Petua Menulis Ebook Yang Meletup & Menguntungkan
If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!
Seperti yang telah saya janjikan kelmarin, hari ini Team SaifulSham.com telah menjemput seorang tamu untuk menulis mengenai penulisan ebook. Satu trend yang saya kira sedang meningkat di kalangan mereka yang baru berjinak-berjinak dengan internet bisnes.
Hayati, dalami & selami. Petua ini bukan hanya sesuai diaplikasikan kepada ebook, tetapi juga dalam penulisan buku-buku biasa.
Saya rasa Shuth a.k.a Mohd Suhaimy tidak perlu diperkenalkan lagi kepada majoriti kita, terutamanya newbie kepada keusahawanan internet. Beliau seringkali menjadi rujukan usahawan-usahawan internet Malaysia, baik yang sudah establish ataupun yang masih baru.
Dipersilakan….
======================================================
Mohd Suhaimy a.k.a Shuth adalah merupakan pengasas komuniti usahawan
internet di Malaysia www.wangcyber.com , beliau kini sedang mengusahakan
beberapa perniagaan internet di Malaysia dan seringkali menjadi rujukan
para usahawan yang ingin mula menceburi bidang perniagaan di internet.
==================================================
Jika dilihat perkembangan sekarang.. nampaknya industri ebook sudah mula
berkembang dan menjadi meriah di malaysia.. sudah ramai yang berebut-rebut ingin menulis dan mengeluarkan ebook masing2. Kemudian dijual dengan harga yang dirasakan sesuai. Pada saya itu adalah merupakan suatu perkembangan
yang sihat di dalam industri ebook di malaysia.
Namun begitu, perkembangan ini haruslah dipantau dan dijaga agar ia tidak
rosak dan akhirnya akan memusnahkan industri ini sendiri. Oleh itu, suka
untuk saya memberikan sedikit nasihat saya disini, jika kita ingin menulis ebook itu, biarlah topik serta kandungan ebook itu jujur dan ikhlas.
Biarlah kita benar2 paham dan mahir di dalam topik yang ingin kita tulis
itu.
Usahlah anda rosakkan industri ini dengan ebook2 palsu yang langsung tidak
berkualiti.
Sebagai contohnya.. jika anda ingin menulis mengenai rahsia membuat roti,
anda seharusnya perlulah mempunyai pengalaman atau mempunyai ilmu yang
agak mendalam mengenai roti. Jika anda tidak mahir.. usahlah menulis
mengenai roti. Ini hanya akan memburukkan nama anda kerana kemahiran palsu
anda akan terlihat di dalam ebook tersebut tanpa anda sedari. Anda mungkin
berjaya menjual ebook anda buat pertama kali, tetapi ia tidak akan menjadi
bagi ebook kedua anda. Cuba anda bayangkan, tidak kah pelik jika
seseorang yang tidak pernah membuat roti.. malah tidak pernah pun memiliki
oven pembakar roti, tiba-tiba menulis mengenai rahsia membuat roti yang sedap?
Begitulah juga contohnya dengan perniagaan internet, pada masa kini, niche perniagaan internet sememangnya sedang hangat diperkatakan di malaysia.
Oleh itu, ramai yang berlumba-lumba ingin menulis ebook mengenai internet
biz… tetapi yang sedihnya. Sesetengah mereka yang menulis mengenai
internet biz ini, tidak pernah pun mempunyai internet biz. lebih malang lagi.. mereka ini, nama domain & webhosting pun mereka tidak pernah miliki
dan masih keliru untuk mebezakannya. Tetapi.. tanpa segan silu menulis..
“Rahsia menjana wang diinternet!†(tajuk contoh sahaja….)
Pelik bukan?.. mereka tidak pernah menjalankan perniagaan internet,
Malah..nama domain pun tidak pernah mereka beli dan miliki. Tapi boleh
menuils mengenai “rahsia bagaimana berjaya dalam perniagaan internetâ€?…
how funny is it…
Mengapa mereka buat begitu?.. tidak ikhlas?.. tamak? inginkan duit semata?… saya kurang pasti mengenai sebab mengapa mereka malakukannya,
hanya mereka sahaja yg mampu menjawapnya. tetapi saya yakin, tujuan sebenar mereka tidak akan lari jauh dari “wangâ€.
Oleh itu, jika anda ingin menghasilkan ebook, pastikanlah anda memilih topik yang anda betul-betul mahir dan tahu… usahlah menipu di dalam penulisan anda. Ini kerana, tanpa anda sedari, penipuan anda akan terbongkar di dalam ebook yang anda tulis itu. Jagalah nama baik anda di
internet ini dan usahlah menjadi makhluk perosak di dalam industri ini.
Jangan lupa dapatkan buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet†kami di pasaran, sekarang! Atau tempah online untuk kemudahan penghantaran terus ke pintu rumah anda.
Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik
Filed under General, Keusahawanan, Pemasaran & Promosi, Perniagaan Internet | RSS


















komen saya:
1. Orang tulis ebook atau buku cara buat duit dengan banyak, padahal dia tak buat apa yg dia tulis.. Sebaliknya, dia buat duit dari ebook dia tu.
2. Penulisan dari penyelidikan: Yg ni bagi saya no prob. If dia betul2 buat kajian dan berfakta, dan tulisan dia tu praktikal. Yg ni ok lagi daripada penulisan yg ’sampah’ dan copy paste.
Bg sy ada dua jenis penulis, dia tulis apa yg dia dah lalui dan rasai DAN penulis jenis mengkaji..
Yg tak patutnya adalah penulis yg tangkap muat yg hanya mahukan duit semata.. Maka sebab objektif itu, penulisannya hancuss dan tak berkualiti.. Buat org benci..
Saya juga amat bersetuju dengan pendapat anda itu.
Pendapat saya, untuk mencipta perniagaan di internet untuk jangkamasa panjang, kita mesti ikhlas dengan produk dan juga kepada pelanggan kita.
Kita mestilah menerapkan sikap ingin membantu, bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Insya’Allah, dengan sikap begitu kita akan berjaya didunia dan di akhirat.
Wah topik menarik..Bagi saya sebagai penulis e-book,kita kene betul betul faham apa yang dutulis..Baru la buyer berpuas hati dengan apa yang dibeli.Kalo nak buat biz,bagi jangka masa yang panjang..kita mestilah jujur,bukan asyik berahsia mcm sesetengah penulis e-book hari ini..
Kajian perlu dilakukan berterusan disamping after sales service yang terbaik..Baru la mereka yang membeli,rasa puas dengan apa yang dibeli dan bukan terpinga pinga tak paham apa yang dibaca dan timbul rasa menyesal.
just bagi pendapat..