjur memberitahu mereka tidak sempat untuk mempromosikan secara besar-besaran dan ketika itu pelajar juga sibuk mengambil peperiksaan pertengahan semester.

Talk dimulakan dengan lancar dan apa yang dapat disimpulkan, rata-rata pelajar UIA yang hadir memang berminat untuk memulakan internet dan banyak soalan yang menarik dan bernas daripada mereka. Terima kasih kepada yang bertanya.

Pada malam talk tersebut, kami menyampaikan secara ringkas mengenai idea-idea bisnes diinternet yang sesuai dengan pelajar UIA sendiri. Bermula idea dari tempat pelancongan seperti Genting Highland, Sunway Lagoon, KLCC hinggalah bidang makanan seperti cookies, dan mendapatkan duit melalui blog. Kami juga memberi laporan khas mengenai sistem skim cepat kaya diinternet. Psst, kami sempat mendedahkan sedikit sedutan VCD tutorial kami yang akan disertakan bersama buku yang bakal diterbitkan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd ( lawatilah www.saudagar.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbitan buku tersebut)

Untuk pengetahuan anda, pihak UIA akan mengadakan workshop selama sehari bersama Team SaifulSham pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Dan jika anda berminat untuk menyertai workshop selama sehari ( dari pagi sampai petang) Team SaifulSham di UIA Gombak, sila hubungi Saudara Ali Zulhusni di talian 016-6884127.

Workshop separuh hari ini akan turut dibuka untuk IPTA ibu negara yang berminat. Surat jemputan akan diedarkan kepada kelab-kelab usahawan IPTA. Apa yang dapat kami katakan, inilah peluang anda ( orang awam) untuk mendapatkan seat workshop yang jika diluar bernilai ratusan ringgit pada harga pakej pelajar!

Cepatlah berdaftar jika nak tahu banyak lagi model-model rahsia bisnes kami yang menjanakan smooth income dalam US Dolar sebulan :) ( Hanya didedahkan kepada peserta workshop sahaja)

Bacaan Lanjut: