Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap….

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini, saya melihat begitu ramai orang yang extra-vaganza ingin mengetahui mengenai Forex.

Jujurnya, saya sememangnya tidak ada pengetahuan mendalam mengenainya, saya hanya memahami beberapa perkara asas mengenai Forex.

Tetapi apabila saya melihat disana sini, orang ghairah untuk tahu mengenai Forex, saya mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat dari orang yang lebih pakar dalam bidang mereka.

Saya sebenarnya gusar dengan keghairahan orang ramai terutama orang-orang biasa yang tidak memahami asas mendalam mengenai Forex.

Sampaikan ada yang menelefon saya untuk mempromosikan pelaburan Forex. Saya jadi gusar dengan perkembangan ini. Jadi pertama sekali, saya ajukan soalan ini kepada bapa saya.

Jawapannya: Siapa berani bercakap mengenai Forex? Bercakap senang dari realiti. Usah dilayan perkara sedemikian. Orang Malaysia sememangnya suka pelaburan yang cepat kaya tanpa mengetahui risiko sebenar sesuatu perkara.

Maaf, jawapan bapa saya tidak sekasar ini, cuma beliau memberi satu ayat penyata.

Jadi, saya cuba holdkan jawapan bapa saya. Saya melihat kembali kepada buku pelaburan ditulis Milan Doshi dan Azizi Ali.

Menurut Milan Doshi (seorang trainer kewangan bebas yang popular):

“Terdapat ramai orang yang mengendalikan seminar mengenai topik-topik pelaburan yang eksotik (Forex, Opsyen, Komiditi, Niaga Hadapan). Mereka melakukan kerja yang baik dengan mengajar orang ramai mengenai peluang pelaburan alternatif yang terdapat di negara-negara lain. Walaubagaimanapun, saya suka mencadangkan agar menumpukan kepada peluang yang berada didalam kemampuan kita seperti pasaran saham tempatan sebagai permulaaan.

Jika anda tidak memperolehi sebarang keuntungan di dalam pasaran saham tempatan, apakah anda fikir anda akan lebih bernasib “baik” melabur di pasaran asing, dimana “kemungkinan” tidak menyebelahi anda?

Perlu diingat bahawa instrumen pelaburan ini berisiko tinggi dan amat sensitif menyebabkan harganya sentiasa berubah dengan pantas.

Saya ingin menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dengan pelaburan sedmikian kerana pelaburan begini memerlukan tahap kepakaran dan komitmen jangka masa yang tinggi. Perlu diingat bahawa anda juga berhadapan dengan Para Profesional Sepenuh Masa yang dibantu oleh alatan terbaik dan terbaru disamping mempunyai perisian yang mahal lagi canggih.

Kemungkinan untuk berjaya tidak menyebelahi pihak orang-orang biasa.

___________________________________________________________________

Menurut Azizi Ali:

Apabila anda mendengar seseorang mempromosikan instrumen pelaburan sebegini, jawapannya adalah sila angkat kaki dan berlarilah sejauh mungkin sehingga anda tidak mendengar lagi suara-suara ini.

____________________________________________________________________

Saya tiada niat untuk memburuk-burukkan mana-mana instrumen pelaburan, cuma saya meminta, gunakan akal fikiran dan kajilah sedalam-dalamnya instrumen pelaburan tersebut.

Satu yang saya bimbang, kebanyakan dari orang yang ghairah melabur dalam bidang ini, adalah dari kalangan orang biasa yang tidak pernah tahu asas melabur dalam instrumen pelaburan berisiko tinggi.

Untuk melabur dalam instrumen pelaburan sedemikian bukanlah melalui dengar-dengar cerita orang, bukanlah melalui kejayaan seorang dua orang mencapai keuntungan, tetapi paling penting ilmu pengetahuan dan pengalaman orang yang telah lama dalam bidang pelaburan.

Saya tidak berani bercakap terlalu detail kerana saya sendiri tidak memahaminya mendalam tetapi cukuplah jika saya katakan, saya mendengar nasihat dari 3 orang:

Pertama: Bapa saya

Kedua: Milan Doshi (beliau memang popular, pernah keluar The Star dan macam-macam majalah pelaburan).

Ketiga: Azizi Ali (siapa tidak kenal beliau, saya tidak tahu hendak cakap apa)

Persamaan ketiga-tiganya: Saya mendengar kata dari jutawan!

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Bagaimana Dato’ K menjadi kaya?
  • Saya ingin menjadi jutawan!
  • Sebuah kisah……
  • del.icio.us:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-digg:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-spurl:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-wists:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-simpy:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-newsvine:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-blinklist:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-furl:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-reddit:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-fark:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-blogmarks:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-Y!:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-smarking:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-magnolia:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....-segnalo:Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap....
    Posted Thursday, July 6th, 2006 at 9:09am
    Filed under General | RSS

    7 Comments on “Apabila Milan Doshi dan Azizi Ali bercakap….”

    1. robotys

      Ya betul, saya pon dulu hold dulu sebelum melabur dalam Forex nih. Kaji dulu sebelum terjun. Tapi tak jadi masuk sebab :
      1. Tak cukup ilmu
      2. Rasa macam tak secure
      3. Tak penah dengar org jadi jutawan dengan Forex nih (time tu la)
      4. Pastuh terbaca pulak yang Forex nih haram. (Sori, tak ingat baca kat mana tapi yang pasti post tuh memetik kata2 mufti perak time tuh)
      5. Sebab paling utama= Takder duit.. hehehe :)

      new entry : Web Design Theory and Tips di blog saya

    2. Labanon

      Saya dengar cakap SAIFULSHAM hehehehe…

    3. shuth

      Masalahnya.. orang yg main forex ini tidak mahu dengar cakap orang lain.. mereka cuma mahu dengar cakap orang yang main forex sahaja.. dan orang yang main forex itu pula.. biasanya bercakap disebabkan oleh habuan komisyen yang mereka akan perolehi..

      hmm.. entahla..

    4. sayam

      sebenarnya saya pun tak kenal siapa azizi ali tu, hanya baru-baru ni saja ternampak buku motivasi mXe kat kedai buku.

    5. smartusaha

      Forex? Satu persoalan yg belum terjawab sampai sekarang adalah, ke mana duit yg dilaburkan tu? Ke main pusing2 duit jer? ;) Main2 duit dalam Islam ni, saya tak tahulah hukum dia..

      Apapun, sorry to say, orang2 yg buat forex, hyip dan seangkatannya, tak mahu tanya orang berilmu mcm ustaz atau yg pakar dalam Agama dan juga pakar dalam bidang ekonomi/pelaburan. Spt kata shuth, mereka dengar kata2 geng diaorang jer. ATAU, menyalahgunakan kenyataan para ilmuan dan ulama’.

      Kebanyakannya begitulah…

    6. eZone

      kisah pasal orang2 biasa yang sibuk main forex nie mmg berlaku depan mata saya…sy kadang2 tak paham macam mana seorang individu yang tidak pernah tau konsep saham dan sistem tukarang mata wang asing tiba2 sibuk mempromosikan konsep forex…ada saya tanya die sekali…apa itu forex? die sendiri pon taktau tapi die cakap tgh main forex…bole wat duit cepat…nak ditegur, nanti die kata kita nie dengki…tapi itu la realiti…nak main forex nie tak salah as long kita tahu betul2 apa kita buat….pada saya daripada sibuk2 kejar konsep2 wat duit cepat, lagi elok belajar basic konsep pengurusan kewangan yang baik…lebih menjamin masa depan…

    7. ZeMMs

      Kawan aku yang kerja dengan company yang buat forex pun tak habis-habis push aku… call/msg/pm/sms aku supaya melabur RM30,000 dengan dia. Katanya pelaburan Forex tak akan rugi. Sampai sekarang aku dah tak layan dia…

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.