Tony Fernandes : Usahawan Aviation
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Hello pembaca SaifulSham,
Bagaimana hari anda? Moga ceria selalu dan bergembira melawat laman web SaifulSham kerana kami akan berterusan mencurahkan segala maklumat keusahawanan terkini.
Hari ini, saya hendak membawakan seorang tokoh usahawan berjaya di Malaysia yang berjiwa patrioritik. Saya pernah menulis mengenai beliau, siapa lagi, Tony Fernandes (CEO AirAsia) dalam pos yang terdahulu (saya pun lupa bila) dan hari ini saya hendak membangkitkan kembali kisahnya.
Ada beberapa sebab saya sentiasa kagum akan kebolehan Tony Fernandes dan beliau kini sudahpun berada di dalam list tokoh korporat yang berada di hati saya.
Pertama, sikap low profile Tony. Walaupun memegang status sebagai salah seorang 50 terkaya di Malaysia dan menjadi ketua kepada sebuah syarikat yang bernilai RM4 bilion, beliau masih seperti dahulu.
Tony adalah Tony ketika AirAsia dinilaikan pada RM1 sewaktu awal penubuhannya. Dari nilai seringgit hinggalah hari ini, syarikatnya dinilaikan RM 4 bilion, Tony masih lagi memandu kereta sendiri ke pejabat. Tiada pakai seorang pun pemandu peribadi.
Malah bilik pejabatnya dipisahkan dengan staf-stafnya dengan dinding playwood sahaja. Bilikinya juga kecil sahaja. Jika bertanya kepada Tony “Mengapa anda tidak seperti CEO lain, mengapa harus penat memandu ke pejabat, mengapa tidak mempunyai bilik pejabat yang sesuai dengan status nilai syarikat anda”?
Tony akan menjawab ” Saya seorang yang suka bekerja, selagi saya terdaya, saya akan memandu sendiri ke pejabat. Dalam perniagaan seperti dunia penerbangan terutama syarikat penerbangan murah seperti AirAsia, saya harus mengutamakan penjimatan kos. Keselesaan akan datang kemudian.
Saya sukakan pejabat saya kerana dari sini saya boleh memerhatikan sendiri jatuh bangunnya AirAsia. Saya boleh memantau situasi sebenar pejabat. Saya boleh nampak dari sini pesawat AirAsia yang sedang berlepas ataupun tiba. Anda lihatlah diluar sana, walaupun pejabat AirAsia disini tidak seberapa, tetapi kami sedang menguruskan pesawat Airbus yang baru dan tercanggih. Saya lebih pentingkan kemajuan syarikat daripada kemewahan peribadi.
Ehem,ehem itu komen Tony yang membuatkan saya teruja.
Keduanya, Tony berjiwa patrioritik. Apa-apa yang dilakukannya adalah untuk Malaysia. Sifat ini jarang boleh ditemui oleh seorang yang berkedudukan seperti beliau.
Apabila ditanya, apa cita-cita beliau terhadap masa depan AirAsia?
“AirAsia adalah syarikat Malaysia dan sudah tentunya untuk rakyat Malaysia. Inilah satu-satunya syarikat penerbangan murah paling berjaya dirantau ini.
Apabila orang mempersoalkan saya sewaktu awal penubuhan AirAsia tentang masa depannya di Malaysia. Saya menjawab, walaupun ia syarikat dari Malaysia, saya yakin akan kebolehannya. Cita-cita saya adalah untuk membawa lebih ramai rakyat Malaysia untuk menaiki pesawat.
Saya yakin akan potensi di Malaysia. Saya percaya dengan ramainya rakyat Malaysia menaiki kapal terbang, kita boleh memberi sinergi kepada industri pelancongan di Malaysia sendiri. Jika dahulu, orang semenanjung mungkin berfikir 2,3 kali untuk melancong di Sabah, Sarawak kerana kos penerbangan yang mahal.
Tetapi hari ini, AirAsia membantu merealisasikan impian mereka. Seperti saya katakan, AirAsia untuk orang Malaysia”
Jadi, jika anda berhasrat menjadi usahawan, kritiria ini perlu anda sematkan didalam jiwa seorang usahawan.
“Rendah diri dan juga memikirkan keuntungan kepada negara”.
Jika seorang CEO syarikat bernilai RM4 bilion boleh memikirkan sedemikian, tidaklah anda katakan tidak kepada diri sendiri?
Bacaan Lanjut:


















Huh!
I do agree with the writer, actually Tony is one of the best and humble and most accessible CEO, I have ever met.