If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini saya akan membuka satu rahsia yang mungkin tidak ramai orang yang mengetahuinya. Rahsia ini bertujuan didedahkan kerana saya merasakan anda perlu tahu dan bersiap sedia jika ada orang yang menghubungi anda dan menjemput anda untuk menyertai function bisnes tetapi berakhir dengan tragedi!( Hoho, are you ready?!). Sebelum anda menyertai mana-mana perniagaan jualan langsung (MLM), sila baca ini jika anda tidak sanggup ditipu.

Dalam sebulan lepas, sewaktu saya sedang khusyuk menonton perlawanan bola sepak live pasukan kegemaran saya, Manchester United, bapa saya ketika itu sedang berbincang dengan upline nya dianjung tamu. Sedang saya agak boring menunggu bilalah team MU nak score, saya tertarik akan perbualan mereka berdua (psst…curi-curi dengar ni ;p).

Mereka berdua sedang berborak mengenai isu yang hangat diperkatakan dalam dunia jualan langsung (MLM), iaitu sistem basket atau juga dikenali sebagai sistem bulk. Jeng,jeng, nak tahu apakah sistem itu…jom baca apa yang saya curi-curi dengar.

Sebelum itu, seperti yang saya beritahu satu ketika di pos yang lepas, bapa saya adalah antara orang kuat MLM terkemuka di Malaysia dan mempunyai stokis negeri sendiri yang dipegangnya sejak tahun 2002. Disamping menguruskan perniagaan hartanah milik keluarga, beliau juga aktif membangunkan perniagaan MLM.

So, dalam saya curi-curi dengar itu, saya tertarik mengenai isu sistem basket dan bulk. Ini rahsianya.

Sistem basket atau sistem bulk adalah suatu sistem dimana ianya mengkehendaki prospek membayar yuran keahlian yang tinggi yang sebenarnya tidak terdapat dalam pelan pemasaran sesebuah syarikat MLM. Ibarat orang kata, sistem undeground, iaitu syarikat MLM sendiri tidak tahu wujudnya sistem tersebut yang direka oleh ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab. Ia tertumpu kepada menjual network bukannya menjual produk. Dan menjual network inilah sebenarnya adalah bertentangan dengan akta MLM di mana-mana jua negara pun.

Apakah wujud sistem begitu? Jika ya bagaimana?

Ya, memang ada sistem begitu dan wujud jelas di beberapa syarikat MLM terkemuka (maaf, saya tidak boleh dedahkan syarikat tersebut…saya rasa ada kalangan anda tahu). Sistem ini sebenarnya adalah tidak sah disisi undang-undang dan haram tetapi player-player yang menggunakan sistem ini bijak mengaburinya dengan keahlian disertakan dengan produk-produk syarikat. Ia sebagai untuk memenuhi syarat sahaja tetapi fokus dan tujuan utama adalah menjual network.

Jom saya bongkarkan lagi apa itu sistem basket dan bulk? Baiklah, untuk memudahkan cerita, pernahkah anda diminta oleh seseorang untuk menyertai syarikat MLM dengan bayaran ribuan ringgit? Pasti ada.

Sebelum anda dengar seseorang itu menceritakan segala impian dan ilusi menjadi kaya dengan syarikat MLM yang bakal disertai, kaji dahulu pelan pemasaran dan syarat-syarat yang ada. Jangan main langgar tiang dan ikut sahaja apa yang diperkatakan oleh si makhluk yang tidak bertanggungjawab.

Adakah benar terdapat sistem yang menyertai MLM tersebut dengan bayaran sehingga ribuan ringgit. Serius, saya belum mendengar lagi pelan pemasaran yang menuntut yuran mencecah ribuan ringgit oleh mana-mana MLM di Malaysia dan harus mencari downline-downline yang juga akan dikenakan bayaran ribuan ringgit. Jika ya, ia adalah sistem yang direka oleh ahli-ahli MLM tersebut tanpa pengetahuan pihak syarikat MLM itu sendiri. Sistem inilah yang merosakkan nama baik syarikat MLM tersebut dan akhirnya mendedahkan syarikat MLM kepada kegagalan dan menanti saat untuk jatuh.

Sejarah sistem basket ini bermula begini. Asalnya, ia selalu diwujudkan oleh upline-upline yang telah berjaya dan hidup selesa berbangkukan kerusi emas tetapi masih tidak puas untuk menambah keuntungan. Jika ikut sistem dan pelan pemasaran syarikat yang sedia ada, maknanya, lambatlah si upline-upline ini untuk bertambah-tambah kaya.

Maka, bermulalah episod luka dan duka. Si upline ini sudah tentu pakar dengan pelan pemasaran syarikat dan mereka tahu cara dan bagaimanakah untuk kaya cepat dengan mengekploitasikan pelan pemasaran syarikat sedia ada. Dengan perancangan yang bijak ini, mereka dengan sendirinya membuat sistem underground, yang mengkaburi ramai orang.

Caranya, join MLM dengan bayaran ribuan ringgit. Cari downline dengan bayaran setiapnya juga ribuan ringgit. Contoh: Join dengan bayaran RM 1000. Kalau nak dapat balik modal, carilah 4 orang downline dengan setiap satu membayar RM 1000. Si upline ini akan menyusun downline-downline mengikut pelan pemasaran syarikat dan mengaut keuntungan besar.Sistem ini akan berterusan sehingga ke bawah-bawah.

Apa yang saya katakan sistem ini salah adalah sistem sebegini tidak menjual produk. Memang jika anda join, anda akan diberikan produk tetapi itu hanya sebagai syarat untuk mengaburi kewujudan sistem itu yang sebenarnya menjual network. Ada 2 cerita akan terjadi melalui sistem ini iaitu cerita gembira dan cerita malapetaka.

Cerita gembira akan terjadi kepada upline-upline yang membuat sistem ini. Mereka akan bertambah kaya dengan cepat. Ada juga downline akan kaya tetapi biasalah, ia sememangnya ada sebagai mengaburi bahawa sistem ini adalah sah kerana apabila ada downline yang berjaya, sudah tentulah sistem itu dikatakan betul dan benar.

Tetapi tuan-tuan dan puan-puan, ada cerita malapetakanya juga. Saya nak bertanya, jika tuan-tuan dan puan-puan melaburkan sehingga ribuan ringgit dalam syarikat MLM tersebut melalui sistem basket seperti itu, apa reaksi tuan-tuan dan puan-puan. Sudah tentu anda semua tidak panas punggung memikirkan bagaimana nak dapatkan balik modal tersebut.

Jika yang cetek pengetahuan menyertai sistem ini, beliau akan sedaya upaya untuk mendapatkan beberapa orang menyertai sistem ini untuk cepat-cepat mendapatkan balik modalnya. Haha, bertambahlah sengih si upline-upline kerana orang yang menyertai sistem ini seolah dipaksa mencari downline. Jika tidak, hanguslah duit ribuan ringgit.

Makin ramai yang menyertai sistem ini, makin bertambah kaya berganda-ganda si upline ini. Jika orang yang menyertai sistem ini dari golongan yang tidak biasa berbisnes, apakah beliau mampu mencari beberapa downline untuk mendapatkan balik modalnya yang dihabiskan ribuan ringgit.

Saya nak tanya, siapa yang teraniaya? Siapa? Upline kaya-raya, si downline berhabis masa dan bertubi-tubi mencari prospek hanya untuk mengkayakan si upline. Kalaupun si downline berjaya mendapatkan balik modalnya, si upline itu berjaya mendapatkan berganda-ganda wang. Sebab itu saya katakan, sistem ini memaksa anda menjual network bukan menjual produk.

Sebab itu sistem basket adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Menjual secara basket tidak akan kekal lama dan hanya menunggu sahaja untuk jatuh.

Jika anda tahu mana-mana sistem sebegini, laporkan sahaja kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan bertanya sendiri kepada syarikat MLM tersebut. Sebabnya, orang yang buat sistem ini bukan si syarikat MLM tetapi ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab.

Dengan sistem beginilah, nama MLM buruk dikalangan masyarakat. MLM tidak salah tetapi ahli yang tamak yang membuatkan MLM itu cacat dan buruk dimata kita.

Moga anda dapat maklumat berguna mengenainya. Jika masih tidak faham sistem basket, jangan malu dan jangan segan. Tanya kami dan kami akan jelaskan dengan lebih lanjut jika masih tidak clear penerangan kami.

Sekian, jumpa lagi kalian semua.

Bacaan Lanjut: