Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Seperti yang telah saya janjikan, hari ini kami akan bercerita mengenai satu lagi teknik internet marketing. Blog. Blog adalah singkatan kepada Web Log ataupun dalam bahasa mudahnya Online Journal (Diari Online).

Secara amnya, blog dikelaskan sebagai sebuah laman web yang senang dibina, senang dikemas kini dan mempunyai struktur organisasi yang tersusun dan kemas. Malah, SaifulSham.com sendiri adalah blog! ;)

Dari aspek perniagaan Internet, blog memainkan 2 peranan utama iaitu;

1) Wadah merapatkan penjual dan pembeli (melalui produk update, review, update dan support)
2) Alat menarik search engines ke laman web

Sejak faedah blog kami rasai sendiri dalam eksperimen yang kami jalankan kira-kira setahun lepas, blog telah menjadi salah satu elemen dalam “checklist” memulakan perniagaan Internet kami. Setiap model perniagaan kami wajib ada satu blog untuk menyokongnya, dan alhamdulillah, strategi ini boleh dikatakan berjaya.

Mengapa kami katakan begitu?

Pertamanya, blog (yang sentiasa dikemaskini) lebih mudah disenaraikan di enjin carian berbanding laman web biasa. (seminggu sudah pasti, sehari tidak mustahil)

Keduanya, blog lebih mudah dioptimisasi untuk enjin carian berbanding laman web biasa. Blog juga boleh diubah mengikut keperluan pada satu-satu masa.

Anda boleh membina blog percuma di Blogger.com Wordpress.com dan anda akan diberikan url subdomain sebagai alamat laman web anda. Tapi bagi kami, kami menggunakan subdomain dari laman web jualan tersebut untuk blog terbabit kerana kami mahu menikmati sepenuhnya hasil SEO yang dijalankan.

Strategi Menggunakan Blog;

1) Blog perlu sentiasa dikemaskini menggunakan artikel (content) yang menggunakan targeted keyword mengikut keperluan laman web jualan.
2) Blog tersebut mempunyai banyak link menuju ke laman web jualan yang disadurkan dengan penjelasan yang sesuai.
3) Bahkan di dalam kes ekstrim, adakalanya blog kami tidak mempunyai link lain selain link ke laman web jualan kami.

Satu kes dunia nyata: SaifulSham.com digunakan untuk menarik pelawat ke Saudagar.com.my. Bayangkan Saudagar.com.my tanpa SaifulSham.com sudah tentu Saudagar.com.my terpaksa bersaing dengan ribuan laman web lain yang lebih establish. Sudahlah Saudagar.com.my hanya satu muka! Ini mungkin menjejaskan peluang kami untuk menarik perhatian pengguna internet terhadap fasa prapelancaran buku kami.

Tetapi dengan menggunakan pengaruh (leverage) SaifulSham.com, Saudagar.com.my dapat dipopularkan dengan berkesan dan mudah.

Terbongkar satu lagi rahsia pemasaran kami… ;)

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Teknik Perniagaan Internet | Optimisasi Search Engine | Terbukti!
  • Be Creative and TRY!
  • Sesi 1 Tips Menulis Blog Popular : Personaliti & Update
  • del.icio.us:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-digg:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-spurl:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-wists:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-simpy:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-newsvine:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-blinklist:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-furl:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-reddit:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-fark:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-blogmarks:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-Y!:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-smarking:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-magnolia:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog-segnalo:Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog
    Posted Thursday, March 9th, 2006 at 4:04am
    Filed under General, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

    8 Comments on “Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog”

    1. Idzuan

      Ya..blog pada masa kini sudah mencari trend bukan sahaja untuk kegunaan perniagaan tetapi juga untuk kegunaan persendirian ( personal ) Mengikut apa yang telah saya baca dan cari, di luar negara blog dijadikan satu sumber pendapatan yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar. Pada masa kini terdapat individu yang menjadi blogger sepenuh masa dimana kehidupan mereka bergantung kepada hasil daripada blog. Terdapat juga individu dalam negara kita ini dan salah satu individu yang saya ketahui ialah Liew, liewcf.com.

      Kos untuk membina blog adalah amat rendah dan bagi saya ianya amat sesuai untuk dicuba oleh sesiapa yang baru ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet :) Saya juga tidak terkecuali mencuba untuk membina blog dan hasilnya anda dapat lihat di websitenode.com

      Saya ingin bertanyakan pendapat saiful sham di sini. Adakah saya patut menulis di dalam bahsa kita tau teruskan sahaja dengan menulis dalam bahasa inggeris :)

    2. Saiful Sham

      Idzuan,

      tahniah kerana telah memulakan langkah pertama dan sentiasa cuba menambah pengetahuan.

      Sebenarnya, ia bergantung kepada objektif blog tersebut.

      Saya lihat blog Idzuan menekankan Adsenses dan program2 PPC & program affiliates yang lain. Jadi blog Idzuan lebih sesuai menggunakan bahasa Inggeris.

      Namun, saya lihat Idzuan sedang melakukan eksperimen dengan menggunakan bahasa melayu.. good job! :) Teruskanlah, nanti kalau ada hasil yang menarik dan di luar jangkaan kongsilah bersama kami.

      Kenapa blog adsense better bahasa inggeris?
      -lebih banyak pilihan iklan dapat disiarkan
      -keyword english lagi banyak persaingan dari pengiklan, nilai klik lagi mahal.
      -mengelakkan dari “Iklan Khidmat Masyarakat Google” terpapar jika tiada iklan bahasa melayu berkaitan.

      Dan kemungkinan besar ranking search engine untuk keyword english juga boleh ngetop ;)

      Berbanding dengan keyword bahasa melayu yang lebih kurang bilangan searchernya.

      btw, just sharing. SaifulSham.com sebenarnya blog dwi bahasa. Cuma sekarang kami dalam fasa intensif pra pelancaran buku, so kami nak maksimakan hasil SEO dan kegiatan pemasaran kami. Sebab tu kami guna BM

      I’allah, sekarang kami sedang perlahan-lahan meng dwibahasakan kembali blog ini.

      Oh ya.. ini lah juga satu-satunya blog kami yang ada bahasa melayu. Blog2 lain yang menjadi satelit laman web jualan yang lain semuanya berbahasa inggeris.

      Harap maklumat ini dapat membantu. :)

    3. smartusaha

      Saya setuju bawah blog memang mudah untuk digunakan. Lebih2 kepada mereka yang tak tahunak bina website. Anda just setting sana sini, then siap.. hehe.. Just perlu taip isi jer..

      Bab buat duit dengan blog, saya tak der apa nak cakap lah sebab ia memang dah terbukti.. Lebih2 kalau blog kita tu ‘panas’ dan hot.. Hehe, sama lah tu hot dan panas.. Maksudnya blog kita ni banyak trafik. Tapi ketahuilah, untuk tarik trafik tu anda perlu berusaha dengan sabar. Betul tak saifulsham? Saya dah hampir 10 bulan ber-blog. Alhamdulillah, sekarang dah nampak sikit trafik yg sentiasa meningkat dari hari ke hari. Salah satu rahsianya ialah SEO..

      Salah satu buat duit dengan blog ni adalah letak adsense. So dengan ramainya pengunjung, insyaAllah bilangan klik tu akan banyak. +++ kalau keyword kat blog anda tu tinggi nilainya. Sekali klik USD30 katakan (tak mustahil).. Tak ker masyuk tu.. Tapi blog anda mestilah dalam BI.. ;-)

      Sekali lagi saya katakan, tiada jalan singkat untuk berjaya. Saya juga masih dan baru belajar.. Sikit2 lama2 jadi bukit. Bukan banyak2, lama2 hilang entah ke mana (skim cepat kaya.. huhu).

    4. robotys

      Memang tidak disangkal lagi.! Lebih2 lagi dengan penyebaran blog dan penerimaan surfer akan relevansi maklumat yg di sampaikan oleh blogger semakin meningkat. Ini bermaksud blog bukanlah celoteh peribadi yg entah apa2 lagi seperti bangun pagi-gosok gigi-pegi kerja-balik n tidur. :) Blog kini menjadi medium yg amat berkesan untuk pelbagai kegunaan yg kebanyakannya berkaitan maklumat.

      Ada sedikit pertanyaan.. saya baru sahaja terbaca mengenai SEO utk blog tetapi kurang faham bagaimana mahu melakukannya. Selain “Blog-n-Ping”, adakah cara lain yg boleh somebody ceritakan mengenai SEO blog dengan berkesan. Bukanlah mahu mencapai ranking #1 asalkan tersenarai di first search pun sgt berbaloi. Adakah apa2 panduan atau langkah2 yg boleh saya lakukan? Buat masa ini saya hanya menggunakan blogger.com utk blog saya.. test the water first.. :)

    5. Saiful Sham

      tunggu lab report kami robotys… menarik! :)

    6. smartusaha

      Salah satunya adalah keyword. Dan hal ini tak dapat disangkal lagi sebab kebanyakan yang datang ke blog saya adalah melalui enjin carian yahoo dan google. Saya menganalisis, bukan hanya berkata.. :-)

      Nak test? Cuba taip perkataan ‘perniagaan internet’ (tanpa quote). Dan lihat website / blog saper no 1 yer.. ;-) Dan lihat juga blog saifulsham juga berada di ranking top ten..

      Tapi ingat, tak semua orang menggunakan keyword tersebut, jadi anda perlu mengkaji apakah keyword yang selalu digunakan oleh orang yg mencari dengan menggunakan tools yang ada di internet. Anda perlu mempelbagaikan penggunaan keyword yang famous tersebut di dalam blog anda.

      Dari hari ke hari, persaingan semakin hebat di Malaysia. Rata-rata sudah sedar dan mahu membicarakan mengenai perniagaan internet. Saya yakin, suatu masa nanti, blog dalam di dalam bahasa melayu akan bertambah membincangkan hal ini. Mengenai bincang hal yg bangun pagi dan gosok gigi tu, bukan tak boleh, tapi anda cukup menyelitkannya di dalam blog anda.. Dan elakkan buat blog yg hanya membazirkan masa anda tanpa ada pulangan sewajarnya. Walaupun kita memberikan maklumat secara percuma, tetapi at least kita menggunakan sedikit cara untuk support pengurusan blog kita. Masa sekarang amat bernilai di samping anda perlukan sedikit ‘dana’ atau wang untuk selenggarakan blog anda seperti kos hosting lebih2 lagi jika blog anda memakan bandwidth yang tinggi. Lain lah wang bukan masalah bagi anda..

      Jadi robotys, pertama sekali adalah anda kaji keyword apa yg selalu diguna orang / keyword yang famous. Atau blog anda tu membincangkan sesuatu yang niche/unik.. InsyaAllah blog anda akan berada di antara yg tertinggi di senarai enjin carian.

      Lain-lain cara, kita bincang lain kali.. ;-)

    7. Idzuan

      Terima kasih di atas komen Saiful Sham :) saya berharap Saiful Sham akan terus maju kehadapan dan mempergiatkan lagi usaha untuk memberi pendedahan kepada masyarakat kita berkenaan peluang di internet. Best of luck :)

    8. ARRAZI

      terima kasih team saifulsham.saya ni tergolong di kalangan orang yang baru belajar pasal perniagaan internet.boleh bagi komen tentang blog saya.pembaca-pembaca lain bagilah komen yang membina untuk saya menghasilkan blog yang baik cemerlang,gemilang dan terbilang :lol:

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.