Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Akhirnya! Sekembali saya dari Kuala Lumpur jam tiga pagi . Sesudah subuh dan mendapat tidur ala kadar saya segera bergegas menyiapkan tempahan buku-buku kami yang tertunda. Dan tengahari tadi, selesai segala-galanya. Lega hati saya, kami tidak lagi berhutang dengan pelanggan. Saya membalas beberapa emel dari pembaca dan menyambung kerja di sebuah laman web SaifulSham.com Networks yang terbengkalai.

Malam ini pula, saya menulis sebuah artikel, 3 Rahsia Kejayaan Super Affiliates sebagai panduan buat mereka yang berminat mengusahakan program affiliates tempatan dan antarabangsa yang pesat berkembang kini.

Oh ya, ketika pelancaran buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet di Plaza Alpha Angle Ahad lepas, saya berkesempatan menemui Kidino buat pertama kalinya. WoW! Inilah Kidino, rupanya. Terima kasih kerana sudi hadir, diharapkan kita dapat berjumpa lagi dan bekerjasama di masa kan datang Kidino. ;) Buat pengetahuan anda, Kidino adalah Internet Marketer Melayu Yang Paling Otai di arena antarabangsa.  (MoneyClicking.net, Laman Web Kidino)

saya juga ada berjumpa dengan En Anuar dan isteri, Robotys dan beberapa lagi pembaca SaifulSham yang berminat untuk memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Maaf ya, tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama kalian, jangan bimbang kami akan turun ke Klang pula Jun ini. 

Baiklah, berikut adalah artikel mengenai Rahsia Buat Duit Melalui Program Affiliates seperti yang saya janjikan.

“Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri. Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum  pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.

“3 Taktik Mudah Super Affiliates”

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan kewujudan program-program affiliates tempatan yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya, memasarkan produk sebagai affiliates tidak sukar jika kena caranya. Dan ia juga tidak mudah seperti yang diidamkan walaupun peniaga telah menyedikan banner, email & iklan-iklan yang boleh digunakan untuk anda. Tanpa membuang masa, mari kita lihat kunci kejayaan Super Affili…….” (klik di sini untuk sambung membaca - New Window)

Selamat berjaya.

Jangan lupa dapatkan buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet tulisan Team SaifulSham di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di Saudagar.com.my

 

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Komisyen affiliate bulan Jun telah dibayar
  • Hati-Hati Perangkap Program Affiliate Bermusim!
  • Lalala… Saya Sangat Gembira
  • del.icio.us:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-digg:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-spurl:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-wists:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-simpy:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-newsvine:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-blinklist:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-furl:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-reddit:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-fark:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-blogmarks:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-Y!:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-smarking:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-magnolia:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate-segnalo:Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate
    Posted Wednesday, May 24th, 2006 at 1:01am
    Filed under General, Idea Bisnes, Perniagaan Internet, Sales | RSS

    6 Comments on “Rahsia Buat Duit Di Internet Melalui Program Affiliate”

    1. shuth

      wwaa.. artikel yg bagus… sesuai bagi kat ahli2 affiliates saya.. he he he.. :)

    2. irwan.dahnil

      Hah 2 minggu tak dapat online.. ini gara2 outstation ke ceruk benua yg internet accessnye payah betul nak dapat dan menyedihkan ..

      Dan kesan dari itu, saya terlepas utk berjumpa Sabri .. Alpha Angle cuma beberapa kilometer dari rumah ! Rugi… rugi .. tak pe … maybe next time …

      Good article anyway..

    3. cikguonline

      Wah info berguna ni. TQ SaifulSham.com

    4. robotys

      eheh.. muncul pulak nama kat post di atas.. promote.. jgn tak promote!! Jun ini Di Klang? Lokasi spesifik nya di mana? rumah patik di klang shj pon.. pasti kita akan berjumpa lagi!!

      BTW.. nice artikel.! Banyak ilmu kat situh utk mereka2 yg rajin nak klik.!! Ilmu di hujung jari la katakan.. :)

    5. go4online

      lor..tadi dah add comment, tak masuk pun.
      takpelah, saya karang balikla post tadi.
      camni..
      artikel mengenai affiliate ni memang sangat bagus. lagipun, saya memang dah lama nak beri satu cadangan kepada team saifulsham berkenaan affiliate ni.
      dipendekkan cerita, apa kata team awak bekerjasama dgn Dr Irfan untuk bangunkan satu website ala-ala clickbank.
      kannyer apa. kan clickbank tak terima reseller from malaysia. dan satu lagi, nampak gayanya rakyat malaysia ni semakin ramai yg berminat dgn business online ni, sampaikan sold out buku “Rahsia Buat Duit” anda kat tmpt saya ni.
      kalau anda buat clickbank malaysia, semua blh dpat untungnya, awak, peniaga, reseller….ekonomi pun kukuh, kerajaan pun stabil (bla..bla..bla..)
      amacam? :p

    6. Saiful Sham

      go4online,

      terima kasih atas idea anda. Idea yang bernas! :) Anda cepat mengenal pasti peluang yang boleh dijadikan sumber kewangan.. ehem3… “keuntungan” ;)

      Kami bersedia utk JV dan bekerjasama dengan mana-mana pihak. Dalam projek2 yang sesuai. Tetapi saya rasa, projek yg g04online ni agak besar dan profitability dia masih belu jelas. ;)

      Kemampuan teknikal yang diperlukan pn agak hebat. saya tidak pasti bagaimana pendapat Dr Irfan tetapi saya yakin beliau bersetuju dengan saya.

      Buat masa ini, seorang top Internet Marketer dunia, Mike FIlsaime telah go on dengan idea ini. Walaupun bkn alternatif clickbank secara sepenuhnya, beliau aplikasikan idea tersebut dalam 75%. PayDotCom.com

      Cuba lawati alternatif clickbank tersebut. ;)

      Terima kasih.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.