Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Seperti yang telah dijanjikan, malam ini saya akan menulis lab report mengenai eksperimen SEO (Optimisasi Enjin Carian) selama 5 hari yang telah dilakukan oleh Team SaifulSham.com baru-baru ini.

Laporan makmal ini tiada niat lain. Kami hanya mahu membuktikan, sebagai usahawan internet sebenar, kami tidak berkata secara teori sahaja, tetapi kami membuktikan, bahawa teknik SEO mudah kami lebih berkesan dan efektif, sekaligus menarik lebih ramai bakal pembeli buku kami yang bakal berada di pasaran Mac ini. Di samping itu, kami mahu meyakinkan pembaca dengan membawa bukti secara REAL TIME, bahawa anda juga boleh mencapai keputusan seperti yang kami capai.

Kaedah ini akan membantu mengatasi masalah:

1) Laman web lambat disenaraikan di enjin carian (khususnya Google)
Sesetengah pembaca melaporkan mereka memerlukan berminggu-minggu hingga berbulan-bulan lamanya untuk disenaraikan Google. Dengan teknik kami, anda boleh disenaraikan dalam tempoh seminggu. (kajian kes kami 24 jam sahaja)

2) Menduduki muka surat pertama natural Search Engine Result Page (SERP) bagi sebarang keyword pilihan dengan persaingan sederhana.

Andaian (assumptions)

1) Yahoo adalah enjin carian yang paling mudah dioptimisasi secara konsisten. MSN pula mempunyai kriteria carian yang kurang konsisten, manakala Google mengambil sedikit masa untuk menyenaraikan laman web yang dioptimisasi bagi keywords yang diingini.
(namun, laporan ini akan menyentuh bagaimana untuk mengoptimisasi laman web bagi ketiga-tiga enjin carian bagi mendapatkan keputusan yang boleh diterima (acceptable)

2) Kata kunci yang dipilih adalah keyword yang sederhana tahap persaingannya. Iaitu, kurang dari 5 juta laman web. Kebanyakan keyword bahasa Melayu jatuh dalam kategori ini.

3) Mungkin sesetengah individu yang lebih mahir, laporan makmal ini seperti setitik air di lautan, tetapi bagi mereka yang masih tercari-cari cara untuk menyenaraikan laman web di Google, Yahoo & MSN dan masih kabur mengenai teknik SEO, maka laporan ini sangat berharga.

4) Kedudukan di enjin carian secara umum sebenarnya bukanlah perkara utama. Sebaliknya, kedudukan bagi keywords yang selalu digunakan orang ramai untuk mencari sesuatu “terma” adalah lebih penting. Teknik ini hanya menunjukkan contoh, terpulang kepada anda untuk mengaplikasikannya kepada keyword pilihan.

Prosedur

1) Pilih kata kunci (keyword) yang diingini. Terma pilihan bagi eksperimen ini adalah “Teknik Internet Marketing”

2) Masukkan terma kata kunci tersebut di dalam tag tajuk laman web anda.
Buku kami mengandungi tutorial video yang menunjukkan bagaimana proses ini dilakukan.

3) Kami menulis satu artikel yang mengandungi keyword tersebut. Keyword tersebut menggunakan font bersaiz sederhana sekali dan di boldkan sekali.

4) Kami cuba menaburkan keyword tersebut di dalam petikan-petikan lain laman web tersebut untuk mencapai “keyword density”. Dalam bahasa mudahnya keyword tersebut diulang beberapa kali di dalam laman web tadi.
Awas! Jangan melampau. Ulang sekadar 2-4 kali sudah mencukupi.

4) Kami membuat link dari sebuah blog yang sentiasa di update menggunakan keyword tersebut sebagai anchor text.

5) Kami mendapatkan one-way link dari 2 laman web berprofil tinggi. (relevan dan mempunyai page rank yang tinggi)

6) Kami mendapatkan link dari beberapa laman web-laman web biasa.

Keputusan

Hasilnya pada hari ke-3 kami telahpun berada di muka surat pertama. Namun, kami menunggu sehingga hari kelima untuk berada pada tangga yang lebih tinggi.

Di dalam buku kami, kami ada menceritakan cara memilih keyword yang sesuai untuk sesebuah laman web. Kami juga berkongsi beberapa peralatan percuma yang boleh digunakan untuk membantu proses ini. Proses ini ditunjukkan dengan lengkap di dalam tutorial video yang disertakan percuma dengan buku tersebut. Jangan lupa dapatkan buku tersebut dipasaran Mac ini.

Keputusan Bergambar (klik di sini)

Hipotesis Di terima.

Kaedah SEO mudah ini terbukti berkesan dan boleh diguna pakai untuk membantu proses optimisasi enjin carian dan seterusnya proses pemasaran perniagaan Internet.

Soalan:

Adakah kaedah ini berkesan untuk laman web berbahasa Cina? (WTJ)
Ya, boleh. Tetapi untuk carian dan keyword bahasa cina sahaja lah.

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Teknik Perniagaan Internet | Optimisasi Search Engine | Terbukti!
  • Rahsia SaifulSham.com | Teknik Internet Marketing Melalui Blog
  • Tips untuk online store - sebuah lagi tips khas konvensyen!
  • del.icio.us:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-digg:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-spurl:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-wists:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-simpy:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-newsvine:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-blinklist:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-furl:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-reddit:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-fark:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-blogmarks:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-Y!:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-smarking:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-magnolia:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine-segnalo:Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine
    Posted Friday, March 10th, 2006 at 11:23pm
    Filed under General, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS

    8 Comments on “Teknik Internet Marketing | Perniagaan Internet | Kaedah Optimisasi Search Engine”

    1. hias

      Baru semlm terpikir mcm mana cara nak SEO ni. Nasib baik terbukak hati nak tinjau web nih. Good job to you all!! And thanks for the tips. I will not miss to buy ur book!

    2. smartusaha

      Kat enjin carian tu, di mana ada saifuksham.com, insyaAllaj kat situ ada URL blog smartusaha.com. Hehe.. Boleh saifulhsam bagitahu tak, kenapa ranking kita selalu berubah? Adakah sebab pertambahan keyword density oleh website lain? Soalan ni masih tak terjawab lagi bagi saya.. Hmm..

    3. Saiful Sham

      Smartusaha,
      Mungkin juga ya, mungkin juga tidak.

      Yang selalu berubah tu di Google je kan? Algorithm google masih lagi misteri dan kami pun masih mencari2 jawapan. tapi pada kami, asalkan stay first page pun jadi la.

      jawapan plg hampir kepada apa yg kami tahu. Enjin carian google terdiri dari beberapa datacenter yang berbeza. Setiap datacenter ni menggunakan algorithm yang hampir sama, tetapi sedikit berbeza. Maka sedikit perbezaan itu lah yang menyebabkan kedudukan kita berubah-ubah sebab kita tak guna data center yang sama setiap kali search.

      Itu mengikut pemerhatian kami sahaja lah. Mungkin betul, mungkin salah :)

    4. robotys

      Yay! :D Thanks team saifulsham.. jasamu akan ku kenang… :)

      By the way, how you make link from other people blog/website? So far, kalau macam team saifulsham ader ruang classified adalah mudah tapi bagaimana untuk yg lani..? Musykil nih…

      Thanks again for the post.. BEST! ;)

    5. robotys

      Opss.. sori tertinggal 1 lagi soalan simple… Utk blog pun sama ya prosedur nya?

    6. Saiful Sham

      haa. rahsianya ada dalam buku kami caner nak buat link dari laman web orang :)

      search keyword + “Add link” kat goole. hasil carian pasti ada ynag menawarkan ruangan untuk memasukkan link ke laman web kita. mudah sahaja bukan? ;)

      itu salah satu teknik yg ada dalam buku kami :)

      ya, blog pun same.. mcm tu juga caranya..

    7. robotys

      Konfem kena beli buku tu! Bila ya akan ada di pasaran? Ada rumours mengatakan di pesta buku nanti? (psst: saya kenal puan Ainon PTS and beberapa org sahabat saya pun adalah penulis PTS) :)

    8. smartusaha

      saifulsham, saya amat pelik! Pada hari sabtu lepas (11/3/06), apabila menaip keyword ‘perniagaan internet’, blog saya sentiasa no 1 di Google dan saifulsham.com no 2. Tapi pada malamnya sehingga hari ini (13/3/06), blog saya jatuh merudum pada pagerank yg ke-2.

      Adakah kerana saya menggunakan keyword perniagaan internet berulang kali? Keyword ini nak tak nak saya terpaksa gunakan kerana setiap kali post saya, ia kena digunakan. Word apa lagi yg nak digunakan selain keyword ini..

      Saya ada terbaca, kalau kita menggunakan keyword yg sama scr terlampau, ia menyebabkan site kita ‘jatuh’ dari rank.. Saya kurang pasti.. Maybe saifulsham boleh menjawab.. :-(

      p/s: Sebaliknya salah satu subdomain (direktori artikel saya) yg jadi no 1 pulak. Blog sy jatuh mendadak.. At least kalau boleh tangga ke-10 pun jadilah.. :-(

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.