Home MP3 Interview Downloads Pics Support Testimonial Best of SaifulSham

Mengapa AirAsia.com?

If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Hello pembaca SaifulSham,

Sudah agak lama SaifulSham terbiar. Saya baru sahaja drive pulang ke Kuantan. Semalam, saya terpaksa menguruskan beberapa pesanan dari perniagaan internet yang tertangguh, dan tidak sempat untuk menulis di SaifulSham.

Berkenaan seminar tempoh hari, saya tidak akan menulis mengenainya. I don’t judge myself, people who attend will do it. Apapun, trimas saya ucapkan kepada peserta yang memberi kepercayaan kepada Team SaifulSham dan sanggup menghabiskan wang ringgit anda. Kami berjanji kami tidak akan meninggalkan anda terkapai-kapai.

Ingat Rabu ini, sila ke link yang telah diberikan semasa seminar, banyak perkara menarik akan anda dapati disana.

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan anda satu tips menarik dan hebat.

Jika anda pernah menaiki pesawat AirAsia, pernahkah anda berfikir mengapa dibadan pesawat tersebut tertulis “AirAsia.com” ?. Secara peribadinya, saya memang kagum dengan pemikir pemasaran yang bekerja di AirAsia.

Dalam banyak syarikat penerbangan, AirAsia adalah salah satu dari sesetengah syarikat penerbangan yang menggunakan teknik pemasaran sebegini.

Walaupun jika dilihat sememangnya AirAsia mempromosikan pembelian tiket diinternet, tetapi itulah kaedah termurah dan mudah untuk dilakukan.

Team SaifulSham telah lama meniru kaedah ini, iaitu kami sudah mempunyai T-Shirt yang tertulis laman web kami. Secara kajiannya, memang tidak nampak kesan jelas ke atas laman web SaifulSham.com, tetapi ia adalah promosi yang senang dan murah bagi kami.

Banyak kali saya memakai T-Shirt SaifulSham.com sama ada dikelas, keluar bandar, sesi ceramah, dan banyak kali juga saya ditegur dan ramai bertanya, apakah itu SaifulSham.

Yang tidak bertanya, merenung dekat perkataan di T-Shirt saya. Tetapi, secara mudah saya senang dan mudah menarik perhatian orang yang tidak pernah tahu akan SaifulSham.com untuk melawat laman web ini.

Kini, saya merancang untuk membuat beberapa lagi T-Shirt yang tulisannya lebih besar lagi. Sebabnya, ia murah dan mudah.

AirAsia terbang merata tempat di Asean, mereka tidak perlu berhabiskan wang yang besar untuk mempromosikan penerbangannya, cukup dengan menulis nama laman web dibadan pesawat mereka.

Begitu juga kaedah syarikat-syarikat kasino di Barat, cara mereka mempromosikan kasino mereka, adalah dengan mengupah orang untuk memakai T-Shit syarikat mereka dan pergi buat sesuatu yang gila untuk menarik perhatian ramai.

Contohnya, semasa perlawanan bola sepak yang ditonton jutaan penonton, orang yang diupah ini sanggup berlari ke tengah padang dengan memakai T-Shirt syarikat kasino. Dan cara ini, penonton di stadium dan penonton di rumah akan terlihat iklan kasino di badan orang ‘gila’ yang berlari di tengah stadium.

Dan, walaupun orang itu akan ditangkap pegawai keselamatan, mereka selalunya didenda, dan itu tidak menjadi masalah kerana syarikat ini akan membayar denda mereka. (Kaedah ini agak keterlaluan tetapi ia menarik bagi saya)

Jadi, teknik murah dan mudah ini sebenarnya boleh anda aplikasikannya. Bukan sahaja di T-Shirt, tetapi juga dimana-mana tempat yang anda fikirkan sesuai.

(Saya berfikir untuk menampal badan kereta saya dengan perkataan SaifulSham.com, tetapi saya rasa orang akan mengatakan saya gila, hehe)

Bacaan Lanjut:

Pembaca artikel ini mendapati artikel-artikel in juga menarik

  • Mengapa anda perlu menjadi jutawan?
  • Hartanah: 9 tips pelaburan hartanah Team SaifulSham.com
  • “Merempat” di negara sendiri
  • del.icio.us:Mengapa AirAsia.com?-digg:Mengapa AirAsia.com?-spurl:Mengapa AirAsia.com?-wists:Mengapa AirAsia.com?-simpy:Mengapa AirAsia.com?-newsvine:Mengapa AirAsia.com?-blinklist:Mengapa AirAsia.com?-furl:Mengapa AirAsia.com?-reddit:Mengapa AirAsia.com?-fark:Mengapa AirAsia.com?-blogmarks:Mengapa AirAsia.com?-Y!:Mengapa AirAsia.com?-smarking:Mengapa AirAsia.com?-magnolia:Mengapa AirAsia.com?-segnalo:Mengapa AirAsia.com?
    Posted Monday, July 10th, 2006 at 10:22pm
    Filed under General | RSS

    9 Comments on “Mengapa AirAsia.com?”

    1. izwan

      Sy adalah salah seorang peserta seminar saifulsham baru2 ini.Terus terang saya katakan, sy banyak menerima impak positif hasil daripada seminar tersebut. Jika dibandingkan dengan hanya membaca buku, memang kesan nya tidak sama dengan menghadiri seminar dan mendengar sendiri kata-kata dari penulisnya.

      Sekarang ini saya masih lagi dalam fasa mencari idea idea bisnes yang boleh diniagakan di internet. Diharap dengan bantuan saifulsham dan juga rakan-rakan seminar, saya bole melangkah jauh lagi kehadapan…amin…

    2. Saiful Sham

      oh, rupenya time saya jalan2 kat Berjaya Megamall ari tu, orang pandang2 saya sebab TShirt SaifulSham tu la ye?

      Adeh… ingatkan sebab pemakainya hensem… :p

      me. Heartbroken… haha ;)

    3. Saiful Sham

      Oh, saya ingat En Izwan. Tersenyum aje En Izwan ni sepanjang kelas. Sejuk mata saya memandang..hehe :)

    4. smartusaha

      Hmm, saya pun dalam perancangan nak buat t-shirt sendiri yg ada url smartusaha.com… Dulu sy jg mcm saifulsham, apa ada pada nama smartusaha? Tapi skang, dah ramai yg tahu smartusaha. So, mcm saifulsham, saya juga teruskan dengan domain ini. :) Kena bina branding guna nama ni jugak…

      PS. Tak sempat nak berkenalan dengan semua peserta.. Masa begitu pantas.. Maybe kat forum private nanti, saifulsham enablekan avatar untuk diletakkan gambar peserta. :)

    5. rasidyusoff

      pasal orang berlari kat tgh padang tu saya teringat satu cerita..tapi saya dah lupa orangnya..kisah kat stadium jugak dan nak promote..semasa menyaksikan perlawanan bola sepak beliau duduk di bahagian paling atas kat stadium tu..semasa rehat 1st half..beliau akan melemparkan sejumlah kad perniagaan ke udara..so kad tu akan berterbangan dan jatuh kepada penonton di bahagian bawah..penonton yg dpt kad tu akan tertanya² dari mana dtgnya kad tu..mungkin dari langit kot..

      nak promote kat kereta tu boleh jugak..kalau tak letak kat badan kereta ok apa kalau letak kat bahagian atas tinted cermin hadapan..biasa kita duk promote iklan automatif yg mcm²..

    6. Labanon

      Wah.. Saifulsham & smartusaha bagi laa t-shirt tu kat sini.. meh nak tolong pakai pegi jalan-jalan.. hehehe :p nih peminat setia nihs.

    7. robotys

      Woh.. tampal sticker SaifulSham.com kat body kereta? Idea yang menarik!

      fikir2 balik, nama robotys saya nih pun dah kira mcm branding jugak.. :) (baca: Nak wat sticker jugak lah!) …

    8. kamrient.blogspot.com

      idea yg ade dlm kepale ni…letak stiker website kite….hahah..
      kebykn yg kite lihat duk iklan automatif cam rasidyusoff cakap tu…
      satu prmosi yg murah….hanye taruk kite nye brand…org tanye kitecite la…selamat mencube….haha…

    9. Sukeri

      Hmm…dah lama terfikir nak tampal nama web kat kereta, tapi hati berbelah bagi.Sekejap rasa nak buat, sekejap tidak.Kalau begitulah impaknya pada air asia lepas ni pejam mata buat jer.Promosi murahan tapi berkesan.Buat donno jer la.Mana tau nanti dapat jumpa ‘peminat’ di jalanan.Perasan la tu.

    Leave a Comment




    Anda Membaca Sehingga Ke Sini?

    "Terima Kasih! Anda tergolong dalam 20% yang ada kemahuan. Orang seperti anda yang kami cari-cari untuk di bantu. Jadilah antara 2%  yang berjaya pula!

    Klik Di Sini Untuk Baca>> www.saudagar.com.my/rahsiaseminarinternet.htm

    Selepas itu hubungi kami di 03-80644177 (waktu pejabat) untuk membincangkan bagaimana seminar RBDDI kami dapat membantu perniagaan internet anda.