Teknik Efektif Internet Marketing | Buat Duit Melalui Kawan-Kawan
Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!
Ini adalah teknik internet marketing yang paling efektif yang pernah wujud tetapi malangnya tidak diketahui oleh ramai newbie. Tanya kidino, shuth, malahan saya rasa Irfan Khairi pun akan setuju. Sesiapa sahaja. Hari ini saya akan berkongsi Rahsia Buat Duit Dengan Internet melalui kawan-kawan. Tetapi sebelum tu 2 perkara;
1) Pertama, ini bukan affiliate program, ini jauh lebih “power”. Dan juga bukan cara pasang kaki. Dalam perniagaan Internet kita melakukan jual-beli secara terhormat. Saya jual, awak beli untuk dapat untung. Tiada istilah tambahan seperti kaki, sayap dan sebagainya untuk dapat duit.
2) Kedua, ni coretan peribadi. Tajuk hari ini sebagai tanda terima kasih kami kepada cubaan meng”hijack” Team SaifulSham dengan tajuk buku kami. Mujur kami menyedari cubaan bunuh tersebut dari awal. Jadi senjata tersebut makan tuan. ;) Tak tumbuh tak melata, tak sunguh kami tak kata. Buktinya; kami masih No. 1di enjin carian utk keyword tajuk buku kami dan variasinya, walaupun telah beberapa bulan dan episod cubaan  tersebut berjalan. Pendek kata, cara kami berkesan! Pesanan Penaja: Teruskan mencuba saudara!
Nanti boleh kami update http://www.saudagar.com.my/bukti.htm lagi!
Baiklah, ya. Sekarang masa yang ditunggu-tunggu. Untuk pengetahuan anda, teknik ini selalunya dipanggil JV Marketing. Atau, joint venture marketing. Kami ada menyentuh sepintas lalu dalam buku kami mengenai teknik ini, tetapi tidak sedetail yang akan saya kupas sekarang. Kenapa? Kerana, kami tidak mahu “information overload” berlaku kepada pembaca. Kadang-kadang, the less you know, the better. Yang penting, anda misti yakin anda boleh bermula, dan bermula! Jika anda, pembaca buku kami, dan anda membaca post ini, maka, tahniah! Anda ada inisiatif. Jadi memang anda sudah bersedia untuk menerima tips efektif internet marketing ini.
Pertamanya, saya anggap anda sudah tahu apa itu JV (joint venture). Anda melakukan pemasaran dengan inisiatif bersama partner anda. Partner anda dalam konteks ini, adalah orang luar dari perniagaan anda tetapi masih menjalankan perniagaan internet yang selari dengan perniagaan internet anda. (JV dengan pesaing anda pun boleh).
Jika anda acapkali membaca artikel dan petua internet marketer yang hebat-hebat, ini adalah rahsia kejayaan mereka. Contoh Mike Filsaime ketika pelancaran Butterfly Marketing beliau, John Reese yang memperoleh US$1 juta dalam tempoh 24 jam untuk Traffic Secrets dan banyak lagi seperti Frank Kern, Jeff Walker dsbnya. Tanya sesiapa sahaja. Saya yakin, mereka setuju. tetapi, untuk berjaya dengan “jayanya”, bukan dengan sebarangan orang kita boleh JV. Boleh, tetapi bukan sebarangan orang yang boleh menghasilkan JV yang efektif.
Jika anda masih baru di dalam perniagaan internet, tiada nama dan tidak dikenali. Jadi bagaimana anda boleh melakukan JV yang menguntungkan? Sudah tentu nama-nama besar tidak yakin untuk bekerjasama dengan anda. Bahkan emel anda pun belum tentu mereka balas!
Dalam konsep ini, amalkan, petua “Start Small, Finish Big” Team SaifulSham.com
Cerita kami. Kami menyedari kepentingan “contact” ini sebelum terma JV ini wujud lagi. Ketika itu kami masih baru sangat lagi memulakan perniagaan internet kami (produk fizikal) Kami tahu, kami perlu “reach” kepada prospek yang banyak untuk menghasilkan jualan yang cepat. Kami pun melakukan brainstorm. (time tu kami tak menuntut dengan sifu-sifu internet bisnes lagi, subscribe newsletter diorang pun tak. Tapi idea mcm power kan? Bakat jugak kami ni…hehe, gurau aje ;) ) Ada dua idea bernas yang boleh dibawa ketengah yang kami dapat:
1) Iklankan di laman web popular.
2) Buat pertandingan (contest).
Untuk kes yang pertama. Kosnya sangat mahal. Keberkesanannya tidak terjamin. Tapi kami gunakan method kos rendah seperti yang kebanyakan anda semua boleh agak. (komen di blog orang, exchange link dll trivial methods that newbioe does)
Keduanya, untuk buat pertandingan tu, senang nak merancang, buat susah.
Cuba anda bayangkan, jika anda baru bermula, berapa sangatlah pelawat ke laman web anda. Jika anda hanya ada satu peserta, berbaloikah pertandingan tersebut? Tentu tidak bukan.
Jadi tersekat lagi kami di situ.
Saya pun berfikir lagi. Apa yang sebenarnya kami perlukan. Sebenarnya, kami memang perlu “reach” kepada prospek yang banyak, tetapi kami perlu “reach” dengan kaedah yang betul. Make good first impression!
Caranya: Melalui rekomendasi peribadi orang yang dihormati!Â
Jadi, saya pun compilelah ornag-orang yang saya kenali di Internet dan boleh harap. (orang putih lah, sebab mereka market kami. Produk tersebut boleh dijual di Malaysia, tapi harga tak ngam
) Jika anda baca kisah saya, anda tahu adalah 2,3 orang yang saya kenal dan pernah berurusan, masalahnya, mereka bukan penjual!
Sudah tentu pelik bukan jika pada suatu hari Ali Ayob B. Ahmad Ayob (classmate anda) yang sekali sebulan berutus emel dengan anda tiba-tiba menghantar emel dengan pujian melambung mengenai sebuah produk menguruskan badan dan  menggalakkan anda beli produk tersebut. Lagipun, dia gemuk! :p Macam tak sesuai.
Jadi bagaimana situasi anda sekarang, sama seperti saya?
baiklah. Tiba-tiba, sebiji mentol bercahaya terpancar di sebelah kepala saya!
Saya kenal hanya seorang sahaja rupanya “orang yang betul-betul mempunyai bisnes internet sendiri”. Anda tahu siapa?
Pemilik syarikat hosting pertama saya!
Inilah antara faedahnya jika kita memilih syarikat sederhana & kecil (yang berkualiti) untuk menjadi host kita. dan bukan syarikat berjenama seperti Yahoo! Ingat tu Pn Mayuni!
~Ada satu lagi sebab kenapa kita wajar pilih syarikat kecil & sederhana. Kami ada kongsi di dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet kami. Boleh tempah online di Saudagar.com.my ~
Sebenarnya seperti yang saya katakan, kami pun bermula dari kosong. Nil. Seperti kebanyakan anda. Tiada pengetahuan teknikal. Ketika hari-hari pertama saya sebagai usahawan internet, saya adalah pelanggan mereka yang paling menjengkelkan. Setiap hari ada sahaja soalan-soalan baru saya kepada mereka. Soalan simple. Memang saya gunakan sepenuhnya title “customer” saya untuk korek sehabis mungkin ilmu mereka. Lagipun, anda tahu kan cerita saya. saya beli hosting dulu baru belajar guna hosting. Saya beli domain dulu baru belajar guna domain.. Jangan tiru macam saya….
Faedahnya, saya ada personal contact details pemilik syarikat hosting ni. Jadi saya pun hantar email kepada dia.
-sedutan emel sebenarÂ
Hi Joris,
Thanks for your assistance. It helps a lot. I am very delighted with your hosting service. It is efficient, responsive and you are really a considerate person. (bodek sikit)
My business has also started to picked up, thanks to you. Joris, I hope that I can help you as much as you help me. But I’m just starting out. Not much I can give. I have discussed with my partner, we will create a specials for you. We will give all your customers & who ever you want a 25% discount!
Yes, for your hosting customer only. Just let me know, if you are interested, so we can arrange the details.
-
WoW! Itulah JV pertama saya. Lihat betapa liciknya saya. Konon-konon nak membalas jasa, tapi sebenarnya nak tarik customer. Memang pelanggan Joris bukan targetted customers, tapi dapatlah sikit-sikit sale untuk membakar semangat. (Masa tu kami baru beberapa bulan mula).
Kamudian, kerana saya ini sangat menjengkelkan, ada juga soalan saya yang dia tidak boleh jawab (dia pun bukan tahu semua kan?)
Jadi dia menghubungkan saya dengan beberapa orang kenalannya lagi. (Pemilik hosting ke 2 kami) dan dari situ, “Connection” saya berkembang kepada “support guy”, pemilik hosting ke 2 kami. Dan kini adalah quie a number juga. Beitulah juga cara kmi mengenali, Kenneth Fox, CEO WindyCityWebSolutions yang memberikan testimonial dalam buku kami tu. Sehingga kini, saya masih maintain a good personal relationship dengan mereka.
Tapi ingat, jengkel-jengkel juga, tapi berhemahlah…
Wang tak penting untuk membina contact. Jangan hanya hubungi mereka ketika anda ada sesuatu yang menguntungkan anda juga. Kalau boleh, fikirkan cara bagaimana anda dapat membantu mereka dahulu. And start from there. Give first.
Semuanya dengan cara yang sama dan bermula dengan pemilik syarikat hosting pertama kami….
Tapi, tidaklah semua saya asyik menjual sahaja. Berkadarlah. Kadang-kadang saya suka seperti ini. Kita tolong mereka dan hubungi mereka, jangan fikir pasal wang dan keuntungan. Contoh bila saya tahu saya tulis buku dan buku saya bakal diterbitkan, saya terus cari contact saya yang paling “grand”. Saya beritahu beliau saya akan tulis sebuah buku dan sebab beliau dah banyak tolong dan bersabar dengan soalan2 saya, saya akan iklankan bisnes beliau free dekat buku saya. Dapatlah saya testimonial beliau. Just aim nak jadi kawan, partner dan melakukan sumbangsaran. Kalau ada masalah kecil-kecilan nanti, bolehla ada ornag nak tolong tengok-tengokkan. Satu lagi, give praise, where praise is due.
Saya selalu puji diaorang kalau diorang bagi perkhidmatan yang bagus. Jangan segan-segan. Tapi jangan nampak macam bodek pulak. Berpada-padalah.
Lagi satu, memanglah pada pandangan mereka, saya hanya “A naive, hardworking boy from an unheard country who just discover internet in 2000″ etc… Yeah, satu karakter yang sangat sadis… berbeza dengan Sabri yang anda kenali..
Tapi, peduli apa. Selagi mereka selesa dan tidak rasa rugi berkawan dengan saya, potensi saya untuk mengembangkan perniagaan internet saya, cerah! Tidak begitu?
Â


May 4th, 2006 at 3:08 pm
Yer.. JV emmag suatu kaedah yang berkesan didalam menjalankan apa2 perniagaan pun, tak iralah online atau pun offline. namun begitu, apabila kita ingin melakukan JV, kita mestilah sentiasa berfikir “Win-WIn Situation”.. itulah kunci kepada kejayaan JV sebenarnya.
Jangan sesekali kita hanya memikirkan keuntungan pada pihak kita sahaja semata2 apabila kita ingin membuat JV. Fikirkan juga manfaat serta keuntungan yang akan diperolehi oleh rakan kita hasil daripada JV ini. Macam orang jawa selalu kata.. ” put yourself in their shoes..?” lebih kurang mcm tu la… ekekek..
May 5th, 2006 at 11:55 am
Ohoo… camtu rupanya team saifulsham wat JV.
Licik jugak ek korang nih..
BTW, nice tips. Really helpfull.
May 5th, 2006 at 12:38 pm
hehe…ini JV dengan ikan kecil je…
Sekarang ni saya tengah memperbaiki skill untuk JV dengan ikan besar plak. Kurengya, kami tak berapa terlibat dalam niche “Internet Marketing”
Nanti, bila tiba masanya kita bercerita macam mana nak tangkap ikan besar plak k..
May 9th, 2006 at 3:27 pm
ooo cam tu rupanya joint venture… sblm ni pernah dgr org citer, tapi tak tau cam ne nak buat.. iyer laa kan masih baru.. hehe.
May 25th, 2006 at 3:03 pm
sgt menarik topik ni…
tp blm dpt tangkap maksud sebenar.. mmm masih blur…
sugguhpun begitu terima kasih krn merangkan sebaik mungkin tips berkenaan Internetr Marketing… dgn JV…or seumpamanya…
akan terus membaca dan berfikir…..
August 1st, 2007 at 8:25 am
[...] ini pun dah banyak kali diulas di pelbagai blog-blog dan laman berkenaannya. Antaranya blog ini blog saifulsham dengan teknik yang licik dan sangat menarik untuk [...]
December 12th, 2007 at 12:07 am
assalamualaikum,saya perlukan maklumat yang lebih terperinci utk saya join…so,sy betul2 nk tau macam mane saya boleh wat pelaburan yang benar2 selamat..step by step..rhnkz..
December 23rd, 2008 at 11:10 pm
kdgkala luck main peranan juga dlm jv nih…yelah kdg kite kontek org, kdgkala dlm bbrapa kes tiba2 rg kontek kite…tepulang pd kite nak menafaatkannye…
March 19th, 2009 at 7:39 pm
macamana nak beli domain?
March 20th, 2009 at 11:44 pm
jom lihat nii

http://www.kryptonworks.net/?id=noorikmal
May 5th, 2009 at 10:36 am
idea Jv memang sangat berkesan untuk tembus pasaran internet dan ia jalan pintas mencari pelanggan. Ramai yg sukses guna kaedah JV ini —> from zero to hero.
Tapi kenalah buat dgn cara yg betul dan professional.
May 24th, 2009 at 11:50 pm
mcm mn nk join benda ni? bunyi mcm menarik….tlgla xplain kat aku…thx