Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca setia SaifulSham,

Hari ini saya nampaknya berasa sangat energetik untuk menambah satu pos mengenai perniagaan internet. Dan bertuahnya, hari ini saya akan berkongsikan pengalaman Team SaifulSham menggunakan 2checkout.com sebagai penyedia akaun merchant kepada kebanyakan laman web perniagaan kami.

Mm, saya rasa saya tidak akan mengulas panjang mengenai apa itu 2checkout kerana semuanya sudah saya karangkan di dalam buku terbaru “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”. Anda boleh membuat tempahan secara online di www.saudagar.com.my atau dapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC hujung minggu ini (kami akan berada di sana)

Apa-apa pembelian secara kad kredit di laman web kita akan diuruskan penyedia akaun merchant tersebut. So, tidak perlu pening kepala untuk menanggung risiko terhadap kad kredit pelanggan kita kerana semuanya diuruskan oleh penyedia akaun merchant tersebut.

Apabila bercakap mengenai 2checkout, saya tidak melihat ramai rakyat peniaga internet Malaysia menggunakannya sebagai penyedia akaun merchant mereka. Rata-rata dari laman web yang pernah saya kunjungi menggunakan StormPay, Paypal dan sebagainya.

Jika orang bertanyakan kepada saya mengenai fleksibiliti, saya lebih suka menjawab “2checkout sesuai untuk peniaga produk fizikal diinternet, dan Paypal untuk produk digital”. Baiklah, mengapa tidak Clickbank?

Ya, saya dan Sabri menceburi bidang perniagaan internet selepas ClickBank menyenarai hitamkan Malaysia. Jadi, tidak wajar sama sekali saya melobi Clickbank sebagai yang penyedia akaun merchant terbaik untuk produk digital.

Namun demikian, ada kalangan orang Malaysia tidak berani menggunakan 2checkout kerana pertamanya, saya pasti kos yang dianggap mahal berbanding Paypal (percuma).

Sebenarnya, pada pengamatan saya selaku peniaga internet sendiri, 2checkout mempunyai kelebihan yang tidak boleh ditandingi PayPal (bagi penggunaan di Malaysia). Sebab utamanya, kos USD 49 yang dikenakannya hanya sekali seumur hidup. Yang penting adalah penghantaran cek yang dilakukannya ke rumah anda.

Paypal tidak boleh langsung~. Sebab itulah saya mencadangkan “2Checkout” adalah baik jika anda menjual produk fizikal dan “Paypal” adalah baik jika anda menjual produk digital.

Walaupun ada perkhidmatan yang dibuat oleh sesetengah individu yang ingin membeli akaun paypal anda, tetapi anda harus ingat, individu tersebut menjalankan perniagaan, maka beliau tidak akan membeli akaun Paypal anda mengikut nilai ringgit di pasaran terbuka. Ringgit mungkin berlegar pada paras RM3.70= 1 USD tetapi individu selalunya akan membeli nilai yang lebih rendah, mungkin RM3.00=1 USD.

Disini, anda akan kehilangan banyak wang dan bakal berdepan risiko kerugian jika anda menjual produk fizikal yang umumnya tahu kadar keuntungannya tidaklah tinggi. Sebab itu, PayPal sesuai untuk produk digital (untuk rakyat Malaysia) kerana walau apapun nilai ringgit berada, anda masih untung.

Katakan contoh produk digital anda ialah e-book. Selepas pelanggan membayar, beliau boleh memuat turun e-book tersebut. E-book tidak memberikan anda kos yang besar seperti buku yang dicetak. Maka kos anda hampir kosong. Jadi, jika anda menggunakan Paypal sebagai penyedia akaun merchant, maka tiada masalah jika anda menjual akaun Paypal anda walaupun dengan harga RM1=1 USD kerana anda masih untung!

Berlainan dengan produk fizikal, jika anda tetap berdegil mahu menggunakan PayPal, maka anda mungkin terpaksa menaikkan harga barangan supaya mencatatkan keuntungan yang munasabah. Apabila anda menaikkan harga barangan, secara tidak langsung anda mengurangkan tahap kompetitif anda berbanding pesaing anda.

Sebabnya, orang Malaysia tidak dapat menukarkan dana Paypal kepada nilai ringgit (yang pasti paypal tidak menghantar cek ke rumah anda). Maka, anda mungkin terpaksa menjual dana PayPal anda kepada tukang pembeli akaun Paypal pada harga yang rendah. Untuk produk fizikal, menggunakan PayPal dilihat tidak fleksibel.

Satu sebab lain saya tidak mencadangkan menggunakan 2checkout untuk produk digital adalah sistem 2checkout amat lemah untuk ini. Kalau anda menjual e-book menggunakan 2checkout sebagai kaedah bayaran di laman web anda, dan jika terdapat pembeli dilaman web tersebut, beliau akan dibawa ke link untuk memuat turun e-book yang dibeli.

Kelemahan utama 2checkout disini ialah tahap sekuriti. Saya sudah menyaksikan banyak kes kecurian untuk produk digital yang menggunakan 2checkout. Sebabnya, jika anda tahu teknik dan cara, anda boleh melangkah ke link untuk memuat turun produk e-book tanpa perlu membuat bayaran. (Bagaimana caranya…hehe maaf tidak boleh ajar…nanti saya berdosa kerana mengajar orang mencuri ;p).

Sebab itu jika anda masih mahu menggunakan 2checkout dilaman web anda yang menjual produk digital, jangan beri pelanggan link untuk memuat turun. Seboleh-bolehnya hantar melalui e-mail. (Tetapi kadangkala, jika file yang hendak dihantar terlalu besar, e-mail tidak sesuai kerana selalu menyebabkan sesuatu file yang dihantar korup).

Jadi, begitulah kisah sedikit sebanyak mengenai penyedia akaun merchant. Yang mana terbaik sebenarnya terpulang bagi anda tetapi jika sekali lagi anda bertanya saya soalan sedemikian, saya akan menjawab. “2checkout untuk produk fizikal”……”PayPal untuk produk digital”.

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Rahsia disebalik Petua Pengiklanan Berkesan
  • Pengajaran di sebalik CTOS
  • Why People Are So Scared Of Failing?
  • del.icio.us:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-digg:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-spurl:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-wists:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-simpy:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-newsvine:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-blinklist:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-furl:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-reddit:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-fark:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-blogmarks:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-Y!:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-smarking:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-magnolia:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah-segnalo:Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah
    Saya Tidak Mahu Baca Artikel Seperti Ini LagiTerima kasih Kerana MenulisArtikel Ini Bagus, TQ!Saya Banyak Belajar Dari Artikel Ini!Saya Mahu Lagi Banyak Artikel Macam Ini (1 undi, purata: 4 dari 5)
    Loading ... Loading ...
    Posted Friday, March 31st, 2006 at 3:03am
    Filed under General, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    6 Comments on “Menerima Bayaran Di Internet Dengan Mudah”

    1. linn

      Nak tanya apa pendapat anda tentang 2 free payment processor ni

      http://www.emetrix.com/
      http://safepaysolution.com.
      Harap blh bagi sedikit penjelasan

    2. Saiful Sham

      A’kum Linn,

      Saya dah check, safepaysolution tu bukan payment processor. Dia sebuah laman web yang mengandungi iklan-iklan payment processor je kn?

      Pastu, emetrix ni kalau x silap saya more towards software.

      fees dia ”

      • Competitive Commission Rates
      You get access to our full suite of services with a low 13.9% commission rate. There are no signup charges, hidden fees, or other costs. We only make money when you do.”

      13.9 which is quite high. Maybe boleh try kalau nak cuba. One hint, better stick with the more popular one. Paypal, 2checkout, WorldPay and if possible clickbank. Diorang dah lama dlm bidang ni and well equipped kalo terjadi apa2 yang tidak diingini.

      :)

      SaifulSham

    3. robotys

      Just nak update sket:

      Stormpay TIDAK LAGI memproses jualbeli internet (internet transaction) selain drpd auction nya sahaja. Alasan diorang takut fraud dsb.

      Sedih gak la sbb stormpay adalah salah satu alternatif yg bagus selain Paypal.

      PS:- Patik ada terdengar yg mengatakan Stormpay nih FRAUD. Any Opinion?

    4. Tg. Nurul Hijjah

      Askm..

      Sebenarnya saya ni memang sedang mencari maklumat tentang payment via credit card and bank in. Saya tidak berapa jelas lagi…

      Maksudnya..kita kena buka akaun dengan mana2 bank kan? Contohnya, kita buka akaun Maybank..maksudnya, jika ada pembayaran dibuat..katakan kita gunakan yg saudara cakap tadi pasal 2checkout…

      Maafla..saya ni kelihatan byk tak tahu. Saya ni masih belajar lagi di tahun akhir..dan sekarang perlu siapkan kertas projek. So, saya pilih perniagaan e-dagang. Jual produck fizikal..
      tp saya belum jelas berkenaan pembayaran melalui credit card atau bank in..

      Please explain…or email pada saya di [edited]

      Saya memang berminat dengan perniagaan e-dagang. After tamat belajar..memang niat nak buka perniagaan e-dagang. Mungkin saya memang akan banyak merujuk di sini..sebab saya percaya…

      Kawan saya yang berikan saya alamat web site ni. Saya harap saudara sudi tolong saya yg banyak tidak tahu..

      k.ws

    5. Saiful Sham

      robotys: Kami sendiri tidak dapat bagi komen dengan lanjut samaada dia fraud ataupun tidak. Tapi kalau 12daily pro tu, trang tang tang, fraud! :)

      Anyway, kami memang tak menggunakan khidmat stormpay. Kami cadang tunggu dalam 1-2 dulu after dia dah establish. Sebab kalau tak salah kami, Stormpay ni sebaya internet business kami je. Time kami baru2 start dulu baru dia muncul. Jadi kami x nak gamble la. Stick with the established processor.

      Nurul: Perkara ni mudah sahaja. Jangan peningkan kepala… saya tahu apa yang anda sedang fikirkan sekarang, sebab kami dulu pun mcm tu.. Mcm2 soalan kami tanya (siap jumpa manager2 bank lagi!) :)

      Mcm ni. Tak payah buka akaun bank baru. Guna akaun bank yang dah sedia ada pn dah cukup.

      –kepada usahawan internet yg lain, sila abaikan pos dibawah. saya hanya cuba menerangkan supaya Nurul ni mudah faham–

      Maybank2u tu mostly utk local customer sahaja.Pelanggan dari Malaysia. Kalau pelanggan dari malaysia, transaksi dia basic. Mudah. tak payah ecommerce2.

      saya nak beli produk dari Nurul. Saya masukkan duit dalam akaun bank Nurul dulu. Lepas tu, Nurul cek akaun bank Nurul, nampak bayaran tu, Nurul ship dekat saya. Kalau Nurul tipu? Habis lah saya…sebab tu kena cari reputable seller.

      Sebenarnya transaksi ni tak semestinya Maybank2u je. Cuma dia antara yg first. sebab tu lah dia ada edge skit banding bank lain. BCB ada channel e dan Public bank ada pbe just to name a few.

      Ok, utk international customer plak. Baru lah payment processor masuk dalam story. Payment processor ni contoh dia 2checkout. Saya beli barang dari website Nurul, 2checkout akan terima bayaran bagi pihak Nurul. Pastu cukup bulan, dia akan hantar cek kat Nurul. Nurul pun cashkan lah cek tu kat mana-mana bank. Ni baru sesua nak diitengrasikan dengan website ecommerce kita.

      Baiklah Nurul. Saya rasa itu sahaja. Pretty basic, nak tau camner flow dia aja. Of course lah, menggunakan payment processor ni adalah lah rules& tips dia. But, this is how it works.

      Tq… :)

    6. suzaida

      good job guys..

      u all need to boost your advertisment so that more people know about your site…

      care to give more tips about internet business.

      there are so many sites selling product about internet business.. how do we know whether it’s for real or just a scam..

      just want to know if u can recommend a few web hosting site yang bagus…
      any different from malaysian or overseas web hosters?

      i’ll be asking a few more questions about internet business… hope it’s ok and u all tak lokek ilmu…

      Thanks a lot..

      p/s- for the mean time…got to get your book first..:-D

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.



    Close
    E-mail It