Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca setia SaifulSham,

Hari ini saya berada di PWTC untuk mempromosikan buku terbaru tulisan saya dan Sabri yang baru sahaja panas dicetak dari kilang percetakan.

Sambutan yang diberikan amat-amatlah menggalakkan sehinggakan buku kami “Rahsia Buat Duit Dengan Internet di kategorikan buku paling laris PTS dijual di PWTC! Terima kasih anda semua.

Untuk pengetahuan anda yang berminat untuk ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC, anda masih berkesempatan untuk beramah mesra, bertanya, dan apa jua cadangan untuk dikongsi bersama pihak SaifulSham.com.

Esok, ahad, kami akan berada di PWTC bermula pukul 11.00 pagi sehingga petang. Diharapkan pembaca-pembaca SaifulSham yang setia yang tinggal berhampiran Lembah Klang tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi Pesta Buku kali ini.

Kami memberikan jaminan kepuasan kepada anda dengan membeli buku kami yang sarat dengan maklumat terkini perniagaan untuk memulakan perniagaan internet ditambah VCD (menerangkan cara-cara membina laman web, menerima payment processor, marketing).

Yang menariknya, untuk pesta buku kali ini, Harga dikurangkan sebanyak 30 peratus!! Bermakna anda akan membeli buku kami pada harga RM 21 bukannya RM 30 (harga sebenar).

Ingat harganya cuma RM 21 untuk Pesta Buku kali ini sahaja.

Untuk pembaca SaifulSham yang lain, pihak PTS telah memberikan maklumat bahawa buku kami akan mula memasuki bookstore mulai minggu hadapan. Ini kerana pihak PTS amat sibuk menguruskan Pesta BUku Antarabangsa dan hanya sempat membawa buku kami di Pesta Buku tersebut.

Buat penempahan online, beri kami masa sehari dua lagi. Kami akan menyiapkannya secepat mungkin.

Terima kasih atas sokongan anda semua yang tidak berbelah bahagi.

Jumpa kami di PWTC esok!

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Team SaifulSham.com Di PWTC Sabtu & Ahad ini
  • Kejutan! Kejutan! Kejutan!
  • Penempahan “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”
  • del.icio.us:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-digg:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-spurl:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-wists:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-simpy:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-newsvine:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-blinklist:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-furl:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-reddit:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-fark:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-blogmarks:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-Y!:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-smarking:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-magnolia:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC-segnalo:SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC
    Posted Saturday, March 25th, 2006 at 9:21pm
    Filed under General | RSS

    12 Comments on “SaifulSham di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC”

    1. robotys

      Sama-sama.. :D (penyokong setia saifulsham)!!

    2. ezam

      saya ke pesta buku dlm jam 11pg sampai…
      bile dah kat booth PTS, bertanya pasal buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”, sale girl PTS kata buku itu masih di mesin printing…so kecewa tak dpt beli…emm mungkin lewat sikit ia di bawa ke pesta buku (petang kot)…yela pihak saifulsham pun kata die ada kat sana..dlm jam 11 hingga 1130 tak de..so maybe petang…

    3. robotys

      Hmm. patik pegi dlm kul 1 kot. Dah ader dah buku tuh. Sempat gak la bertegur ngan Syazwan kat situh. Ader offer lagik 30%. So, rugi la kalau tak beli masa pesta buku nih.

      ps:- Jgn tersesat masuk ker pameran Direct Selling Conference sudah.. pintu masuk sebelah-menyebelah jer.. :P

    4. A.Q

      Salam sejahtrera…

      saya pernah bertanyakan tentang kehadiran buku ini kat kedai2 buku kota bharu melalui email, namun mungkin agaknya saudara berdua agak sibuk, jadi tak sempat menjawab email saya.

      Memandangkan berada jauh, saya tak dapat mengunjungi pesta buku kali ini walaupun ingin sangat ke sana.

      Apa2 pun diharap borang tempahan online dapat disiapkan secepat mnungkin.

    5. are-lee

      huhu…aku jadi pembeli pertama yang membeli buku rahsia wat duit ngan internet!

      dah go through buku tuh…mula mula tak paham tapi lepas tgk cd terus nampak sume!!! memang masyuk! baru aku tau camne nak wat kedai dalam internet…

      congratulation curixs and sabri!! may Allah be with you and all of us!!

      cover buku ada embos…so memang syok raba raba kulit buku tu…haha

    6. ezam

      dah beli dah buku tu…tadi dlm kul 230 beli kat Pesta Buku..n dpt jumpa Syazwan…a ah memang ada discount 30%..so dpt RM21 drp harga asal RM30…

    7. syamim

      aiyyaaa….balik dari pwtc, g lepak kat mid jap…balik kolej kul 11.00 malam…hahahaha…pesta buku yang agak menarik (1st time g book fair) =>

    8. dynn

      dah cari kat MPH apsal tak de jual lagi haa??

    9. Saiful Sham

      Dynn,

      Perhatian : Buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” masih belum boleh didapati di kedai-kedai buku. Pihak penerbit masih sibuk dengan urusan Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC, kemungkinan ianya berada di kedai buku bermula lewat minggu ini ataupun pada minggu hadapan.

      Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang, penempahan online adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” berbanding untuk menunggu ianya berada di keda-kedai buku. Harganya masih sama RM30 (termasuk kos penghantaran).

    10. ADie

      TQ sebab banyak beri tunjuk ajar masa saya jumpa syazwan di PWTC. Hope 2 see U again, and share more exprience

    11. m cop3

      selamat sejatera ke pada saudara.saya sangan berminat tentang perkembangan anda sila e-mail malumat terkini anda pada e-mail saya.saya juga ingin berkongsi laman web yang menyediakan clip art secara percuma pada anda mungkin ini dapat membantu mereka yang telah melawat ke laman ini dan dalam peringkat membina laman web berdasarkan pansuan dari buku saudara atau dari sumber lain laman web ter sebut http://www.geocities.com/money_awards/ bagi saya ianya sangat ber guna

    12. m cop3

      selamat sejatera ke pada saudara.saya sangan berminat tentang perkembangan anda sila e-mail malumat terkini anda pada e-mail saya.saya juga ingin berkongsi laman web yang menyediakan clip art secara percuma pada anda mungkin ini dapat membantu mereka yang telah melawat ke laman ini dan dalam peringkat membina laman web berdasarkan panduan dari buku saudara atau dari sumber lain laman web tersebut http://www.geocities.com/money_awards/ bagi saya ianya sangat berguna

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.