If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham!

Salam bertemu kembali. Seperti yang saya janjikan, saya akan menyambung penulisan saya mengenai dunia saham. Respon yang diberikan pembaca SaifulSham memang hebat untuk penulisan artikel saham beberapa hari lepas.

Nampaknya, ramai menggesa saya menulis sebuah buku khas untuk newbie bermain saham. Teknik dan cara. Saya akan mulakan penulisan saya mulai Jun ini secara berperingkat-peringkat kerana saya harus menyelesaikan banyak urusan terutama hal ehwal bisnes Team SaifulSham.

Dan yang hebatnya, untuk pengetahuan anda semua, saya sedang menyelesaikan urusan pembelian hartanah pertama Team SaifulSham!
Hartanah pertama yang dibeli Team SaifulSham. Macam mana tu?

Begini kisahnya, saya kini sudah menyerahkan sebahagian wang keuntungan Team SaifulSham kepada bapa saya dan saya sedang melibatkan diri dalam pembelian hartanah bersama bapa saya. Walaupun jumlah share yang kecil, tetapi ini langkah pertama Team SaifulSham ke dunia hartanah.

Sebetulnya, sebelum ini, sejak setahun yang lalu, saya sudahpun ‘menabung’ semua simpanan saya dalam hartanah. Seriously, duit simpanan peribadi yang disimpan sejak saya lahir, hampir 95 peratus saya laburkan dalam hartanah.

Dan indahnya, tahun ini, nilai pulangan sudah naik sekali ganda.

Let’s make rough calculation:

If a year ago, i invested of RM20k, so it has growth to RM40k this year! That’s a true story. ( Jumlah yang dinyatakan adalah contoh)

Indahnya dunia hartanah jika kita tahu teknik dan kaedah dan rahsianya!~

Cuti semester akan datang ini akan menandakan secara rasmi saya belajar secara rasmi hal ehwal berkaitan hartanah. Sebelum ini, saya hanya dibawa bapa saya ke tapak hartanah tersebut tetapi kali ini, saya akan bersamanya untuk ke mana sahaja urusan berkaitan hartanah termasuklah berjumpa pihak guaman.

Jadi, saya akan ceritakan Jun ini, apa kisahnya.

Baiklah, lupakan seketika dunia hartanah kerana saya hendak memenuhi janji saya kepada pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai dunia saham.

Beginilah, saya tidak mahu mempromosikan dunia saham sebab ianya terlalu berisiko terutama buat newbie tetapi ia menjanjikan pulangan yang lumayan jika kita tahu bila mahu membeli dan bila untuk dijual.

Sebabnya:

Semua orang tidak boleh membuat sebarang andaian tepat akan pergerakan saham. Hatta pakar pelaburan sekalipun, mereka tidak boleh meneka harga saham dengan tepat. Mereka hanya boleh meramal berdasarkan kajian terhadap sesebuah syarikat, dan itupun tidak terjamin.

Hatta remisier pun selalu salah dalam tekaan mereka. Remisier - orang yang memberi nasihat jual beli saham ( anda boleh jumpa mereka di pejabat sekuriti contoh: Mayban Securities)

Ramai orang berminat apabila saya bercakap akan keuntungan lumayan dari dunia saham. Walaupun saya mengakui, pelaburan saham adalah salah satu cara pemacu kekayaan, tetapi dunianya ibarat anda orang bandar yang mahu menempuh rimba hutan Amazon.

Sukar dan berisiko tinggi.

Kalau saya diberi peluang untuk membuat arahan, saya akan membuat arahan “Jangan ceburi dunia saham samborono, jangan melangkah ke dunia saham kecuali IPO”.

Untuk newbie, ada beberapa kaedah lain selain IPO.

Langkah yang paling selamat adalah anda laburkan wang anda ke dalam dana-dana seperti unit trust (Public Mutual) dan Amanah-amanah saham dibawah PNB (ASM, ASW2020).

Secara logiknya begini, anda mungkin tidak dapat merasa feel bermain saham dengan menyertai dana-dana sebegini. Sebabnya, wang anda akan diuruskan pengurus-pengurus dana ini yang akan melabur dalam Bursa Saham.

Pengurus dana inilah yang akan menggunakan wang yang dilaburkan anda untuk bermain saham dengan matlamat untuk mencatatkan keuntungan. Sebarang keuntungan akan diagihkan kepada anda selepas ditolak caj-caj perkhidmatan mereka dan cukai tertentu.

Walaupun, anda mungkin tidak dapat merasa keuntungan yang besar dalam jangka waktu yang singkat melainkan jumlah pelaburan anda besar, tetapi secara kolektifnya, ia adalah sangat baik.

1) Anda tidak perlu memeningkan kepala memikirkan untuk membeli dan menjual saham syarikat di Bursa Malaysia.

2) Anda tidak perlu menghabiskan masa untuk study market, dan membuat tindakan.

3) Anda tidak perlu untuk membelek-belek beratus-ratus muka surat berkaitan sesebuah syarikat.

Semua kerja yang menyusahkan itu dibuat pengurus dana kerana memang itulah tugas mereka. Merekalah yang akan bekerja keras agar pelaburan anda membawa pulangan yang maksimum.

Satu lagi kelebihan mereka, anda boleh mengeluarkan wang anda sesuka hati tanpa perlu menunggu tempoh dan tarikh tertentu. Maknanya, jika anda mahukan kembali wang anda, on the spot, mereka akan membayar sejumlah wang pelaburan anda.

Faham atau tidak ni?

Begini, saya ceritakan perlahan-lahan.

Anda sudah tentu pernah mendengar Amanah Saham Wawasan2020, Amanah Saham Bumiputera dan berbagai-bagai lagi dana saham yang diwujudkan. Tahukah anda dimanakah wang itu dilaburkan?

Ya, ia dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pengurus dana seperti PNB ini akan menggunakan wang anda untuk membeli saham terpilih dan menjualnya jika perlu. Tugas mereka adalah mencari keuntungan atas pelaburan anda. Dan destinasi mereka adalah saham.

Oleh sebab itulah kerja mereka, jadi mereka adalah orang yang pakar dalam dunia saham.

Jadi, anda boleh laburkan wang anda disana dengan tidak perlu anda bimbang akan pelaburan anda. Anda bayangkan, dengan wang yang diuruskan pakar-pakar ini dengan wang yang diuruskan kita sendiri, sudah tentu wang diuruskan mereka lebih terjamin.

Lagipun, dunia saham bukan boleh dibuat main-main. Silap diurus, anda boleh kerugian besar.

Sebetulnya, saya sendiri tidak mempunyai mana-mana pelaburan dalam mana-mana amanah saham (sebab saya sudah gunakan untuk pelaburan hartanah:p) tetapi saya mengesyorkan buat newbie kerana tahap risiko yang ditanggung adalah minimum. Satu lagi, ianya dijamin pihak kerajaan.

Bapa saya sendiri jarang bermain saham kecuali IPO. Walaupun beliau pernah membeli pegangan dalam syarikat di Bursa Malaysia, kebanyakannya beliau selalu kerugian berbanding keuntungan.

Oleh sebab itu, bapa saya hanya menumpukan kepada IPO berbanding dengan saham biasa.

Kata beliau “No, you cant follow anyone in stock market. Obviously, its so risky. You cannot follow your heart too. Never ever use prediction in stock market.

Kalaupun 1000 orang remisier sekalipun menyuruh saya membeli saham syarikat ini, saham syarikat itu, i’ll never buy!”

Betul tuan-tuan. Bukan semua kata-kata remisier boleh diturut.

Saya ada kisah dimana seorang remisier diwaktu zaman sebelum kegawatan ekonomi menjadi kaya raya disebabkan saham ketika itu melonjak tinggi.

Remisier - walaupun beliau hanya tukang memberi nasihat pelaburan, tetapi sudah tentu beliau pun joint pasaran saham.

Jadi, kisahnya, remisier ini adalah jenis yang tidak pandai menyimpan. Ada sahaja keuntungan, beliau gunakan dengan membawa keluarganya melancong ke luar negara.

Atas sahamlah, beliau boleh dikatakan jutawan pada waktu itu. Tetapi, prediction remisier pun seperti saya cakap, bukan boleh dipakai sangat.

Akhirnya, apabila kegawatan ekonomi tahun 1997, beliau merempat dan terus bersara dari dunia saham, hatta jawatan sebagai remisier.

saham yang dibelinya jatuh merudum, satu kesilapan besar beliau pada saat itu:

Memegang saham terlalu lama, dan yakin akan tiadanya kegawatan ekonomi. Jangkaan itu meleset apabila saham yang dipegangnya jatuh merudum dan beliau kerugian beratus ribu ringgit. Hingga saat ini, saya mendapat tahu, beliau hanya bekerja kecil-kecilan (menjual nasi lemak).

So, anda tahu betapa risikonya dunia saham.

Baiklah, saya rasa biarlah setakat ini ulasan saya. Ada banyak lagi cerita mengenai dunia saham yang saya akan kupaskan dilain hari.

Ok, aKhir kata, saya betul-betul menyarankan dua perkara sahaja kepada newbie:

1) Beli saham IPO (itupun dalam masa tertentu).
2) Beli saham amanah.

Itu sahaja!

 

Bacaan Lanjut: