If you're new here, you may want to subscribe to our RSS feed or our FREE SaifulSham's Ezine to make sure you are not missing our latest posts. Thanks for visiting!

Ting tong ting tong!

Sejak balik dari KL, saya tidak pernah lagi rupanya bercerita perihal seminar kami. Sibuk sangat, almaklumlah 3 hari kerja tertunggak, jadi banyak benda perlu dilangsaikan. Nasib baik emel yang penting-penting saya dah reply menggunakan hp di KL lagi.

Tips dari saya: Dapatkan handphone yang boleh memeriksa emel. Tak dapat 3G, GPRS pun jadilah. ;)

Oh ya, kalau orang putih kata, It’s a blast! Memang best. Walaupun penat, tak terasa bila peserta berpuas hati. Terima kasih, toche, toche. Tapi, walaupun saya teringin sangat nak mendetailkan betapa seronoknya saya, (sebab memang seronok sangat) saya ada pengumuman untuk di buat di sini.

1) Kepada peserta seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet pada 8/7, akses ke SaifulSham Private Collection telah dibuka. Sumbernya sangat lengkap, ada ruangan perpustakaan digital, senarai “contact” peserta seminar lain, insider resources yang boleh anda gunakan dan pelbagai lagi. Langkah mendaftarnya mudah, gunakan link yang diberikan ketika seminar dahulu, dan dalam masa sehari selepas pendaftaran anda disahkan, password dan username akan dihantar ke emel anda.

Jika anda berpuas hati dengan seminar tersebut, diharapkan anda akan kehilangan kata-kata pula selepas melhat apa yang kami sediakan di sana. (terkesima je, jangan bisu pula!) ;)

Kepada yang sudah mendaftar di laman web “rahsia” tersebut, sila semak emel anda (Inbox & Bulk).

2) Jika anda ada membawa kamera ke Seminar tempoh hari, boleh tak forwardkan gambar-gambarnya kepada saya. (sabri@saifulsham.com) Teringin saya nak tengok ;)

3) Kepada penempah buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet yang telah 7 hari membuat bayaran tetapi buku masih belum tiba, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami. http://support.saifulsham.com

Terima kasih juga kepada SmartZul untuk emel anda mengenai post “Air Mata Kasih” tu. Thanks for the encouragement. Really appreciate it. :)

 

Bacaan Lanjut: