If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Baru sebentar tadi saya melawat blog Shuth www.mohdsuhaimy.com, dan saya benar-benar tertarik akan pos terbarunya mengenai bagaimana untuk menjadi jutawan dengan mendapatkan RM10 dari 100,000 orang (ehem,ehem, En. Shuth, izinkan saya mencuri idea anda En Shuth).

Ada banyak idea yang sebelum ini Team SaifulSham perah, dan En. Shuth datang tiba tepat pada waktunya. Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memperoleh RM 1 juta diinternet jika anda tahu caranya….hehe

Ada ramai orang yang telah membuktikan bahawa RM1 juta diinternet bukanlah mustahil dengan idea-idea gila.

Antara contoh popular yang dapat saya ketengahkan adalah MillionDollarHomePage.com , iaitu laman web milik seorang anak muda UK yang menjual 1 juta pixel iklan di laman webnya pada harga USD 1 untuk satu pixel.

Bermakna, jika anda ingin mengiklankan dilaman web tersebut, anda boleh menempah seberapa banyak pixel dengan syarat setiap satu pixel itu berharga USD 1.

Oleh sebab beliau adalah yang pertama yang datang dengan idea tersebut, maka kini pemilik laman web tersebut sudah pun menjadi jutawan.

Kisahnya bukan sahaja heboh seluruh dunia tetapi juga di Malaysia. Itu mungkin satu dari idea yang tidak ramai orang nampak.

Team SaifulSham mempunyai idea lain selain dari idea menjual pixel tersebut. Cara kami mudah sahaja…kami lebih suka menjual brain.

Di Malaysia, terutama di SaifulSham.com kami belum mengaplikasikannya, sebabnya adalah kami sememangnya komited memberi info percuma. Dahulu, pernah juga kami berhasrat untuk membuat satu laman web khas untuk subscriber berbayar.

Antara topik khas dan rahsia besar yang ingin diberikan untuk subscriber berbayar adalah topik kepakaran kami, hartanah dan saham (itupun dengan bantuan bapa saya, haha). Tetapi, kami holdkan dahulu kerana tidak sesuai untuk masa dan tempat serta keadaan.

Tetapi serius kami dahulu memang bercadang untuk mengenakan subscriber kami RM10 sebulan, tetapi atas dasar semangat Malaysia, kami cairkan hati kami untuk beri segalanya secara percuma (dengan had tertentu).

Dan peluang itu sekarang muncul untuk pasaran luar negara. Di pasaran internet global, pada masa dan saat ini, sudah banyak laman web yang mengenakan fees subscription setiap bulan dan ada antaranya mengenakan fees USD 1 sahaja setiap bulan.

Untungnya, apabila fees murah dan isi kandungan (brain) itu ditulis dan dikongsi oleh orang yang benar-benar tahu dan pakar, jumlah subscriber boleh melambung tinggi.

Dan itulah target SaifulSham kini. Kami ingin membuatnya di pasaran luar negara. Belum lagi tetapi itulah ideanya yang sedang diperkembangkan (nampaknya dah tercerita beberapa projek baru SaifulSham!).

Jadi, bagi anda, otai dan guru atau mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, subscription fees adalah antara cara anda untuk mencuri wang pelanggan anda. Katakan sebulan anda mengenakan USD 3 dolar sahaja (sudah lebih RM10), dan setiap bulan anda akan berikan apa jua tips dan maklumat berguna, dan jika anda kumpulkan 1000 subscriber dengan bersungguh-sungguh, anda sudah mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan.

Percayalah, bagi rakyat Amerika, mengikut pengalaman kami, setakat USD 3 sebulan bukanlah masalah besar bagi mereka untuk sesuatu yang bermanfaat dan berkualiti. Sebab itu saya lebih suka dan asyik bercakap untuk menjual brain!

Ada banyak lagi cara untuk mengorek RM10 dari 100,000 orang. Saya hanya memberikan contoh apa yang Team SaifulSham sedang rancangkan, Anda mungkin mempunyai idea lain. Mungkin anda boleh datang dengan idea-idea gila anda yang lebih ekstrim. (jangan jadi gila sudah). Fikir-fikirkan.

Jumpa Lagi~

Bacaan Lanjut: